Bab 3

Romance Completed 12824

Aku masih tekun menjawab soalan kuiz di laman sesawang itu. Kuiz Bahasa Inggeris. Oh ya. Hari ini, sir aku yang handsome bagai Alex Yoong versi tak berapa nak tinggi ini membawa kami ke makmal komputer. Katanya, tidak mahu kami bosan kerana asyik belajar dalam kelas saja. Ya..aku setuju dengan dia! Eh eh.. tapi hari ini aku keseorangan saja di meja komputer ini memandangkan sahabat baikku Hanim tidak hadir ke sekolah kerana demam campaknya masih belum ok.

Selesai menjawab soalan, aku mahu mengklik butang ‘Submit’ di skrin. Tapi cursorku semacam bermasalah pula. Berkali-kali aku gerakkan mouse tapi tak bergerak-gerak jugak. Tanpa aku sedar, ada tangan melekap atas tanganku yang memegang mouse. Spontan aku berpaling dan aku terasa jantungku melompat kencang! Tangannya yang menindih tanganku aku pandang. Perlahan-lahan aku menarik tanganku dan memandag kawan-kawan di sekeliling. Nasib baik mereka semua tengah leka dengan kerja masing-masing.

Aku biarkan dia mengusik-ngusik mouse itu. Rasa debar masih belum hilang. Ah.. mungkin dia tidak berniat. Mungkin niatnya hanya satu, mahu membantuku, cuma, dia mencapai mouse itu tanpa memberi apa-apa ‘signal’ padaku, sehinggakan aku tidak sempat mengalihkan tanganku tadi. Yea..begitulah kot. Aku cuba bersangka baik. Lagipula dia seorang lelaki Cina, dan bukan Islam pula. Pasti adakalanya dia terlepas laku dan menganggap itu adalah perkara kecil, mungkin.

“Dah.. lain kali kalau mouse dia problem, cabut dulu dekat sini..then pasang balik. Okay?” katanya sambil tersenyum. Aku angguk. Macam burung belatuk dah. Ish.. ish.. ish..Umaira..Umaira..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience