Bab 11

Romance Completed 12824

Pagi-pagi lagi aku keluar. Mahu ke bandar mencari barang-barang untuk dibawa ke kampus. Lagi dua minggu aku akan kembali ke kampus, menyambung lagi tugas dan tanggungjawab. Semalam aku ke sekolah lamaku. Mr. Cheng tak ada di situ. Kata Cikgu Rusmadi, dia sudah pindah awal tahun ini. Pulang ke daerah asalnya. Agak jauh jugalah dari tempatku ini, biarpun masih dalam negeri yang sama. Hmm..apa kenalah dengan sir aku itu. Kalau ye pun bosan dengan aku, bosan melayan kerenahku, janganlah tinggalkan aku macam tu, tanpa sepatah kata. Sekurang-kurangnya cakap terus terang. Sabar sajalah wahai hati. sudah janjikan tidak mahu menangis lagi kerana dia. Cinta itu cinta gila. Harus dihapuskan!

Aku menapak keluar dari Popular. Kalau ke Tesco ni, tak sah kalau aku tak menghabiskan masa sejam dua kat popular. Cari novel daa.. aku berjalan laju, niat di hati mahu menuju ke restoran KFC. Lapar. Bila jalan sorang-sorang ni makin la lapar. Boring. Aku teruskan melangkah sambil tangan menggagau telefon bimbit di dalam beg. Dari tadi telefonku berbunyi, entah siapa yang menghubungi.

‘Papp!!’ bungkusan novel di tannganku terjatuh. Bahuku rasa sakit. Accident di tengah-tengah alam ni. Adeh. Aku capai novelku, dan bila saja berdiri, nafasku sesak. Darah rasa kering dan berhenti mengalir. Mataku pegun, tak berkelip.

“Sir!” ujarku hampir-hampir tidak mendengar suara. Tidak tahu macam mana aku ingin katakana untuk menggambarkan rasa hatiku saat itu. Mr. Cheng hanya senyum. Manis sperti biasa, tapi dia tidak memandangku lama. Apa yang tak kena? Nampak sangat kan, sir ku ini sudah mahu menjauhkan diri. Mesti dia menyesal berjumpa aku di sini hari ini. Akhirnya aku menunduk. Dan meminta diri. Rasa sedih tiba-tiba pula sehinggakan banyak persoalan yang aku simpan untuk ditanyakan kepadanya selama ini terus hilang. Ada baiknya aku segera berlalu. Hatiku perlu dijaga. Mr. Cheng masih kacak macam dulu. Walaupun kini umur dah nak masuk 35 tahun tapi makin mengancam pula. Oleh itu aku perlu menjauhi dirinya. hatiku ini, sangat mahal. Tidak sepatutnya ia terluka hanya kerana seorang lelaki ini. Aku berjalan laju keluar dari pasaraya Tesco. Air mata rasa mahu meleleh-leleh. Sir tak tahan pun aku suruh jangan pergi. Dia biarkan saja aku berlalu? Hmm…sedih ,sedih. Sir bukan macam sir yang dulu dah..

Tapi senyuman dia tadi, masih macam dulu…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience