Hari ini hari ke- 3 misiku menawan hati Lisa.
Semalam, ketika kami minta diri untuk balik.. Lisa sudah berkurung di biliknya.
Hanya ibu Lisa dan makcik Timah yang hantar kami sampai di luar rumah. Ash telah pun dahulu tunggu aku di kereta. Aku sudah bagitau Aunty yang aku sudah lamar Lisa.
"Ahrr.. cepatnya... jadi Lisa terima ke.....??
Aku bagitau yang aku bagi Lisa masa fikir sampai majlis resepsi Ash. Aku juga minta pertolongan ibu Lisa dan Mak Timah agar dapat memujuk Lisa.
Tiba-tiba Handphone ku bergetar, aku buka ada wassap masuk dari Ash.
ASH : "Aku dan Sya tunggu dekat restoran nak sarapan bersama... nak order sedia tak...???"
AKU : "Ok... saya nak American breakfast, coffee .. ok.. "
ASH : "Ok..."
Hari ini aku menghantar 33 kuntum bunga ros warna Pink untuk Lisa. Bermaksud aku sangat.. sangat.. sangaatttt mencintainya. Aku tahu Lisa faham maksud 33 kuntum bunga itu.
*******************************
Hari ini aku awal lagi sudah berada di kebun kerana hari ini separuh tempahan bunga yang telah siap perlu di hantar ke dewan hari ini.
Kemarin aku langsung tak dapat turun ke kebun. Mujur pekerja sambilan yang aku upah pakar dalam menghias dan reka bunga.
Jam 7 pagi Haqiem sudah tiba di rumah membawa Van CASSANDRA FLORIST untuk mengangkat dan menghantar bunga.
Dari dalam bilik aku boleh dengar bunyi riuh rendah di luar dan itu pasti Haqiem dah buat lawak dan berasuk dengan mak Timah.
Sewaktu hendak melangkah keluar dari bilik, aku terpandang kertas beg pemberian Den. Aku mengambil dan membawanya keluar bersama. Fikiranku nanti aku buka bersama ibu.
Aku melangkah perlahan lahan seperti seorang pencuri. Memang niatku nak mengejutkan Haqiem dan mak Timah. Setelah aku hampir dengan meja makan aku pun bersuara.
"Bunga dah angkat ke.....!!!!!!!" laungku.
"Eehhh.. bunga bunga cinta tahi ayam...!! Aku tak dapat tahan gelak ku melihat gelagat Haqiem dan mak Timah melatah.
"Lisa.. " ibu bersuara.
Aku pun duduk di sebelah ibu. Kami pun sarapan bersama. Tiba-tiba mata Haqiem tertuju pada beg kertas yang ada di atas meja.
"Cleoptra Gold Shop... sejak bila cik Lisa pandai beli emas ni..???
Selama ini aku memang tak pernah beli emas. Cuma ibu dan mak Timah saja yang sebulan sekali akan masuk ke Cleoptra gold shop tu.
"Hurmm... ni Den yang hadiahkan kemarin.. tapi Lisa pun tak tahu apa isi dalam kotak tu.." jawab ku selamba ja.. tapi hanya Tuhan yang tahu macam mana perasaanku saat ini.
"Lisa buka lah.. mak timah pun nak join sekaki juga ni.."
"Heee.. kalau mak timah join sekaki.. qiem.. join dua kaki... " terhambur gelak tawa kami semua.
"Buka lah Lisa.. ibu pun nak join 3 kaki..." kali ini ibu pula bersuara, tambah riuh rumah jadinya.
Aku mula mengeluarkan kotak baldu warna merah yang telah diikat dengan riben warna emas. Aku mula membuka ikatan riben tersebut. Ibu, Haqiem dan mak timah, seakan tidak sabar menunggu aku membuka kotak tersebut.
Setelah ikatan riben terbuka, aku perlahan lahan membuka kotak tersebut. Apabila terbuka saja sepenuhnya, membesar mata kami berempat melihat isi di dalam kotak itu satu set perhiasan. Rantai leher, gelang tangan dan anting-anting yang bertatah permata warna biru.
"Ibuuu..." aku dan ibu saling berpandangan.
" Mahal ni cik Lisa.. hari tu lunch tengahari kami ada pi round sana sebab Balqis nak hadiahkan emaknya cincin. Aku pun tanya lah harga yang paling mahal di kedai tu.. staff tu tunjuk yang ni lah.. harganya 120k sebab batu permatanya adalah zircon asli dan pembuatan zircon biru ni yang telah diolah dengan panas, yang telah menjadi salah satu pilihan utama yang paling popular... cik Lisa.. nampaknya En. Den ni terjatuh.. tersungkur cintakan cik. Lisa.."hi
"Haaaa... 120k.... !!!" terkejut mak timah..
"Ni waktu En. Den bagi hadiah ni.. mesti dia ada luahkan perasaan dia pada cik Lisa kan.. mustahil dia bagi begitu je.. Qiem berani potong jari lahhh..." tambah Haqiem lagi.
"Dia lamar Lisa...." jawabku selamba saja.
"Wooowwwww... !!!! sweetnya.......!!! Jelos mak timah..." lagi sekali begegar rumah oleh tawa kami.
"Jadi apa jawapan Lisa..?? tiba-tiba ibu jadi serius bertanya.
"Lisa masih terkejut ibu.. lagipun Lisa baru kenal Den 5 hari.. tiba-tiba lamar Lisa..."
"Semalam Den ada minta restu ibu.. dia betul-betul cintakan Lisa. Terus terang.. ibu suka dengan Den, bersopan santun, menghormati orangtua dan cara dia melindungi Lisa dari Ros kemarin pun dah nampak betapa dia betul-betul sayangkan Lisa."
Aku terkejut mendengar penjelasan dan luahan hati ibu. Tiba-tiba lonceng berbunyi. Haqiem berlari menuju ke pintu utama. Kami cuma dengar suara Haqiem berteriak sebut "Wow". Tidak lama Haqiem muncul.
"Cik Lisa... cik Lisa... rose pink.. rose kegemaranku...!!" lalu memberikan jambangan bunga tu padaku. Sewaktu Haqiem menyerahkan jambangan bunga tu padaku, tiba-tiba kad yang diselit di sebalik bunga tu terjatuh. Haqiem cepat-cepat mengutip lalu membacanya.
"Biarlah 33 kuntum bunga rose ni berbicara.. Love You ~ Den... OMG....!!!! sweetnya...!!!"
"Uiii qiem.. 33 kuntum bunga rose tu apa maksud..?? tanya mak timah ingin tahu.
"Maksudnya sangat... sangat.. dan terlampau cinta mak timah...."
Tiba-tiba masuk seorang pekerja dari kebun.
"Cik Lisa.. semua bunga sudah letak dalam van.. kita dah boleh gerak dah.. "
Sebelum kami gerak, kami semua sarapan bersama-sama dengan semua pekerja. Lepas sarapan baru kami gerak terus ke dewan hotel.
****************************
Aku mengatur langkahku menuju ke meja Sya dan Ash.
"Baru habis mandi bunga ke....??? Sindir Ash.
"Baru siap cuci kain.. "jawabku.
"Dah.. dah.. jom sarapan.. nanti lambat pula kita.. Lisa on the way dah bawa bunga...." Sya mencela.
kami pun menikmati sarapan bersama. Tak sabar nak jumpa Lisa. Tanpa sedar ada 2 pasang mata sedang memerhatikan kami.
********
"Mak tu En. Den dan Ash kan... ??? " Ris minta kepastian dari maknya. Rosmah hanya mengangguk seolah tak percaya apa yang di lihatnya. Ris terus ke kaunter penyambut tetamu.
"selamat pagi cik.. nak tanya ... Lelaki yang duduk di meja hujung sana tu yang t-shirt putih tu.. menginap sini ke..." tanya Ris pada wanita yang bekerja di bahagian penyambut tetamu..
"Oh.. yang tu En. Den .. dia memang menginap di hotel ni.. dia anak pemilik hotel ni.." terkejut Ris mendengar.. dia mula melihat Aiden seperti Mesin ATM.
"Mak.....!!!!" Ris dan maknya saling berpandangan.. lama... dan akhirnya mereka senyum sama-sama.
*************
Setelah selesai sarapan kami pun mula angkat punggung dan mengatur langkah menuju ke dewan hotel. Tiba-tiba aku terdengar namaku di panggil oleh seseorang wanita. Aku menoleh ingin melihat siapakah gerangannya..
"Ris.. makcik Ros... ??? ... Kamu buat apa kat sini.. Kan semalam kamu dah kena hantar balik...??? tanyaku sedikit marah. Ash juga terkejut melihat mereka. Sya masih tertanya tanya.
"Kami balik semula ke sini semalam.. kami sebenarnya menginap di hotel ni.. barang- barang kami masih di bilik.. lagipun kami dah bayar stay seminggu kat sini" sopan pula Ris kali ni.
"Ash... Sya... tunggu saya di dewan..." Ash pun mengangguk lalu membawa Sya jalan duluan ke dewan.
