Bab 12

Romance Completed 12824

Aku membulatkan mata. Khabar yang disampaikan oleh mama bagaikan suatu mimpi. Papa pula hanya senyum saja.

“Papa..orang muda lagi la. Baru nak masuk 23 tahun pa..” ujarku manja. Papa senyum lagi. Aku rasa macam nak ketuk kepala aku sendiri sebab tak boleh nak ketuk kepala papa.

“Papa dan mama bukan suruh kahwin tapi mama cuma cakap, ada orang datang merisik kakak tadi. Itu aje.” Jawab mama. Aku kerut dahi.

“Ma…lebih kurang la tu. Kalau dah ada orang merisik, mestilah tak lama lagi kena kahwin.”

“Lah, budak ni, merisik saja. Kalau awak tak mahu, tak ada maknanya majlis kawin akan terjadi.” Jawab papa pula. Aku diam. Ye lah. Apsal aku lembab sangat ni. Itulah, fikir lagi pasal Mr. Cheng tu banyak-banyak. Hmm..sejak bertemu dia tiga hari lepas, aku tak senang duduk semula. Tia-tiap malam aku bangun solat malam semata-mata nak cari ketenangan. Aku mau minta Allah hapuskan rasa cinta yang ada dalam hati ini untuk dia andai dia bukan untukku.kerana aku tak mampu nak hapuskan sendiri. Susah. Payah. Tak mudah.

“Termenung pulak..apa-apapun, keputusan semuanya terpulang pada kakak. Papa dan mama tak paksa. Tapi tak sangka ye, anak papa, muda-muda lagi dah ada orang masuk mintak nak buat isteri. Bukan cantik sangat pun..kulit macam buah ciku masak jer..” Papa bersuara. Ada senyuman mengusik di bibirnya. Aku melompat ke arah papa. Menghimpit dirinya yang duduk selesa di sofa.

“Apa papa cakap? Tak cantik, kulit macam buah ciku masak??? Hmm..pa, cantik tu subjektif tau. Lagipun, kulit macam buah ciku masak ni, sebab ikut gen papa jugak…maknanya papa pun tak handsome sangatlah..entah apa yang mama nampak pada papa orang pun tak tau.” Jawabku nakal sambil tergelak-gelak.

“Tengok anak manja awak..” ujar papa sambil mengusap kepalaku. Aku ketawa berdekah-dekah.

“Ikut perangai sapa lagi..kalau tak ikut perangai papa dia..kan dah jumpa buku dengan ruas.” Bidas mama pula. Tawa kami memecah. Papa, dan mama. Merekalah syurgaku dari dulu sampai sekarang. Tapi bila memikirkan apa yang mama dan papa khabarkan tadi, rasa cuak pula. Siapa lelaki itu? Macam mana dia kenal aku? Apa yang dia lihat pada aku?

“Nah. Sebelum mama lupa, mereka tu, sebagai wakil dari pihak lelaki ada tinggalkan cincin tanda ni. Ni pun, ada sekali nombor telefon bakal suami kamu tu. Gambarnya, mereka kata bakal menantu mama tak ada gambar terbaru. Jadi, kalau nak jumpa, nanti kamu call la dia.” kata mama sambil menekankan perkataan bakal suami dan bakal menantu. Aku pening kepala. Tapi aku capai juga kertas kecil dan kotak berisi cincin itu. Cincin itu aku tenung lama. Sapa yang nak kahwin ni???

“Kalau orang tak nak terima?” soalku. Papa dan mama kerut dahi.

“Fikir dulu..orang tu pesan, kalau terima, nanti hubungi dia, dia nak jumpa. Lepas tu bolehlah kami bincang hal yang selanjutnya. Baik buat keputusan cepat. Awak tu tak lama lagi dah nak balik kampus. Orang perempuan tak apa kahwin awal sikit pun..” Aik.. papa.. bunyi macam bagi nak suruh aku terima aje.

“Orang study lagi la pa..”

“Orang tu dah kerja. Dah boleh support awak..” jawab papa lagi. Aku kerut kening lagi. Papa??? Saja je kan??

“Dia handsome ke tak?” soalku sambil angkat-angkat kening. Papa mencebik.

“Papa rasa papa lebih handsome..” jawab papa. Eh.. papa kenal muka dia? Maksudnya tadi dia datang samalah? Menyesal aku keluar ke rumah Hanim lama-lama..kalau tak… tapi aku keluar pergi rumah Hanim pun sebab Hanim bertunang. Jadi aku mahu luangkan masa dengan dia lama-lama, berkongsi hari bahagia. Tak sangka aku elok-elook kat majlis orang bertuanng, aku pulak yang dipinang orang.. haih la..

“Kakak jumpa la dia dulu, sayang. Dan jangan lupa, berserah dan bertanyalah pada Allah. Dia ada jawapan untuk soalan kakak..” mama mengusap lenganku lembut sambil memandangku penuh kasih. Aku rasa mahu menangis. Hmm… perlahan-ahan aku angguk. Allah..aku perlukan-Mu..setiap saat dan ketika, kerana aku bukan siapa-siapa tanpa-Mu. Lihatlah, mahu berkata ya atau tidak pun aku tidak mampu tanpa bertanya-Mu dahulu..

Sir..hari ni ada rombongan merisik orang.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience