Bab - 24

Romance Series 10701

"Assalamualaikum semua .... Saya Chef inspektor Ramlan dan dia Inspektor azuren.. (Sambil menunjukkan ibu jari ke arah insp. Azuren)

"Pn. Zakiah Binti Hassan...anda di dapati bersalah kerana Pertuduhan pertama.. merancang Kemalangan Puan Sri Affiyah dan menyebabkan Pn. Aminah dan En. solihin turut terkorban dalam kemalangan tersebut..."

"Pertuduhan Kedua Merancang Pembunuhan dengan meletakkan bom ke dalam helikopter Tan Sri muzzaffar yang sehingga kini belum di jumpai termasuk 3 orang staff Tan Sri... "

"Awak yang bunuh suami pertama saya....!! dan sekarang awak bunuh lagi suami saya... !!!! Aargghhhh....!! awak ni bukan manusia tapi iblis.. !!!! teriak sherry sambil mendekati Zakiah lalu menampar pipi zakiah kiri dan kanan.

Zakiah hendak membalas tapi cepat cepat di tahan oleh 2 orang anggota polis yang ada bersama dengan Inspektor Ramlan dan Inspektor Azuren.

"gari dia dan bawa dia ke balai..." perintah Insp. Ramlan.

"Saya berhak bersuara untuk pertahankan hak-hak saya...!!" Zakiah masih dengan egonya.

"Ini ada surat waran tangkap untuk puan dan bukti bukti yang kukuh atas semua perbuatan puan... orang yang puan arah meletakkan bom dalam heli Tan Sri dan orang yang sama juga puan arah untuk mencuri dokumen wasiat Tan Sri... kalau puan rasa nak fight pertuduhan ini puan sediakan lawyer....."

Ketika zakiah di bawa keluar, Alisa mengikuti dari belakang sambil menangis.

"Mamaaaaaa....!!!

"Dan ini pula surat waran untuk En. Farouk Bin Lokman atas pertuduhan Menggelapkan duit syarikat Sri Awana Holding sebanyak 1.2 juta, selama memegang jawatan sebagai Branch Manager di Cameron Mall..." kali ini insp. Azuren yang bersuara.

"Abanggggg....!!! terhenti langkah Alisa.

"Mamaaa.... Abang.....!!! Alis dah takde siapa siapa lagi...!!! lalu Alisa berjalan seiringan dengan Farouk sambil memegang tangan farouk yang dah kena gari.

Farouk hanya diam tanpa berkata apa-apa, sedikitpun tidak melawan ketika seorang anggota polis menggarinya dan membawanya keluar dari bilik pejabat En. Hisyam.

Setelah semua selesai, Insp. Ramlan pun minta diri bersama team anggota yang dibawa.

"Puan Sherry... ini ada urine test (lalu menyerahkan pada sherry) sila ikut pembantu saya.. dia akan tunjukkan jalan ke toilet.

SELEPAS 10 MINIT...

Sherry pun muncul, Semua memandang pada Sherry. Menunggu jawapan dari Sherry.

Sherry rebah melutut di lantai sambil menangis

"I'm Pregnant... I need my Husband.. bukan kekayaan yang aku perlu... I really need my husband Tan Sri Muzzaffar.." terisak isak sherry menangis.

Lisa dan Sya turut melutut bersama sherry.

"Auntie.. banyakkan bersabar..."

"Aiden .. tolong bawa abah balik.. Auntie tak boleh kehilangan suami Auntie...!!! Sherry meraung melepaskan kepedihan hatinya.

Tiba-tiba Sherry rebah di pangkuan Lisa.

"Hubby...!!! Auntie sherry pengsan...!!! teriak Lisa

"Aiden bawa Sherry ke hospital sekarang" arah En. Hisyam.

Mereka semua meninggalkan pejabat En. Hisyam dan membawa Sherry ke hospital. Dan tinggal En.hisyam seorang di pejabatnya.

"Muzzaffar... awak janji dengan saya yang awak akan hidup ... sekarang awak di mana...?? awak jangan berani mungkiri janji awak.." En.Hisyam bercakap seorang diri.

*****

Sherrry sudah di hantar ke Wad. Aiden minta sherry di tempatkan di bilik VIP untuk berehat beberapa jam. Doktor memberitahu keadaan Sherry sudah stabil. Namun perlu rehat beberapa jam baru dia dibenarkan balik.

Aiden, Lisa, Ash dan Sya masih setia menunggu Sherry di dalam bilik VIP tu.

Sherry tersedar dari tidur lalu pelan pelan membuka matanya. Dia melihat 2 pasangan suami isteri yang baru saja berkahwin sedang duduk di sofa menjaganya.

"Aiden...??? Lemah suara sherry.

Mereka semua berpaling ke arah sherry. Aiden pun berdiri dan berjalan mendekati katil d mana sherry berbaring. Dia pun berdiri di sisi katil tersebut.

"Auntie rehat dulu ya.. sejam lagi kita akan balik.." tutur Aiden yang penuh sopan.

"Rasa janggal pula Aiden panggil Auntie... "

Aiden tersenyum.

"lama-lama biasa lah tu.."

Lisa, Ash dan Sya pun menyusul. mereka dah di sisi katil Sherry.

"Doktor cakap kandungan auntie dah masuk 6 minggu.. Auntie kena rehat banyak banyak... tidak boleh buat kerja berat berat.." jelas Lisa.

"Daannn... Auntie tidak dibenarkan kerja.. mulai hari ini kita semua tinggal di rumah agam yang baru.. Aiden dah suruh Ash cari 5 pembantu rumah, seorang tukang kebun dan seorang driver.. Lepas ni auntie kena dengar cakap Aiden.. sebab sekarang ni Aiden ketua keluarga.. Aiden tak nak adik Aiden yang kat dalam tu kurang kasih sayang atau kurang penjagaan..."

Sherry tak dapat tahan rasa terharunya lalu menangis sekali lagi.

"Thank u Aiden..." jawab sherry.

Setelah sejam, sherry dah pun dibenarkan balik. Mereka berlima pun terus menuju ke rumah agam yang telah di wasiatkan oleh Tan Sri.

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah itu.. Lisa suka sangat melihat pemandangannya. Terus membuat dia rindukan cameron, ibunya dan Mak Timah serta staffnya.

kereta pun mula membelok, dan mula kelihatan sebuah rumah tersergam indah seperti istana.

mereka semua terpaku tatkala melihat dengan jelas rumah agam itu ketika keluar dari kereta.

Aiden mendahului mereka semua lalu membuka kunci pintu rumah agam itu. Setelah pintu di buka lagi sekali mereka terpaku melihat keindahan dan kecantikan hiasan dalam rumah tersebut.

Tanpa sedar mereka semua menitiskan airmata. Hanya Tuhan yang tahu kepedihan di hati mereka.

Mereka pun mula menerokai rumah agam yang besar itu. Terdapat kolam renang yang besar di sebelah belakang rumah dan terdapat juga taman bunga yang di penuhi oleh berbagai jenis bunga. Di tengah tengah taman itu terdapat satu pondok untuk santai santai.

*****

DI SATU PULAU KECIL ...

"Aku berada di mana ni.....???

"Syukurlah kamu dah sedar..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience