DI HOTEL AIDEN
Hari ini, buat pertama kalinya aku merasa bahagia. Aku benar benar telah jatuh hati dengan Lisa. Tidak pernah aku rasa perasaan seperti ini. Baru sekejap berpisah dengannya aku sudah rasa sakit merindu. Dalam masa seminggu, aku akan buat Lisa jatuh cinta denganku. Aku akan pastikan ini terjadi.
Tiba-tiba handphone ku bergetar panjang. Aku lihat skrin terpapar "Abah". Aku pun tekan skrin "Accept".
AKU : Assalamualaikum Bah.
ABAH : Walaikumsalam... Aiden dekat mana ni..?
AKU : Aiden baru sampai di hotel bah.
ABAH : Dah dapat tau berapa jumlah wang syarikat yang farouk gelapkan..??
AKU : Dah bah.. tapi ni bukan kerja farouk seorang bah. Aunty Zakiah dan Alisa turut terlibat bah. Hal ni dah lama bah. Sejak sakit Aiden makin teruk dan sejak Farouk yang urus Mall dan Hotel kita di sini hi bah.
ABAH : Selepas 6 bulan abah hantar Farouk di Cameron, Abah dah dapat hidu perbuatan mereka tapi Abah bersabar sebab masa tu Aiden masih sakit. Abah tak nak mereka ganggu Aiden. Abah hanya berdoa agar ada hati yang sesuai dengan Aiden dan sudi menderma hatinya untuk Aiden.
AIDEN: Bah.. tolong ceritakan bagaimana abah jumpa Lisa..
ABAH : Aiden dah jumpa Lisa ke....????
AIDEN : Dah bah.. Semalam.. kedai bunga yang Sya pilih tu sebenarnya kedai Lisa.
ABAH : Oohh.. jadi macam mana pandangan Aiden terhadap Lisa..??
AIDEN : Lisa buat Aiden sakit Bah...
ABAH : Haaa... Aiden sakit...!!??
AIDEN : Sakit merindu dengan Lisa Bah.. hahahahaha.." jawabku bergurau.
ABAH : Buat Abah risau je... First time Abah jumpa lisa.. Abah boleh rasa kalau Aiden jumpa Lisa pasti Aiden takkan lepaskan Lisa... hurrmm... Abah jumpa Lisa di hospital waktu Abah bawa Aiden ke hospital saat keadaan Aiden sangat kritikal. Lisa sendiri datang jumpa Abah ingin mendermakan hatinya pada Aiden. Abah janji dengan Lisa.. jika hatinya sesuai dengan Aiden, Abah akan tunaikan apa saja permintaannya. Lisa tak minta apa-apa. Dia hanya nak Abah tolong bayar kos pembedahan jantung ibunya.
AIDEN : Ohh.. No wonder lah Lisa sangat menjaga ibunya.
ABAH : Waktu Lisa dalam dewan bedah, Abah upah penyiasat persendirian siasat latar belakang Lisa. Penyiasat Abah dapat bongkar kejahatan Makcik Lisa dan anaknya. Ibu Lisa sakit kerana bertahun menahan seksaan, makian dan cacian dari mereka anak beranak. Sehingga Lisa menolak tawaran sekolah di Australia kerana menggantikan ibunya bekerja dan menjaga ibunya.
AIDEN : Aiden ada cuba cungkil sedikit pasal Lisa tadi siang... tapi Lisa tak bagi tahu pula dengan Aiden yang makcik dan sepupunya tu jahat. Kesiannya Lisa dan ibunya.
ABAH : Untuk pengetahuan Aiden.. Abah yang hadiahkan rumah, kedai dan kereta kepada Lisa. Tapi Lisa tak nak terima semua pemberian Abah. Aiden tak marah kann... ??
AIDEN : Aiden lagi marah jika Abah biarkan Lisa dan Ibunya tanpa Memberi apa-apa. Macam mana Abah pujuk Lisa sehingga Lisa terima pemberian Abah.
ABAH : Abah tak pujuk.. Abah Ugut Lisa...
AIDEN : Haaaa .....!!!
ABAH : Abah cakap, Abah tak minta Lisa bayar balik duit 25k tu.. Tapi Abah tak halalkan walau sesen pun jika Lisa tak terima pemberian abah.. itu yang Abah bagi tahu Lisa.
AIDEN : Abaaahhhh.... !!!!
ABAH : Abah buat begitu supaya Lisa terima semua pemberian Abah. Masa tu Lisa menangis depan Abah.. dia tak nak terlalu banyak terhutang budi dengan Abah.. Dia lupa yang kita berhutang nyawa dengannya yang tak boleh kita ukur dengan wang ringgit. Untuk pengetahuan Aiden.. selama setahun ni.. seminggu sekali Lisa bertanya khabar tentang Abah dan Aiden melalui sherry... tapi Lisa minta Sherry rahsiakan dari Abah. Lisa tak tau yang sherry tu pekerja Abah yang paling setia dengan abah... hahahaha... Aiden masih ingat Sherry pernah bawa 2 kotak pati ikan haruan, sebab bekas luka pembedahan Aiden lambat sembuh.. tu Lisa yang hantar. Tadi pagi pun Lisa ada hantar bagi Abah Jus Madu Halia sebab sherry bagitau Abah kurang sihat sebab batuk.
AIDEN : Ohh.. jadi maksud Lisa tadi pagi tu..yang 2 insan lagi tu adalah Abah dan Aiden... dia tak langsung fikirkan dirinya sendiri....
Abah.... Aiden cintakan Lisa sangat sangat... Aiden tak nak kehilangan Lisa lagi.. Aiden tak nak terseksa lagi bah.. Setahun Aiden terseksa bah.. mencintai orang yang tak pernah Aiden kenal... Sekarang Aiden dah jumpa malaikat penyelamat Aiden.. Aiden tak nak kehilangan dia Abah.
ABAH : Kalau takut kehilangan.. ikat lah cepat cepat.
AIDEN : Aiden tengah susun plan lah ni.
ABAH : Jangan plan "tangkap basah" sudah.
AIDEN : Haa.. yang ni nak masuk dalam plan kecemasan dah ni.
Aku dan Abah pun ketawa serentak. Kami menamatkan perbualan setelah Abah sedar yang Aunty Zakiah dah balik.
**********************
DI RUMAH TAN SRI
"Apa hal Putera kesayangan abang tu call abang..??" tanya Zakiah isteri Tan Sri.
"Salah ke anak abang call abang.." Tan Sri tanya semula.
"Tak salah.. Kiah cuma nak tanya" jawab Zakiah
"Saja call nak tanya kabar abang.. rindu katanya" beritahu Tan Sri.
"Rindu apanya.. Condo Ashraff tak jauh pun.. 5 minit drive.. dah sampai rumah." bebel zakiah.
Sebenarnya Zakiah dan anak-anak nya tak tahu yang Tan Sri arah Aiden ke Cameron untuk menyiasat penyelewangan wang yang dilakukan oleh mereka anak beranak.
Hanya di Cameron Mereka anak beranak boleh Kacau. Sebab hotel dan Mall di tempat lain di urus oleh Aiden dan Tan Sri serta orang orang kepercayaan Tan Sri dan yang setia dengan Tan Sri.
Tan Sri menghantar Farouk ke Cameron semata mata untuk Menguji Farouk. Dan Aiden berjaya membongkar penyelewengan mereka anak beranak.
Tan Sri juga dalam diam mengupah penyiasat untuk menyiasat kemalangan isterinya 6 tahun yang lalu. Setelah dia melihat perubahan Zakiah selama 2 tahun mereka berkahwin.
***********************
DI RUMAH ROSMAH (MAKCIK LISA)
"Mak... oh mak....!!! teriak Riska sepupu Lisa.
"Apa yang Ris terpekik pekik ni..!!! Rosmah meluru keluar dari dapur.
"Tadi Ris pergi ke rumah makcik timah. Rupa-rupanya Makcik Timah dah lama tak tinggal dengan mereka mak... Lisa dah bawa makcik timah lari dan tinggal dengan mereka." mulut celupar Ris memberitahu.
"Haa.. yeke.. Ris tak tanya si Anuar tu, mana tahu dia tahu Lisa dan ibunya tinggal di mana..???.. Kalau mak dapat di orang.. habislah mak kerjakan 2 beranak tu." kata Rosmah
"Anuar bagi tahu, mereka tinggal di Cameron mak" jawab Riska.
"Darimana lah Lisa dapat duit untuk membiayai pembedahan si Aisyah tu." soal Rosmah
"Jual diri lah mak. Anuar bagi tahu tadi, waktu Anuar hantar barang dekat Mall Cameron beberapa bulan yang lalu, dia pernah nampak Lisa pandu kereta mewah mak." mulut celupar Riska mula kupas bawang.
"Apa yang bising-bising ni..!!!" Rizman tiba-tiba muncul dari bilik.
"Awak ni Riz.. dah takde kerja, asyik membuta saja. Pergi lah cari kerja... ni haa.. mak dengan Ris tengah bercakap tentang Lisa." beritahu rosmah.
"Mak kita dah aman pun.. dua beranak tu dah tak tinggal dengan kita. Apa lagi yang mak tak puashati ni." balas Rizman.
"Anuar bagitau Ris yang dia pernah nampak Lisa di Cameron pandu kereta mewah. Dasar kacang lupakan Kulit" Rosmah dah mula tumbuh tanduk.
"Apa benda kacang lupakan kulit ni mak... selama makcik Aisyah dan Lisa tinggal sini mana ada free. Mak minta bayar sewa juga. Mak goyang kaki je dalam rumah ni. Masak, kemas rumah,cuci kain, cuci piring semua Lisa dan makcik Aisyah yang buat mak...!!! " Jelas Riz dengan geram.
"Dari dulu kau memang selalu menangkan dua beranak tu" Riska mencela membantu rosmah.
"Dah memang Ris dan mak yang salah. Makcik Aisyah tu Adik mak dan Lisa tu anak buah mak tapi mak dan Ris layan di orang macam orang gaji. Ris lupa ke... Lisa tu sepupu Ris..??" tambah Rizman ingin menyedarkan mereka.
"Besok mak nak ke Cameron Highland.. " kata Rosmah.
"Riska nak ikut mak" sampuk Riska
"Besok pagi kita bertolak" sambung Rosmah
Sebenarnya Rizman tahu di mana Lisa tinggal. Lisa pernah mempelawa Riz untuk bekerja dengannya tapi Riz menolak, alasannya tiada jaga mak dan adiknya. Lisa selalu menghubungi Riz bertanyakan kahbar mereka sekeluarga. Saat keluarga Mereka susah. Lisa memberikan Riz duit dengan alasan Ris kerja partime.
Share this novel