Bab 24

Romance Completed 12824

“Jangan sentuh apa-apa dalam rumah saya..” suara yang kasar dan keras menyapa pendengarannya. Semalam, hari pertama sambutan Tahun Baru Cina, semuanya okay walaupun ada masanya mommy cuba memalukanku dihadapan saudara mara yang lain. Namun ada saja penyelamatnya. Kalau bukan Iman, pasti Didi, atau Mei Chow, sepupu suamiku. Aku berpaling. Tangan yang mahu membetul-betulkan kedudukan kusyen di kerusi terhenti.

“Awak tak patut datang sini. Hanya Vannesa menantu saya..dari dulu sampai sekarang.” ujarnya lagi. Aku diam. Mata mencari-cari kelibat Iman. Tiada. Didi juga tiada. Nampaknya aku kena hadapinya seorang diri kali ini.

“Mommy…saya isteri abang Iman..”

“Tutup mulut awak..dia anak saya. Dia pilih untuk masuk Islam, dia tinggalkan agama keturunan dia. Dia tinggalkan saya. Dia pilih awak. Dia pilih agama awak. Awak mahu saya berdiam diri dan menerima awak?” soalnya, makin kasar. Aku mengeluh kecil. Jadi itu yang dia fikirkan selama ini.

“Mommy…”

“Stop calling me mommy.. I’m not your mommy!”

“Mommy…what’s happened?” soalan dari satu suara menarik perhatianku. Aku berkalih. Hati berdegup. Renungan Vannesa tajam mencerun. Ah, sudah.

“Well..you.. Umairah..you tau atau tidak, yang sebenarnya kehadiran you dekat sini sangat tidak diperlukan..menyemakkan saja.” ucap Vannesa. Aku diam, ketap bibir. Cuba bertahan. Dalam pada itu aku mencari-cari kelibat Iman. Tadi dia ada saja di dalam bilik. Tertidurkah?

“Saya hanya ikut abang Iman balik.. Dia yang nak saya balik..”

“Hei..aku tak tahulah apa yang hebatnya kau..sampaikan lelaki tu sayang sangat dekat kau..?” jerkah Vannesa geram bila aku menjawab.

“Saya pun tak tahu, sebab perasaan tu semua Allah yang anugerahkan..” jawabku laju. Haih..sejak bila jadi berani nih..

Vannesa mencerun. BibIrnya diketap kuat. Mommy hanya memandang marah. Vannesa mendekat.

“Sebab dia pilih agama kaulah dia jadi berubah tau tak? Dia bukan lagi Cheng yang dulu, yang sangat baik dan romantik!” Oh, nampaknya ada rasa tidak puas hati dalam dirinya disebabkan hal itu. Aku tersenyum. Geli hati. Dia tidak puas hati soal itu? Itu bukan kuasaku untuk buat Iman jadi romantik dengan dia. Eh,. romantik? Memang..Iman memang romantik pun.. Aku tersenyum kecil mengenangkannya. Senyumanku menambah rasa sakit di hati Vannesa bila dia begitu tajam merenungku. Namun bila aku tersedar sesuatu dengan ayatnya tadi aku tiba-tiba terasa geram.

“Agama saya? Bukan agama awak jugakah?” soalku berani. Vannesa mencebik.

“Aku hanya terima untuk masuk Islam sebab aku nakkan Cheng semula. Itu saja!” Aku terdiam mendengar pengakuannya. Ya Allah. Mommy tersenyum sinis melihat wajah pucatku. Apakah mommy pun tahu niatnya? Aku merenung wanita yang tinggi sedikit dariku itu. Dia sedang senyum mengejek padaku.

“Bukan kerana ikhlas….”

“Of course not!” dia pantas menyambung.

“Sebab Cheng sudah Islam, dan dia tidak mungkin berpaling lagi kepada agama asal, jadi aku kena la masuk Islam. kerana dia tentunya tidak akan kahwini aku kalau aku bukan Islam.”

“Awak permainkan agama..”

“None of your business!” jerkahnya hampir-hampir menampar pipiku. Namun ada tangan yang menghalang. Didi! Aku pandang wajah gadis manis sebayaku itu.

“Gege.. see, your wife yang mommy sayang sangat-sangat.. gege..saya tidak memilih Islam, tapi saya tidak pernah mempermainkan agama itu.. tapi dia..gunakan agama semata-mata untuk kepuasan diri.. Bagusnya menantu mommy ni..” Didi menyindir. Mommny terdiam. Aku berpaling mencari wajah Iman bila menyedari Didi memanggil abangnya. Aku melihat Iman sedang berpeluk tubuh sambil menyandar di pintu bilik. Wajahnya merah, memandang Vannesa. Aku takut tiba-tiba. Tidak pernah melihat wajahnya merah sebegitu. Aku tahu dia sedang menahan marah. Vannesa yang menyedari keterlanjurannya terdiam.

“Vannesa…I just cant believe this..!”

“Dear..please..”

“Saya lepaskan awak, Vannesa Abdullah dengan talak 1.” Aku menekup mulut mendengar lafaz yang terlepas dari bibir merah kekasih hatiku. Tidak percaya. Aku amati wajahnya. Tenang, tapi masih ada tanda kemarahan yang tidak terluah.

“No! Let me explain..”

“Saya dah dengar semua. Tidak perlu penjelasan. Mommy, I m so sorry. Saya tau saya lukakan hati mommy sekali lagi tapi saya perlu buat begini..” dia mengucup tangan mommynya. Bila dia mengangkat wajah, ada sinar pada matanya. Air mata! Didi terdiam. Aku terkedu sehinggalah Iman menarikku dekat padanya.

“Mommy…saya hanya mahukan dia..bukan orang lain. Dia, menantu yang mommy benci, yang selalu berusaha membuat anak kesayangan mommy bahagia. Yang selalu berusaha membuat hati mommy senang. Kerana mahu saya kembali dapatkan kasih sayang mommy, kerana mahu mommy berhenti marah dan benci saya sebab pilih Islam, dia rela saya ikut kehendak mommy supaya kahwini Vannesa. Kerana dia fikirkan kepentingan saya yang merindukan mommy yang dulu, dia rela gantikannya dengan air mata sendiri. Dia sanggup jadikan air matanya sebagai pengganti semata-mata untuk melihat saya senyum, mommy..semata-mata untuk membuat mommy gembira dengan saya..mommy..walau apa pun yang terjadi lepas ni, saya mintak maaf. Saya hanya mahukan dia..” bicara panjang lebar Iman membuatkan suasana sepi seketika. Aku terdiam menahan sebak di dada. Aku kerling wajah Didi yang berada di sebelahku, erat memegang tanganku jua. Dia senyum kepadaku.

“Suatu hari saya juga mahu jadi seorang isteri seperti kamu..kakak ipar..” bisiknya, serius tapi nakal. Aku senyum kecil, masih menahan sebak. Aku terharu dengan kata-kata Iman sebenarnya. Aku pandang wajah mommy yang sedang merenungku. Aku tertunduk bila sedar renungan mommy terlalu lama lekat pada wajahku.

“Mommy…memang saya Islam. Saya sudah tidak seagama dengan mommy. Tapi saya tetap sayang dan hormatkan mommy. Kerana mommy tetap ibu yang melahirkan saya. Saya berdosa dan akan dihukum Tuhan kalau saya menyakiti mommy. Mommy, sekalipun tidak boleh menerima dia dengan seikhlas hati, terimalah demi saya.. Mommy dan dia, terlalu penting untuk hidup saya. Saya tak mahu hilang kedua-duanya.” Sambung Iman lagi bila melihat mommy terdiam seribu bahasa. Dia menarikku lebih rapat padanya.

“Lepas zohor kita balik, sayang..” bisiknya perlahan namun aku rasa semua orang mampu mendengarnya. Mommy mengangkat wajah memandang kami tiba-tiba. Dia bergerak perlahan mendekatiku dan Iman.

“Mommy melahirkan awak, dan menyangi awak sepenuh hati..tapi mommy tak sedar mommy telah buat awak susah. Sedangkan dia, selalu mahu buat awak gembira.. mommy malu. Mommy ikutkan hati. Mommy takut awak lupakan mommy kerana sudah ada dia dan hidup baru.” Mommy memeluk Iman bila aku menjauh sedikit sambil teresak-esak. Aku terdiam. Hatiku pilu. Rupanya itulah sebabnya. Aku memandang Iman. Aku mendekati Iman, dan menarik tangan mommy.

“Mommy..izinkan saya menjadi menantu mommy. Saya sangat menyayangi abang Iman, dan saya juga mahu berpeluang menyayangi mommy yang telah lahirkan dia untuk saya.” Ujarku, perlahan, berani-berani takut. Mommy pantas menarikku ke dalam pelukannya sebaik mendengaar kata-kataku. Saat memeluk mommy, pandangan mataku bertaut dengan pandangan mata kekasih hatiku. Dia menghadiahkan sebuah renungan yang sangat bermakna.

“Maafkan mommy…”ujar mommy selepas itu. Dia memelukku lagi. Dan saat itu terasa ada tangan sasa yang memeluk belakang tubuhku. Aku mengakat wajah. Dia, buah hati kesayanganku sedang tersenyum padaku. Aku memadang Didi. Gadis itu tersenyum manis padaku.

“Tadi…awak sudah ceraikan Vannesa…?” mommy bertanya.. Iman teragak-agak mengangguk. Mommy mengeluh.

“Mommy tak akan memaksa lagi. Mommy tahu awak tau yang terbaik..mommy sayangkan dia, tapi mommy tak mahu lagi ulang kesilapan sama. Mommy cuma mahu awak bahagia. Jangan pernah tingalakan mommy.. Mommy sayang awak…berdua..” ujar mommy sambil memandang iman dan aku silih berganti. Ada senyuman pada wajahnya. Aku bersyukur andai ini pengakhirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience