Para jemputan tetamu sudah mula memenuhi dewan majlis persandingan Ash dan Sya. Tan Sri, Aiden dan kedua orangtua Sya menjadi penyambut tetamu utama, menyambut para tetamu yang datang pada malam itu.
Rata-rata para jemputan yang hadir memuji kecantikan hiasan bunga bunga Rose yang hidup itu, terutama pelamin singgahsana yang sangat memukau.
Tan Sri , Aiden dan kedua orangtua Sya pum mula masuk ke dalam dewan kerana acara akan bermula sebentar saja lagi. Kedua orangtua saya duduk di meja yang telah disediakan khas untuk keluarga Sya, manakala Tan sri , Aiden, Sherry, lisa dan ibu serta mak timah duduk satu meja. Sedang asyik mereka berbual tiba-tiba perbualan mereka terhenti oleh satu suara.
"Amboi ... asyik sangat.. sehingga lupa diri tu suami orang.." lantas zakiah menarik kerusi dan duduk di sebelah Tan Sri.
Tak lama farouk dan Alisah sampai dan terus duduk di sebelah zakiah tanpa bertanya kerusi kosong tu untuk siapa.
"Bukan awak cakap tak dapat datang sebab kurang sihat ke...??? sindir Tan Sri.
Jelas kelihatan di wajah Tan Sri dan Aiden yang mereka berdua tidak suka kehadiran zakiah dan anak-anaknya.
"Tan Sri, biar saya urus untuk buka satu meja lagi.." kata sherry dan mula nak berdiri.
"Biar saya tolong cik Sherry..." kali ini Lisa pula bersuara.
Aiden sengaja tak menghalang Lisa kerana Aiden tak mahu zakiah tahu hubungannya dengan Lisa.
Mereka berdua terus melangkah menuju ke bahagian pengurusan hotel.
Sebenarnya cik sherry sengaja menjauh dari Tan Sri kerana tak ingin terlalu sakit hati melihat zakiah yang mendekati Tan Sri. Dan dia mesti bersikap profesional agar hubungannya dengan Tan Sri tidak diketahui oleh Zakiah.
"Cik Sherry.. mereka bertiga tadi tu siapa...?? Tanya lisa pada sherry.
"Oh..yang duduk sebelah Tan Sri tu.. itu isteri Tan Sri .. Zakiah namanya.. ibu tiri Aiden.. dan yg 2 orang lagi tu.. itu anak anak Zakiah.. Lisa kena hati hati dengan mereka tu.. dan kalau boleh jangan sampai mereka tahu hubungan Lisa dan Aiden sebelum kamu berdua nikah.. "
"Lisa boleh nampak riak wajah Tan Sri dan Aiden tak suka dengan kehadiran mereka.. tapi Lisa heranlah.. kalau tan sri tak suka Zakiah ... kenapa tan sri boleh kawin dengan dia....???
"Zakiah guna-guna kan tan sri.. Syukur ada sahabat tan sri yang perasan dengan perubahan tan sri dan mereka bantu tan sri untuk pulih. Tapi Zakiah belum tau yang tan sri sudah pulih.. lepas kita urus meja .. nanti bawa ibu lisa dan mak timah berpindah ke meja tu ya.."
Lisa hanya mengangguk tanda faham.
**
Lisa mendekati ibunya dan mak timah dan membawa mereka duduk di meja sebelah yang baru siap dibuka dan dihias. Sempat Lisa memandang pada Aiden dan memberi senyuman tanda faham. Aiden membalas senyuman Lisa.
"Tan Sri kami duduk dekat meja sebelah ya.." Lisa dengan penuh hormat mohon diri. Tan Sri hanya mengangguk.
Setelah Sherry , Lisa serta ibu dan mak timah dah berpindah ke meja sebelah di temani oleh 3 orang pekerja Lisa, tinggal lah Tan Sri, Aiden, zakiah dan 2 anaknya di meja itu.
"Saya tak suka perangai awak yang tak pandai menghormati orang.. awak jangan bangga dengan gelaran Puan Sri awak tu.. awak tak punya apa-apa jika tidak berkahwin dengan saya.."
Merah padam muka Zakiah mendengar apa yang keluar dari mulut suaminya. Dia terkejut Tan Sri sudah berani berkata begitu padanya.
"Awak tu lah.. asyik dengan PA awak .. sehingga tak perasan yang saya dah di depan awak.." balas Zakiah.
"Tapi cara awak menjatuhkan maruah saya.. Kemarin dulu saya ajak.. kata tak sihat.. ni tiba-tiba datang kenapa...??? orang dah set semua meja untuk para jemputan dan keluarga pengantin.. Lepas tu main terjah duduk ja.. setiap meja ni dah ada nama.. nama kamu bertiga takde dalam senarai.. Mujur Sherry tu bijak dan cepat bertindak... kalau tak.. saya yang malu dengan pihak keluarga perempuan... " Tan Sri meluahkan amarahnya.
Disebabkan Aiden ada bersama, Zakiah hanya berdiam diri. Dia taknak Aiden tahu perangai sebenarnya.
Aiden membisikkan sesuatu pada Tan Sri, lalu Tan Sri mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan menyerahkan pada Aiden.
Aiden pun berdiri dan mengatur langkah lalu berhenti tempat sherry. Sherry pun berdiri dan mengikuti Aiden dari belakang keluar dari dewan dan menuju ke Lif.
Sementara menunggu pintu lif terbuka, Aiden menyerahkan Kad akses masuk ke bilik Tan Sri.
"Saya nak awak pindah masuk ke bilik Abah..."
"haaa...??" Sherry terkejut lalu memandang Aiden.
Aiden berpura pura menunjukkan wajah marahnya pada Sherry. Mata mereka bertembung dan Aiden dah tak tahan lalu menghamburkan tawa depan sherry.
"Saya dah tahu lah hubungan awak dengan Abah.. jadi saya nak panggil awak apa ye... Mummy Sherry kot... " Aiden masih tak dapat tahan tawanya.
"Call me Puan Sri... hahahaha...!!!" tambah kuat Aiden ketawa mendengar gurauan Sherry.
"Maybe... coming soon....." jawab Aiden.
"Wow.. Puan Sri dah tak sabar lah...." mereka pun ketawa lagi...
Tak lama pintu lif terbuka dan mereka pun masuk bersama dalam lif.
Setelah selesai mengemas bilik sherry mereka pun pergi ke bilik Tan Sri untuk menghantar barang barang sherry ke bilik Tan Sri. Setelah selesai mereka pun balik ke dewan semula dan duduk ke tempat masing-masing.
****
Majlis malam itu berlangsung dengan meriah dan berakhir dengan kepuasan di hati setiap para jemputan tetamu. Zakiah juga hanya diam dan ikut rentak tan sri.
Malam itu selesai majlis persandingan mereka, Ash dan Sya terus berlepas terbang ke switzerland di mana Tan Sri dan sherry berbulan madu.
Ibubapa Sherry pun dah balik ke bilik mereka.
Lisa awal awal Aiden dah pesan untuk balik ke bilik. Tapi Lisa bertegas nak balik rumah malam tu sebab rumahnya dekat dengan masjid tempat mereka kursus nikah. Aiden mengikut saja kemahuan Lisa lagipun dia risau zakiah perasan dengan Lisa.
Staff Lisa masih menginap di hotel kerana esok mereka akan membersihkan dewan bersama dengan staff hotel kerana tu semua sudah masuk dalam perbincangan dan payment.
Pihak hotel telah membersihkan bekas bilik sherry dan bilik Ash. Bilik Sherry di huni oleh Zakiah dan alisha sementara bekas bilik Ash di huni oleh farouk.
Sebelum mereka berpisah, zakiah menyempat bertanya pada Tan Sri.
" U jadi ke nak ke kelantan rabu ni..??
"Jadi.. napa .. u nak ikut ke...?? tan sri pura-pura bertanya.
"Nak.. tapi nanti I confirm you rabu pagi ye..." jawab Zakiah.
Tan Sri hanya tersenyum, dia tahu itu hanya helah Zakiah.
Sherry dah lama menunggu Tan Sri di bilik. Sewaktu tan sri masuk ke biliknya dia terkejut melihat sherry tengah duduk di katil dengan pakaian baju tidur yang sangat mengoda itu.
"Surprise...!!!"
Tanpa berkata kata Tan Sri terus berjalan ke arah sherry.. dan seterusnya.. faham faham lah tugas malam suami isteri.
Share this novel