Bab 5

Romance Completed 12824

Budak nakal bernama Umaira Sakinah sudah makin sibuk dengan buku-buku pelajarannya. Setiap petang aku akan pulang lambat. Habis saja waktu sekolah jam 2 petang, kalau hari aku tidak bertugas di Pusat Sumber, aku akan join kawan-kawanku membuat study group dalam kelas kami. Setiap pukul 3, selepas solat Zuhur di surau sekolah dan makan serba sedikit, kami akan memulakan study group. Jam 4.30 pula pasti salah seorang dari kami, biasanya lelaki, sama ada Fakrul atau Syamsul, akan keluar membeli pisang goreng di gerai dekat pintu pagar sekolah. Pukul 5.30 baru kami akan pulang ke rumah masing-masing.

Hari ini, giliran untuk belajar subjek prinsip akaun. Subjek yang aku agak tak berapa nak suka. Bukan aku tak pandai, tapi kadang-kadang aku rasa pening nak menyelesaikan soalan-soalan tu. Biasanya kalau subjek prinsip akaun, Syamsullah gurunya. Kalau tak ada Syamsul, contohnya macam minggu lepas, Mira akan ambik alih jadi guru. Semalam, subjek BI, so, akulah yang jadi gurunya. Kalau Hanim, bagi saja subjek Matematik dengan Matematik Tambahan kat dia, confirm settle! Hmm..kalau Fakrul, sudah tentulah ustaz. Dia selalu bantu kami membuat peta minda untuk setiap bab dalam buku teks Pendidikan Islam dan Tasawur Islam tuh. Free of charge..haha…

“Weh…perut korang rasa tak macam apa yang perut aku rasa?” Syamsul sudah mula bersuara setelah dia menghabiskan bahagian pertama soalan prinsip akaun. Aku letak pensil mekanikal di atas meja. Aku pandang Hanim dan Mira, serta Fakrul yang berkerut-kerut dahinya itu.

“Rasa…so, siapa yang turn dia pergi beli bekalan ‘tenaga’, silakan pergi sekarang. Jam sudah pukul 4.40 petang pun.lewat 10 minit.” Aku bersuara sambil menjeling Mira. Giliran Mira hari ini rasanya. Mira pandang aku pelik. Fakrul yang berkerut-kerut dahinya tadi pun memandang aku sebaik saja aku habis bersuara.

“So, Cik Umaira Sakinah, silakanlah pergi sekarang.” Ujar Fakrul. Mira tergelak. Amboi ustaz ni. Aku ke?? Aku tengok jam. Hari ini hari rabu..eh..hihi..ye la..kuikuikui.. aku bangun perlahan.

“Elok-elok melintas jalan..”pesan Syamsul, dalam gurauan. Aku menjeling. Malu.. malu.. sendiri punya tugas dan tanggungjawab pun tak ingat. Adeh!

Sebaik saja aku melangkah keluar dari kelas, mataku terpandang sir kesayanganku sedang menuju ke arahku. Aku cuma mennghulur senyum. Tak balik lagi rupanya.

“Nak pergi mana?” soalnya. Aku menunjuk ke luar pagar. Rasanya dia faham.

“Oh..dah tiba masa charge bateri ye..”usiknya. Aku tergelak. Mr. Cheng banyak mengetahui istilah-istilah yang kumpulan aku pakai untuk study group sebab ada kalanya aku bercerita juga padanya, malah kalau kena hari kami megulangkaji subjek BI, awal-awal lagi aku akan minta bantuan dia untuk explain apa yang aku tak faham, so senang nanti bila kawan-kawan tanya. Lagipula, kumpulan aku ni agak rapat dengan sir terutamanya Syamsul.

“Ini..sir ada beli pisang dengan keropok goreng..memang untuk you all. Nampak leka sangat study tadi. Kebetulan sir keluar, sir belilah. Take this.” Dia menghulur satu plastik kecil. Aku tergamam.

“Umaira..”tegurnya. Aku tersedar. Lantas aku menyambut hulurannya. Ada air sekali. Aku padang wajah Mr. Cheng. Terharuuuuu…

“Thank you sir. Ni yang orang sayang sir ni..” aku senyum sambil mengerdipkan mata. Dia tergelak kecil.

“My pleasure, dear. Dahlah. Sir dah nak balik. Kang ternanti-nanti pulak orang di rumah. Badan pun dah penat ni, dari tadi siapkan data-data tu. Pergilah sambung study, makan..” katanya sambil membuka pintu biliknya. Aku menagngguk. Sesekali kedengaran guruh di langit. Biasanya petang-petang akan hujan. Tapi semalam tidak hujan pula. Harap-harapnya hari ini pun takkan hujan, sebab aku kena balik jalan kaki nanti, kerana basikalku rosak sejak dua hari lepas.

“Err…Ira..balik nanti dengan apa..dengan siapa?”soal Mr. Cheng. Aku kerut dahi. Tak pernah-pernah dia tanya. Selalunya dia tahulah aku datang naik basikal ataupun abang akan hantarkan, tapi kalau abang hantarkan, aku kena la balik jalan kaki sebab abang masih kat tempat kerja.

“Tadi abang hantar…so…”

“So, petang ni balik jalan kakilah? Nak hujan ni..better you all balik awal cikit.” pesannya sebelum menghilang ke dalam bilik. Aku angguk walaupun Mr. Cheng dah tak nampak anggukanku. Dalam hati, aku tersenyum. Pisang goeng dalam plastik aku pandang. Kaki melangkah masuk ke dalam kelas.

“Cepatnya…”komen Hanim. Aku senyum saja..

“Mestilah.. terbangkan..” aku menjawab, main-main. Semua mata memandangku. Menagih jawapan, kenapa cepat sangat aku pergi. Takkan terbang betul-betul kott..

“Bukan aku yang terbang.. ada abang pari-pari yang terbang datang dekat aku dan bagi pisang goreng dan air ni sekali.” Jawabku. Masih meninggalkan tanda tanya. Mereka masih mahukan jawapan nampaknya tapi aku sengih saja.

“Makanlah..sebelum sejuk. Hari nak hujan ni, aku nak balik awal..” Aku menyuap pisang goreng ke dalam mulut. Ummph.. kenapa pisang goreng ni sedapnya lain macam saja hari ni ye..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience