Bab 21

Romance Completed 12824

Aku termenung. Bantal sudah basah. Perkahwinan Iman dan Vannesa telah aku khabarkan pada mama dan papa siang tadi. Mereka berang, bukan dengan Iman tapi dengan keadaan yang terjadi. Mereka tidak mampu memarahi Iman kerana tahu aku akan makin terluka seandainya Iman dipersalahkan. Akhirnya papa hanya mampu mengusap lembut rambutku sambil menarikku ke dalam pelukannya.

“Sabarlah sayang. Anak mama masih muda, tapi mama tahu anak mama sangat kuat dan matang.. Allah ada. Dia yang menyusunnya semua ini. Pasti ada sebabnya. Ikhlaskan hati, semoga nanti ada ganjarannya.” Pujuk mama setelah dia sendiri mampu bertenang. Aku mengangguk.

Deringan telefon mengganggu lamunanku. Aku kerling pada telefon di sisi. Mr. Charming. Aku membetulkan suara sebelum menjawabnya.

“Lin…” suara lembutnya kedengaran membuat aku makin sebak. Dia kini bukan saja milikku. Aku berkongsinya dengan orang lain. Bukan mudah untuk aku terima hakikat ini. Bukan mudah juga untuk memujuk hati yang masih muda ini untuk bersabar.

“Sayang…semua okay?” aku mengawal suara. Aku terluka tapi semuanya bukan salah dia. Aku harus melayannya seperti biasa, malah terus membuat dia terasa tenang dan senang.

“Tak..” dia menjawab perlahan. Dia lebih matang dariku tapi ada kalanya dia seakan seorang anak kecil yang sangat manja.

“Why?” aku dapat mengagak sebabnya.

“Coz I know you are crying..becoz of me..” jawabnya perlahan. Aku menahan sebak. Menutup mulut takut-takut dia mendengar esakan yang mula berbunyi.

“Sayang..”

“Lin… I love you..so much..” ujarnya lagi. Aku tidak membalas. Aku takut dia mendengar suara tangisku.

“Erm.. Sayang tengah buat apa..? Mommy okay?” soalku, mencari ruang bertenang.

“Okay.. tengah makan-makan dengan mommy..she looks happy..”

Aku senyum. Dia tidak menyebut nama Vannesa. Aku tahu sebabnya. Dia tidak mahu aku terluka dengan nama itu.

“And Lin tau Sayang pun happy bersama mommy..dah lama tak tengok mommy senyum dekat Sayang, kan?” soalku. Dia diam di talian.

“Lin…I’ve got both.. senyuman mommy…dan air mata you, darling..” ujarnya, tanpa nada. Aku diam.

“When will you come…to me?” soalku lambat-lambat, menukar topik. Tiga hari lagi dah nak start sem baru. Sem last untukku. Entah mampu atau tidak aku hadapi dengan keadaan yang begini.

“Esok..”

“Esok..??”

“Why? Nak suruh Sayang berlama-lama dengan Vannesa?” soalnya, kedengaran geram. Aku diam. Marah ke..?

“I miss you..terribly.” ujarku, mengakui.

“I miss you, crazily..!” jawabnya. Aku senyum kecil. Dalam keadaan apa pun jua, dia tetap orangnya yang selalu buat aku menangis dan senyum dalam masa yang sama.

*******

Pejam celik pejam celik, sudah hampir lima bulan berlalu selepas perkahwinan suamiku tercinta dengan bekas isterinya. Kurang dari sebulan, aku akan menamatkan pengajian selama 8 semester. Sepanjang semester ini aku tidak pulang bercuti kerana terlalu sibuk. Mr. Charmingku juga jarang sekali menghubungiku sejak akhir-akhir ini. Hanya SMS menjadi pengganti. Sekali fikir, aku ketakutan andainya hatinya mula berubah. Masakah tidak, wanita itu pernah menjadi isterinya. Mereka pernah hidup bahagia sebelum ini. Mereka pernah bercinta sebelum ini. Pasti perasaan itu tidak sukar untuk kembali dalam hati Mr. Charmingku itu. Aku hanya mampu meminta Allah menjagakan hatinya untukku andai benar dia adalah satu-satunya jodoh yang tercipta untukukku.

“Ya Tuhan..jangan pernah biarkan aku terlalai dengan rasa cinta pada manusia..sedalam mana pun cinta, tidak akan mampu menandingi keagungan cinta dari-Mu..ajari hatiku mencintai-Mu lebih dari yang lain.” bisik hatiku perlahan tatkala tersedar aku harus menjadi kuat.

Aku memandang telefon. Senyap saja sejak beberapa hari lepas. Tiada deringan ‘soulful’ darinya yang telah aku setkan hanya untuk Mr. Charming. Sedih. Namun aku mencuba juga mengukir senyum. Segala yang terjadi, adalah aturan Dia. Kenapa mahu bersedih dan takut sedangkan sudah tahu, Dia pasti mengaturkan yang terbaik..??

Hasbi rabbi jallallah…….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience