"Aku berada di mana..??" tanya lelaki itu
"Kamu ada di pulau bidong.. " jawab lelaki yang dalam lingkungan umur 60an.
"Boleh Encik gerakkan kaki dan tangan encik...saya nak pastikan keadaan badan encik ok..."
Lelaki tu pun menggerakkan kaki dan tangannya.. dua-dua berfungsi dengan baik.
"Nama Encik Siapa....???
"pulau Bidong ni sebelah mana...???
"pulau terpencil dalam negeri terengganu... Encik tak ingat nama encik ke...??
"Kejap.... saya seorang saja ke...??
"Kawan-kawan Encik.. ada.. mereka semua sihat alhamdulilah..."
"Encik dah ingat nama encik....???
"Owh.. lupa pula nak jawab.. nama saya Muzzaffar..."
"Haaaa... ingat pun.. ertinya Encik tak hilang ingat.. struktur badan berfungsi dengan baik.. takde cacat cela.... Tan Sri muzzaffar ... selamat datang ke pulau Bidong.... " lalu lelaki tu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Tan Sri.
"Nama Saya Tok Ali.. ketua di pulau Bidong ni.. penduduk kampung tak ramai kerana semua dah pergi kerja di tanah besar tu.. " Tan Sri menyambut salam Tok Ali.
"Terima kasih lah Tok Ali kerana telah menyelamatkan saya dan anak buah saya..."
"Eeee... saya hanya tumpangkan rumah ni je.. anak buah Tan Sri yang selamatkan Tan sri.. anak buah tan sri tu semua hebat... kejap lagi balik lah mereka tu..."
"Tan Sri jangan bergerak dulu.. Tok nak ambikan air rebusan akar-akar kayu untuk Tan Sri minum.. kejap ye..." lalu Tok Ali berdiri dan berjalan menuju ke dapur.
Tan Sri pun mula bangun dan duduk bersandar dengan dinding rumah papan itu. Tak lama Tok Ali pun datang dengan membawa gelas di tangannya.
"Ya Allah... Tan Sri.. Tok dah pesan jangan gerak dulu.. Tan Sri baru sedar.. 5 hari Tan Sri koma ..."
"Haaa.. 5 hari...?? terkejut Tan Sri. Dia ingatkan semalam saja..
"Iye.. 5 hari tan sri...."
Tak lama selepas tu Vicky, Ray pembantunya dan osmond pilot helikopter balik dari laut. Alangkah terkejutnya mereka setelah balik ke rumah Tan Sri sudah duduk depan pintu menunggu mereka.
Mereka pun berpelukan, jelas terpancar kegembiraan dan rasa bersyukur di wajah mereka bila mendapati boss kesayangan mereka berada dalam keadaan yang sihat walafiat tanpa cacat cela.
"Vicky.. kamu ada dapat hubung Aiden atau sherry ke...?? tanya Tan Sri.
"Bawa bertenang dulu Tan Sri.. semua under control..."
"Jadi... macam mana kita nak balik ke tanah besar...???
"Tok Ali cakap ada satu bot seminggu sekali datang bawa penduduk yang nak beli keperluan barang di tanah besar.. 4 hari yang lalu dah datang.. tapi kami tak berani nak gerakkan badan tan sri sebab kami tak tau bahagian mana yang ada cedera.. jadi kami ambi keputusan tunggu tan sri sedar.. " vicky memberitahu tan sri.
"Ni hari ke 5 kehilangan saya kan...??
"iya Tan sri.. "
"Hari ini lah ... HARINYA.... harap anak buah kau menjalankan tugas mereka seperti yang di rancang.
"Oh... Sebelum tu ... saya ada suruh Ray dan osmond pi tanah besar untuk beli alat alat keperluan kita disini... dan sewa Boat.. sini takde liputan internet.. kena.. pergi ke tanah besar.. tu sebab saya ambi keputusan untuk sewa Speed boat.."
"handphone kita semua dah tak bole guna.. ikut berenang di laut... jadi saya beli satu handphone dan no baru untuk saya berhubung dengan anak buah saya.. mujur duit tan sri simpan dalam beg waterproof.. semua duit tan sri selamat.. cuma kami dah guna dan bil bil kegunaan tu duit ada semua"
"Tan Sri jangan risau.. keluarga tan sri baik baik saja.. tan sri rehat dulu.. kami nak masak.. ada ikan, ketam dan udang kami dapat tangkap tadi... lepas makan tengahari.. saya akan ke tanah besar.... nak hubungi anak buah..."
"Duit tu kan untuk kegunaan kita... pakai je..."
"Terima kasih Tan Sri... "
**
Vicky dan Osmond sudah pergi ke tanah besar. Ray tinggal kerana menjaga Tan Sri.
Tidak lama, Tok Ali pun datang melawat dan membawa air rebusan akar akar kayu untuk Tan Sri.
"Tan Sri dah makan...??? tanya tok ali.
"Dah.. " jawab tan sri.
"kalau dah.. tan sri minum ni.." lalu menghulurkan bekas botol minuman pada Tan Sri.
Baru 2x Tan sri minum air rebusan akar yang tok ali bagi dan tan sri dapat rasa kebaikkan air rebusan tu.
"Saya dah rebus bnyk untuk tan sri bawa balik ke tanah besar nanti.."
"Terima kasih banyak banyak Tok.."
"Tok.. saya nak tanya sikit.. apa yang sangat tok perlukan di pulau ni..."
"kami sangat perlukan boat yang besar yang boleh kami guna untuk pergi ke tanah besar.. supaya kami tak perlu menunggu boat seminggu sekali.. susah sangat jika ada yang sakit atau nak bersalin dan juga mgenset yang besar kuasanya .... hurm maksud saya yang boleh angkat kuasa peti sejuk, kipas atau Tv "
"2 orang anak tok dah kerja di tanah besar semata mata nak kumpul duit nak beli boat.. tapi harga boat mahal sangat.. jadi anak tok yg tua nak pinjam di bank untuk beli boat dan anak yang kedua nak pinjam untuk beli generator.. tapi mau ada jaminan pula.."
"owh.. apa punca pendapatan utama orang tinggal di pulau ni.. " tanya tan sri.
"seminggu sekali kami ke tanah besar jual hasil tangkapan kami yang dah di keringkan.. dan gamat..." jawab tok ali.
"Owh.. saya suka keadaan di pulau ni.. tenang ja.."
Setelah 3 jam pergi.. vicky dan osmond pun balik dari tanah besar..
"Tan Sri.. semua berjalan seperti yang di rancang.."
"Syukur alhamdulilah... "
"Bila kita nak balik Tan Sri...? tanya osmond.
"Dah rindu buah hati ke...?? perli Ray
"awak berdua tu takde girlfriend.. apa yang awak tau... " jawab osmond.
"Awak lupa.. orang yang ada isteri ni...??? sampuk tan sri.. pecah tawa mereka berempat.
"Kerana semua berjalan seperti yang kita rancang..dan aku Yakin Aiden boleh jaga company dan family.. jadi.. Aku nak stay di pulau ni dalam seminggu lagi.. sementara aku nak pulihkan dulu badanku dan nak tolong sesuatu untuk tok ali dan kampung ni..."
"Vicky.. esok pergi ke tanah besar.. awak cari speed boat yang seperti selalu bawa pelancong tu.. dan Genset yang berkuasa besar.. saya nak bagi pada tok ali...."
"Waahhh.. patutlah Tan Sri sentiasa murah rezeki..."
"saya bagi bagi kan lah rezeki yang Allah dah berikan pada sya. "
**
Setelah 6 hari, Vicky pun selesai mengurus yang di arah oleh Tan Sri.
Tan Sri pun dah sihat dan lebih sihat dan bertenaga setelah meminum 6 hari air rebusan akar tok ali.
Tan sri mengarahkan Ray memanggil Tok Ali di rumahnya dan membawa berjumpa Tan Sri.
"Assalamualaikum..."
"Walaikumsalam.." Tan Sri menyambut salam Tok Ali.
"Napa Tan sri.. ?? ada hal penting ke...? tanya Tok Ali
"Haaa.. ada hal penting sangat ni.... " jawab Tan Sri... " berkerut dahi tok ali.
"Sebelum tu saya nak tok Ali janji .. apa pun tok ali kena terima dan setuju ye.. "
"Lain bunyinya ni Tan Sri.. kalau tambah satu isteri lagi saya takde bantahan.. saya masih power ni ... tu air rebusan akar-akar tu.. 7 hari 7 malam pun no hal tu tan sri...." pecah tawa Tan Sri mendengar gurauan tok ali.
"Waaahhhh betul ke tok ali.. 7 hari 7 malam ..." tan sri ketawa lagi
"Mari kita ke jetty....." ajak tan sri.
"Aku seram sejuk dah ni tan sri.. dah tak rasa dah panas terik matahari ni..." tan sri masih ketawa lagi.
Mereka pun berjalan bersama ke jetty. Ray mengikuti mereka dari belakang. Setelah menghampiri jetty, tan sri menyuruh Ray menutup mata tok ali.
"Eehh.. apa ni tan sri.. kalau tan sri nak campakkan saya ke laut.. saya ni jaguh menyelam tak menggunakan oksigen tu..." tan sri masih ketewa, lucu dengan gelagat tok Ali.
"Tok Ali .. tok ali.. tok ali ikut ja dengan Ray ya.. dekat lagi ni... " Tan sri beri penjelasan.
Mereka pun sampai ke jetty di mana Vicky, osmond, 2 anak tok ali dan beberapa orang kampung dah menunggu.
"Tok Ali dah janjikan tadi.. apapun tok ali akan terima dan setuju.. "
"Macam mana nak setuju saya tak nampak..." jawab tok ali.
"Kalau tak setuju saya ikat tok ali dengan batu dan campak di laut dalam...ahhh macam mana...??? ugut tan sri bergurau.
"ya lah.. ya lah.. saya setuju terima semua.. buka lah mata saya ni.." jawab tok ali.
Anak-anak tok ali dan orang kampung terpaksa menahan ketawa kerana mereka pun nak buat kejutan buat tok ali.
Ray pun membuka ikatan mata tok ali.
"Tok ali jangan buka mata dulu.. saya kira 123 baru buka ya.. ok.. sedia tok... satuuuuuu.... duaaaaa... tiiiiiiiiiiiiii gaaaaa... !!!!!
Tok ali pun cepat cepat membuka mata. Lama dia melihat benda yang berada di depan matanya.
"Mata saya masih kaburlah.. mungkin sebab lama kena tutup tadi.."
"Apa yang ada depan mata tok sekarang.. ni semua saya hadiahkan pada tok..."
Lama tok melihat, semua orang memandangnya . Tok Ali terkejut kerana 2 orang anaknya ada bersama dengan orang kampung... Tak lama.. matanya mula mengeluarkan air dan mengalir ke pipi.
"Tan Sriiii...... " Lalu Tok Ali melutut di depan tan sri.
"Tok... bangun.... "
Lalu Tan Sri menarik tok untuk berdiri. Tok ali terus memeluk tan sri.
"Tok dah janji setuju dan terima semua kan..." Tan sri mengingatkan Janji tu.
Mereka semua menunggu jawapan dari Tok Ali.
Tok Ali hanya mampu menganggukkan kepalanya.
Nampak saja anggukan dari Tok Ali, mereka semua pun bersorak kegembiraan.
"Yang kamu suka sangat ni kenapa... ??? tu tan sri bagi saya .. bukan kamu... "
Mereka semua tergelak ketawa dah faham dengan tok ali yang suka bergurau.
**
Setelah 13 hari tinggal di pulau bidong, tan sri dan anak buahnya pun balik ke tanah besar.
Tan Sri janji dia akan datang melawat balik ke pulau itu bersama isteri dan anaknya.
Perkara pertama yang mereka lakukan setelah mendarat di tanah besar adalah buat report di balai polis. Mujur pengaruh tan sri kuat dan mereka pun turuti permintaan Tan Sri supaya tidak menghebohkan dulu perkara itu sehingga dia bertemu anaknya.
******
Sudah masuk 2 minggu kehilangan Tan Sri.
Aiden sudah pun mula menggantikan kedudukan abahnya sebagai CEO dan Ash menjadi COO.
"Ash..."
"napa den..."
"Aku rasa Abah masih hidup... " Ash merenung Aiden tak berkelip.
"Naluri aku sebagai anak.. mengatakan Abah masih hidup...Naluri ini sama seperti abah selalu tinggalkan aku waktu aku masih kecil.. setelah aku rindu sangat dengan abah.. tiba-tiba abah muncul di depanku..."
"Abah selalu tinggalkan Aiden dulu ke...???
"Bukan Selalu lah... bila ayah ke luar negara.. atau outstation.. "
"Waktu aku masih sekolah rendah.. aku pernah bertanya pada abah.. kenapa abah selalu takde masa di rumah.. selalu tinggalkan Aiden.. Abah cakap.. dia kena cari duit banyak-banyak untuk Aiden.."
"Aku tanya lagi berapa banyak duit yang dia nak bagi Aiden.. Abah jawab.. dia nak biar sampai 10 keturunan harta dan duit takkan habis pakai.. "
"Selepas itu Aiden tak pernah rasa abah abaikan Aiden.. sebab apa yang abah buat semua untuk Aiden.. Abah majukan sri awana peninggalan Atuk dalam masa yang sama duit peninggalan atuk yang tidak termasuk dalam sri awana abah gunakan main saham dan melabur emas .. tu sebab para pemegang saham amat menghormati abah sebab abah tak pernah usik duit syarikat demi kepentingannya..."
"Dan ada 10% syer milik abah.. masih dengan abah...."
"Den.... kalau abah dah tahu zakiah nak bunuh dia .. kenapa dia pergi juga ke kelantan....??
"Malam sebelum Aku nikah.. abah ada bagitau aku dan sherry tentang rancangannya. Abah dah tahu yang Zakiah yang merancang kemalangan sehingga menyebabkan kematian ibu, mak Ash dan suami Sherry. Dan abah tau Zakiah nak membunuhnya.. firasat Abah.. mungkin Zakiah akan mengupah seseorang untuk merosakkan helikopter tu.. dan bukti perbuatan Zakiah tu abah dah atur seseorang untuk menyerahkannya pada polis supaya kes ibu di buka semula.."
"Tapiiiii.... tak terlintas pula yang Zakiah sanggup simpan bom dalam heli abah..."
"Ash juga yakin abah masih hidup.. mungkin mereka tersasar dari target... atau ada kesilapan sedikit waktu mendarat.. Aiden kena faham yang menggunakan payung terjun ni bnyk risikonya bila mendarat di hutan tebal.. dan Ash ada selidik.. cuaca di tempat kejadian masa tu.. kuat angin.. kena oleh ribut taufan yang melanda thailand..."
Tiba - tiba pintu terbuka.....
"Assalamualaiku....."
Walaikumsaaaa... " Terhenti Aiden menyambut salam tersebut ketika mengangkat mukanya melihat sosok tubuh yang berdiri di depan pintu.
Ash juga terkaku ketika memusing badannya melihat sosok tubuh tersebut.
Share this novel