"Ada hal apa Tan Sri nak jumpa saya" tanya ibu Lisa setelah berada di dalam bilik suite Tan Sri.
Sherry, Aiden dan Lisa juga ada bersama.
"Saya nak bincang tentang hal Lisa dan Aiden..." jawab Tan Sri.
"Saya nak mereka Nikah sebelum saya ke kelantan hari rabu ni.. nanti resipsi pernikahan akan di buat sebulan selepas itu..." sambung Tan Sri.
"Saya ikut ja ni Tan Sri.. jika itu yang terbaik.."
Aiden dan Lisa saling berpandangan dan berbalas senyuman.
"Aiden.. Lisa.. esok jam 8 pagi kamu berdua ikut kursus nikah di masjid daerah sini.. Masjid Abu Bakar. Jam 3 petang ni kamu berdua pergi ke klinik Wong untuk check HIV.. segala urusan yang lain tu nanti Sherry yang atur..." Suara Tan Sri menghentikan mata mereka yang saling berpandangan dan mereka hanya mengangguk tanda setuju.
"hurmm.. ni bukan sekadar double pay ni Tan Sri.. ni mesti tripple pay ni..." gurauan sherry membuat mereka semua tergelak..
"Don't worry my dear PA.. I pay you tripple serba dua..." Tan Sri membalas gurauan sherry.
**
Setelah Sherry, Lisa dan ibunya balik ke bilik mereka masing masing, tinggal lah Aiden dan Tan Sri sahaja. Ketika Aiden mula nak mengangkat punggung, tiba tiba Tan Sri bersuara.
"Aiden duduk dulu.. abah ada hal penting nak bagitau Aiden.. "
"Apa hal penting tu Bah.."
"Aiden.. abah harap.. apa yang abah katakan ni.. Aiden pegang dan jaga elok elok sebagai amanah abah pada Aiden.. sekiranya ada apa-apa berlaku dengan Abah... yang pertama abah nak Aiden jaga baik baik Sri Awana Holding jangan sampai di rampas oleh orang lain. Kedua.. tolong jaga isteri kesayangan abah..bukan Zakiah.. tapi sherry..."
"Haaa.. sherry isteri abah..??? Bila abah kawin dengan sherry...???
"Kami bernikah setahun yang lalu.. Setelah Abah bebas dari ilmu hitam zakiah.. Abah seperti orang yang baru pulih dari ingatan.. dan dalam diam abah mula menyukai dan jatuh cinta dengan sherry.. tapi abah pendam perasaan Abah sebab keadaan Aiden masa tu sangat kritikal. Kami bernikah di thailand.. tapi masa tu kebetulan abah dan sherry berada di thailand atas urusan bisness nak take over satu hotel di sana... langsung abah takde niat apa-apa dengan sherry..."
"malam tu ada seseorang telah mencampurkan sesuatu ke dalam minuman sherry niatnya nak bersama dengan sherry malam tu.. tiba tiba dia mendapat panggilan kecemasan lalu meninggalkan abah dan sherry di restoran hotel tempat kami menginap. Sherry mula mengadu panas badan dan meminta izin untuk balik ke biliknya tapi keadaan sherry membimbangkan dan abah menemani dan menghantar sherry. Dalam Lif sherry dah mula peluk abah.. sherry juga mohon maaf sebab dia dah tak tahan. Abah ingat sherry tak tahan panas badannya.."
Aiden mendengar dengan penuh minat cerita Abahnya.
"Sampai di depan pintu bilik.. sherry memberikan kad bilik untuk abah buka pintu bilik sherry... terbuka saja pintu bilik .. sherry menarik abah masuk bersama dalam bilik. Sherry mula memeluk abah dan mohon maaf kerana dia cuai sehingga dia tidak perasaan minumannya telah di campur sesuatu. Sherry berkali kali mohon maaf dengan abah dan memberitahu dia dah tak mampu tahan dan malam itu Abah pun dah tak dapat tahan kegairahan sherry mencumbui abah.."
Aiden melopong mendengar cerita keterlanjuran Abahnya dengan Sherry.
"Esoknya Abah mengajak Sherry nikah hari tu juga.. mula-mula sherry menolak.. Sherry tak nak abah kawin dengan dia kerena terpaksa.. Sherry sentiasa bersikap profesional dengan Abah.. dia mengaku malam tu kesilapan dia kerana cuai.. dia tak mahu pernikahan berlandaskan terpaksa dan bukan kerana suka sama suka.. takut tak bahagia katanya.... "
"Abah pun meluahkan perasaan abah padanya.. hampir seminit sherry melopong terkejut dan berkeras seperti patung cendana.. rupanya dalam diam sherry menyimpan hati dengan Abah dan dia kalau bab kerja memang betul betul jadi PA abah yang sangat profesional.. sehingga abah langsung tak dapat cium bau-bau yang dia suka Abah.. "
"Aiden tak kisah ke Abah kawin dengan Sherry...??
"Aiden tak kisah siapa pun isteri abah.. yang penting boleh buat ayah bahagia dan Aiden bahagia sangat melihat abah bahagia bersama sherry.... Aiden lihat.. Sherry sentiasa buat abah happy.. senyuman dan gelak tawa abah muncul kembali ... Aiden nampak dengan jelas.. Abah tak bahagia dengan Zakiah tu.. Alisah tu gedik semacam dengan Aiden.. eeeeee.. tak kuasa Aiden"
"Tu sebab Aiden heran.. kenapa Abah bole kawin dengan Zakiah.. rupanya dia guna guna kan Abah.. jijiknya cara dia dapat kan Abah.. Syukur alhamdulilah Abah dah pulih.."
"Setelah abah pulih 2 1/2 tahun yang lalu.. abah tak pernah menyentuh Zakiah.. alasan abah sebab abah ada masalah batin.."
"oh ya.. dan yang lagi penting.. Aiden kena berhati hati dengan Zakiah dan anak anaknya.."
"Sebenarnya Aiden dah lama tahu niat buruk zakiah tu.. Farouk dan Anisha jadi begitu tu pun kerana hasutan Zakiah.. sekarang ni Aiden dah sihat.. Aiden akan jaga sepenuhnya semua milik Aiden bah... Aiden dah suruh orang jaga Lisa dan Ibunya.. nanti lepas ni Aiden akan suruh jack tambah orang orangnya untuk jaga Sherry.. "
"Dan satu lagi.. mungkin Zakiah ada rancangan membunuh Abah.. abah sengaja pancing dia.. tapi abah dah rancang dengan teliti.. jika terjadi kesilapan.. Aiden kena berhati hati sebagai pewaris tunggal dan Lisa.."
"Abah sudah menfailkan cerai pada zakiah dan peguam akan beri sebaik saja Abah terbang ke kelantan .."
"Apa yang abah dah rancang ni.. begitau Aiden..."
"Hari rabu ni Aiden akan tahu..."
"Dah lewat ni.. Aiden pergi lah bawa Lisa buat medical check up... oh ya.. dan yang ketiga .. jaga Lisa dan ibunya seperti menjaga nyawa Aiden sendiri.."
"Aiden sanggup berkorban apa saja demi Lisa bah... Abah jaga diri.. Aiden pergi dulu.. "
Aiden pun mencium tangan Tan Sri dan mula mengatur langkah keluar dari bilik itu.
hai semua.. baru sis ada masa update .. sorry buat anda tertunggu tunggu..
Share this novel