Bab 17

Romance Completed 12824

Wanita ini cantik sungguh. Sepadan dan sesuai sangat dengan Mr.Charming buah hatiku itu. Tidak menyesalkan dia melepaskan wanita ini begitu saja? Dalam hati ada rasa bercampur baur. Sudahlah aku keluar berjumpa wanita ini tanpa pengetahuannya. Sejak pulang dari kampus tiga hari lepas selepas tamat semester ini, aku masih tidak memberitahunya tentang wanita ini pernah menghubungiku.

“I cuma nak kembali pada dia..dah lama I fikir pasal ini, i dah sedar sekarang, tak ada orang sebaik dia. I menyesal dulu tak ikut dia bila dia pujuk untuk bersama-samanya kembali pada Islam..i sangka dia akan pilih I dari agama tu, tapi rupanya dia lebih rela pilih Islam dan lepaskan kebahagiaan yang pernah kami miliki..” ujar wanita itu lancar. Aku terasa ada sesuatu menikam jantugnku. Berlubang, terkoyak dan terus berdarah! Aku pandang wajahnya. Apakah dalam diam, abang Iman juga pernah terdetik rasa menyesal melepaskan wanita ini? Apakan kalau abang Iman tau wanita ini mahu kembali kepadanya dan mahu memeluk agama Islam, maka dia akan menerima kembali wanita ini? Ya Tuhan. Sesak nafasku membuat andaian-andaian ini.

“I tau agama Islam membenarkan poligami..dan I rasa, you, sebagai orang yang lebih arif, pasti takkan menolak apa yang Tuhan sudah benarkan, kan?” aduh. Kata-katanya membuatkan hatiku sebak. Apakah nanti takdirku memang akan jadi begini? Menyesal aku tidak memberitahu abang Iman tentang ini dan berterus terang kepadanya. Tidaklah aku sedih sorang-sorang begini, membuat andaian itu dan ini.

“I tak boleh nak cakap apa. Semuanya terpulang pada abang Iman.” Akhirnya aku memberi jawapan tergantung. Aku sendiri tidak tahu bagaimana harus aku meghadapi ini. Aku masih terlalu mentah untuk memahami dan menilai malah membuat keputusan yang besar begini aku rasa! Selebihnya aku tidak bersedia memikirkan sebarng kemungkinan.

“Dia tak mahu jumpa I walaupun dia tahu I sedia convert pada Islam.. I nak hidup dengan dia semula.” Lirih suaranya. Hatiku bergetar. Harus bagaimanakah?

“You pujuklah dia..at least I nak jumpa dan jelaskan semua pada dia. I tak sanggup lepaskan segala kenangan kami begitu saja. Lama I fikir, akhirnya I memberanikan diri jumpa you sebab I nakkan dia semula. Dia pernah jadi milik I.. I nakkan dia. I akan terima dia sebagai Iman or whatsoever, I don’t mind. Yang penting, I dan dia, bersama.” Ujarnya lagi. Aku tidak mampu nak berkata-kata. Kelu seketika melihat kesungguhannya. Dalam hati aku teringatkan abang Iman. Rasanya, bagaimana dia melayaniku, mesti dulu dia melayani wanita ini dengan cara yang sama sehinggakan wanita ini terlalu sukar melepaskannya. Cuma satu kesilapan, dia menolak ketika abang Iman memujuknya menerima Islam bersama-samanya. Aku mengeluh. Patutkan aku brkorban? Adakah ini namanya pengorbanan? Pengorbnan demi agama? Agamaku yang tercinta? Mungkin selepas ini abang Iman boleh mendidik wanita ini menjadi seorang Islam yang sejati.? Siapa tau? Ya Tuhan..hatiku berbelah bahagi. Sudahnya aku pandang wanita itu. Lama anak mataku pegun pada wajahnya.

“I’ll talk to him first. Semuanya terpulang pada dia. Saya pergi dulu.”

“Memang you have to talk to him..lagipun, I tak mintak you dengan dia berpisah. Kalau ikutkan I, boleh saja I mintak you tinggalkan dia..sebab antara you dan I, I yang hadir dulu dalam hidup dia..dan sepatutnya you lebih tau siapa yang harus berundur. Tapi I tak mintak semua tu. Cukup kalau I dapat kembali kepada dia semula.” Wanita di hadapanku ini terus bebricara membuat aku kebisuan. Kata-katanya menikam hati. Pedih. Namun, aku senyum juga dan meminta diri untuk pulang. Tidak sabar mahu pulang dan berjumpa dengan Mr.Charmingku, bersama debar yang tidak terhenti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience