Bab 9

Romance Completed 12824

Bear yang ada di atas katilku aku peluk kemas-kemas. Mata bulatnya yang hitam itu aku pandang. Telinganya yang berwarna coklat cair itu aku cubit-cubit. Bear yang sama besar dengan tubuh kecik molekkku ini aku pandang dalam-dalam. Seolah-olah aku sedang memandang seseorang!

“Charming, ke mana dia pergi ye? Dah nak masuk dua bulan dia tak contact. Call pun tak dapat. Tuan kau ke mana ye?” Aku bertanya pada Mr. Charmingku. Macam la dia boleh menjawab. Aku mengeluh. Mr. Charming yang real hilang entah ke mana..yang ada, hanya Charming yang bermata bulat ni aje.. Mr. Charming? Entah bagaimana datangnya idea memanggilnya begitu. Tapi aku suka. Dia pun tahu aku sudah setkan nombor telefonnya dengan nama itu.

Sudah dekat dua bulan dia tidak menghubungiku. Mr. Cheng ke mana ye.. sepanjang hampir 4 sem, iaitu hampir dua tahun aku kat sini, dia okay saja. Kami kerap juga berhubung macam biasa. Bear ini pun, Mr. Cheng yang bagi semasa aku mula-mula nak mendaftarkan diri kat UPSI ni. Rezekiku di sini, mengambil bidang pendidikan, TESL. UM nampaknya tidak mahu menerima kehadiranku. Tidak mengapa, semuanya ketentuan Allah. Berbalik pasal Mr. Cheng ni, hati aku dah resah gelisah. Aku rasa lain macam je bila dia tak ada. Sungguh, aku dah memang jatuh cinta ni. Eh. Baru sedar ke?

“Aku rindu dia la Charming..hmm..”aku bersuara lagi. Malisa, roomateku hanya tersenyum. Aku buat muka selamba.

“Kau ni dah masuk kes parah ni tau tak.” Sindir Malisa. Aku gelak.

“Dia cikgu..aku…tapi..kenapa aku…sayang…dia…sangat-sangat, ye?” aku berkata sepatah-sepatah, sambil mencuit-cuit hidung bear kesayanganku. Malisa terkekeh ketawa melihat gelagatku.

“Ni kali pertama aku jumpa orang macam ni di alam real tau tak. Biasanya aku baca dalam cerpen atau novel je kat penulisan2u tu. Berlambak cerita student bercinta dengan cikgu. Tapi ni, kes betul-betul ni. Kisah benar beb. Speechless aku. Sampai macam ni sekali. Dah la tu, cinta entah-entah sebelah pihak.” Malisa berkata lagi. Aku senyum. Rasa kelakar pula mendengarnya.

“Mungkin akan jadi dua belah pihak..”

“Berangan..dia tu bukan Islam..tak potong tau tak?” Malisa menyanggah. Aku menaikkan kening. Mak aih. Mulut perempuan ni.

“Aku tak berharap la nak ada apa-apa dengan dia. Aku memangla sayang dia, tapi aku sedar lagi kat mana aku berdiri ni. Siapa aku, siapa dia. Tadi tu aku main-main je lah..tapi kalau kau nak tau setiap kali lepas solat aku akan berdoa dia dapat hidayah, kenal Islam, dan mencintai Islam. Dulu dia suka juga tanya-tanya aku pasal Islam. kenapa orang Islam buat tu, buat ni..dan aku perhatikan, dia banyak tau pasla Islam. Sebab masa di sekolah dulu dia kawan baik jugak dengan ustaz aku. Tapi sampai sudah dia still dengan agama dia..dan sekarnag, dah dua bulan ni aku tak dengar khabar dia..rindu itu ada..”aku memadang Malisa. Malisa mendekatiku.

“Kau betul-betul sayang dia nampaknya. Aku doakan agar hasrat kau untuk lihat dia jadi seorang Islam akan terkabul.”

“Terima kasih Lisa. Aku sayang dia. Aku tak mahu di akhirat nanti dia hanya akan jadi bahan kayu api kat neraka je. Aku tak sanggup bayangkan.” Malisa mengusap bahuku lembut. Aku senyum memandangnya. Sesaat kemudian aku kembali memandang Charming dalam pelukan..

‘Dimana kamu..? Sungguh, makin lama aku makin gila..’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience