Aku melihat jam di tanganku tepat jam 3 petang. Kenapa hatiku seperti bergetar. Tiba-tiba pintu bilik pejabatku di ketuk. Ashraff berdiri membuka pintu. Kathy masuk dengan seorang wanita. Saat aku melihat wanita itu, hatiku makin kuat bergetar. Tiba-Tiba aku terpandang matanya
"Gadis bermata biru" terlepas cakap ku perlahan.
"Oh.. ni lah cik Lisa .. pemilik Cassandra Florist kan" Syarifah tunang Ashraff terus berdiri dan bersalam dengan wanita itu.
Wanita itu cuma mengangguk.
"Saya Syarifah.. saya lah yang menghubungi cik Lisa, ni Ashraff Tunang saya dan yang jejak kacak idaman gadis malaya tu.. Boss tunang saya." sambung syarifah lagi sambil melirik kepadaku.
"Tuan.. kalau dah takde apa pa.. saya keluar dulu." kathy tiba-tiba bersuara dan melangkah keluar dari pejabat.
LISA:
"Kenapa aku rasa ada sesuatu terhadap Lelaki ni... bukan kerana wajahnya yang Tampan tapi seperti aku mengenalinya." bisik hatiku
"Cik Lisa mari kita duduk di sini" kata syarifah mempelawa Lisa duduk di sofa yang ada di pejabat.
"Den.. marilah duduk bersama kami disini.. kan den dah setuju tolong saya nak jadi designer.. " Ashraff memanggilku.
"Kamu bincang dulu.. nanti sekejap saya join.. saya ada sedikit kerja lagi nak siapkan" kataku memberi alasan.
"Ok den" balas Ashraff
Sebenarnya aku takde kerja pun cuma aku berusaha mengingat wajah gadis yang di dalam mimpiku. Yang jelas aku ingat Gadis tu bermata biru dan mata wanita didepanku ini sama dengan mata gadis yang di dalam mimpiku. Abah juga pernah beritahu bahawa penderma hatiku Gadis bermata biru. Aku ingin menyiasat dan mengenali lebih dekat siapa kah Lisa. Tiba-tiba aku dapat idea. Aku mengambil handphoneku dan Aku whatsapp Ashraff.
AKU : "Ash.. aku setuju kau ambil cik lisa jadi
pembekal dan designer bunga masa
wedding ko."
Handphone Ashraff berbunyi menandakan ada whatsapp masuk. Ashraff pun membuka whatsapp dan membaca. Ashraff tersenyum dan menjeling padaku. Aku pura-pura buat sibuk.
ASHRAFF : Dah berkenan ke..??
AKU : Later aku story.. cuma sekarang kau kena
bagi aku peluang untuk kenal dia dengan
lebih dekat.. any idea...??
ASHRAFF : Den.. Aku happy sangat ni .. kalau Tan
Sri tahu.. tentu dia pun happy tu..
AKU : Woiii.. aku belum fikir jauh lagi lah.. baru
nak kenal je pun.
ASHRAFF : Ok.. ajak dia pi makan malam lepas
kita habis berbincang. Aku akan cuba
melambat lambat kan perbincangan
ni.. Sekarang ni.. come join us here..
Aku pun bangun dan berjalan ke sofa untuk menyertai perbincangan tu. Aku mengambil tempat duduk betul-betul berhadapan dengan Lisa. Tanpa sedar mataku dan matanya bertembung, Hatiku tak perlu nak cakap lah betapa kuat getaran.
LISA :
"Ya Allah.. Maskulin nya.. takkan aku boleh jatuh hati for the first sight.." Hatiku berbisik lagi
"Hem.. apa pendapat den tentang design yang cik lisa buat ni..?? Ashraff menyedarkan ku dan memusing laptop milik Lisa, memperlihatkan warna dan susun atur bunga yang lisa telah siapkan.
"wow beautiful" bisik hatiku.
"hurmm.. ok.. not bad.." Kataku berpura-pura tak teruja.
"Ash.. i accept this design with one condition.. I yang incharge .. that's mean.. anything.. cik Lisa kena refer saya dulu.. Ok Ash.. cik Lisa...??" kataku terus memandang Lisa dan Ashraff.
"Saya no Problem.. saya sebenarnya teramat suka kerana Tuan sudi tolong' Kata Ashraff bergurau padaku.
"Sekali lagi awak panggil saya Tuan.. saya tarik balik semua.. " kataku bergurau juga.. pecah tawa Ashraff dan Syarifah.
"Saya pun takde masalah nak berkerjasama dengan Tuu.." lisa tiba-tiba bersuara sambil ibu jarinya menunjuk ke arah ku.
"Just call me Den.. cik lisa kan partner saya sekarang.. bukan staff saya" jawabku dan melemparkan senyuman padanya.
"Ok En. Den" balas Lisa.
"No Encik.. Just Den.. ok.. lisa..?" kataku lagi dan mengangkat sebelah kening padanya.
"Baik tuuu... eeehh.. Ennn.. eehh .. Den.." jawab lisa tergagap.
LISA :
"Ya Allah.. kenapa hatiku ni.. siapakah lelaki ni" bisik hatiku lagi..
"Boleh kita teruskan perbincangan" kataku dan memandang Lisa. Lisa hanya mengangguk.
Kami pun berbincang mengenai jenis jenis dan warna warna bunga yang akan digunakan. Ashraff dan Syarifah menyerahkan sepenuhnya padaku dan lisa , dari pemilihan bunga sehingga susun atur bunga semua di serahkan padaku dan Lisa. Sepanjang perbincangan aku melihat Lisa sekejap sekejap memegang dadanya. Tanpa sedar , jam suda menunjuk kan Hampir ke jam 7 mlm. 4 jam juga baru selesai perbincangan dan baru dapat kata persetujuan dari kedua dua pihak.
"Ok.. jika cik Syarifah dan En. Ashraff dah setuju.. seperti kebiasaan.. kena bayar pendahuluan 50% dari harga dan 50% lagi setelah kerja selesai" Kata Lisa.
"Ok cik Lisa.. pasal payment u jangan risau kerana masalahnya sekarang ni saya lapar nak mamposss..!! " kata Ashraff . kami pun ketawa serentak lucu mendengar perkataan NAK MAMPOS tu.
"Ohh.. kalau gitu.. saya kena gerak dulu .. pasal payment tu besok pun boleh.. Nanti cik Syarifah call saya saja.. tak pun cari saja kedai saya di ground floor" kata lisa dan mula nak angkat punggungnya.
"Lisa ada masalah yang belum selesai lagi ni.. " balasku memberi alasan untuk menahan Lisa.
"Apa masalahnya tu.." tanya lisa kerisauan dan duduk semula.
"Masalah pertama.. saya nak ajak Lisa join kami pergi dinner dan masalah kedua saya tak nak ada penolakkan" jawabku. Walaupun aku kelihatan seperti bergurau tapi sebenarnya aku takut jika lisa tolak ajakkan ku.
"Adoiii.. saya ingatkan masalah besar.. buat suspen ja lah den ni" jawab lisa sambil tersenyum padaku.
"Jadi lisa sudi lah nak join dinner dengan kami..?? and don't worry.. saya belanja .." kataku dan mengenyitkan mata padanya.
LISA:
"Auhhh... makin kuat hatiku bergetar..
"Sudi tuuu.. sudi.. tapi lisa tak boleh lewat balik, nanti ibu saya risau. Dia tak benarkan saya balik memandu lewat sangat.. sebab makin lewat malam.. makin tebal kabus" jawab lisa bagi penjelasan.
"Nanti kami hantar lisa balik.. kereta Lisa biarkan di mall ni je.. esok pagi nanti kami yang jemput lisa " kata Ashraff. Boleh pakai juga idea Ashraff ni. Orang berpengalaman tackle gadis lah katakan.
"Kejap saya call ibu dulu" kata lisa dan mula mendail no Ibunya.
LISA: Assalamualaikum ibu..
IBU : Walaikumsalam... Lisa kat mana ni.. belum
balik lagi ke..??
LISA : Lisa masih di Mall bu.. baru selesai meting,
tapi bu.. lisa balik lewat sikit ni.. client Lisa
nak ajak pi dinner dulu.. boleh ke bu..??
IBU : Boleh tu.. boleh lisa.. ibu izinkan.. cuma ibu
risau Lisa balik lewat memandu.. kabus
tebal ni.
LISA : Lisa dah bagitau dengan client Lisa begitu
bu.. tapi nanti di orang yang hantar lisa
balik bu..
IBU : bagus lah client Lisa sudi hantar.. tak juga
ibu susah hati.
LISA : Terima kasih ibu.. Assalamualaikum bu..
IBU : Walaikumsalam.
Sejuk hati mendengar Lisa bercakap dengan ibunya penuh sopan santun walaupun sudah dewasa dan ada kerjaya sendiri, masih minta izin dengan ibu. "Ada juga lagi wanita seperti lisa di zaman sekarang ni" bisik hatiku.
"So.. semua sudah sattle.. mari kita gerak sekarang .. lapar nak mamposs dah ni" gurau ashraff lagi.
Kami pun mula mengangkat punggung meninggal kan pejabat dan menuju ke lif. Ashraff dan Syarifah berjalan beriringan di depan, aku jalan beriringan dengan Lisa di belakang. Ashraff memang pakar memainkan peranannya kali ini.
Setelah kami sampai ke ground Floor. Ashraff mengarahku membawa lisa menunggu di pintu utama mall sementera dia dan syarifah pergi ke tempat letak kereta untuk mengambil kereta.
Aku pun mengajak Lisa jalan ke pintu utama mall,
tiba-tiba handphone ku bergetar, ertinya ada whatsapp masuk. Rupanya whatsapp dari Ashraff.
ASHRAFF : Jangan lepaskan peluang yang ada..
aku bagi chance 15 minit.
Aku cepat-cepat tutup handphone dan masukkan dalam poket. Tadi di pejabat bukan main lagi nak tunjuk macho. Sekarang dah ada peluang berdua lidah jadi keluh.
"Come on den.." bisik hatiku.
"Heemmm.. Lisa.. selain ibu .. Lisa tinggal dengan siapa lagi.." soalku memberanikan diri.
"Lisa dengan ibu saja.. dan makcik timah" jawab lisa.
"Ayah Lisa" soal ku lagi.
"Ayah dah lama meninggal.. Lisa ada ibu saja.. dan ibu ada Lisa saja." jawab lisa lagi.
" Dah berapa lama buka kedai bunga ni." tanyaku lagi.
"Hampir setahun.." jawab lisa lagi..
"Ennn.. sorry.. Den dah kawin ke, tunang ke atau dah ada girlfriend ke..?? tiba-tiba lisa menyoalku.
"Napa tanya ..?? nak merisik saya ke.." jawabku bergurau. Terlepas tawa Lisa .
"Bukannya apa.. tapi sekurang kurangnya saya boleh jaga batas saya dengan awak." balas lisa.
"Saya masih mencari pemilik hati yang ada dalam hati saya ni" jawabku sambil menatap wajah dan mata biru lisa.
LISA :
"kenapa aku berasa sangat selesa dan tenang berada di sampingnya.. Lisa sedar.. kau tak setaraf dengannya" bisik hatiku..
"Pergi lah X-ray hati tu .. kot ada keluar nama ke atau pun Location ke " gurau lisa.. kami serentak ketawa.
"Pandai bergurau juga pula lisa ni.." bisik hatiku..
Ashraff sudah pun berhenti tepat di depan mall. Kerana tumpuan saya hanya pada lisa sehingga saya tak sedar Ashraff sudah sampai. Bunyi hon kereta menghentikan perbualan aku dan lisa. Kami pun berjalan beriringan menuju ke kereta. Aku membukakan pintu belakang dan menyuruh lisa masuk dahulu kemudian aku menyusul. Kami duduk bersebelahan di penumpang belakang dengan kedudukan yang sangat rapat. Entah kenapa beg laptop dan ada beberapa fail yang disimpan di belakang boleh ada di tempat duduk penumpang belakang.
"Ni mesti Ashraff punya kerja lah ni..." bisik hatiku.
Aku memandang Ashraff melalui cermin pandang belakang, kebetulan Ashraff pun sedang memandangku.
"Kita nak dinner dekat mana ni den" tanya ashraff dan fokus semula dengan pemanduannya.
"Lisa boleh makan seafood ke " tanyaku pada Lisa terlebih dahulu.
"Tulang dan kulit seafood je saya tak makan.." jawab lisa bergurau. Kami pun ketawa serentak.
"Kita pergi makan steamboatlah Ash.." jawabku.
"Baiklah.. para penumpang yang di sayangi sila pakai tali pinggang anda kerana dalam masa 20 minit kita akan mendarat ke destinasi." Arah Ashraff.
Kereta di penuhi oleh helai tawa kami berempat.
Kami pun sampai ke tempat di tuju. Aku melayan Lisa seperti seorang kekasih agar dia tak rasa terasing. Suasana dinner kami di penuhi dengan keceriaan dan keriangan. Tidak pernah aku rasa segembira begini sejak ibuku meninggal. Lisa juga tak lekang senyuman di bibirnya. Kenapa aku rasa bahagia sekali berada di samping Lisa. Aku ingin bertanya nama penuh lisa tapi aku risau dia tanya semula nama sebenarku. Tiba-tiba aku dapat idea lagi.
AKU : "Ash... minta tolong Sya tanya nama
penuh Lisa , Asal mana, dan dia ada Mix
ke.. ?? sebab saya rasa mata biru nya ori..
bukan guna contact lens."
Bergetar handphone Ashraff tandanya whatsapp ku dah masuk, Ashraff terus menjeling memandangku dan jarinya mula menekan skrin telefon.
ASHRAFF : "Kau dah kes teruk ni den.. nanti
sekarang hantar lisa balik kau
merisiklah terus.. hahahahaha."
AKU : "Buat aje lah.. nanti aku cerita di hotel."
ASHRAFF : "Ai.. Ai.. Boss ."
Ashraff pun menghantar Whatsapp kepada tunangnya yang hanya duduk bersebelahan dengannya. Mula-mula berkerut kening Sya mendapat whatsapp dari Ash. Tak lama dia mula senyum dan menjeling padaku.
"Lisa... boleh saya tanya...?? " Sya dah mula memainkan peranannya.
"Nak tanya apa..??? jawab Lisa sambil menghirup sup steamboat tomyam tu.
"Napa namakan kedai bunga Lisa Cassandra ..?? tanya Sya lagi. Bijak betul sya.
"Oh.. Cassandra tu nama saya juga.." Jawab lisa .
"Oh i see.. boleh saya tau siapa nama sebenar Lisa..?? baru keluar pertanyaan titik utama. Patut lah Ash gila setengah mati dengan Sya.
" Nur Elisa Cassandra Binta Rowan Abdullah." balas lisa dengan jujur.
Aku mengupas beberapa kulit udang dan memberikan pada Lisa , lisa tersenyum padaku dan mengucapkan terima kasih. sungguh sopan dan ayu. Sya dan Ash hanya memerhati perbuatanku pada lisa.
"Waah.. Cantik namanya Lisa.. seperti nama orang yang ada Mix Blood." Sya dah mula menyungkil.
"Hurrmm.. Sebenarnya ayah Lisa orang sweden tapi dah meninggal sewaktu lisa masih kecil.. Ibu Orang pahang." jawab lisa dengan jujur.
"Owh.. no wonder lah mata lisa biru. Sya ingat tadi Lisa guna contact lens.." Sambil Sya melihat mata Lisa.
Lisa hanya tersenyum
Hati ku kuat mengatakan dia lah gadis bermata biru yang Abah maksud kan.
"Oh.. jadi ibu lisa orang Cameron lah..." tanya Sya lagi.
"Tak.. ibu orang kuala lipis.. Oleh kerana ibu terlalu suka dengan bunga rose, kami buat keputusan berhijrah ke sini... " jelas lisa lagi.
tiba-tiba handphone ku bergetar.
ASHRAFF : "Dah puashati ke...?? "
Aku cuma memandang Ashraff dan mengenyit mata padanya.
Share this novel