Aiden mengiringi keberangkatan ayahnya ke kelantan dengan menaiki helikopter milik peribadi, turut bersama Tan Sri ialah Vicky penyasiat peribadi merangkap bodyguardnya dan 2 orang lagi. Hisyam lawyer syarikat juga turut hadir mengiring keberangkatan Tan Sri.
Dari jauh kelihatan kereta zakiah menuju ke tempat mereka. Kereta berhenti dan di parkingkan dalam jarak 15 meter dari helikopter. Tak lama Zakiah keluar dan berjalan dengan cepat menuju kepada Tan Sri.
"Saya minta maaf.. saya tak dapat ikut.. Alisa kurang sihat dari semalam.." Geli tan sri dengar suara zakiah nak bermanja manja dengannya. Tan Sri sudah dapat tahu semua tipu muslihat zakiah.
"Takpe.. ada baiknya awak tak ikut.. sana tu perkampungan orang asli.. takut awak tak biasa.." jawab Tan Sri Selamba.
"Aiden Ayah gerak dulu ya... " lalu Aiden mencium tangan abahnya lepas tu memeluknya erat-erat.
Helikopter yang membawa Tan Sri dan rombongannya telah terbang tinggi di awan. Aiden pun mula melangkah menuju ke keretanya.
"Puan Sri..." Hisyam lawyer syarikat memanggil zakiah. Aiden pun menghentikan langkah dan berpusing memandang Hisyam.
Hisyam menghulurkan satu sarung surat besar kepada Zakiah. Dahi Zakiah berkerut menerima sarung surat tersebut. Aiden sudah dapat teka tu mesti surat cerai dari ayahnya. Dia pun meneruskan langkahnya menuju ke keretanya Di mana Lisa sedang menunggunya Dalam kereta.
"Surat dari mahkamah Syariah....??? Zakiah terkejut dan penuh kehairanan.
"Ada baiknya puan Sri baca dalam kereta.. tugas saya hanya menyerahkan surat tu je.." lembut saja suara hisyam menghadapi Zakiah.
Hisyam pun melangkah meninggalkan zakiah.
Zakiah masuk ke dalam kereta dan membuka sarung surat tersebut dan membaca isi surat yang ada di dalamnya. Tak lama selepas tu kedengaran suara berteriak yang sangat kuat dari kereta Zakiah.
"Ahrrrrrr... Sial awak muzzaffar... berani awak cerai kan saya... !!!!! .... aaaahhhhrrrrrr....!!!
Tiba-tiba zakiah terfikir. Lalu menelefon sesorang.
"Hello.. bom yang awak pasang tu. boleh awak control dari jauh tak...??
" Tak boleh.. bom tu dah di set , selepas 30 minit terbang .. bom tu akan meletup.. " jawab seseorang di talian telefon.
"Ahhrrr... awak nak tahu tak.. muzzafar telah ceraikan saya... ahhrrr.... !!!
Zakiah terus mematikan telefon. Dia pun memandu dan meninggalkan tempat itu.
****
Setelah 4 jam kepergian Tan Sri ke kelantan Tiba-tiba telefon Aiden berbunyi. Aiden terus menekan butang terima.
Air muka Aiden tiba-tiba berubah setelah menyambut panggilan tersebut.
"Sayang.. hubby nak pergi balai.. sayang duduk diam di rumah ya.. hubby ada nak cepat ni...." Aiden pun memeluk dan mencium bibir Lisa.
"Hubby .. kenapa ni.. please tell me.. jangan sorok apa apa dari sayang..." Lisa merayu.
Tak sampai hati Aiden melihat wajah isterinya.
"Helikopter Abah meletup di udara sebelum sempat sampai ke destinasi...." Aiden menberitahu dengan suara yang berketar ketar.
"Haaaa .. Tan Sri macam mana...?? Lisa dengan suara terkejut.
