Bab 19

Romance Completed 12824

Aku tergamam. Lidahku kelu. Anak mataku kaku tidak mampu berkelip pun. Aku pandang wajahnya. Aku pandang wajah wanita di hadapanku.

“Kalau awak memang sayangkan mommy dan tak mahu mommy sakit hati, awak kahwin semula dengan Vannesa. Mommy tidak kisah awak nak kekal dengan Islam tapi mommy nak semula menantu mommy yang dulu..”

“Mommy…”

“Mommy tak kisah awak nak simpan dia, tapi awak kena kahwin dengan Vannesa juga. Lepas tu baru mommy anggap awak anak mommy semula..” Aku terasa hatiku hancur mendengarnya. Entah kenapalah kekasih hatiku ini memilih untuk balik rumah mommy dia hari ini..kami disambut dengan satu kejutan yang sangat hebat.

“Mommy..ini tak adil…”

“Awak masih nak lawan cakap mommy? Awak patut tau awak perlu utamakan mommy..bukan dia ni..” mommy merenung kearahku walaupun kata-katanya ditujukan pada Iman. Aku tertunduk. Terasa ada takdir hitam sudah tercoret buat masa depanku bila merenung pandangan ibu mertuaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience