Bab 4 - JANJI

Romance Series 10666

Setelah selesai menikmati makan malam, seperti yang dijanjikan, kami pun menghantar Lisa balik. Tak heran lah jika ibu Lisa risau bila Lisa balik lambat dan memandu seorang diri. Terlalu tebal kabus.

Lisa mengarahkan perlahankan kereta dan masuk jalan sebelah kiri.

Kelihatan sebuah rumah English Style dan kelihatan seorang wanita telah keluar dan berdiri di depan pintu. Lisa memberitahu bahawa wanita tersebut adalah ibunya.

"Mari saya hantar Lisa sampai depan ibuuuu... mertua..' kataku bergurau. Pecah tawa kami berempat.

Malam ni aku rasa aku gembira sangat.

Aku keluar dulu diikuti oleh Lisa.

"Selamat malam Sya.. Selamat malam Ash.. Lisa balik dulu.." kata lisa sebelum turun dari kereta.

Aku menghantar Lisa hingga tempat ibu.

"Assalamualaikum Makcik" kataku lalu menyalam dan mencium tangan ibu Lisa.

"Walaikumsalam" Jawab ibu lisa dan tersenyum padaku.

Lisa pun turut menyalami ibunya dan mencuim tangan ibu.

"Saya minta maaf makcik sebab buat Lisa balik lewat." kataku pada ibu lisa.

"takpe yang penting Lisa dah balik dengan selamat dan terima kasih kerana sudi hantar Lisa balik" jawab ibu Lisa dengan suara yang lembut.

"Lisa saya nak balik dulu.. nanti besok pagi saya jemput Lisa ye"

" Ok Encik Den" Jawab Lisa.

Aku tersentak saat Lisa memanggilku Encik, fikiran kerana ada ibunya.

"Makcik saya balik dulu ye.."

"Hati-hati ye, jangan bawa laju .. kabus tebal ni.." pesan ibu Lisa.

"baik Makcik" jawabku dan mula berjalan menuju ke kereta.

Aku pun naik ke kereta dan kami mula meninggalkan perkarangan rumah lisa.

******************

Aku dan ibu pun masuk ke dalam rumah setelah kereta Den meninggalkan perkarangan rumah kami.

"Itu kah Client Lisa yang nak tempah bunga dengan Lisa masa wedding nya" tiba-tiba ibu bertanya ingin tahu.

"Bukan dia ibu.. lelaki tadi tu boss kepada client Lisa. Dia anak kepada pemilik Mall Cameron tu bu.. Client Lisa dan tunangnya ada di dalam kereta juga tadi bu.. tapi.. kerana dia yang ajak Lisa join sekali dengan mereka pergi dinner tadi..Jadi dia lah yang bertanggungjawab datang dan jumpa ibu... " jelasku pada ibu.

"Baik budak tu ibu tengok.. jarang jumpa lelaki yang kaya dan ada kedudukan yang bersopan santun dan menghormati orang." puji ibu.

"Siapa nama boss client Lisa tu.." tanya ibu lagi.

"Dia suru Lisa panggil dia Den saja ibu." jawabku

"Ibu nanti esok saja kita sambung cerita pasal ye.. Lisa penat dan mengantuk.. Lisa nak mandi dulu... Selamat malam ibu.. " aku mencium pipi ibuku dan perlahan aku meninggalkan ibu menuju ke bilik ku.

Setelah selesai mandi. Seperti biasa aku duduk di meja solek ku, menyapu toner di wajahku lepas tu aku menyapu losyen di badanku. Lalu aku pun membaringkan diri ku di tilam.

Aku cuba melelapkan mataku tapi tak dapat. Wajahnya yang tersenyum dan mengenyitkan matanya padaku, terbayang bayang di mataku.

Aku tak dapat lupa layanannya padaku tadi. Semua dia lakukan untukku, memberikan aku sup steamboat, mengupas kulit udang, membuka isi ketam. Boleh katakan semua dia buat untukku dan aku hanya tinggal makan saja.

Aku rasa aku rindu dia. Aku tak sabar nak jumpa dia lagi besok. Aku rasa aku dah jatuh cinta pada nya.

"Ahrr.. aku tak boleh jatuh cinta dengannya.. mungkin dia sudah biasa melayan semua perempuan seperti itu.. aku saja berlebihan kerena tak biasa dapat layanan seperti itu dari seorang lelaki" kataku perlahan.

**********************
Di hotel Aiden...

"Den tadi kau cakap akan jelaskan sampai di hotel.. apa tu..??" Tanya Ash

"Ash aku rasa Lisa tu penderma hati saya." jelas ku.

"Apa bukti yang Lisa tu penderma hati kau..?" tanya Ash lagi.

"Aku minta Abah bagi aku satu klu saja untuk aku cari penderma hatiku.. Abah cakap GADIS BERMATA BIRU dan aku dapat rasa hatinya juga bergetar seperti hatiku. Tadi di pejabat aku lihat dia sekejap sekejap pegang dadanya."
jelas ku lagi.

"Den.. apa kata.. Den pujuk Tan Sri dan minta lagi satu klu.. Den minta nama gadis yang menderma hatinya untuk Den. Baik Den call Tan Sri sekarang, saya rasa Tan Sri belum tidur tu" kata Ash memberi cadangan.

"Ok lah Den aku balik ke bilik ku dulu, good night.. selamat merindu dan bermimpi indah" Perli Ashraff padaku.

"Urmm.. banyaklah kau punya mimpi, kau tu yang tak sabar nak kawin." balasku pada Ashraff.

Ashraff pun keluar dari bilikku, balik ke biliknya.
Betul juga apa yang Ash cadangkan. Aku pun mengambil telefon dan mendail no Abah.

AKU : "Assalamualaikum Abah.."

ABAH : "Walaikumsalam.."

AKU : "Abah tak tidur lagi ke...??

ABAH : "Kalau Abah dah tidur takde lah Abah jawab call Aiden ni..Napa malam-malam cari Abah ni..??

Aku tahu kelemahan Abah. Dia tidak boleh dengar aku sakit dan dia tidak boleh lihat aku menderita. Aku tahu Abah terlalu sayangkan aku dan sebab tu Abah turuti syarat yang diberikan oleh penderma hatiku.

AKU : "Abah.. hati Aiden sakit bah.. jiwa Aiden terseksa.. hati dan jiwa Aiden telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang tidak pernah Aiden jumpa dan kenali... tolong Aiden bah.. Aiden sakit bah.. takde ertinya Aiden sihat Abah jika hati dan jiwa Aiden terseksa.. tolong Aiden bah.. beritahu Aiden siapa penderma tu bah.."

Aku sudah tidak dapat tahan sebak di dadaku. Aku menangis bercakap dengan Abah di dalam telefon.

ABAH : "Maafkan Abah nak..."

AKU : "Aiden mengikuti semua nasihat Dr. Gaddaffi bah. Aiden nak pastikan yang Aiden benar-benar dah sihat dan pulih untuk Abah, untuk Sri Awana Holding dan untuk memberi Abah pewaris yang seterusnya. Tolong Aiden bah.. Jiwa Aiden terseksa bah.."

ABAH : "Aiden.. maafkan Abah nak.. Abah tak tahu yang selama ini Aiden terseksa. Abah lakukan ni semua demi Aiden. Abah sayangkan Aiden. Abah tak nak kehilangan Aiden jadi abah terpaksa terima syarat dari penderma hati Aiden."

Aku dengar suara Abah terketar ketar menahan tangis.

AIDEN : "Kalau abah sayangkan Aiden, abah tak kan biarkan Aiden terseksa begini.. please bah.. bagi tahu Aiden siapa penderma hati Aiden..?? Sekurang kurangnya bagi tahu Aiden nama penderma tu."

ABAH : "Abah boleh beritahu tapi dengan syarat, jika Aiden dah jumpa penderma tu, Aiden jangan bagi tahu bahawa Aiden lah penerima hati tu. Aiden buat pura-pura tak tahu.. Abah tiada halangan kalau gadis itu jodoh Aiden.. tetapi.... sekiranya Aiden dah jumpa gadis itu dan dia tak berkenan dihati Aiden .. tolong layan dia dengan baik, tolong lindungi dia .. sikit pun jangan sakiti dia, kerana dia lah Aiden hidup hingga saat ini.. berjuta ringgit pun yang Aiden beri.. hakikatnya Aiden tetap berhutang nyawa dengan dia sebab dia Malaikat Penyelamat Aiden... Aiden faham.. !!" tegas Abah.

AKU : "Aiden Janji bah.. Aiden sanggup terima apa saja hukum jika Aiden mungkiri janji Aiden. Siapa nama gadis tu bah.."

ABAH : "Ingat Aiden.. janji Aiden ni bukan saja dengan Abah.. tapi dengan Allah.. Aiden sanggup ke..??

Aku telah muktamadkan hatiku. Sekiranya penderma tu bukan Lisa, aku akan tetap mencari penderma tu. Menjaga dan melindungi dia seperti yang Abah katakan. Itu Janjiku.

AKU : "Demi insan yang telah menyelamatkan Aiden, Sri Awana holding dan Keturunan Muzzaffar... Aiden sanggup bah..

ABAH : "Aiden dengar baik-baik, abah sebut sekali je. Nama penderma tu NUR ELISA CASSANDRA BINTI ROWAN ABDULLAH.

Ayah terus mematikan telefon, dan perbualan kami terhenti.

Aku tak dapat menggambarkan betapa gembiranya aku setelah aku tahu penderma hatiku ialah Lisa. Gadis yang baru aku jumpa yang membuatku seperti telah lama jatuh cinta padanya. Malam ini sepertinya aku lah insan yang paling bertuah dan bahagia sekali.

"Terima kasih Ya Allah, terima kasih ya Allah"

Malam itu aku bersujud menangis di hadapanNya.. memohon ampun kerana kekhilafan dan kealfaan ku selama ini.

**********************

"Awal aku dah bangun, Aku mula Solat subuh. Selesai solat subuh aku whatsapp Ashraff memberitahu aku pergi jemput Lisa dan menyuruhnya naik teksi pergi ke pejabat.

Aku pun mula gerak memandu ke rumah Lisa. sewaktu mula masuk ke kawasan rumah Lisa aku melihat halaman rumahnya yang cantik sekali. Dipenuhi oleh berbagai jenis dan berbagai warna bunga rose. Aku jadi sangat teruja melihat susun atur pokok pokok bunga rose yang sangat cantik. Semalam aku tak melihat tu semua sebab gelap.

Akupun turun dari kereta dan mula melangkah menuju pintu rumah Lisa. Sampai depan pintu rumah, hatiku berdebar debar. Aku mula mengetuk pintu rumah Lisa. Kedengaran suara dari dalam menyuruh tunggu sekejap. Tak lama pintu pun di buka. Muncul seorang wanita yang sama usia dengan ibu Lisa.

"Assalamualaikum..." aku memberi salam.

"Walaikumsalam.." jawab wanita tersebut.

"Lisa ada.. Makcik.." tanyaku

"Anak ni nak cari Lisa ye... sekejap ye.." jawab wanita tu.

Aku terdengar suara ibu Lisa bertanya pada wanita tu.

"Siapa yang datang tu timah... ? ibu lisa bertanya.

"Owh... dia makcik timah yang lisa ceritakan" bisik hatiku.

"Seorang lelaki.. tampan sangat.. nak cari Lisa." jelas Timah.

"Suruh dia masuk timah. Sejuk di luar tu" arah ibu lisa

Makcik timah pun menjemput ku masuk ke dalam. Saat kakiku melangkah masuk, aku di kejutkan lagi oleh kecantikan hiasan dalaman rumah Lisa. Perabot rumahnya dari Sofa, meja makan, coffee table, sofa santai, cabinet cabinet perhiasan, candelier nya semua design seperti Royal English. Tidak terlalu besar tapi cukup cantik dan selesa.

"Assalamualaikum Makcik.. " aku memberi salam pada ibu lisa yang sedang duduk di meja makan.

"Walaikumsalam.... En. Den, mari sarapan dulu. Ni Timah ada buat nasi lemak" pelawa ibu Lisa.

"Nampaknya saya langkah kanan pagi ni makcik." jawab ku lalu duduk di hadapan ibu Lisa.

"En. Den nak minum apa..??" tanya ibu lisa.

"Panggil saya Den saja makcik.. urmm.. bagi Den nescafe je makcik." jawabku.

"Timah bagi lelaki tampan ni nescafe yang paling sedap ye" gurau ibu lisa.

"Saya dan timah ni dah biasa bergurau begini ni den.. harap den tak terasa ye" sambung ibu lisa lagi.

"Saya lagi suka suasana yang penuh dengan kecerian dan kegembiraan makcik" jelasku pada ibu lisa.

Tak lama dari tu, makcik timah pun keluar dari dapur dan membawa segelas nescafe dan piring kosong.

"Ni nescafenya En. tampan" pecah tawa kami bertiga.

Makcik timah kemudian menyenduk nasi lemak, telur, isi ayam dan timun lalu menuang kuah nasi lemak di atasnya.

"Jemput makan nasi lemak made from makcik timah ye En. tampan" sekali lagi makcik timah bergurau denganku.

"Makcik Timah ni.. Kalau tak menyakat orang pagi-pagi memang tak sah..." tiba-tiba kedengaran suara Lisa yang baru keluar dari bilik. tambah meriah suasana rumah dengan kehadiran Lisa.

"Cantiknya ya Allah..." hatiku berbisik

Lisa pun duduk di meja makan bersebelahan dengan ibunya dan berhadapan denganku.

"Den dah lama sampai ke" tanya lisa padaku dengan sopan.

"Baru je" jawabku.

"Aku akan jaga dan lindungi kau Lisa .. aku takkan benarkan sesiapa menyakitimu.. selagi aku masih bernafas." bisik hatiku.

"Lisa nak minum apa ...??? "Makcik Timah bersuara dari dapur.

"Hari ni pun Lisa nak Nescafe Hot kaw kaw punya ye makcik timah ku yang hot" jawab lisa bergurau dengan makcik timah.

Tidak lama makcik Timah pun keluar dari dapur membawa segelas nescafe untuk Lisa. Lepas tu makcik timah pun duduk bersama dengan kami di meja makan untuk bersarapan.

Selesai sarapan saya dan Lisa minta izin nak gerak pergi kerja.

Di dalam kereta Lisa hanya berdiam diri.

"Dah berapa lama Lisa tinggal di Cameron..??" tanyaku memecah kesunyian.

"Dah setahun.. sebulan tinggal di situ ibu dengan Lisa saja. Kemudian Lisa bawa makcik timah tinggal dengan kami. Niat Lisa nak dia temankan ibu saja kalau Lisa pergi kerja. Tapi makcik Timah tak setuju. Dia nak minta jadi pembantu rumah yang penting Lisa ada bagi dia duit sikit sikit untuk beli barang barang keperluannya" jawab Lisa.

"Owh" kataku

"Tapi setelah makcik timah tinggal bersama kami, bermacam macam idea yang timbul sehinggalah terbuka tanah yang di belakang rumah.. jadi lah kebun bunga CAT." tambah Lisa lagi.

"Owh.... Maksudnya Lisa ada kebun bunga sendiri lah.. jadi lisa tak perlu nak cari supplier bunga lah ni.... " kataku terkejut dan teruja.

"Kalau customer request dan bungaku takde di kebun Lisa... Lisa kena cari juga di kebun yang lain." jelas Lisa.

"Kenapa namakan kebun bunga Lisa tu CAT...??" Soal ku lagi.

"Makcik Timah tu yang bagi nama.. Cassandra, Aisyah nama ibu Lisa dan Timah" Lisa tersenyum menjelaskan padaku.

"Nanti boleh tak Lisa bawa saya Jalan jalan di kebun bunga CAT tu.." pintaku lalu melirik pada Lisa.

"Boleh je" jawab lisa tersenyum memandang
padaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience