Bab - 22

Romance Series 10666

Zakiah terus memandu balik ke rumah selepas selesai di soal siasat.

Jam 10.30 Zakiah keluar dari rumahnya. Dia memandu selama sejam lebih akhirnya dia membelokkan keretanya dan memarking kereta bersebelahan dengan sebuah kereta BMW warna hitam. Tidak lama, Zakiah keluar dari keretanya masuk ke kereta tersebut dan duduk dibahagian penumpang depan.

Kereta BMW tu bergerak meninggalkan Kereta Zakiah di situ.

Kereta itu kini berada di depan sebuah hotel 5 bintang. Mereka keluar dari kereta dan menuju ke pintu utama hotel sambil berpegangan tangan.

Tanpa Zakiah sedar ada 2 pasang mata sedang memerhati setiap gerak gerinya. 2 petugas itu siap ambil gambar dan video dan mengirimkan kepada pihak atasan mereka sebagai bukti.

"Tolong gambar depan, belakang dan kiri kanan kereta..."

Wassap masuk ke salah seorang dari mereka dan tentunya dari pihak atasan mereka.

*****

Handphone Aiden bergetar menandakan ada panggilan masuk. Dia pun menjawab call tersebut dan ternyata call tersebut dari Sherry.

SHERRY : "Aiden.. betulkah berita yang saya dengar. ?? patut lah saya tunggu di sini ..Tan Sri belum ada lagi... "

Kedengaran suara Sherry menangis di talian.

AIDEN : "Maaf .. keadaan saya tidak ok sampai lupa bagitau awak..."

SHERRY : "Saya tunggu.. sampai tak sedar saya tertidur.. saya terjaga saja.. terus cari tan sri tapi belum ada....tiba - tiba dapat berita ... Aiden .. saya tak sanggup kehilangan dia... tolong.. Aiden.. tolong cari Dia. "

Sherry masih lagi menangis.

AIDEN : "Sherry.. bawa bertenang.. kuatkan semangat.. saya tau awak kuat... saya yakin Abah masih hidup.. sebab mereka belum menjumpai cebisan cebisan DNA manusia"

SHERRY : "Apa saya harus buat ...??

AIDEN : "Esok awak masuk kerja seperti biasa.. sebab jika awak tak masuk kerja .. risau awak akan jadi salah satu suspek... buat seperti biasa.."

SHERRY : "Saya tidak dapat fokus sekarang... saya tak boleh memandu.. Macam mana ni.. badan saya lemah semua... saya rindukan dia..."

AIDEN: "Sherry.. listen to me.. ingat semua pesan Abah.. abah akan kecewa jika sherry begini.. saya akan suruh driver abah ambil awak di situ.. singgah ambi baju dan keperluan awak di rumah awak dan untuk sementara waktu ni awak tinggal di sini.. bersama saya dan Lisa.. ok..."

SHERRY: "Ok..."

AIDEN : "Ok.. awak tunggu driver abah datang ambi awak.."

Aiden meletakkan handphonenya di meja sisi katil.

"Siapa Call...?? Lisa bertanya.

"Astagafirullahalhazim... sayangggg... buat hubby terkejut lah.."

"Sayang tak tidur lagi ke...???

"Dah tidur.. tapi dah terjaga" lalu Lisa mengiringkan badannya menghadap Aiden dan memeluknya.

"Sorry sayang.. Sherry call.. Hubby ajak dia tinggal sini untuk sementara waktu.. hubby taknak dia bersendirian.. risau dia buat apa apa.."

"Oh.. bagus juga begitu..

**

Aiden terbangun dari tidur akibat gangguan ketuk di pintu bilik mereka seperti nak memecahkan pintu.

"Siapa tu...??" Aiden bertanya.

"Aku lah Ash...!!" jawab Ashraff.

"Ash...!!??... ok..ok.. kejap.. tunggu aku di ruang tamu..." pinta Aiden.

"ok.. "

Aiden menghidupkan lampu dan melihat jam di handphone menunjukkan pukul 3 pagi.

Tak lama Aiden dan Lisa pun turun menggunakan Lif ke ruang tamu. Sampai saja mereka ke ruang tamu, Ash terus memeluk Aiden lalu menangis.

"Macam mana Abah... ada dapat apa-apa berita dah ke....???" Ash masih memeluk Aiden sambil menangis.

Lisa dan Sya pun saling berpelukan lalu duduk di sofa.

"Ash.. jangan begini Ash.. kita harus kuat... saya yakin Abah dan orang-orangnya masih hidup.." Aiden memberi semangat pada Ash.

"Bukan kau balik lusa ke...?? tanya Aiden.

"Ingat ada mood honyemoon lagi ke...?? Kami dengar saja pasal kemalangan tu.. kami terus balik.. nasib flight masih ada 2 kosong di bisness class..." Sya pula yang menjawab.

"Ni mesti perbuatan The Evil Queen ni.. " geram Ash.

"Apa kena mengena Ibu tiri c snow white yang penyihir tu dalam kes ni...???? Sya bertanya keheranan.

"Itu nama gelaran yang kami beri untuk seseorang.." jawab Ash.

"Zaman moden ni pun masih adakah yang nak sihir sihir ni...?? tanya Sya.

"Zaman ni lah yang paling banyak dan paling jahat.. kalah kalah iblis..." jawab Ash.

"Den.. awak nak tahu tak kenapa selama kau mencari penderma hati tu... satu pun takde yang sesuai .. tu... The Evil Queen yang halang.. bagi duit kepada penderma.. dia nak Den mati dan dia yang mewarisi semua...."

"Betul ke Ash...??? Macam mana awak tau...??? tanya Aiden.

"Dalam diam aku suruh orang siasat dan cari orang yang nak menderma hati tapi tiba-tiba tak jadi tu.. " jelas Ash

"Dunia akhirat aku takkan maafkan dia Ash..."

"Tapi aku bersyukur juga kerana perbuatan jahatnya aku bertemu ... " lalu Aiden merangkul pinggang Lisa dan mencium dahi Lisa.

"Kaaaannnn...." Sya bersuara.

Tiba-tiba lonceng pintu rumah berbunyi, bibik yang dari tadi duduk di meja dapur pergi membuka pintu.

Muncul Sherry dan driver di balik pintu dan terus berjalan ke ruang tamu di mana Aiden, Lisa, Ash dan Sya berada.

Lisa berdiri mendapatkan Sherry.

"Lisa..." Sherry terus memeluk Lisa sambil menangis.

"Sabar.. kita doa minta pertolongan Allah supaya Abah selamat..."

Sya pun pergi ke tempat sherry dan memeluknya.

Aiden pula menyalam tangan sherry lalu menciumnya. Ash melihat kehairanan tapi dia pun mengikuti juga perbuatan Aiden.

"Saya tak sanggup kehilangan dia Aiden..."

"Aiden faham.. Aiden pun taknak kehilangan Abah.."

"Ash.. Sherry sebenarnya Isteri Abah.. dah setahun lebih mereka nikah... Saya pun baru tahu di hari Nikah kamu tu..."

"Owh.. saya dah lama perasan Abah suka sherry... tapi tak tau yang mereka dah nikah..."

"Dah.. nanti kita sambung cerita.. dah jam 5 pagi dah ni...sekarang ni kita rehat.. tidurrrr duluuu... " Arah Aiden.

" Aiden esok nak bangun jam berapa. ...?? gurau Ash pada Aiden.

"Bukan esok.. tapi hari ni.... " perli Aiden

mereka pun mula melangkah menuju ke bilik masing masing.

********

Di pejabat Peguam

Sudah 5 hari berlalu, belum ada berita mengenai Tan Sri dan para bodyguardnya.

Hari ini Peguam syarikat akan membacakan Wasiat Tan Sri.

Zakiah, Farouk dan Alisa telah datang lebih awal
ke pejabat En. Hasyim. Hari ini Zakiah amat gembira kerana dia bakal memiliki semuanya. Dia telah meminta tolong kepada kekasihnya untuk mencuri wasiat Tan Sri dan mengubahnya.Tak lama selepas itu Aiden, Ashraff, Sherry, Sya dan Lisa pun sampai.

Zakiah, terkejut melihat Sherry yang datang bersama Aiden. Farouk pula terkejut melihat Lisa bersama Aiden dan dia melihat Lisa dan Aiden saling berpegangan tangan.

Farouk memang mengenali Lisa dan pernah menyatakan hasratnya ingin jadikan Lisa sebagai kekasih hatinya tapi di tolak oleh Lisa sebab Lisa tahu Farouk sudah di cop sebagai buaya darat di Mall Cameron.

"Kenapa ada 2 orang yang takde kaitan dengan Muzzaffar boleh ada dekat sini..." Zakiah bertanya dengan bongkah nya.

"Jemput duduk semua.." pelawa Hisyam tanpa mempedulikan kata-kata Zakiah.

"Baiklah.. oleh kerana semua sudah ada disini.. Jadi boleh kita mulakan..."

"Teruskan.. " kata Zakiah dengan senyuman nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience