Lisa, Balqis dan Diana sedang menunggu Haqiem membawa sarapan untuk mereka. Lisa tidak mahu turun sarapan di restoran. Malas bertembung dengan Den dan Ris.
Lisa belum dapat melupakan kata-kata Ris dan kejadian yang berlaku depan matanya kemarin.
Haqiem tiba-tiba muncul di balik pintu dengan wajah yang berpeluh peluh.
"Awak kenapa ni Haqiem... " tanya Balqis.
"Aku tak sabar nak share story dengan cik Lisa dan dengan kamu semua.. tu sebab keluar saja dari lif aku pecut 100 meter nak cepat sampai sini..." jelas haqiem.
"Dah.. kita sarapan dulu.. saya dah lapar ni..." sahut Lisa.
Mereka berempat pun mula bersarapan bersama. Selesai sarapan, Diana dah tak sabar story sensasi dari Haqiem.
Haqiem membuka laptop dan menyambungkan handphone di laptop.
"Cik Lisa .. mari lah duduk dekat sini.. kita nonton sama sama" ajak haqiem. Lisa pun duduk di sebelah Balqis.
Haqiem pun memainkan rakaman kejadian kemarin yang staff hotel bagi dengan Haqiem.
"OMG... En.Den tampar sepupu u depan orang ramai...!!!" Balqis berpaling memandang Lisa.
"Masa tu saya lihat Den tengah tarik tangan Ris nak bawa keluar dari hotel.. apabila Den nampak saya dia cepat cepat melepaskan pegangan tangan Ris. Masa tu Ris terus memeluk lengan Den. Saya pun terus jalan menuju ke tandas. Saya taktau kejadian lepas tu.." jelas Lisa.
"Cik Lisa.. Si Ris tu sengaja buat begitu.. nak sakitkan hati Cik Lisa.. dia nak rebut Den dari lisa.. Cik lisa tak dengar ke apa yang Den cakap tu... ??? wahai boss ku yang ku sayang... Saya ni lelaki.. saya tau naluri seorang lelaki.. saya jamin 100% yang En. Den betul-betul sukakan Cik Lisa. Tuu haa.. set perhiasan 120k.. tanda dia nak lamar cik Lisa..." Haqiem meyakinkan Lisa.
"Apaaaaa....!!!?? En. Den Lamar Cik Lisa.. dengan set perhiasan 120k....!!!?? Diana teriak terkejut mendengar.
tiba-tiba lonceng pintu berbunyi. Diana cepat-cepat berdiri dan berjalan menuju ke pintu. Bila pintu di buka, kelihatan seorang pekerja hotel wanita sedang memeluk sejambak bunga ros warna merah dan putih.
"Untuk Cik Lisa..." Kata wanita itu.
"Ok.. terima kasih ye" jawab Diana.
Wanita itupun memberikan bunga tu pada Diana dan terus beredar. Diana pun menutup pintu dan berpusing lalu berjalan menuju ke tempat Lisa.
Haqiem terus berteriak melihat Diana tengah membawa sejambangan bunga rose.
"OMG... Ni mesti dari En. Den untuk Cik Lisa ni.. Let me guess first... rose merah dan putih kita dan faham maksudnya.. Den tak mungkin bagi 100 kuntum.. kalau bukan 101 kuntum .. mesti 108 kuntum... " kata Haqiem dengan yakinnya.
Diana memberikan jambangan bunga tu pada Lisa. Lalu Lisa menarik sekeping Kad yang telah di selit di tengah tengah jambangan bunga. Lisa membaca kad tersebut dan mula mengukir senyuman.
"Senyuma tanda suka tu...." Haqiem tiba tiba mencuri kad tu dari pegangan tangan Lisa
"Biarlah 101 kuntum bunga rose merah dan putih ini berbicara... Lelaki yang sangat mencintaimu~Den." Haqiem membaca isi kad tu..
"Owh... So sweet.. why not me....." Sampuk Diana.
"Qiem.. saya dah lupa lah apa maksud 101 kuntum bunga ros.. " tanya Lisa ingin tahu.
"Ya ampun Cik Lisa.. tauke kedai bunga kot..." sekali lagi Haqiem memegang dahinya sambil menggelang gelangkan kepala. Balqis dan Diana ketawa melihat gelagat Haqiem.
"Bukan taktau lah.. tapi dah lupa.. " jawab Lisa
"Adik beradik lah tu...." jawab Haqiem lagi.
"101 tu maksudnya HANYA CIK LISA SATU SATUNYA WANITA YANG BERTAKHTA DI HATINYA...!! Ni mesti en. Den taknak Cik Lisa salah faham dengan kejadian kemarin tu." Balqis menjelaskan pada Lisa.
"Romantiknya En. Den.. Kalau Cik Lisa taknak.. ada berbaris wanita di luar sana nakkan en. Den tau.. termasuk Ris sepupu Lisa tu..." ugut Haqiem.
"Termasuk saya dan Balqis nak ikut berbaris.. mana tau ada peluang...??? bertabur suara ketawa mereka dalam apartement tu.
"Ok.. cukup... ayuh gerak ke dewan.. nanti Mr. Wedding Planner tambah naik jadi sotong..."
Merekapun bergerak keluar dari apartment hotel itu. Ketika mereka telah sampai ke lobi hotel, setiap pekerja hotel yang berselisih dengan mereka akan tunduk hormat dengan Lisa.
"Selamat pagi Cik lisa.." sapa seorang pekerja hotel dan tunduk hormat padanya.
Lisa jadi keheranan. Tiba-tiba mata Lisa terpaku pada insan yang menuju ke tempatnya.
"Selamat pagi tan sri .. tan sri apa kabar...?? Lisa menghulurkan kan bersalam dengan tan sri lalu mencium tangan tan sri.
Para pekerja hotel yang ada di situ terkejut dengan apa yang berlaku di depan mata mereka, termasuk Balqis, Haqiem dan Diana lagi lah terkejut. Mereka bertiga pun mengikut apa yang lisa buat sebentar tadi.
"Sihat alhamdulilah.. ibu Lisa sihat...?? tanya tan Sri.
"Ibu sihat alhamdulilah..." jawab Lisa penuh sopan.
"Boleh saya berborak dengan Lisa Sekejap.. dah setahun lebih kita tak jumpa kan.." ajak tan sri
"Ehh... boleh tan sri.. sekejap ya.. " jawab lisa.
Lisa pun menyuruh Haqiem, Balqis dan Diana pergi dulu ke dewan dan dia meminta agar mereka bertiga ikut saja arahan mr. louis.
Lisa dan tan sri pun berjalan beriringan menuju ke restoran hotel. Mereka pun duduk di tempat yang berdekatan dengan kaunter penyambut tetamu.
"Lisa teman kan saya sarapan ye.. " ajak tan sri.
"Saya dah sarapan tadi tan sri .. tapi sebab dah lama tak jumpa tan sri.. Lisa sanggup double breakfast demi tan sri" tergelak tan sri mendengar gurauan Lisa.
Dari jauh Aiden hanya memerhati Lisa dan Ayahnya. Dia sangat gembira melihat wajah ayahnya yang terpancar sinar kegembiraan.
Aiden tahu selama ibunya meninggal, Ayahnya hidup dalam kemurungan. Walaupun sudah berkahwin dengan Zakiah sangat sukar melihat senyuman di wajah ayahnya. Kadang kadang Aiden berfikir Ayahnya kahwin dengan Zakiah sebab apa. Di tambah lagi keadaan Aiden masa itu.
"Excause me tan sri.. tan sri nak order apa...?? tanya pelayan restoran dengan penuh sopan.
"Bagi saya American breakfast.." jawab tan sri.
"Coffee or tea...?? tanya pelayan tu lagi.
"Coffee..." jawab tan sri lagi.
"Cik Lisa.. nak order apa...?? kali ini pelayan beralih kepada cik Lisa.
"Macam mana awak tau nama saya...?? tanya Lisa yang masih terkejut.
"urrmm.. satu hotel dah kenal cik lisa, gadis cantik manis yang bermata biru..." jawab pelayan tu.
" Jangan lah terlalu puji Lisa.. Lisa takut jodoh lisa lambat sampai... " gurau lisa. pelayan dan tan sri pun tergelak bersama.
"Bagi sama saja dengan order tan sri ye... " sambung lisa lagi.
pelayan tersebut pun beredar dari meja tan sri dan lisa.
"Aiden apa kahbar... ??? Lisa menebalkan mukanya bertanya pasal Aiden.
"Aiden sihat.. dah makin handsome... tapi.. " belum sempat tan sri menyambung ayatnya dah di potong lisa.
"Tapi.. kenapa tan sri.. kenapa dengan Aiden...?? jelas terpancar kerisauan di wajah Lisa.
"Aiden sakit lisa.. hatinya sakit.. " tan sri menguji ingin melihat reaksi lisa.
"Kenapa boleh jadi begitu tan sri.. apa yang menyebabkan hati Aiden sakit semula tan sri.. ??? mata lisa mula berkaca ingin mengeluarkan airmata. Tan sri cuba menahan senyumnya melihat keadaan Lisa.
"Hati Aiden sakit sebab Lisa... selama setahun lebih ni hati Aiden terseksa Lisa.. Aiden menyintai seorang gadis yang dia tak pernah kenal.. gadis yang telah jadi malaikat penyelamat hidupnya. Kadang.. hampir setiap malam Aiden menangis menahan rindu ingin jumpa dengan Lisa. Saya terpaksa melanggar perjanjian kita.. saya dah tak sanggup melihat anak saya menderita... saya hanya bagitahu dia nama penuh Lisa. Maafkan saya..." sayu
wajah tan sri memberitahu Lisa.
"Tan Sri... Lisa yang salah.. Lisa minta maaf sebab buat perjanjian begitu.. Lisa akui.. Lisa hanya pentingkan diri sendiri masa tu.. Lisa sangat bersalah pada Aiden... Masa tu Lisa takut bila Aiden sedar.. dia berprasangka buruk dengan Lisa.. tu sebab Lisa taknak jumpa dia. atau dia jumpa Lisa" jelas Lisa dan akhirnya gugur juga airmata yang dia tahan dari tadi.
Sarapan mereka pun sampai telah di hantar oleh pelayan restoran yang sama.
"Kita sarapan dulu... " ajak tan sri.
Sementara mereka menikmati sarapan mereka tiba-tiba datang satu suara menggangu mereka.
"Oh.. jadi ni lah sugar daddy Lisa.. yang pelihara Lisa selama ini ye....!! Makcik rosmah tersenyum sinis.
"Awak berdua lagi..!!! sebelum saya buat apa apa tindakan.. baik kamu keluar dari hotel ni sebelum saya panggil security.... !! tegas tan sri.
"Hey orangtua.. Sedap ke dapat jambu muda...??? kali ini Ris pula bersuara.
"Memang patut lah awak kena tampar semalam.. mulut dan hati awak ni lebih busuk dari lubang najis.. ni.. saya nak bagitahu awak berdua.. Lisa ni malaikat buat keluarga saya.. dan saya nak jadikan dia menantu saya.. untuk jadi menantu saya mestilah dia wanita yang berhati mulia dan bukan macam awak berdua." tegas tan sri.
"Tan Sri maafkan saya terlambat melindungi tan sri...." Vicky datang bersama peguam syarikatnya.
"Tan Sri....?? Ris dan ibunya saling berpandangan.
"Vicky arah orang awak bawa mereka keluar dari hotel ini.. dan Hisyam.. masukkan mereka dalam penjara 3,4 tahun begitu.. kesalahan kerana telah menghina dan memfitnah saya depan orang ramai." Arah tan sri pada mereka.
"Maafkan kami tan sri ... tolong maafkan kami.. Lisa tolong merayu dengan tan sri.. saya ni makcik awak.. Ris sepupu awak.... " Rosmah dan Ris melutut di hadapan tan sri dan Lisa.
"Lisa.. ikut saya.. tak perlu pedulikan mereka" Tan sri berdiri dan mula melangkah meninggal kan Rosmah dan Ris diikuti oleh Lisa.
Masih terdengar suara Rosmah dan Ris menangis berteriak meminta tolong ketika orang orang vicky mengherat mereka keluar dari hotel. Mereka akan terus di hantar ke balai polis.
"Tan Sri.. Lisa nak jumpa Aiden.. Lisa rasa bersalah sangat padanya. " tan sri bersyukur dalam hati. Akhirnya Lisa mahu juga berjumpa dengan Aiden.
"Aiden ada disini .. dia ada di pejabat hotel di tingkat 8.. dalam jam 2 Lisa jumpa Aiden di pejabat sebab sekarang ni Aiden tengah meeting ..." jelas tan sri.
"Owh.. kalau begitu saya ke dewan dulu lah tan sri.. nanti jam 2 saya cari Aiden di biliknya.. "
Lisa pun meninggalkan tan sri setelah meminta izin dengan tan sri. Dia pun mengatur langkahnya dengan cepat menuju ke dewan. Sesampai di dewan dia melihat tangan Mr. louis dah macam sotong .. ertinya mereka dah sibuk.
Meja dan kerusi mula di susun di dalam dewan. Bahagian pelamin sudah siap sepenuhnya, hanya dalam keliling dewan, pintu gerbang dan hiasan bunga di setiap meja.
Jam menunjukkan 1.50 petang. Hati Lisa mula berdebar debar.
"Mr. louis saya nak pergi ke pejabat hotel sekejap ye.." Lisa minta izin untuk keluar.
"Oh.. you nak jumpa Aiden kan.. it's ok.. lama pun takpe.. i boleh handle dengan staff you." Lisa heran macam mana Mr. Louis tahu.
"Ok. Mr. louis... thank u.. " jawab Lisa.
"Aqis, Qiem, Dian... Saya ke pejabat hotel dulu ye"
"Ok cik Lisa...." jawab mereka serentak.
Share this novel