Bab - 21

Romance Series 10666

"Terima kasih En. Aiden kerana sudi datang.. saya insp. Ramlan.. hanya ingin bertanya beberapa soalan pada En. Aiden...."

Insp. Ramlan pun duduk berhadapan dengan Aiden.

"En. Aiden tahu ke .. kalau kalau .. Tan Sri ada musuh...???... Sebab team pengesan sudah berada di lokasi dan telah meneliti bangkai helikopter milik Tan Sri dan mendapati ada kesan letupan yg besar dan team pengesan mengandaikan kalau heli Tan Sri telah di simpan bom dan Heli tersebut meletup di udara lalu terhempas..."

"Tapi buat setakat ini team pengesan belum menjumpai mayat atau cebisan cebisan dari anggota badan manusia.... atau kemungkinan besar ... minta maaf jika saya katakan ini.. semua jasad mangsa telah hancur berkecai di udara dan team pengesan sedang meluaskan pencarian..." jelas Insp. Ramlan.

"Siapa yang tergamak melakukan ini pada Abah.. ?? Setahu saya.. Abah tidak pernah ada musuh.. Abah tidak pernah menyakiti sesiapa.. " Keluh Aiden.

"Team saya yang pakar IT telah pergi ke lapangan Heli.. dan saya sedang menunggu kepulangan mereka.. " Tambah Insp. Ramdan

Aiden tak dapat tahan rasa sedihnya dan tanpa dia sedar airmatanya mula mengalir membasahi pipinya.

"Tuan.. tolong cari pelakunya sampai dapat.. Orang yang berhati Iblis saja yang sanggup melakukan perkara yang sangat jahat ini..."

Tengah Aiden berkata begitu, Zakiah sedang berdiri di belakang Aiden. Zakiah berusaha mengawal perasaan takutnya di depan Aiden dan Insp.

"Tuan Insp. Jasad suami saya dah kena jumpa ke... ??? Zakiah memberikan soalan bonus untuk Aiden jawab.

"Sepertinya... awak suka sangat jika Abah saya mati ... !!! tegas suara Aiden.

"Aiden... Saya sangat sayang kat Abah awak.... saya pun tak sanggup kehilangan dia..." jawab zakiah

"Kalau sayang kenapa last minit tak ikut abah.. awak lebihkan pula anak awak yg dah besar panjang tu.. Alis tu kalau kawin dah dapat 2 anak tau.. ni muntah sikit dah singkirkan Abah.. kah memang ini rancangan awak....!!!!! Aiden bersuara lantang memberi hint pada Insp dan berharap Insp. faham di sebalik kata-kata Aiden.

"Aiden... !!! sila jaga tutur kata awak.. awak takde bukti nak tuduh saya.. saya boleh saman awak kerana memfitnah saya.. !! Zakiah meninggikan suaranya.

"Silakan Makcik Zakiah... dan sediakan duit yang banyak kalau nak saman saya... oh ya.. dan satu lagi.. awak ada duit ke nak saman saya...???

"Awak....!!!! sambil zakiah menudingkan jari telenjuknya ke wajah Aiden.

"Tuan Inspektor.. saya nak awak siasat En. Aiden Mikhail ... !!!

Aiden tersenyum sinis melihat kebodohan Zakiah.

"Kau dah bagi aku peluang zakiah... " bisik hati Aiden.

"Tuan inspektor... saya juga nak awak siasat ibu tiri saya ni.. sebab firasat saya.. Zakiah mempunyai niat yang tak baik terhadap Abah saya" Lalu dia memandang dengan tajam tepat ke mata zakiah.

"Bawa bertenang.... susah Saya nak jalankan tugas jika tiada kerjasama dari anda berdua.."

"Puan Sri sila duduk dulu..."

"Saya terpaksa asingkan anda berdua untuk bertanya beberapa soalan untuk membantu siasatan kami.. Puan Sri ke bilik 1 dan En. Aiden ke bilik 3..."

Aiden dan zakiah mengikut arahan Insp. Ramlan. Zakiah di soal oleh seorang Insp. Naina dan Aiden di soal sendiri oleh Insp. Ramlan.

***
DI BILIK SIASATAN AIDEN

"Tuan .. saya nak awak siasat Zakiah.. suruh staf tuan mengekori zakiah. Firasat saya besar mengatakan ini perbuatan Zakiah... "

"Pertama... Sewaktu di Cameron hari tu.. Zakiah ada 2x bertanya jika Abah saya jadi pergi ke kelantan atau tidak... saya ingatkan dia nak ikut.. last minit dia tak dapat ikut dengan alasan anaknya muntah muntah.. anak yg dah berusia 21 tahun.. dan tu alasan yang tak boleh nak pakai..."

"Kedua.. Abah saya dah menfailkan cerai pada zakiah sebelum dia terbang ke kelantan tadi tengahari.. dan saya rasa Abah dah tahu sesuatu pasal zakiah.. tu sebab dia ingin menghapuskan Abah..."

"Ketiga.. tolong buka semula fail siasatan kemalangan ibu saya 7 tahun yang lalu.. ini ada beberapa dokumen sebagai petunjuk..." lalu Aiden memberikan sampul surat bersiza kecil untuk Insp. Ramlan.

Insp. Ramlan membuka dan membaca dengan teliti.

"Itu data peribadi anak driver lori yang melanggar ibu saya..." Jelas Aiden.

DI BILIK SIASATAN ZAKIAH

"Semalam.. saya naik ke Cameron nak jemput Tan Sri balik ke KL.. sebenarnya Tan Sri yang minta saya jemput dia .. rindu katanya (sambil terisak isak menangis) jam 3 petang saya tiba di cameron. Sewaktu hendak masuk ke parking lot saya melihat Aiden dan Tan Sri seperti sedang bertengkar... saya pun parkingkan kereta lalu keluar dari kereta dan berjalan menuju ke tempat suami saya tapi saya batalkan niat saya kerana saya mendengar mereka sedang bertengkar"

"Saya bersembunyi dan hanya mendengar pertengkaran mereka.." Zakiah membuat cerita demi menyelamatkan dirinya tanpa dia sedar ceritanya akan menjerat dirinya sendiri.

"Dari pertengkaran mereka... apa yang puan sri dengar...??? soal Insp. Naina.

"Saya dengar Aiden nak Tan Sri serahkan jawatan dan syernya pada Aiden.. tapi Tan Sri tak nak.. lepas tu Aiden masuk dalam kereta dan pergi meninggalkan Tan Sri... " lagi pembohongan Zakiah..

Insp. Naina menekan sesuatu di handphonenya.

DI BILIK SIASATAN AIDEN

Handphone Insp. Ramlan bergetar menandakan ada sms masuk. Dia pun membuka dan membaca sms yang masuk.

"En. Aiden... boleh saya tau.. kemarin Aiden berada di mana...?? soal Insp. Ramlan.

"Saya di Cameron dengan Abah... " jawab Aiden.

Berubah air muka Insp. Ramlan mendengar.

"Saya dah 3 minggu di Cameron.. Abah suruh siasat penyelewengan duit syarikat oleh Farouk anak Zakiah.. dan sambil mengurus pernikahan Ash... "

"Ash tu siapa..?? Tanya Inspektor.

"Ohh.. Ash tu anak arwah orang gaji kami yang terlibat sama dalam kemalangan bersama ibu saya.. selepas kejadian tu Abah ambil Ash sebagai anak angkat dan kami membesar bersama dari kecil..."

"5 hari lepas Ash nikah.. saya pun nikah.. Abah suruh kami cepat nikah sebelum dia ke kelantan.. dan saya nikah kemarin.. lepas kami makan tengahari .. dalam jam 1 petang ayah balik ke KL sebab beberapa perkara dia nak settlekan dulu.. tadi tengahari saya dan isteri baru sampai KL.. sebelum Abah terbang ke kelantan..." Jelas Aiden.

Berkerut dahi Insp. Ramlan sebab kenyataan Aiden berbeza dengan kenyataan Zakiah.

"En. Aiden ada simpan gambar nikah Aiden ke ....?? Tanya Insp.Ramlan lagi.

"Ada..."

Lalu Aiden mengeluarkan handphonenya dan tangannya mula menekan mencari sesuatu di handphone setelah itu dia menghulurkan handphonenya pada Inspektor.

"Tuan scroll ja sampai ke bawah ye..."

Insp. Ramlan pun melihat gambar suasana pernikahan Aiden dan Lisa. Dalam gambar gambar itu jelas terlihat kemesraan dan talian yang kuat antara Aiden dan Abahnya. Jelas tertera tarikh dan masa gambar di ambil.

Sampai gambar paling bawah, Insp Ramlan tekan buka satu video di mana video itu adalah sewaktu Aiden melamar Lisa. Jelas kelihatan Kegembiraan dan bahagia di wajah Tan Sri.

"Itu masa saya melamar isteri saya 5 hari sebelum kami nikah.. masa tu hari nikah Ash" jelas Aiden.

Insp. Ramlan mengangguk angguk kan kepalanya lalu melemparkan senyuman pada Aiden.

"Waahhh ... ertinya masih demam pengantin baru lagi ni..." Aiden membalas senyuman Insp. Ramlan.

"Tapi abah suruh rahsiakan dulu dari Zakiah.. Abah bimbangkan keselamatan Isteri saya...."

Insp. Ramlan mengangguk lagi.

"Baiklah En. Aiden... saya akan suru anak anak buah saya mengawasi pergerakkan Puan Sri.. Maaf telah mengganggu masa En. Aiden dan terima kasih atas kerjasama yang En. Aiden beri..." Insp. Ramlan pun berdiri lalu menghulurkan tangannya menyalam Aiden. Aiden pun berdiri lalu menyambut huluran tangan Insp. Ramlan.

"Saya berharap Aiden terus tabah dan terima dengan redha bila menerima apa-apa berita dari pihak kami..." lalu menepuk bahu Aiden.

DI BILIK SIASATAN ZAKIAH

"Kami akan menyiasat perkara ini puan Sri dan selagi kes ni masih di siasat.. puan sri tidak dibenarkan meninggalkan malaysia.. "

Zakiah senyum dalam hati kerana merasa keterangannya diterima oleh Insp. Naina.

"Inspektor.. saya dah boleh balik ke...?? saya risau keadaan anak saya yang masih belum sihat lagi..." Zakiah memberi alasan.

"Oh.. kejap ya puan sri.. saya nak keluar sekejap nak tanya chef Inspektor jika dia masih ada apa-apa soalan untuk puan sri..."

Insp. Naina pun keluar meninggalkan Zakiah.

DI BILIK PEJABAT INSP. RAMLAN

"Tuan.. puan Sri dah nak balik dah.. tuan ada apa-apa soalan lagi ke untuk dia...?? Insp. Naina bertanya.

"Awak lengahkan masa dia dulu.. saya nak siapkan Amirul dan Nasrul untuk mengekori dia..." arah Insp. Ramlan.

"Ok Tuan..."

Lalu Insp. Naina pun meninggalkan bilik Chef Insp. Ramlan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience