Bab 2 - PERTEMUAN

Romance Series 10666

Aku melihat seorang gadis kecil molek, berwajah ayu dan bermata biru, mengenakan blouse warna peech sambil memegang bunga rose sedang berjalan di taman bunga yang penuh dengan bunga rose. Tiba tiba dia memegang dadanya menahan sakit.. Tapi kenapa dadaku pun terasa sakit.. Aku memanggil Abah memberitahu dadaku sakit.. Abah..!! Abah..!!

"Aiden.. Aiden.. kenapa ni..?? Bangun nak.."

Aku pun tersedar dari tidurku. Rupanya aku bermimpi lagi.

"Abah.. Aiden mimpi benda yang sama lagi." aku beritahu Abah.

"Mimpi tu hanya mainan tidur. Hari ini Aiden dah boleh balik rumah " kata Abah memberitahu.

"Abah.. sebelum balik saya nak jumpa orang yang sudi derma kan hatinya untuk Aiden" pintaku pada Abah.

"Dia telah keluar wad kelmarin." jawab abah selamba.

"Kenapa Abah tak bagi tahu atau bawa dia jumpa Aiden..?? Hari tu Abah pesan tunggu Aiden sihat baru pergi jumpa penderma hati Aiden.. Kenapa Abah biarkan dia pergi tanpa mengenalkan pada Aiden... kenapa bah...!! " kataku pada Abah dengan rasa kecewa.

"Sebab itulah syarat yang dia bagi. Sekiranya hati nya sesuai dengan hati Aiden, dia tidak mahu Aiden, Ibu dan adik beradik tiri Aiden tahu identitinya. Abah terpaksa berpegang pada janji aiden." jelas Abah sambil memelukku.

Akupun berfikir, sekiranya aku yang berada di posisi Abah masa tu, mungkin aku juga buat keputusan yang sama seperti Abah.

"baiklah Abah.. Aiden boleh terima alasan yang Abah beri.. cuma Aiden nak Abah bgitau Aiden, penderma hati Aiden tu lelaki ke perempuan..?? soal ku pada Abah.

"Untuk apa aiden.." soal Abah lagi.

"Aiden nak cari penderma hati Aiden. Sekurang kurangnya bagi lah Aiden klu" sambungku lagi.

"Abah boleh bagitau tapi Aiden kena janji dengan Abah, tunggu Aiden betul betul sembuh dan sihat dulu, baru pergi cari penderma tu." jawab Abah memberi syarat padaku.

"Aiden janji bah.. So.. Lelaki ke perempuan bah." tanya ku lagi tak sabar.

"Gadis bermata biru" jawab abah memberitahu.

*****************

SETAHUN KEMUDIAN..

"Selamat pagi ibu"
Aku memeluk ibu yang sedang duduk di meja makan lalu mencium pipinya. Akupun duduk berdepan dengan ibu.

"Lisa nak minum apa pagi ni..?" Makcik Timah yang baru keluar dari dapur membawa minuman untuk ibu.

"Hari ni Lisa nak minum nescafe kaw kaw punya.." jawabku kepada makcik.

Makcik Timah adalah jiran kami sewaktu kami masih menumpang tinggal di rumah makcikku. Sejak anak makcik timah berkawin, dia pun di layan seperti orang gaji oleh anak menantunya. Aku pun membawa makcik timah tinggal dengan kami. Tujuanku untuk jadi teman ibuku di rumah tetapi makcik timah yang menawarkan dirinya sendiri jadi pembantu rumah, sekurang kurangnya dia mempunyai wang untuk membeli keperluan peribadinya.

Sudah hampir setahun makcik Timah bekerja jadi pembantu di rumahku, Ibu juga sangat gembira sejak makcik tinggal bersama dengan kami sebab mereka mempunyai minat yang sama, bunga rose. Sekarang ni, dari jalan masuk sampai halaman rumah di penuhi oleh berbagai jenis bunga rose. Belakang rumah juga sudah ibu dan makcik timah jadikkan kebun bunga dan mempunyai 4 pekerja untuk menguruskan kebun bunga tersebut.

Kerana minat ibu ku terhadap bunga, aku mengambil keputusan menjual bunga di lot kedai yang Tan Sri hadiahkan. Mula-mula aku hanya menjual bunga kemudian aku belajar jadi pembekal bunga untuk beberapa buah kedai bunga. Hari ini aku telah jadi pembekal bunga untuk 50 buah kedai bunga.

"Ibu.. hari ini Lisa balik lewat sikit.. Lisa ada meting jam 3 petang. Ada nak tempah bunga untuk wedding, dengar kata nak buat Wedding Of The Year" aku memberitahu ibuku.

"Jangan balik terlalu lewat sebab hari ni seperti kabus tebal sedikit.. dan jangan lupa makan tepat waktu.." pesan ibuku padaku.

"Baik ibu.. Lisa jalan dulu.." sambil mencium tangan ibu.

"Makcik Timah.. Lisa jalan dulu..!!" laungku memberitahu.

"Baik-baik jalan Lisa" Laung makcik timah dari dapur.

Aku memandu kereta kesayanganku. Kereta yang dihadiahkan Tan Sri padaku. Sejak hari itu, aku tak pernah berjumpa atau berhubung dengan Tan Sri lagi kerana itu adalah permintaanku. Tetapi aku sentiasa juga bertanya tentang keadaan Tan Sri dan anaknya Aiden melalui setiausahanya Cik Sherry. Aku dah berpesan pada cik Sherry agar tak memberitahu Tan Sri atau Aiden.

Akupun sampai di Mall . Aku meletak keretaku di tempat biasa. Aku terkejut melihat tempat letak kereta di sebelah ku ada kereta. Hampir setahun tempat letak kereta tu kosong dan hari ini Ninja King Lexus LX 570 mengisi ruang kosong itu. Aku pun keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam mall kerana kedai bungaku sekaligus aku jadikan pejabat untuk aku mengurus tempahan dari customer bersebelahan dengan pintu masuk Hypermall yang ada di Mall tu. Agak strategik juga Lot Kedai yang Tan Sri hadiahkan. Aku nama kan kedai bungaku CASSANDRA FLORIST.

Untuk urus kedai bungaku aku mempunyai 3 staff, Diana dan Haqiem sebagai pembantu kedai, dan Balqis pembantu peribadi ku. Mereka telah bekerja dengan ku sejak mula mula aku membuka Cassandra Florist.

Sesampai aku di kedai kelihatan Diana dan Haqiem sudah mula sibuk melayan pelanggan. Aku pun terus masuk ke Mini Office ku. Hanya ada 2 meja di dalam. Meja Balqis dan mejaku.

"Morning Cik Lisa"

"Morning Balqis" jawabku.

"Cik Lisa tadi customer yang ingin tempah bunga untuk weddingnya ada call.. mereka tukar tempat." jelas Balqis

"Tukar kat mana.." tanyaku.

"Di tingkat 8 Mall ni.. tapi kan setahu saya di tingkat 8 tu pejabat Mall ni. Dan tadi kan saya ada curi dengar perbualan Staff Mall ni yang anak empunya Mall ni ada di sini buat tinjauan" kata balqis memberitahuku.

"Anak empunya Mall ni..??? Jadi.. En. Farouk tu bukan pemilik Mall ni lah.." tanyaku lagi.

"En. Farouk tu hanya Pengurus Mall ni cik Lisa.. Saya dengar En. Farouk tu hanya anak tiri kepada empunya Mall ni." jelas Balqis lagi.

"oh.. i see... dah lah tu Balqis.. biarlah mereka dengan hal mereka yang penting aku tak berhutang apa-apa dengan mall ni..." balasku.

********************
DI PEJABAT AIDEN

Aku tiba di pejabat jam 8.30 pagi. Aku sengaja datang awal untuk membuat tinjauan sambil mengintai gelagat Staff di Mall Cameron. Aku masuk ke pejabat yang kuncinya hanya aku dan Abah saja yang memilikinya. Lama aku tidak datang ke sini. Hampir setahun lebih sejak kesihatanku mula merosot.

Jam 8.45 ada 5 orang staff wanita serentak datang. Mujur cermin pejabat cerminnya gelap dan mereka tidak dapat melihat dan tidak tahu yang saya ada di dalam. Jam 8.55 pagi semua staff suda ada di pejabat termasuk Assistan Manager. Jam 9.10 minit pagi aku keluar dari pejabat. Semua Staff terkejut melihat aku. En. Mansor selaku Assistan Manager keluar dari biliknya dan terus pergi kepadaku.

"Tuan. Aiden.. apa kabar..?? dah lama sampai ke" sambil menunduk memberi hormat padaku.

"Awal lagi saya sampai.. saja nak spotcheck" balasku sambil tersenyum.

"Mari saya perkenalkan Tuan. Aiden dengan staff yang baru" sambung Mansor.

"Selamat pagi semua...!! Untuk staff yang baru mari saya kenalkan kamu dengan Pewaris Tunggal Sri Awana Holding Tuan Aiden Mikahil anak tunggal Tan Sri Muzzaffar juga Pemilik Mall Cameron ni." Kata En. Mansor memperkenalkan ku.

"Wow.. machonya.. Dah berpunya ke..?? tanya seorang staff wanita .

"Kalau masih solo pun .. kamu semua ni tetap out of the list" sahut seorang staff lelaki. Pecah ketawa semua staff.

"Hem..hem.. Saya masih mencari seseorang' kataku. Semua terdiam.

"Ok.. setakat ni saja.. balik ke tempat masing-masing.. sambung kerja" perintah Mansor.

Akupun masuk semula ke bilikku dan En.Mansor mengikuti ku dari belakang turut masuk ke bilik ku.

"Ada apa-apa yang Tn. Aiden nak minta tolong..?" tanya Mansor.

"Jawab saya dengan jujur.. jam berapa selalu Farouk masuk pejabat...? Tanyaku pada Mansor

"Eee... selalu jam 11 atau 12 tengahari.. kadang-kadang tak masuk langsung. Tapi Tn. Aiden jangan pula bagi tahu farouk saya yang bagi tahu Tn. Aiden" jawab Mansor.

"Hari ini hari rabu, En. Farouk memang tak masuk office" tambah Mansor.

"Jadi semua kerja dia awak yang handle ke..?? Tanyaku lagi.

"Hurrmmm ... Begitulah ceritanya.. " jawab Mansor.

"Ok Mansor... awak boleh sambung kerja sekarang dan jangan beritahu Farouk yang saya ada di sini, pesan juga kepada semua staff. Oh ya.. dan tolong panggil Setiausaha Farouk" arahku.

"Baik En. Aiden." jawab Mansor sambil keluar dari bilikku. Tidak lama dari Mansor Keluar pintu bilik ku di ketuk.

"Masuk" kataku

"En. Aiden.. ada perlu apa-apa pertolongan dari saya." soal Kathy setiausaha Farouk

"Kathy pastikan Farouk tidak tahu yang saya ada di pejabat. dan selama saya ada disini, awak jadi setiausaha saya dan bukan Farouk" arahku kepada kathy.

"Ok Tn. Aiden.. ada apa-apa lagi tuan." jawab Kathy.

"Setakat ni cuma ini saja.. anything.. i will call you.. Ooohhhh... dan.. nanti ada dari Cassandra Florist akan datang ke sini.. bawa dia masuk ke office saya." sambungku lagi.

"Oh. Cassandra Florist..?? Kedai bunga tu di ground Floor saja tu tuan, bersebelahan dengan hypermall kita.. Cik Lisa nama pemilik kedai bunga tu.." kata Kathy memberitahu.

"oh... ok.." kataku selamba.

Tiba -tiba pintu di ketuk, tanpa dapat arahan pintu terus di buka. Kelihatan Ashraff bersama tunangnya masuk ke bilik pejabatku.

"Sorry Den.. lambat cari paking.. tempat khas paking kita ada kereta dah paking, terpaksa paking tempat Tan Sri.." kata Ashraff memberi alasan.

"Ye ke..??? Kathy.. !! tolong cari tahu siapa yang guna tempat letak kereta VIP tu." arahku pada Kathy.

"Baik Tuan Aiden." jawab kathy lalu melangkah keluar dari pejabatku.

Ashraff adalah Pembantu Peribadiku juga sahabatku dari kecil. Dia anak kepada pembantu rumah kami. Ibunya meninggal dalam kemalangan bersama sama dengan ibuku. Masa tu Ashraff tingkatan 6 dan aku masih belajar di luar negara semestar akhir. Aku sudah menganggap Ashraff seperti adikku, cuma Jodoh dia sampai dahulu dari saya dan tunangnya nak adakan resepsi pernikahan mereka di cameron kerana keluarga tunangnya hampir semua menetap di cameron.

************************

*Cik Lisa sekarang dah jam 2.45.. saya rasa baik cik Lisa naik ke pejabat sekarang.. nanti terlepas pula tempahan 30k tu" Balqis mengingatkan ku pasal meting petang ni.

"Ni laptop dan ini beg cik Lisa, semua sudah ada dalam Laptop" Jelas Balqis lagi

"Ok cik Balqisku sayang" jawabku sambil pura-pura ingin menciumnya. Balqis menggeliat kegelian.

Aku pun tekan lif naik ke tingkat 8, sampai di tingkat 8 lif terbuka, aku melangkah keluar dari lif dan selama hampir setahun aku buka kedai bunga , ini pertama kali aku menjejak kan kaki di sini. Aku pun pergi ke kaunter..

"Selamat petang.. saya dari Cassandra Florist, saya diarahkan datang sini jam 3 petang ni." kataku.

"oh.. Cik Lisa kan... sekejap ye.." Kata receptionist tu.

Dia pun menelefon seseorang memberitahu yang saya sudah datang. Tidak lama keluar seorang wanita yang ku kenal tapi tak lah rapat sangat. Dia pun membawaku masuk ke dalam.

"Boss sudah tunggu awak di dalam" kata kathy.

Semakin aku dekat dengan bilik pejabat tu hatiku bergetar tak tahu kenapa. Kathy pun mengetuk pintu bilik tersebut dan kedengaran suara lelaki dari dalam menyuruh masuk. Kathy pun membuka pintu tersebut dan masuk ke dalam bilik tu dan aku hanya mengikutinya dari belakang.

"Selamat petang Tuan .. ni cik Lisa dari Cassandra Florist" Kathy memperkenalkan diriku kepada bossnya.

Lelaki tu mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke wajah ku. Dia memandangku tanpa berkelip. Hatiku semakin kuat bergetar. Aku mendengar lelaki tu berkata sesuatu tapi tak jelas.

"Gadis Bermata Biru...???"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience