Bab 2

Romance Completed 12824

Aku berjalan menuju ke biliknya di sebelah kelasku. Bilik buku teks sekolah kami. Di situlah Mr.Cheng duduk setiap hari, memang meja kerjanya dikhaskan disitu, bukan di bilik guru, memandangkan tugasnya sebagai Setiausaha Buku Teks Sekolah, berkongsi bilik dengan Cikgu Rusmadi. Aku menjenguk-jenguk di cermin tingkap yang gelap itu untuk memastikan dia ada atau tidak. Pintu berkunci pulak.

“Yes, girl?” soalnya dari belakang. Aku berpaling. Tersenyum. Hehee..

“Sir..orang nak pinjam buku..nak buat karangan.”ujarku lembut. Macam biasa. Oh ye. Sebenarnya sejak hampir tiga bulan dia menjadi guruku, aku rasa ada yang tak kena denganku. Selain aku rasa selesa menjadi pelajarnya, aku jugak rasa aku agak manja dan natural dengannya. Bebas menjadi diriku sendiri. Dia seorang guru yang ‘sporting’, baik, understanding dan paling penting, dia selalu buat aku rasa selesa untuk belajar dengannya. Yelahkan, aku ni budak pemalu, jadi, bila dia boleh buat aku rasa selesa bersama-samanya, jadi, mestilah aku suka. Lagipun aku rajin jugak bertandang ke biliknya dan meminjam buku-buku rujukan dan contoh karangannya. Kadang-kadang pinjam kamus kalau aku terlupa bawak. Kadang-kadang jugak, aku masuk bilik dia semata-mata nak baca News Straits Times je. Dia biarkan saja. Dan semakin hari aku rasakan aku agak rapat dengannya. Rapat, sehinggakan bahasa diriku juga berubah bila dengannya. Aku pun tidak sedar bila aku membahasakan diriku dengan panggilan ‘orang’, iaitu panggilan diri yang hanya aku gunakan bila bersama keluargaku dan orang-orang terdekatku saja.

“Come..mari masuk. Hari ni Cikgu Madi tak ada.. that’s why bila nak keluar, Sir kunci bilik ni..” katanya sambil membukakan pintu. Dia meminta aku masuk dahulu, tapi macam mana nak masuk, dia tengah berdiri di pintu. Kalau aku masuk jugak, sah-sah tubuh kecik molek aku ni akan bersentuhan dengannya. Aku kaku. Pandang dia. Akhirnya,..

“Oh..sorry..okay, silakan, princess.” Dia melangkah masuk dan duduk di kerusinya.

“Pilihlah, nak buku mana..”katanya sambil menghidupkan komputernya.

“Err..mana-mana pun boleh..yang orang pinjam minggu lepas pun boleh.” aku tersengih nakal.

“Amboi..nak jugak yang paling baru.. Hmmm..nah..”dia menghulurkan buku contoh karangan yang paling baru. Dia baru beli aku rasa. Aku senyum. nakal. Dia menggeleg-geleng. Sudah biasa dengan kenakalanku.

“Thank you Sir. Esok atau lusa orang pulangkan.” Kataku. Dia menggeleng.

“Its okay dear. Guna dulu kalau nak guna,.”jawabnya bersama senyuman manis. Mak…hati Ira bergetar ni tengok senyuman sir! Aku mengangguk dan melangkah keluar dari biliknya bersama senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience