Bab 10

Romance Completed 12824

Hampir setahun berlalu. Aku sudah makin biasa tanpa kehadiran SMS-SMS darinya. Tapi saat ini, aku rasa aku rindukan Mr. Cheng aku tu. Aku sudah menamatkan pelajaran untuk semester kelima pun. Sudah hampir 4 minggu bercuti. Tidak lama lagi dah nak naik semester baru. Tapi dia masih membisu. Sunyi saja. Aku cari dekat fac, fac dia sudah ghaib. Aku tak tau siapa yang meremove siapa ni. Yang pasti dia sudah tiada dalam senarai rakanku, dan aku..aku tak jumpa cari fac dia! Sampainya hati. Tiga hari tiga malam aku menangis sebelum tidur sebab teringatkan dia. Ke mana menghilang ye? Yang aku perasan, aku tak tau bila aku friend dengan seorang lelaki yang agak kuat agamanya. Setiap seminggu sekali dia akan postkan status yang penuh pengisian dan keinsafan. Kerana aku suka dengan setiap yang dia post, so aku tak ambik kisah siapa dia, dan tak remove pun dia dari senarai rakan walaupun sebelum ni aku tak pernah berkawan denan sesiapa yang aku tak kenal di fac. Lelaki bernama Cahaya Muhammad itu mungkin aku approve dia tanpa aku perasan kot…entah la. Orang yang aku nak, hilang ghaib tanpa jejak..orang yang aku tak kenal, ada pulak tiba-tiba. hmm…soal hati ni, payah benar nak handle.

“Salam..comelnya pic.”

Satu mesej yang aku terima dekat inbox FB aku. Aku membulatkan mata. Pertama kali Cahaya Muhammad tegur. Aku tak kenal dia, tapi sebab rasa nak kenal, aku reply jugaklah.

“W’slm. Bear, mestilah comel..”

“Macam pernah nampak bear ni..”

Ye? Tiba-tiba jantungku rasa berdegup kuat. Hmm..

“Kat kedai banyak..mestilah pernah nampak. Anyway, awak siapa?”

………

Tak ada jawapan dah. Hmm..pulak dah. Tegur aku semata-mata nak cakap bear comel je? Alahaih.. aku termenung. Aku bukak profile Cahaya Muhammad. Jenguk kat infonya. Hmm.. Sex: Male. About me: Hamba Allah. Sekarang kat dunia. sedang mencari jalan ke Syurga. Itu aje yang ada??? Hampeh. Aku mengeluh kecil. Mr. Cheng! Apa yang terjadi pada sir??? Talian handphone masih aktif tapi selalu tidak berjawab. Kenapa??? Ya Allah berikan perlindungan padanya. Biarpun dia bukan orang yang mengakui keesaan-Mu pada saat ini, namun aku amat berharap Engkau melindungi dia..dan memberikan kesempatan untuk dia merasai nikmatnya berada di jalan-Mu, di bawah lembayung kasih-Mu..

Aku pandang Mr. Charmingku. Dia sajalah yang aku ada untuk lepas rasa rindu. Mr. Charmingku yang itu entah ke mana. Tanpanya aku hilang teman, hilang kawan, hilang seorang ayah dan abang, hilang seorang kekasih! kehkehkeh..

*Jangan terlalu mencintai makhluk Tuhan sehingga kamu terlupa pada yang menciptakan..sebelum mencintai ciptaan-Nya, carilah cinta Pencipta itu terlebih dahulu, mudah-mudahan selepas itu segala cinta yang ada di dunia ini akan jadi milikmu dengan izin dari-Nya*

Hatiku tersentak membaca status yang baru diupdate lebih kurang seminit itu. Cahaya Muhammad. Hmm..aku baca satu persatu ayatnya. Aku terasa ni. Tiba-tiba aku rasa tubir mataku panas. Aku terlalu lama menghabiskan masa mengingati dan memikirkan tentang Mr. Cheng, Mr. Charmingku itu, resah gelisah sepanjang malam, sehingga aku seakan terlupa, aku sudah lalai dan mengabaikan rasa cintaku pada Dia yang satu. Aku rasa kata-kata pada status itu sangat kena pada batang hidungku. Aku rindukan Mr. Charmingku.

Tapi…aku tak sepatutnya terlalu mengingatinya sehingga hatiku resah sebegitu. Kerana hatiku hanya layak untuk Penciptaku. Bukan untuk dirinya, yang sudah tentu tidak beriman dengan Tuhan Yang Esa. Oh Tuhan..apa yang Engkau sedang rencanakan untuk hatiku ini? Ampuni aku. jangan pernah biarkan hatiku mati tanpa cinta dari-Mu… Tuhan..di mana saja dia berada, jagakan dia, di dunia ini. Biarpun dia, tidak pernah mahu mengakui keesaan dan kekuasaan-Mu, namun sebagai makhluk, dia pernah menjadi guruku, memberikan aku kegembiraan dan kebaikan.

Aku mengeluh. Aku tidak boleh berdoa lebih-lebih untuk dirinya. Dia bukan seorang Islam. Aku haram mendoakan untuknya melainkan mendoakan agar dia mendapat hidayah, dan mendoakan kesenangannya di dunia ini sahaja. Hmm..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience