Bab 15

Romance Completed 12824

Setengah tahun berlalu…

Cuti semester kali ini, sebaik saja tamat semester enam, menyaksikan aku menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki bernama suami. Muhammad Nur Iman. Indah nama itu. Sesuai dengan orangnya. Tidak pernah aku sangka angan-anganku menjadi kenyataan. Tidak aku sangka Allah benar-benar mmeberikan apa yang aku inginkan hari ini. Semuanya bagaikan mimpi. Setelah kedatangannya dulu, setelah mendengar penjelasannya, aku tidak mampu lagi untuk berkata tidak sebagai jawapan kerana sememangnya sudah lama hatiku mengatakan ya pada soalan seumpama itu. Hari ini hari bahagiaku. Hanim tidak putus-putus senyum.

“Aku yang bertunang awal dari kau, tengok-tengok kau yang kahwin dulu..” ucapnya tengah hari tadi ketika menemaniku bersiap.

“Moga kau bahagia, Ira. Tak sangka kan….”

“Kadang-kadang dunia ni banyak kejutannya..dan sebenarnya jodoh itu sendiri adalah satu hadiah dan kejutan terindah dari Allah untuk kita..hmm…” jawabku perlahan. Hanim mengangguk.

“Berangankan apa?” Suara yang seringkali membuat aku hilang arah. Aku berpaling. Telekung yang aku guna untuk bersolat Isyak tadi aku lipat dan menyimpannya di tempat khas. Aku menghulurkan senyum. Sungguh tiba-tiba aku rasa agak kaku dan kekok bersamanya. Padahal dulu aku tak rasa pun macam ni.. Mungkin sekarang keadaannya sudah berubah. Masa bertunang dulu pun kami jarang berjumpa kerana aku di kampus dan dia di sini. Hanya sekali berjumpa, ketika aku pulang bercuti pertengahan semester. Selepas itu, tidak lagi. Dan hanya berjumpa tiga hari sebelum perkahwinan. Itupun sebab ada perkara perlu diurus. Sekarang aku rasa macam aku baru kenal dia. Padahal dulu…..

“What are you thinking about, hmm?”soalnya lembut sambil berdiri dekat denganku. Aku mengambil peluang memandang wajahnya. Dia menarik tanganku dan menyuruh aku duduk di birai katil. Aku menurut. Dia juga turut duduk di sebelahku.

“Betul tak menyesal dengan perkahwinan ni?”soalnya. Aku renung wajahnya. Anak mata coklat perangnya aku tatap.

“Tak..tak menyesal pun..”

“Sebab Lin memang sayang abang kan?”soalnya. Aku kerut kening. Lin?

“Lin? Halo..your wife’s name is Umaira Sakinah.” Dia senyum mendengar kataku. Tanganku digenggam. Jantungku bergetar kuat. Janganla sampai dia dengar. Malu.

“Lin…stand for…Darling..”jawabnya. Oh romantiknya. Oh God…

“Betul ni takkan menyesal? I’m maybe too old for you….”aku menutup mulutnya dengan jemariku. Ala, jarak umur aku dan dia bukannya sampai 15 tahun pun..

“I don’t care..coz I love you..” bisikku, hampir tidak kedengaran. Pertama kali aku benar-benar mengakui dihadapannya tentang perasaan cinta ini. Dia tersenyum.

“I know..” dia mengucup dahiku. Buat kedua kalinya untuk hari ini. Aku senyum. Dalam segan-segan, aku biarkan saja. Kerana aku suka.

“Mommy tak suka dengan semua ni.. kita kahwin pun, keluarga angkat abang yang uruskan..” ujarnya. Aku sudah tahu hal itu. Aku tidak dapat berbuat apa-apa, selain berharap suatu hari semuanya akan baik-baik saja.

“Tapi Ira masih belum tanya abang satu hal..hmm…kenapa Ira?”

“Sebab abang tau tak ada orang yang sayang abang lebih dari Lin sayang abang..”jawabnya lembut. aku terkedu. Terpana tanpa kata.

“Mana tau?”

“Satu-satunya orang yang selalu mendoakan agar abang akan menemui jalan pulang, satu-satunya orang yang selalu mendoakan abang akan diberikan hidayah dan cinta Tuhan, satu-satunya orang yang selalu mendoakan agar abang mendapat kebahagiaan…adalah Umaira Sakinah..dan hari ini, abang sudah mendapat kehidupan yang sebenarnya abang mahukan, adalah kerana doa-doanya itu..” jawapannya membuat aku terdiam. Mana dia tau? Aku tidak pernah memberitahunya semua itu. Air mataku mneitis.

“Abang tau…? Dari mana?”

“Abang tau..Ustaz Aziz pernah cakap. Lin selalu tanya dia, boleh tak kalau orang Islam mahu mendoakan kepada orang bukan Islam, kan? Dan Ustaz Aziz tau Lin nak berdoa untuk siapa..” aku ternganga mendengarnya. So, dah lama la kiranya dia tahu aku mendoakansemua itu padaku? Dia tak pernah marah pun..? Sebab itu selalu jugak dia sengaja bertanyakan pasal Islam kepadaku, sengaha mahu melihat reaksikukah?

“Malisa pun ada cakap..”

“Malisa??”

“Yea..dia tau abang adalah Cahaya Muhammad. Abang add dia dulu bila abang tau dia roommate Lin. Lama dah. Masa sem-sem awal Lin masuk sana dulu. Takkan tak perasan. Dan..lately dia tau abang dah tukar nama, Cahaya Muhammad. Dia ada cakap, mesti Lin happy kalau tau pasal ni sebab selama ini Lin selalu doakan abang agar menemui cahaya kebenaran. Malisa cakap, Lin kata Lin tak sanggup nanti di akhirat, abang akan jadi bahan bakar api neraka..” ujarnya satu persatu. Bibirnya mendarat beberapa kali pada dahiku. Aku rasakan pipiku basah. Bagaimana aku tak perasan semua ni. Malisa pun tak pernah cakap dia dengan sir aku ni pernah jadi kawan kat FB. Aku pun maca mana tak perasan?? Dan rupanya Malisa lebih awal tahu kenapa Mr. Cheng ghaib tiba-tiba dari dunia FB dan muncul Cahaya Muhammad tiba-tiba. Malisa..Malisa..

“Abang cakap yang sebetulnya, abang memang dah lama sukakan Lin..sayangkan Lin.memang pada awalnya hanya sebagai student, tapi lama-lama rasa lain..tapi sebab kita berbeza, abang buat tak tau je..sehinggalah bila abang rasa hati abang terbuka menerima Islam. Abang baru tersedar, abang patut dapatkan Umaira Sakinah..itupun kalau dia sudi menemani hidup abang sekarang.. abang tak ada sesiapa pun lagi sejak setahun ni.. my mom, sampai sekarang merajuk dengan abang. My marriage, musnah sebab abang memilih jalan ini..tapi abang tak menyesal terlepas semua itu..sebab abang ada Dia.. dan Dia hadiahkan lin untuk temani abang..berikan abang mama dan papa..serta abang ipar yang muda 7 tahun dari abang tu..” ujarnya sambil tersenyum dalam kepiluan. Aku menggenggam erat tanganya. Kata-katanya menyentuh hatiku. Aku rasa aku mahu peluk dia saat itu jugak. Perlahan-lahan aku mendekatkan diriku kepadanya dan tanganku memeluknya. Dia terpaku seketika sebelum membalas.

“Dulu-dulu, pernah rasa nak buat macam ni tak?” soalnya tiba-tiba bila kami masing-masing diam. Aku mengangkat wajah dari dadanya. Tidak mengerti.

“Abang pernah…rasa…”dia mengakui. Aku tersentak. Spontan terlepas pelukan ditubuhnya. Dia tergelak kcil melihat telatahku.

“Lin tak perasan ke layanan abang pada Lin selama ni lebih dari yang lain?”soalnya. Aku diam, mengingati zaman sekolah. Hmm..yea..lain sangat. Sangat mesra. Dan..

“Oh…so, kejadian dekat makmal komputer dulu tu pun, abang memang sengaja la ye?”

“Lin ingat?”soalnya sambil ketawa lepas. Aku mencubit lengannya.

“Gatal kan? Pegang tangan orang. Konon-kononnya nak pegang mouse..”aku mencebik. Dia menarikkku dan memeluk lebih erat.

“Sorry darling..”bisiknya sambil mencium pipiku lembut. Aku senyum malu.

“Sekarang buat macam tu lagi tak kat student abang?” soalku, sengaja. Dia mengangkat kening.

“Abang pernah buat sekali je..tu pun pada Lin.. Selepas Lin, tak buat dah.. Berdosa sentuh bukan mahram, tau tak?” katanya. Aku tergelak. Dia senyum manis sambil mengusap lembut rambutku. Aku kembali menyembam wajah di dadanya. Mahu begitu buat beberapa saat.

“I love you..sungguh..”bisiknya lagi. Aku angguk. Kerana aku juga merasakan yang sama..

“Tapi kenapa lama sangat tak contact orang..err..Lin?” soalku, ambil peluang korek rahsia. Dia senyum kecil.

“Tengah mencari diri sendiri..terpaksa tinggalkan Lin sekejap..walaupun kadang-kadang rindu..” Sempat dia menambah bisikan lembut di belakang. Aku terasa seram sejuk tiba-tiba. Tapi banyak lagi ni soalan nak tanya. Aku merenung wajahnya.

“Sampai tukar nombor..? Lin ingat Iman tu siapalah..”

“Mana ada tukar nombor..cuma pinjam nombor kawan untuk contact Lin sebagai Iman..”

“Nak main-mainkan orang..”

“Bukan..nak buat kejutan..sesekali dalam hidup kena ada kejutan, baru indah, my love.” Ujarnya lagi. Aku senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience