Bab 4

Romance Completed 12824

Majlis sambutan hari merdeka dan hari raya aidilfitri di sekolahku berlangsung hari ini. Aku awal-awal lagi bersiap untuk ke sekolah. Baju kurung yang dijahit semasa hari raya tempoh hari melekat di badan. Baju yang paling cantik yang aku ada setakat ni. Haha.. semangatnya hari ini. Sejak malam tadi aku bayangkan, alangkah bertuah kalau hari ini aku dapat melihat Mr. Cheng dalam pakaian baju melayu. Hahaa..berangan. Manalah pak cik tu nak pakai baju melayu. Teringat kata-kataku pada sirku itu petang semalam selepas habis kelas.

“Sir, esok pakai baju melayu ye..nanti nak tangkap gambar.” Usikku. Aku saja main-main. Tapi sebenarnya dalam hati, mahu sangat melihat dia memakai baju melayu, pasti handsome! Saat itu Mr. Cheng hanya senyum tanpa jawapan.

“Ira..tengok sana.. sir kesayangan kau..Ya Allah..kacaknyaaaaaaaa….”Hanim bersuara sambil melekapkan tangan di dada dan mata terpejam. Aku memandang ke arah yang ditunjukkan. Mulutku hampir terlopong melihatnya. Biar benarrrrrrr…dia..dengan wajah kecinaannya itu, mengenakan baju melayu berwarna merah terang, dengan sampin kain songket berwarna hitam. Warna bajunya..sangat kena dengan kulitnya yang cerah kemerahan itu. Ya Allah..handsomenya…Subhanallah..

‘Kalaulah…dalam hatinya juga mengakui sesuatu yang bernama Islam dan ada keimanan kepada Tuhan Yang Esa.. alangkah lebih baik.’bisikku perlahan.

“Berangan..jangan cakap kau dah terjatuh hati kat sir kita tu. Aku taulah dia handsome. Bergaya walaupun macam tak cukup inci jugak..tapi dia tu pasti dah ada bini. Kau jangan cari pasal.” Hanim tergelak sakan mengenakanku. Aku menjegil mata. Huh. jatuh hati? Memang hati aku dah lama jatuh tengok dia..bukan saja sebab dia handsome..tapi sebab dia sangat baik.

Majlis berlangsung dengan meriah. Banyak gerai makanan di buka, tapi semuanya percuma. Maklumlah, namanya pun jamuan hari raya. Merdekaraya sebenarnya. Lagu-lagu merdeka dan hari raya silih berganti kedengaran dari gerai urusetia majlis yang dikendalikan oleh rakan-rakanku jua, dari tingkatan 5A1. Aku pula saja tidak mahu menunjukkan bakat dan memperdengarkan kemerduan suaraku hari ini. Kalau kena duduk je kat meja urusetia, boring ooo.. tapi belum sempat aku nak melangkah meronda gerai-gerai yang sudah banyak terpacak di sekitar kawasan sekolah, kedengaran namaku dipanggil, meggunakan pembesar suara pulak tu.

“Ira..kau tolong.. hari ini Syifa tak sihat la. Dia cirit tu. Cikgu Afina baru saja hantar dia balik. Kau ganti dia eh, jadi ‘DJ’ kat sini. Ala..macam biasa-biasa la.. boleh eh?” Fakrul bersuara dengan wajah penuh mengharap. Aku pandang baju kurung. Aku pakai lawa-lawa sebab nak enjoy, bukan nak tercongok kat khemah urusetia ni.. Adeh.. tapi melihat riak wajah Fakrul yang nampak sangat memerlukan bantuan kecemasan, aku anggukkan saja. Fakrul senyum.

“Ni aku sayang kau ni.”ujarnya dalam gurauan. Aku mencebik.

“Ehem..ehem..apa sayang-sayang ni..” tegur satu suara. Aku berpaling. Opss…sir.. aku pejam mata seketika. Sebab mata aku dah sangat terpesona melihat lelaki ini,so kena bagi dia rehat sekejap, supaya dia takkan jadi nakal!

“Kenapa pejam mata macam tu sekali?” tegur Mr. Cheng. Fakrul tergelak-gelak. Aku bukak mata. Sepantas kilat kott. Malu..

“Errr…”

“Sebab sir handsome sangat harini..mata dia sakit kotttttt.” Hanim mencelah dari belakang. Aku mengetap bibir. Minah ni memang nak kena. Kedengaran Mr. Cheng tergelak kecil.

“Ada-ada sajalah budak-budak ni.. Anyway, kalau handsome, sepatutnya tak payah pejam mata..”katanya mengusikku. Aku mencebik.

“Hmm..tak boleh. Nanti pandang lama-lama, tak baik..” jawabku. Dia mengangguk sambil senyum.

“Oh yea..ini, senarai nama untuk pemenang pertandingan essay sempena bulan kemerdekaan tu.. Untuk pertandingan karangan Bahasa Melayu, tadi Cikgu Arizah ada pesan, sekejap lagi dia bagi. Okay? Ada apa-apa problem, call me.” Mr. Cheng menghulurkan kertas kepadaku, dan sempat pula dia mengenyitkan matanya kepadaku sebelum berlalu. Aku terkedu. Eh..akhirnya aku senyum. Kenakalan aku dah berjangkit pada dia agaknya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience