Hari yang di tunggu tunggu oleh Ash dan Sya telahpun tiba. Akad Nikah mereka diadakan di Masjid dan tepat jam 10 pagi dengan sekali lafaz Sya dah sah bergelar isteri Ash...
Ash dan Sya balik ke hotel untuk berehat dan bersiap untuk Majlia resepsi perkawinan mereka malam.
"Ash.... orang suruh awak berdua rehat ye.. jangan buat benda lain dulu.. " gurau Aiden mengusik Ash yang baru nak melangkah masuk ke dalam kereta . Tergelak semua yang mendengar gurauan Aiden tu.
Ash menoleh memandang Aiden.
"Cepat cepat lah kawin.. supaya kau tak ganggu kami honeymoon" balas Ash mengusik Aiden.
merekapun satu persatu meninggalkan perkarangan Masjid menuju ke hotel.
Sesampai di hotel Sya ingin melihat persediaan di dewan tapi Ash tak benarkan.
"Jangan ganggu Lisa dan teamnya buat sentuhan terakhir.. lagipun sekarang dah jam 11 lebih... kejap lagi Kita nak Lunch lepas tu u mandi.. nanti mak andam datang jam 2 petang ni.."
"Jam 2.. awalnya.. takde lah masa sayang nak peluk peluk abang..." rengek Sya.
"Kita naik ke bilik dulu.. sebab sekarang ni abang lapar sangat.. tapi lapar abang ni lain sikit.. sayang boleh tolong abang tak... hilangkan lapar abang ni.. lepas tu baru kita turun pi lunch dengan tan sri dan family u.. boleh tak....???
"abang.... napa lambat sangat nak bagitau sayang.." mereka berdua pun tergelak bersama. Mereka pun melangkah menuju ke Lif untuk naik ke tingkat 6.
Ash pun membuka pintu dan mereka pun masuk ke dalam. Tertutup saja pintu bilik mereka Ash terus memeluk Sya dan mencium dengan rakusnya. Sya pun membalas ciuman Ash, melumat lumat bibir Ash sepuas puasnya. Ash melepaskan ciumannya pada Sya.
"Amboi.. amboi... isteri abang ni.. rakusnya.. mai sini.. abang tolong buka baju sayang.. nanti abang dah tak tahan.. koyak pula baju sayang.. "
Selepas tu terdengar suara rengekan dan erengan bergema di bilik mereka.
************
Sementara di dewan, Lisa, teamnya dan beberapa pekerja hotel bertungkus lumus menyiapkan persediaan dewan dan harus selesai sebelum jam 4 petang kerana jam 4 nanti staff hotel bahagian dapur dan penyambut tetamu akan ambil alih.
"Yessss.... finally..... we've done....!!!! " mereka semua bersorak kegembiraan.
Tiba-tiba satu suara memanggil Lisa dari belakang.
"Lisa......" Lisa menolah
"Ibu... mak timah.... bila sampai....?? dan siapa hantar ibu ke sini....?? tanya Lisa.
"Aiden yang jemput.. nak bawa ibu dan timah makan tengahari.. dan ajak tinggal di hotel malam ini.." jelas ibu.
"Ibu dah tahu pasal Aiden...?? soal Lisa.
"Ibu dah lama tau yang Den tu Aiden.. firasat seorang ibu ni kuat.. sebab dalam hatinya ada hati anak ibu tau.. "
"Lisa mari kita makan tengahari sama-sama.. bawa staff Lisa.. Aiden dan tan sri dah tunggu tu...." sambung ibu lisa lagi.
Mereka pun tiba di restoran hotel . Kelihatan Tan sri dan sherry sudah menunggu. sementara Sya dan Ash di meja sebelah bersama keluarga Sya.
"Lisa....!!! Sherry melambaikan tangannya memanggil mereka duduk satu meja bersama mereka.
"Silakan duduk Pn. Aisyah.. "pelawa Tan Sri.
"Aiden mana.." tanya ibu.
"Ohh.. kejap lagi dia datang.." jawab tan sri
mereka pun mengambil tempat duduk. Sherry meminta Lisa duduk di sebelah kerusi kosong yang di sebelah tan sri. ertinya Lisa duduk membelakangkan pintu masuk restoran tetapi duduk menghadap dengan mereka semua.
Tiba-tiba semua mata tertumpu di belakang Lisa. Haqiem, Balqis dan Diana melupakan niat mereka hendak duduk dan mereka bertiga hanya berdiri terpaku seperti patung cendana. Lisa melihat mereka penuh keheranan.
Lisa baru berpusing 60°, tiba-tiba Aiden sudah berlutut di depannya dengan memegang satu jambangan bunga ros.
"Miss me.....??? tegur Aiden.
"Aiden... apa ni...??? Lisa masih dalam keadaan yang terkejut.
"Setahun aku mencari seorang gadis.. dan gadis itu ialah pemilik hati yang ada di hatiku.. malaikat penyelamatku.. hatinya yang tersimpan di hatiku telah menggangu hatiku, jiwaku dan perasaanku.. hati itu telah membuatku jatuh cinta dan rindu yang amat dalam pada pemiliknya.. tanpa aku kenal siapa dia. cinta dan rinduku makin kuat bila wajah seorang gadis bermata biru selalu hadir dalam mimpiku"
"Pertama kali melihatmu.. bertentang mata denganmu.. kurasakan putaran dunia terhenti seketika. Hatiku kuat mengatakan awaklah pemilik hati itu. Setiap kali hatiku bergetar.. hati mu pasti bergetar. Setiap kali hatimu sakit aku juga rasa.. jika awak rasa sedih, rasa gembira.. aku juga rasa... kerana akulah Lelaki yang memiliki hatimu"
"Ku hadiahkan 108 kuntum bunga ros ni hanya untuk mu.. (Aiden menyerahkan jambangan bunga itu pada Lisa) tapi kali ini bunga ini bukan lagi wakil dariku untuk berkata kata.. kerana diriku sendiri yang akan bertanya pada pemilik bunga ini... NUR ELISA CASSANDRA.. WILL YOU MARRY ME....??? Lalu Aiden membuka kotak baldu berwarna merah. Didalam terlihat indah sebentuk cincin bertatakan berlian dan reka bentuknya yang sangat eksklusif.
Airmata Lisa mula mengalir di pipinya.
Semua mereka yang ada di restoran terdiam seperti ada malaikat lalu.. menunggu jawapan dari Lisa. Lisa memandang ibunya dan dia faham riak wajah ibunya lalu dia memandang semula kepada Aiden.
"Yeesss" jawab Lisa . Mereka semua yang dalam restoran bersorak kegembiraan.
"Thank you my dear..." lalu Aiden mengambil tangan kanan Lisa dan menyarungkan cincin tersebut di jari manis Lisa.
"Sweetnyaa....!!!! " Haqiem, Balqis dan Diana lah paling teruja sekali melihat peristiwa romantis yang berlaku sebentar tadi.
Aiden mula mengangkat lututnya untuk berdiri dan mengambil tempat duduk di sebelah Lisa.
"Nak nikah sekarang ke...?? sebelum saya balik..." tiba-tiba Tok Kadi yang menikahkan Ash dan Sya bersuara dengan gurauannya. Semua yang ada di restoran tu tergelak ketawa.
Mereka pun mula menikmati makan tengahari mereka dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kegembiraan.
"Hello semua.. Lepas ni anda semua naik rehat ke bilik masing-masing ye.. dah rehat... pakai baju lawa lawa.. pakai make up cantik cantik.. jam 6 petang kita semua turun ke dewan sebab tetamu jam 7 mula berdatangan... Ok.." Mr. louis beri pengumuman.
"Aiden.. lepas ni ajak Lisa dan ibunya ke suite abah.." tan sri berpesan pada Aiden lalu mula mengatur langkah meninggalkan Aiden.
Share this novel