Bab 25

Romance Completed 12824

“Terima kasih..”Iman mengucapkannya sambil mencuri cium pipiku. Aku berpaling. Langsir yang aku sedang pasangkan pinnya aku letakkan di tepi. Langsir baru hadiah dari mommy!

“Kenapa?” soalku.

“Sebab….buat abang bahagia..” ucapnya sambil membantuku menyambung kerja. Hari cuti hujung minggu, inilah peluang meminta dia membuat itu dan ini. Hahah

“Hidup abang lebih bererti.. Lepas apa yang berlaku abang makin sedar, kehidupan kita, ada kuasa yang mengaturkan dan menentukannya. Apa yang terjadi, hanya pada Dia tempat kita berharap. Apa yang terjadi makin mengajar abang untuk berjiwa hamba.” Dia menyambung lagi. Aku senyum. Aku menyentuh pipinya dengan kedua-dua tanganku.

“Sayang..betulkan orang cakap, setiap masalah itu sebenarnya cara Allah mahu menguji dan mendidik kita..mendidik hati biar jadi lebih kuat dan matang.” Dia mengangguk.

“Lin juga sedar, sedalam mana pun cinta manusia, kita tetap tidak boleh lupa, ada cinta yang lebih berhak..”

“Cinta Dia..” dia menyambung kata-kataku. Aku senyum, menghadiahkan sebuah kucupan mesra pada bibirnya. Dia senyum. Mengerdip-ngerdipkan mata. Langsir yang sudah siap dia pinkan, diletakkan atas lantai.

“Kenapa..?”

“Again….you’re turn me on..” ujarnya perlahan. Berbisik. Aku tergelak.

“On apa pulak.. Sayang bukan ada suis pun nak main on off.” Aku sengaja mengusik. Dia tergelak kuat. Tangannya laju mencapai pinggangku agar mendekat.

“Tadi Lin dah sentuh suisnya..” dia menjawab. Aku bantai gelak. Mr. Charmingku ini tidak pernah berubah! Tapi aku bersyukur, dia adalah anugerah. Aku membiarkan saja dia menatap wajahku sepuasnya, kerana aku adalah miliknya..yang telah dihalalkan Tuhan untuknya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience