Bab - 12 - NIAT JAHAT RISKA

Romance Series 10666

Aiden dan Ash bergegas balik ke pejabat untuk menyediakan beberapa dokumen yang di minta oleh tan sri sebelum dia bergerak menuju ke cameron. Aiden juga telah memberitahu pengurus hotel yang tan sri akan sampai petang ni.

Kelihatan beberapa pekerja hotel sibuk menguruskan sesuatu. Ada yang keluar masuk ke dewan hotel, ada yang sibuk keluar masuk ke dapur dan ada 2,3 staff yang bergegas ke Lif naik ke tingkat 8.

"Cik.. kenapa hari ni saya nampak para pekerja macam sibuk sikit....??? tanya Ris pada receptionist.

"oh.. esok luas anak buah tan sri buat resepsi perkawinan mereka di dewan hotel ni.. sibuk nak hias dewan dan bahagian kitchen dah sah sah yang paling sibuk... di tambah lagi.. tan sri pemilik hotel ni datang petang ni.. lagi lah jadi gelabah semua staff." jelas receptionist tersebut.

"Oh.. cik.. En. Den di mana ye...??

"En. Den ada di dewan..."

Tanpa mengucapkan terima kasih Ris terus meninggalkan kaunter dan bergegas menuju ke dewan. Sesampai di dewan mata Ris liar mencari kelibat Aiden tapi tiada kelihatan. Ris ternampak Lisa yang sedang berbincang sesuatu dengan beberapa org di situ. Ris mengatur langkah menuju ke tempat Lisa.

"Oii.. Lisa... !!" terkejut Lisa melihat Ris. Lisa meminta diri sebentar dan melangkah menuju ke tempat Ris yang tidak jauh dari tempat mereka. Sya hanya memerhati saja.

"Ris buat apa di sini..???? soal Lisa.

"Den yang ajak kami tinggal sini semalam.. Den minta maaf dengan Ris sebab dah berkasar dengan Ris.. Sweet sangat Den layan Ris semalam. Tadi pagi Den ajak Ris makan tengahari sama-sama, dia ada bagitahu.. kalau dia lambat dia suruh saya cari dia di dewan ni..." Ris buat cerita untuk menyakitkan hati Lisa.

Perbualan mereka jelas di dengar oleh Sya dan beberapa Staff disitu termasuk Haqiem.

Ris tersenyum kemenangan setelah melihat perubahan wajah Lisa.

"Den mana....??? tanya Ris ingin menambah sakit hati Lisa..

Sya mula rasa sesuatu Ris punya niat yang jahat pada Lisa.

"Maaf cik.. cik sudah mengganggu kerja cik Lisa selaku wedding designer saya Dan saya tak suka persiapan perkahwinan saya terlambat dari jadual. Sooo.. pls.. keluar dari tempat ni kalau cik bukan staff di hotel ni atau staff Lisa.. atau.. nak saya panggil security untuk iring awak keluar ke... ???? ... ooohhhh... by the way... takkan lah dah bersweet sweet dengan Den takde no phone en. Den.... oohhh.....!!! ..atau u ni hanya one night stand je ke...???" perli Sya pada Ris.

"Awak jangan nak kurang ajar dengan saya ye.. awak tunggu saya bagitahu nanti dengan Den...!!! Ris pun melangkah keluar dari dewan itu dengan perasaan yang marah.

"Lisa tak perlu layan perempuan tu.. macam tak betul saja Sya tengok.. lupakan apa yang perempuan gila tu katakan.. Sya tau Den bukan jenis orang yang macam tu.." Sya cuba menyenangkan hati Lisa.

Mereka pun meneruskan kerja mereka yang telah terganggu tadi. Tapi hati Lisa masih tidak tenteram. Masih terngiang-ngiang ditelinganya apa yang Ris katakan tadi. Sya sedar akan perubahan Lisa. Lalu Sya curi-curi menghantar whatsapp pada Den dan menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi.

******************
Sungguh marah Den setelah menerima whatsapp dari Sya.

"kenapa Den.. siapa yang whatsapp sampai buat kau marah ni...?? tanya Ash.

"Sya yang hantar.. dia bagitau yang Ris ada datang cari saya di dewan.. sekarang ni Lisa dah tak fokus buat kerja.. ertinya ada something yang Ris cakap dengan Lisa."

"Awak pun satu juga.. yang kau pi layan lagi 2 beranak tu kenapa...?? saya tengok c Ris tu macam tak betul je otaknya.. dia ada niat nak rampas awak dari Lisa lah .. kau tak perasan ke..?? Ash menegur Den.

"Saya nak balik ke dewan lah Ash"

"Sabar lah Den.. kita masih ada kerja yang lagi penting ni.. Tan Sri dah on the way tu..."

"Any idea ke..." tanya den. Mereka saling berpandangan.

"Haaa.. nanti aku suruh Sya pujuk Lisa untuk tidur di hotel, pandai lah Sya tu bagi apa-apa alasan. Sooo.. awak arah Alex untuk stay di rumah Lisa untuk jaga ibunya dan mak timah. Zack awak jangan lupa agar sentiasa jaga Lisa.

"Waaahhh... sejak dah nak jadi suami ni.. bergeliga ja otak kau ye.. call Sya cepat..nanti saya call Alex dan ibu Lisa."

Sejam selepas Ash Hubungi Sya. Sya pun menghubungi Ash semula memberitahu yang Lisa setuju dengan syarat 3, staffnya mesti bersamanya dan Sya telah menyediakan hotel apartment untuk mereka yang berada di tingkat 7

*************************

Sebuah kereta Vellfire warna hitam berhenti tepat di depan pintu utama Hotel Cameron. Kelihatan pengurus hotel dan supervisor setiap bahagian hotel telah menunggu kedatangan Tan Sri Muzzaffar pemilik hotel cameron tersebut. Ada beberapa staff telah datang mendekat ke kereta.

"Dear.. bangun.. kita dah sampai dah.." Sherry dengan penuh kasih sayangnya mengejutkan tan sri.

Pintu kereta pun di buka dari luar oleh seorang staff hotel. Tan Sri pun keluar dari perut kereta vellfire kemudian baru lah Sherry.

Tan Sri pun mengatur langkah menaik beberapa anak tangga untuk sampai ke pintu utama hotel. Sampai saja di pintu utama hotel semua staff yang telah menunggu kedatangannya tunduk memberi.

"Selamat petang dan selamat datang Tan Sri" serentak para staff memberi hormat pada Tan Sri

"Lawrance.. lain kali.. bila saya datang.. tak perlu buat sambutan begini.. dan kedatangan saya kali ni pun bukannya pasal kerja. Ok.. saya nak naik rehat dulu. Tolong sediakan special menu dinner malam ni untuk 7 orang"

"Ok Tan Sri" jawab Lawrance. Lawrance ialah pengurus di hotel itu.

Kelihatan Aiden baru turun dari kereta, diikuti oleh Ash yang sedang membawa beberapa file. Mereka pun berjalan menuju ke tempat tan sri yang sedang berdiri menunggu kedatangan mereka.

Aiden menyalam dan mencium tangan tan sri . Tan sri pun terus memeluk Aiden seperti dah bertahun tak berjumpa.

Ash memberikan file yang dibawanya kepada sherry selepas tu Ash pun menyalam dan mencium tangan tan sri.

"Waahh.. Ash.. sehari lagi awak dah jadi suami orang.. Welcome to the group..." tan sri mengusik Ash... serentak mereka ketawa.

"mari ikut abah naik atas dulu.."

Mereka berempat pun berjalan menuju ke Lif. Pintu lif terbuka dan mereka pun masuk ke dalam lif lalu sherry menekan butang no 8.

*******************
DI DEWAN

Lisa masih sibuk mengatur bunga bunga di atas singgahsana Ash dan Sya bersama wedding planner yang di upah Sya dan beberapa staff hotel. Haqiem pula baru sampai mengambil bunga dari kebun, dia datang bersama Balqis dan Diana.

"Cik Lisa.. baju dan semua kelengkapan awak selama 2 hari ada dalam beg ni ye.. Ibu dan mak timah yang sediakan." Balqis memberikan beg bagasi kepada Lisa.

"Saya risaukan Ibu dan mak timah.. takde teman di rumah."

"Jangan risau lah cik Lisa.. saya dah hantar Alex jaga ibu awak dan mak timah" Sya tiba tiba datang dari belakang.

"Thank u Sya.. baru saya boleh fokus kerja malam ni." lalu Lisa melemparkan senyuman pada Sya.

"Lisa.. ni kunci bilik ada di tingkat 7 dan semua Sya dah urus ye.. dari bilik, breakfast, lunch, teh break dan dinner tak perlu bayar ye.."

"waaahhhh... Thank you very very big ye Sya" Haqiem menjawab.

"Ok mari kita teruskan kerja. Jam 6 kita naik ke bilik. Lepas maghrib kita pi dinner.. and then. kita balik semula ke sini. Sebab malam ni pembuat pelamin akan datang.. esok kerusi dan meja akan mula di susun dan kita akan pastikan theme perkahwinan dalam taman idaman Sya dan Ash menjadi kenyataan." Lisa memberi sedikit taklimat pada staffnya.

"Lisa .. Sya hanya dapat tolong sampai sini saja .. Lepas tu Sya dah tak boleh keluar dah.. nak mandi bedak lah, berinai lah.. entah.. Sya pun taktau.. Sya ikut je.."

"Ok Sya.. hati-hati tau.. Jumpa u masa hari bersejarah u ye..."

"Ok Lisa... bye semua....!!! buat seperti syurga langit ke 7 ya... buat sehingga aku tak boleh berkata kata."

"Ok.. tunggu dan lihat.. awak akan teruja sampai nangis.. we do our best... " itulah kata kata yang keluar dari setiap mulut mereka.

Sya pun meninggalkan mereka semua. Tinggal Lisa, Haqiem, Balqis, Diana, C wedding Planner dan 3 Staff hotel.

"Balqis... saya nak ke tandas dulu ye.. kamu ikut je arahan c wedding planner tu ye."

"Ok cik lisa"

Lisa pun berjalan keluar dari dewan untuk pergi ke tandas.

*********************
Ris sedang duduk di restoran untuk menjaga Aiden keluar dari lif. Tak lama Aiden, Ash dan Sya keluar dari lif. Ris pun berdiri dan mula mengatur langkah menuju ke tempat AiDen.

Aiden telah melihat Ris, api kemarahannya mula marak.

"Sabar Den jangan ikut perasaan marah tu" Ash memberi nasihat.

Setelah Ris betul betul dah di depan Aiden. Aiden terus menarik tangan Ris membawanya keluar dari hotel itu. Kebetulan masa tu Lisa melalui jalan ke restoran untuk ke tandas. Terkaku Lisa melihat Aiden sedang berjalan dan memegang tangan Ris.

"Den...!!!" Ash memanggil Aiden. Aiden berpusing terus terpandang Lisa. Cepat cepat Aiden melepaskan pegangan tangannya pada Ris.

"Den... cepat lah kita nak kemana ni..." rengek Ris lalu memeluk lengan Aiden.

Lisa dah tak sanggup melihat dan terus berlalu menuju ke tandas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience