Bab 18

Romance Completed 12824

Aku menyalami tangannya dengan linangan air mata. Selesai solat Isyak tadi aku menceritakan semuanya kepada abang Iman. Dia diam sejak aku menceritakan kepadanya tentang pertemuanku dengan bekas isterinya. Biasanya dia kalau diam itu tandanya dia marah atau tidak suka. Dan aku tahu kenapa dia diam begitu. Kerana dia marah aku keluaar tanpa izinnya. Itu yang utama, aku tau. Dan kerana itu, saat ini, aku masih terasa aku berdosa dengannya walaupun aku sudah meminta maaf dengannya. Selagi dia banyak diam dari berbicara, selagi itu aku tau, perasaan marahnya masih bersisa.

“Sayang…” aku bersuara. Tangannya aku elus lembut. Sisa air mata yang ada aku biarkan. Tak ada masa nak buat drama sapu air mata selagi benda ni belum selesai. Abang Iman merenungku.

“So, sekarang ni Lin nak buat apa? Nak pujuk abang macam yang dia mintak?” soalnya tenang. Aku angkat wajah memandangnya. Aku menggeleng kepala.

“Habis tu? Nak tanya abang apa yang abang akan buat?” soalnya lagi. Aku diam. Dari suaranya aku dapat rasa dia sedang menenangkan diri sendiri.

“Kalau abang rasa abang nak terima dia semula..?” dia mengajukan soalan lagi. Kali ini soalannya menyentak hatiku. Aku pandang anak matanya.

“Its up to you.” Jawabku perlahan. Dia mengeluh.

“Sanggup?” soalannya aku jawab dengan berdiam diri. Dia merenungku tajam.

“Dia kata dia akan convert…”

“Convert demi manusia? Tak akan bawak dia kemana-mana..”

“Mungkin dia boleh jadi muslim yang baik dengan didikan Sayang. Mungkin cahaya hidayahnya akan sampai melalui Sayang..”

“Abang nak didik Lin sorang pun masih susah lagi. Kalau abang berjaya didik, tak adalah orang tu pandai-pandai keluar rumah tanpa beritahu abang dulu. Sekarang, dah susah hati sebab Vannesa..” ujarnya. Aku tersentak. Adeh. Kena sedas!

“Dah dua kali abang bersusah payah sabar dan pujuk dia, dia tak mahu. Sekarang…”

“Mungkin masa tu belum waktunya untuk dia..” Aku membalas. Bukan aku mahu menyokong kehendak wanita itu tapi entahlah. Aku sebenarnya takut. Aku tidak tahu apa yang harus aku buat.

“Dalam hidup ni, biarlah hanya ada darling and charming.. full stop.” Dia berkata, lembut tapi tegas. Aku memandang wajahnya. Kelegaan merajai hati mendengarnya. Benarkah itu yang dia mahukan? Aku tersenyum. Mendekatinya dan merenungnya dalam-dalam.

“Do you have any idea how much I love you, Sayang..?” soalku tiba-tiba. Ada masanya aku tersangat pemalu dengannya. Ada masanya aku suka meluahkan saja apa yang aku rasa. Dia menatap anak mataku. Mengangguk. Tangannya menyentuh pipiku.

“Tapi tak kira how much you love me,,still kena denda sebab keluar rumah tak bagitau langsung..” ujarnya, tegas. Aku cuba mengesan nada gurauan dalam kata-katanya. Alamak. Bunyi macam betul-betul serius. Aku diam. Menunduk. Kesilapan aku akui.

Terasa tangannya sejuk menyentuh daguku. Aku mendongak.

“Dendanya..lusa..temankan abang pergi rumah mommy..” katanya. Aku ketap bibir. Rumah mommy? Pertama kali aku ikut dia ke rumah ibunya masa awal-awal kahwin dulu, layanan yang aku terima sangat dingin. Seram aku. Dia tahu aku takut balik ke sana.

“Kenapa?” soalnya. Aku diam saja.

“Mommy tak makan orang.. Dia memang tak suka kita. Tapi kalau selamanya kita jauhkan diri, sampai bila-bila dia takkan suka kita..jangan risau. I will always be with you, little one.” Dia tahu aku tidak selesa di rumah mommynya. Dia tahu mommynya membenciku. Aku angguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience