Bab 8 - HARI KEDUA

Romance Series 10666

Hari ini hari kedua misi aku untuk buat Lisa jatuh cinta denganku.

Jam 8 pagi aku sudah berada di depan rumah Lisa. Masa aku sampai, ibu Lisa sedang duduk di beranda rumah.

Aku berjalan menuju ke tempat Pn. Aisyah. Aku memberikan salam, menyalam dan mencium tangan ibu Lisa lalu aku duduk di sebelahnya.

"Kenapa Aunty duduk dekat luar ni.. tak sejuk ke..???" tanyaku.

"Pagi ni awal ada matahari tu sebab Aunty duduk sini." jawab ibu lisa.

"Saya tak berapa peka pasal cuaca di sini Aunty. Sebab masuk hari ini.. baru 4 hari saya di sini... Dekat 2 tahun saya tak datang sini." jelasku pada ibu Lisa.

"En. Aiden Mikhail.... " kata ibu lisa lalu memaling wajahnya memandangku.

"Macam mana Aunty boleh kenal saya....??" tanyaku terkejut.

"Saya pernah masuk ke bilik En. Aiden tapi masa tu En. Aiden sedang tidur. Malam yang En. Aiden hantar Lisa, aunty seperti kenal wajah En. Aiden tapi aunty lupa di mana..?? Semalam baru aunty ingat."

"Aunty.. panggil saya Den saja." kataku.

"Apa tujuan Den cari Lisa ....??" perlahan suara ibu Lisa bertanya padaku.

Aku mengubah kedudukanku sehingga tubuhku sikit berdepan dengan ibu Lisa.

"Aunty.. impian saya apabila sedar dari pembedahan, wajah pertama yang saya ingin lihat ialah wajah Lisa, malaikat yang telah menyelamatkan saya dari maut.. setahun saya terseksa aunty menyintai insan yang saya tak pernah kenal." aku tak dapat tahan airmata dari jatuh saat menjelaskan pada ibu Lisa.

"Selama ini saya selalu bermimpi seorang gadis bermata biru sedang berjalan di taman bunga. kemudian dia memegang dadanya seperti menahan sakit. Yang heran dada saya juga turut sakit.... pertama kali saya melihat Lisa... seperti putaran dunia seakan terhenti seketika. Mata Lisa dan mata gadis yang dalam mimpi tu sama." sambungku lagi.

"Macam mana Den tahu bahawa lisa adalah penderma tu." Soal ibu lisa lagi.

"Den pujuk Abah bagi tahu nama penderma tu"

"Aunty.. Den tak boleh kehilangan Lisa lagi. Den sangat mencintai Lisa. Tolong Den aunty." rayuku lalu menggengam tangan kanan ibu Lisa.

"Den dah tahu semua cerita..??? kenapa lisa mendermakan hatinya untuk den..?? " tanya ibu lisa lagi.

"Sudah Aunty.. itu yang buat saya bertambah tambah jatuh cinta dengan Lisa" jawabku.

"Abah Den dah tahu yang den dah jumpa lisa...?? Dia dah tahu yang Den suka Lisa...??" lagi pertanyaan dari ibu Lisa.

"Abah tahu Aunty.. Abah dari dulu ingin saya dan Lisa di satu kan tapi Abah terpaksa berpegang janji.. sehingga saya sendiri yang dapat cari Lisa.." aku memberi penjelasan.

"Sebenarnya Aunty pun tak berepa setuju dengan keputusan yang Lisa buat. Tapi alasan yang Lisa beri tu kira masuk akal juga.." ibu lisa memberitahu.

"Aiden tak pernah membeza bezakan soal harta dan kedudukan Aunty"

"Aunty percaya setelah jumpa Aiden.. Aunty pun tak ada halangan.. sekarang semua terserah pada Aiden.. Selama ni Lisa tak pernah bercinta atau keluar mana mana dengan lelaki. Aiden lelaki pertama yang boleh rapat dengan Lisa. Jadi tu tandanya Aiden ada peluang.." Kata kata ibu lisa memberi semangat.

"Terima kasih Aunty." aku memandang ibu lisa terus mencium tangannya.

Tiba-tiba kedengaran suara Lisa mencari ibunya .

"Ibu di luar dengan En. Den....!!!"

Lisa pun muncul dengan senyuman di balik pintu.

"Eehh.. awak dah lama sampai ke...?? terkejut melihat aku.

"Semalam lagi" jawabku. Kami bertiga pun ketawa.

"Ibu.. Den.. mari sarapan..."

Kami pun masuk ke dalam rumah. Ibu Lisa berjalan dahulu di depan. Aku dan Lisa jalan beriringan di belakang.

"Miss me ..?? kataku membisik ke telinga Lisa.

Lisa memalingkan wajahnya melihatku.

"Asyik nak sakat orang je.. awak tu... rindu saya juga ke...??" tanya Lisa semula padaku.

"I miss you like crazy..." lalu mengenyitkan mata pada Lisa.

"Macam lah saya tak tau tu tajuk lagu..." lisa berjalan mendahului ku.

Kami pun bersarapan bersama. Lepas sarapan saya dan Lisa minta izin pergi pejabat.

Ketika kami keluar dari pintu rumah, kelihatan ada 7 orang pekerja baru tiba dan hendak masuk ke kawasan kebun bunga.

"Tu semua yang kerja kat kebun ke..?? tanyaku pada Lisa.

"Tak.. Yang 3 orang tu pekerja partime untuk urus bunga masa resepsi Ash.." jawab Lisa.

Kami pun naik ke kereta dan mula beredar dari rumah lisa.

**********************

Akupun sampai di pejabat setelah menghantar Lisa ke kedai bunganya. Agak sibuk juga pekerja lisa menyiapkan semua bunga untuk resepsi Ash.

Tadi Lisa ada beritahu yang dia akan ke kebun tengahari nanti. Dia akan balik bawa keretanya. Kali ini aku terpaksa setuju kerana hari ini aku kena ke hotel untuk buat lawatan ke sana.

Lagipun aku sudah mengupah pengawal peribadi untuk Lisa dan Ibunya tetapi hanya dari jauh kerana saya tidak mahu Lisa atau ibunya tahu. Kerana saya punya firasat yang tidak baik pada Aunty Zakiah, Farouk, Alisa dan Makcik Lisa serta
anak-anaknya.

"Den.. ni surat perlucutan jawatan Farouk sebagai branch manager dari Tan Sri."

Ashraff yang baru tiba dari KL terus meletakkan surat tu di mejaku.

"Den kena bersiap sedia menghadap Pn. Zakiah" sambung Ash lagi.

"Aku dah lama siap Ash.. aku dah masak dengan perangai mereka, dengan kepura puraan mereka" jawabku pada Ash.

"Den kena lebih berhati-hati.. apabila indentiti lisa terbongkar pasti berbagai rencana mereka lakukan. Macam cerita telemovie..pasang perangkap lah, buat fitnah lah.. saya harap awak bukan macam lelaki bodoh yang cepat percaya dalam telemovie tu ye..." Ash ketawa memerliku.

"ish..ish..ish.. sejak bila kau suka tengok telemovie ni...?? ni mesti kena jangkitan dari sya ni... " aku ketawa memerli Ash semula.

"Aku risaukan Lisa je ni.. takut nanti termakan oleh hasutan, fitnah dan perangkap yang mereka buat" luahku pada Ash.

"Ok lah Ash.. mari sambung kerja"

Kami pun pergi ke hotel milik Sri Awana Holding di mana dewan hotel tu yang akan di guna untuk resepsi Ash dan Sya, cuma kali ni kami bukan nak tengok dewan tapi pergi lawat semua staff di sana.

"Den.. tengahari ni Sya nak bawa saya pergi Lunch.. awak nak join ke..?? tanya Ash.

"Saya pun nak bawa Lisa pergi Lunch" jawabku sambil melirik Ash tak mahu kalah.

Setelah selesai bertemu dengan semua Staff di sana. Saya dan Ash pun balik semula ke Pejabat. Lepas tu Ash terus beredar menggunakan keretanya yang dia bawa dari KL.

Aku terus menuju ke kedai Lisa untuk membawanya pergi lunch. Misi 7 hari ku mesti aku laksanakan.

Dari jauh pekerja Lisa dah senyum senyum melihatku sambil memberi isyarat yang Lisa ada di pejabatnya. Aku pun masuk ke pejabat lisa. Masa aku masuk Lisa sedang berdiri membelakangkan pintu kerana sedang menggubah satu jambangan bunga. Aku berdiri rapat di belakangnya Dan membisikkan ke telinganya.

"I miss You" kataku mengejutkan Lisa

"Oiii mak kau..!! I miss you...!!" jawab Lisa terkejut seraya memusing badannya dan memelukku. Aku biarkan saja perbuatan melatah Lisa. Bahagia rasanya merasa pelukan dari Lisa.

Lisa cepat-cepat menolakku ketika dia sudah sedar akan perbuatannya. Lalu membesarkan matanya padaku.

"Astagafirullah al-hazim.. Den....!!!! " teriak Lisa padaku.

"Nak peluk lagi" kataku pada lisa sambil aku berpura pura buat gaya manja nak minta peluk.

"Ya ampun.. Den...!!!" kata lisa lagi lalu memukul ku dengan bunga sambil ketawa.

"Lisaaaaa... cukup... bunga dah rosak....!!" aku memegang kedua dua tangan Lisa.

"Ni u punya pasal lah ni... tengok.. dah rosak bunga ni" rungut lisa.

"Jangan marah ye sayang nanti abang beli banyak banyak bunga untuk sayang" jawabku memujuk Lisa.

tiba-tiba kedengaran suara..

"Wowww .... So Sweet..." serentak suara Balqis, Diana dan Hagiem mengusik.

"dah.. dah... Miss world... miss universe dan Mr. Malaysia... pergi kerja semula.. " Jari Lisa menunjuk satu persatu pada mereka.

"Den nak apa ni.. datang-datang nak kejutkan orang... lain kali bagi salam lah dulu.." soal lisa walaupun dalam keadaan marah tapi tone suaranya tetap rendah dan kelembutan masih ada.

"I lapar lah.. i nak ajak u pi lunch.." kata ku.

Tanpa banyak bicara, Lisa mengambil handphone nya lalu menarikku membawaku keluar dari pejabatnya. Aku terkejut dan hanya memerhati dia memegang tanganku lalu menarikku sampai keluar dari kedai. Balqis, Diana dan Haqiem pun terpaku melihatnya.

"Lisa... Lisa... kita nak lunch mana ni....???? tanyaku kerana Lisa masih menarikku seperti budak yang kena paksa balik rumah.

"u belanja.. Lisa nak pergi makan tempat yang paling mahal" lisa pusing memandangku. Aku membalas pandangan mata Lisa dan perlahan lahan menurunkan pandangan mataku ke tangan kami yang masih bertaut erat.

"Mak aiiii... sorry... sorry ... ni pasal u lah ni... tapi... makan tempat yang mahal still available tau " cepat-cepat Lisa melepaskan pegangan tangannya.

"Emas yang paling mahal tak nak ke....?? Aku mengusiknya.

"Wow.. terujanya Lisaaa.... Den sanggup ke...???? ada berani....???." kata Lisa bergurau atau mencabar aku.

Kali ini aku yang memegang tangan Lisa terus menarik Lisa dan membawa menuju ke kedai Emas yang satu satunya ada di Mall ini.

"Den kita nak ke mana ni..?? tanya lisa terkejut dengan perbuatanku.

"Just Follow" kataku selamba.

Aku tarik Lisa masuk ke kedai Emas.

"Den Lisa gurau je lah tadi tu" wajah lisa mula berubah.

"Malangnya u dah cabar i tadi.. so just follow me my dear " aku berbisik di telinga Lisa.

Lisa baru hendak bersuara tapi aku telah meletakkan 2 jariku di bibirnya untuk buat dia diam.

"Hello miss.. saya nak cari gelang tangan dan rantai leher yang paling mahal di kedai ni." kataku pada salah seorang pekerja di kedai emas tu.

Pekerja tersebut pun berpusing dan hendak mengambil satu kotak 4 segi baldu warna merah yang ada di showcase belakang. Di situ hanya terdapat beberapa buah cincin, rantai dan gelang.

Sementara pekerja itu mengambil kotak tersebut, Lisa melepaskan tangannya dari genggamanku dan mula berjalan keluar dari kedai emas itu.

"Den.. Lisa tunggu di pintu utama ya"

"Janji Lisa tunggu tau.. don't leave me... " Lisa pun menggangguk dan melangkah keluar meninggalkanku.

"Encik ni ada satu set gelang, rantai dan anting-anting model terbaru dari kedai kami. Paling sesuai hadiahkan untuk yang tercinta" kata pekerja tersebut dan menghulurkan gelang tangan itu padaku.

"Cantik... " kataku perlahan.

"permata warna birunya.. betul-betul sepadan dengan mata biru kekasih encik " puji pekerja itu.

"Ok.. saya beli.. tolong bungkus cantik cantik ye"

"Encik tak nak tanya harganya dulu ke...??? tanya pekerja tersebut.

"Tak perlu.. Harga tak penting jika kita betul-betul menyintai seseorang.." semua pekerja di situ tertumpu padaku.

"Wow.. so sweet.." mereka berkata serentak.

"Tolong proses cepat ye.. takut buah hati aku dah kena culik di luar tu..." lalu aku menghulurkan black card ku pada pekerja tersebut.

Membesar mata pekerja tu menerima kad tersebut. Dia pun mula memproses pembayaranku, manakala 2 lagi pekerja membalut kotak tersebut. Dalam masa 3 minit semua sudah selesai.

"Ok Encik.. ni kad encik dan ini untuk Cik Lisa buah hati encik..." Lalu menghulurkan kad dan kotak.

"Encik ni.... En. Aiden Mikhail anak tan sri Muzzaffar pemilik Mall Cameron kan..?? Semua staff di situ meluru ke kaunter

"Betul ke....???? mereka bertanya serentak.

"Oppsss.. kejap.. kamu kenal Lisa ke...??? mereka semua menggangguk..

"Gadis bermata biru dan yang paling cantik, manis dan cute di Mall ni.." jawab mereka.

"Ok..ok.. ya.. saya Aiden anak tan sri pemilik mall ni.. tapi.. tolong jangan bagitau Lisa ya.... Lisa belum tahu dan termasuk nama penuh saya.

"Ok en. Aiden..." ada yang mengenyitkan mata dan ada yang buat emoji ok.

"Hari ni saya belanja awak semua Lunch ye.. tak perlu keluar lunch .. nanti akan ada orang hantar makanan di sini.. ok ... saya jalan dulu.. terima kasih..."

Aku terus mempercepatkan langkah untuk mencari Lisa di pintu utama Mall. Lega hatiku melihat Lisa sedang duduk di kerusi untuk menungguku.

"Maaf lambat... mari..." ajakku lalu ingin memegang tangannya tapi Lisa menolak.

"Lisa malu lah orang pandang.. Den ... kita lunch dekat mall ni ja le.. " lisa bersuara.

"Ok... Lisa nak lunch mana.. ??" tanyaku.

"Den nak makan mana...??" Lisa memulangkan pertanyaan padaku.

" Ok.. Kita pergi Lunch dekat restoran Jepun tu lah" jawabku sambil tanganku menujuk ke arah restoran Jepun yang tak jauh dari kami.

"Ok" jawab Lisa.

Kami pun berjalan beriringan menuju ke restoran Jepun. Sampai di situ kami di sambut oleh pelayan di restoran.

"Give me VIP room" kataku pada pelayan tersebut. Lisa terus memalingkan wajahnya memandangku.

"Nak privacy sikit" jawabanku untuk pandangan Lisa.

Pelayan itu pun membawa kami ke tempat bilik VIP. Dalam bilik VIP hanya ada satu meja dan alas tempat duduk di lantai. Kami pun membuka kasut dan naik di satu lantai yang tinggi 1 kaki dari lantai tempat kami meletak kasut.

Lisa mengambil tempat duduk terlebih dahulu dan aku duduk di sebelah Lisa.

"Your Order Sir" tanya pelayan tersebut.

"Set Lunch special for 2 set and reguler set Lunch 4 set... oh.. for the reguler set please send it to the Cleopatra Gold Shop "

"Ok sir" jawab pelayan itu lalu keluar dan menutup pintu.

Lisa masih mendiamkan diri. Aku pun mengeluarkan kotak yang berisi satu set perhiasan barang kemas itu dan meletakkan di depan Lisa. Akhirnya Lisa bersuara.

"Sebenarnya Den nak belikan untuk siapa ni...??? untuk buah hati u ke...??? atau ibu u ke...?? atau adik or kakak u ke...?? serius wajah Lisa menyoalku.

"Any question.. ?? baru 4 je.. belum sampai 10.."

"Lepas Den jawab ke empat empat soalan Lisa"

"Hurrmm ok... Ibu saya dah meninggal 7 tahun lalu, saya anak tunggal" berubah wajah Lisa saat mendengar jawapanku.

"Sorry Den.., Lisa tak bermaksud nak sakitkan hati u.. Lisa tak tahu" jawab lisa penuh penyesalan lalu memegang tangan kananku dengan kedua dua tangannya.

Aku sudah nekad untuk memberitahu Lisa isi hatiku. Aku tak mahu ada orang lain yang mendahuluiku.

"Dan saya tak pernah ada buah hati kerana buah hati yang saya cari selama ini.. ada di depan mata" lalu tangan kiriku memegang tangan Lisa yang tengah memegang tangan kananku.

"Deenn.. " lisa memandangku.

"Den serius Lisa.. first time aku melihat u.. seperti bumi berhenti berputar seketika.. Hatiku kuat bergetar... sepertinya hati lisa punya magnet yang kuat menarik hatiku untuk ke hati Lisa. I fall in love with you for the first sight And I want you to be my wife.." Aku mengangkat tangan Lisa dan menarik dekat ke bibirku lalu mengucupnya.

"Deennn... aku...aku.." sambil menarik tangannya dari genggamanku.

"Lisa tak perlu jawab sekarang. Den akan tunggu jawapan Lisa sehingga pernikahan Ash dan Sya. Jika lisa sudi.. Lisa pakai .. sekiranya Lisa tak pakai sampai pernikahan Ash dan Sya.. Den dah faham dan Den akan terus menghilang dari pandangan Lisa...." lalu aku mengambil kotak tersebut dan meletakkan di kedua dua telapak tangan Lisa.

Tiba-tiba pelayan pun datang membawa makanan kami.

Aku dan Lisa pun menikmati set lunch special kami. Setelah siap makan, kami pun keluar dari restoran jepun dan aku pun menghantar lisa balik ke kedainya.

Setelah hampir 15 minit berada di pejabat, handphoneku berbunyi. Aku lihat nama yang tertera di skrin zack pengawal peribadi yang aku upah untuk menjaga ibu Lisa. Aku pun menyambut panggilan tersebut.

ZACK : "Boss, ada dua orang wanita datang ke rumah Lisa. Saya lihat mereka seperti ada niat jahat boss."

"Dua Wanita...?? jangan... jangan....makcik lisa..." bisik hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience