En. Hisyam pun memberi isyarat pada 2 pembantunya. Lalu pembantunya membuka kain yang sedang menutup sesuatu di depan mereka. Setelah kain di buka, rupanya barang tersebut adalah sebuah TV size 50 inci.
"Nak buat apa dengan TV tu..??? tanya zakiah heran.
"Boleh tak tunggu dan sabar...." Aiden mencela.
En. Hisyam hanya membiarkan mereka. Setelah 2 pembantunya selesai melakukan tugas salah seorang memberikan 2 remote control padanya.
"Baiklah.. kita akan mulakan dan saya minta sepanjang wasiat di bacakan melalui video yang akan di tayangkan di TV.. saya harap kamu semua tenang dan berdiam..."
"Dan untuk pengetahuan semua.. 4 lagi pemegang saham, En. Eric 5%, Kapten Razaligh 5%, Tengku Syahriz 10% Dan Tan Sri Hasraff 10% . Mereka sudah tahu tentang hari ini dan segala keputusan wasiat atau peralihan kuasa mereka berpihak dan Menyokong Aiden dan ini surat sokongan percaya pada Aiden yang mereka tandatangani" lalu En. Hisyam memberikan pada mereka untuk mereka semua lebih puashati.
"saya akan mulakan sekarang ye..." En. Hisyam pun menekan butang on pada remote DVD lalu menekan butang on pada remote TV.
Terpampang Tan Sri di dalam TV.. jelas terpampang tarikh dan jam, masa video diambil.
Mereka semua terkejut melihat Tan Sri di skrin TV.
"Assalamualaikum Semua... Saya Tan Sri Muzzaffar Bin Zulkarnaian.. Saya bersumpah Demi Allah, sewaktu membuat wasiat ini.. saya berada dalam keadaan yang sihat dan normal dan tanpa gangguan atau hasutan dari sesiapa..."
"Sejak akhir akhir ini saya merasa tidak tenteram.. saya merasa ada sesuatu yang akan menimpa diri saya dan saya membuat keputusan untuk membuat video ini.. saya telah berpesan pada peguam saya En. Hisyam.. sekiranya ada apa-apa berlaku pada saya .. selepas 5 hari ketiadaan saya.. maka wasiat saya ini boleh disampaikan dan di tonton..."
Lama Tan Sri berdiam, lalu menyambung semula.
Sebelum saya mula.. ingin saya mengumumkan pada semua.. Cik Sherry adalah Isteri saya.. kami telah bernikah setahun lebih yang lalu.."
"Sherry terharu dengan pengakuan suaminya. Tanpa sedar, airmata Sherry jatuh mengalir di pipi, di tambah dengan rindu yang teramat dalam. Ingin saja sherry memeluk dan mencium skrin TV itu.
"Apaaaa.....!!! Mustahil....!!! " Zakiah berteriak lalu mula nak berdiri mendapatkan sherry. En. Hisyam Tekan "Pause" pada butang kawalan jauh.
"Pn. Zakiah...!! jaga kelakuan awak...!!
Aiden dan Ash terkejut mendengar bila En. Hisyam meninggikan suaranya. Kali terakhir mereka dengar En. Hisyam meninggikan suara nya ketika polis menutup kes mengenai kemalangan ibu mereka.
Zakiah duduk semula di tempat duduknya. Lalu En. Hisyam tekan butang "Play" semula.
"Dan Nur Elisa Cassandara adalah anak menantu saya iaitu isteri Aiden..."
Alisa dan Farouk terkejut mendengar, lalu memandang ke arah Lisa dan Aiden.
"Buat Zakiah.. rumah yang awak tinggal sekarang dan kereta yang awak pakai saya beri dengan ikhlas tapi atas nama Alisa dan Duit 500k En. Hisyam akan beri awak cek..."
"Tak Mungkin....!!!! zakiah berteriak.
"Buat Farouk dan Alisa saya juga berikan kamu 500k setiap seorang dan mula lah jalani hidup yang diberkati Allah..."
Alisa dan Farouk berpandangan sesama sendiri.
Tan Sri berdiam sebentar, lalu menyambung semula.
"Zakiah.. sebenarnya hampir 2 tahun lebih saya dah pulih dari perbuatan awak.. tu sebab hubungan perkawinan kita jadi begini.. sebab awak bukan jodoh yang Allah berikan buat saya. Saya boleh terima jika awak berbuat begitu pada saya kerana awak cinta dan sayangkan saya.. tapi ternyata tidak.. awak langsung tak cinta dan sayangkan saya.. kemudian saya dapat tau.. awak hanya nak harta saya.. saya tahu awak curang di belakang saya dan lelaki lelaki yang puaskan nafsu awak.. awak gagal menjadi isteri saya..."
Zakiah masih dengan muka egonya.
"Farouk.. saya dah bagi awak peluang.. tapi awak gagal menggunakan peluang itu.. awak curi duit syarikat.. awak berfoya foya sana sini dengan menjual nama saya sebagai ayah awak.. "
Farouk tunduk rasa malu.. bukan pada Tan Sri tapi pada Aiden.
"Buat Ashraff.. Saya dah anggap kamu sebagai anak abah dan abah harap kamu bantu Aiden membangunkan dengan lebih jaya lagi untuk generasi seterusnya. Oleh itu Abah memberikan 5% Syer abah untuk kamu dan 5 juta sebagai hadiah perkawinan kamu.."
"Untuk Syarifah.. Abah dah beli Ruang Kedai yang di mall IOI untuk Sya dan 1 juta untuk modal Sya untuk buka Butik..."
Sya terus menangis memeluk suaminya terharu dengan kebaikkan Tan Sri.
"My Lovely Honey.... maaf jika masa kita bersama terlalu singkat (Sherry mula menangis) Saya beri Honey 5 juta untuk mencapai impian Honey untuk bantu ibubapa Honey nak buat homestay di tanah yang hendak di rebut oleh pakcik Honey.."
"5 juta you bagi dengan perempuan perampas ni muzzaffar..." Zakiah bersuara tidak puashati.
"Puan Zakiah...." tegur En. Hisyam.
"Penthouse tu saya dah tukar atas nama Honey dan Kereta yang Honey impikan Toyota super king V8 supaya honey senang balik kampung untuk melawat ibubapa honey.. dah saya beli dan kuncinya ada dengan En. Hisyam.."
"Dearrr... " makin kuat tangisan Sherry, Lisa mendekati sherry dan memeluknya.
"Seminggu yang lalu Honey ada bagitau saya, yang honey dah lewat 10 hari tak datang period.. Lepas ni.. honey pi check... urine test ada dengan En. Hisyam. Sekiranya keputusan positif.. 10% syer saya akan saya serahkan pada anak kita dan syer itu akan di beri sebaik saja anak kita lahir.. serta wang 100 juta untuk anak kita..."
Zakiah sangat menyesal kerana menggugurkan kandungannya dulu.. sehingga merosakkan rahimnya sehingga dia tak boleh mengandung lagi.
"Buat anak menantu kesayangan Abah.. Malaikat penyelamat anak Abah.. kalau bukan kerana Lisa... abah mungkin dah kehilangan satu satunya anak abah.. dan abah tau Lisa tidak akan terima apa-apa lagi pemberian Abah.. jadi...Syer 15% dan duit 200 juta Abah berikan buat cucu abah dan abah amanahkan Lisa yang mengurus dan menjaganya.
"jadi awak lah penderma hati Aiden..."
serentak Zakiah, Alisa dan Farouk berkata.
Lisa memandang mereka bertiga lalu memberikan senyuman.
"Buat Anak tunggal Abah.. Aiden... maaf jika selama ini ada kekurangan kasih sayang yang Abah berikan buat Den.. Abah sangat menyayangi Den...."
"Buat Aiden.. Abah serahkan Sri Awana Holding buat Aiden.. Semua Aset tetap milik Sri Awana dalam negara dan Luar negara Abah serahkan pada Aiden.."
"10% Syer Abah... abah beri pada Aiden dan campur syer Aiden 20% sedia ada.. Ertinya Syer Aiden 30%"
"Harta milik peribadi Abah Semua saya serahkan Pada Aiden... Abah percayakan Aiden.."
"Duit abah 1 billion yang ada di bank Swiss .. abah berikan sebagai hadiah perkawinan Aiden dan Lisa.."
"Aiden.. beri hadiah pada Lisa sebab abah tahu Lisa tidak akan menolak pemberian suaminya. Ingat janji Aiden pada abah..."
Aiden mengangguk.
"Abah harap Aiden akan menjadi ketua keluarga yang adil dan seksama.. bertanggungjawab menjaga ahli-ahli keluarga yang ada sekarang.
"Dan abah telah membina satu rumah agam yang baru terletak di puncak mewah.. rumah agam tu ada 4 tingkat.. Abah mahu Aiden dan Ash tinggal di rumah agam itu dan sekiranya sherry mengandung.. Sherry juga harus tinggal di rumah agam itu dan Adik Aiden akan tinggal dan membesar di rumah itu..."
"Dan mulai saat ini Aiden, Lisa, Ash dan Sya kena panggil Sherry "Auntie" dan bukan Sherry lagi.
TV terus gelap ertinya video dah habis.
"kurang ajar..!! perempuan sundal..!! awak yang merosakkan rumahtangga saya...!! Zakiah berteriak dan hendak menyerang sherry.
Belum sempat tangan Zakiah nak memukul sherry, Sherry dah terlebih dulu menamparnya.
"Awak yang sundal.. perempuan tak sedar diri.. tak jelas lagi apa yang husband I cakap tadi...!! Kali ini sherry melawan Zakiah.
"Husband you dah mati....!!!!" teriak Zakiah.
"Sebab you yang bunuh husband saya ...!!
Pintu pejabat En. Hisyam tiba- tiba terbuka..
"Assalamualaikum....."
Share this novel