"Ok.. baiklah.. tapi ingat.... !!! jangan ganggu Lisa dan Aunty Aisyah.. " aku memandang tajam pada mereka berdua.
"Dah berapa lama En. Den kenal Lisa..??? tanya Ris ingin tahu.
"Itu semua tak penting... yang saya tahu I Love her badly... And don't u dare touch her.... jika taknak berlaku sesuatu kepada kamu berdua .... !!!! aku pun berpusing membelakangkan kedua beranak tu dan mula nak melangkah meninggalkan mereka.
"En. Den.... Kalau taknak kami tinggal di rumah Lisa.. sekurang-kurangnya benarkan kami tinggal di hotel ni selama kami belum dapat rumah sewa.. kerana apartment yang di KL tu saya akan kembalikan kepada Aisyah. Dan Ris pun sedang nak cari kerja di sini. Saya tahu hotel ni milik awak... takkan langsung tak beri muka pada kami...??? tiba-tiba Rosmah bersuara minta simpati.
Aku berpusing semula dan bertanya Apa no bilik.
"405" jawab Rosmah.
Aku berjalan menuju ke kaunter Receptionist di ikuti oleh Ris dan Rosmah.
"Good Morning En. Den" pekerja tersebut tunduk hormat padaku.
"Refund payment bilik 405 dan selama mereka menginap di sini masukkan dalam akaun saya"
"Ok En. Den.." Aku berpusing kembali dan terus berhadapan dengan Ris yang betul-betul berdiri di belakangku. Aku memandang tajam pada Ris lalu mengatur langkah melintasinya meninggalkan mereka.
Sesampai aku di dewan, mataku terus terpaku pada satu sosok tubuh gadis kecil molek . Hari ini penampilannya betul betul memukauku. Walau pun simple tapi elegent. Dia mengenakan jeans, t-shirt putih yang lengan bajunya melimpasi siku, leher bajunya dilipat hingga menutupi separuh lehernya. Dia mengikat tinggi rambutnya dan memakai anting-anting Hoop.
Aku berjalan menuju ke tempat Lisa. Ada beberapa pekerjanya telah melihat tapi aku memberi isyarat supaya diam. Aku ingin mengejutkan Lisa, mana tahu bila dia terkejut kali ini dia menciumku. Aku sudah berada di belakang Lisa.
"Miss me my dear...." aku berbisik ke telinganya.
"Ooiiii... Mak kau hijau.. !!! Miss u...!! Kiss u....!!!" lalu Lisa pun berpusing terus memelukku dan secara spontan telah mencuim bibirku sekejap.
"Yessss..." bisik hatiku.
"Astagafirullah Al-hazim.... Dennnn... !!!! Lisa terus memukul dadaku. Semua yang ada di dewan tergelak ketawa melihat gelagat kami berdua.
"En. Den kena hantar rombangan meminang dah ni.. banyak mata telah melihat scene kiss sebentar tadi tu....." Ash bersuara.
"Ya betul tu.." sokong Sya.
"Ni Den punya pasal lah ni.. suka sangat menyakat Lisa.. Ash dan Sya jangan pandai-pandai buat isu ye..." lalu menunjukkan jarinya tanda X pada Ash dan Sya. Tergelak Sya dan Ash dari jauh.
" Lisa.. I miss u and love u... dah dapat kiriman hati i ke....??? Aku mengenyitkan sebelah mataku padanya.
Den.. boleh kita cari tempat privicy sikit.. Lisa nak cakap sesuatu..."
"Kita pi taman di sebelah dewan ni.." Lisa mengangguk
"Ash.. Sya.. kamu carry on dulu ye.. Kami ada nak bincang sikit..."
"Ok.. kami nak dengar good news.." serentak mereka semua menjawab.
Tiba-tiba handphone Ash bernyanyi cinta luar biasa. Ash cepat-cepat menyambut call tersebut. Kelihatan Ash mengangguk-anguk dengan wajah yang serius.
"Den....!!!!" laung Ash...
Aku berpusing berpaling ke arah Ash. Ash memberi isyarat membawaku keluar dari dewan dan aku tahu itu hal penting.
"Lisa... Den ada hal emergency ni.. we talk later ya sayang.. i love u.." Lisa hanya mengangguk .Aku pun mengatur langkah meninggalkan Lisa.
"Bi.. dear ada hal emergency.. bi urus saja ya.. bi ikut saja.. i trust u.. and i love u... " Ash pun meninggalkan pesanan kasih sayang untuk Sya.
"Ok dear.. i love u more..." Sya memberikan bekalan kasih sayang untuk Ash.
Share this novel