"Sayang duduk rumah ye.. dengar cakap hubby.. hubby taknak zakiah jumpa sayang dulu.. sayang belum kenal zakiah siapa .. so.. hubby nak sayang stay kat rumah dengan bibik bibik.. apa-apa hubby call sayang ya..." Aiden memeluk Lisa lalu mencium bibir Lisa.
****
Zakiah tiba di rumah setelah bergelut 3 jam di padang kecil dengan kekasihnya. Dia membuka pintu rumah dan menghempas kan pintu ketika menutupnya. Lalu menghempas surat cerai tersebut ke meja sofa.
Alisa cepat-cepat keluar dari bilik dan berlari ke ruang tamu ketika mendengar pintu di hempas dengan kuat.
"Maa.. napa ni balik balik marah... ??" tanya Alisa.
"tu .. Bapa tiri Alis tu.. dah fail ceraikan mama...!!!"
"Waahhh.. jadi boleh lah Alis goda Aiden sehingga dia jatuh cinta dengan Alis..."
Tiada pun rasa simpati Alis terhadap mamanya, malah dia gembira kerana gilirannya dah sampai untuk memikat Aiden.
.
Alisa pun duduk di sofa lalu mengambil remote TV dan menekan tombol ON. Kebetulan rancangan di TV Berita Terkini.
"Ini adalah berita yang baru kami terima. Sebentar tadi. Sebuah Helikopter milik Tan Sri Muzzaffar telah meletup di udara sebelum sampai ke destinasi.. Kami Dapat menghubungi anak tunggal Tan Sri iaitu Aiden Mikhail dan dia memberitahu Tan Sri dan 3 orang staffnya hendak pergi ke beberapa perkampungan orang Asli di kelantan kerana hendak meninjau tapak projek Surau yang Tan Sri sumbangkan.."
"Mamaaa...!!! Alisa berteriak lalu merenung mamanya dengan pandangan tajam yang penuh makna.
"Maa..ma ingatkan.. kalau dia dah mati.. mama akan jadi pewaris harta peninggalannya kerana mama isterinya yang sah... maaa..na mama tahu dia ceraikan mama..!!! mama akan cari jalan tuntut separuh harta peninggalannya..." zakiah terketar ketar ketakutan.
"Hal ni mama tanggung sendiri.. Alisa taknak masuk campur dan Alisa tak terlibat dengan rancangan mama tu..." Alisa melangkah meninggalkan zakiah yang masih dalam keadaan keliru.
"Alisa....!!!!!!!!!" terhenti langkah Alisa lalu menoleh memandang zakiah.
"Mama lakukan ini semua kerana Alisa dan Farouk...." jelas zakiah.
Alisa melangkah mendekati mamanya.
"Mama lakukan ni untuk kepentingan mama.. untuk kepuasan zahir dan batin mama.."
"Mama lupa ke.. Alisa yang nak kawin dengan Aiden tapi mama sanggup menggunakan ilmu hitam agar mama yang dulu berkahwin dengan Tan Sri..!!!!!! Mama lebih pentingkan diri mama dari Alisa dan Farouk...."
"Farouk menggelapkan wang syarikat pun kerena hasutan mama.. kerana nafsu mama....!!!!!!! bentak Alisa lalu berpusing dan melangkah meninggalkan mamanya. Tiba tiba Alisa menghentikan langkahnya dan berpusing menghadap mamanya.
"Oh ya... dan lagi satu.... mama jangan lupa.. Alis juga tau mama yang bunuh Puan Sri... Alis nampak semua perbuatan mama...."
Kali ini Alisa melangkah meninggalkan mamanya tanpa menoleh kembali dan terus melangkah menuju ke biliknya.
Tiba tiba handphone Zakiah berbunyi tanda ada panggilan masuk.
ZAKIAH : Hello.. siapa ni...??
PEMANGGIL : Assalamualaikum Puan Sri.. Saya inspektor Ramlan.... "
Mendengar saja nama pemanggil Zakiah terus pucat, rasa ketakutan yang tidak pernah dia alami selama ini, kali ini berjaya mengalahkan jiwa jahatnya.
Share this novel