Bab 13

Romance Completed 12824

Aku menanti penuh debar. Malam tadi aku menghubungi lelaki itu. Ye baru aku tahu namanya, Iman. Muhammad Nur Iman. Suara dia..sejibik macam…..sir. Bila aku suarakan pada mama, mama kata kat dunia ni selalu je ada orang yang suara sama. Huh. Mama. Aku baru berangan andai kata itu adalah sir. Sir dah masuk Islam, dan pakai nama Nur Iman. Mana tahu, nama dia Muhammad Nur Iman Cheng Abdullah ke..kan? kan? Aku ketuk dahi. Berangan tak sudah.

Hari ini, Iman tu kata dia nak datang rumah. Sebab semalam aku dah bagi jawapan aku nak jumpa dia sebelum aku buat keputusan! Dan tanpa disangka, dia kata mahu datang ke rumahku, kerana itu adalah tempat terbaik untuk kami bertemu. Sungguh aku terkedu seketika.

“Lama lagi ke menantu mama nak sampai?” soalan mama membuat aku yang sedang meneguk air rasa nak tersedak sampai mati.

“Tak tau. Dia kata kalau dah nak sampai dia SMS..”

“Nanti bila dia dah sampai, ajak makan dulu. Lepas tu nak bincang apa pun bincanglah.” pesan mama sambil melangkah naik ke bilik. Bersolat Asar. Lewat sedikit solat Asar hari ini kerana sibuk memasak menu istimewa untuk bakal menantunya, konon-kononla.

Sepuluh minit lepas mama naik, kedengaran enjin kereta berhenti di hadapan rumahku. Aku jenguk keluar melalui langsir. Dadaku bergetar hebat. Kereta ni?? Sir? Buat apa sir datang? Aku pandang telefon. Iman tu pun kat mana sekarang? Takkan jauh lagi nak sampai, tak SMS pun. Apa-apapun aku melangkah jua ke gate, membukanya dan menjemput sir masuk. Dalam hati seribu persoalan bertandang. Kenapa sir tiba-tiba muncul di sini?

“Sir…”

“Err…papa dan mama ada?” soalnya. Aku kelu seketika. Suara dia macam Iman. Suara Iman macam sir. Alahai. Sapa yang klon sapa ni?

“Mama tengah solat dengan papa kat atas..err..sir masuklah dulu..” aku menjemputnya masuk. Dia menganggguk sambil melangkah dan duduk di meja batu di halaman rumah tempat kami bersantai petang-petang. Aku kerling padanya. Kacaknya dia..makin bertambah-tambah pulak. Anak rambutnya nampak basah. Kacaknya. Oh hati…jaga-jaga.

“Ehem..ehem..yang dok tenung orang tu kenapa.. pergila ke dapur, hidang apa-apa yang patut.” Suara abangku yang baru pulang dari belayar pagi tadi menyapa telinga. Aku berpaling. Nasib baik dia ni abang, kalau aku yang jadi abang, dah lama kepala dia benjol kena ketuk. Memalukan orang betul la. Aku jeling sir. Ada senyuman nipis di bibir itu. Haa..kan, sir mesti mengata aku jugak, syok sangat dok pandang dia.

Aku melangkah masuk ke dalam. Terserempak dengan mama dan papa yang baru keluar dan berjalan menuju ke kerusi batu tempat sir dan abang berbual. Abang aku tu mudah mesra. Suka kacau orang pun ye jugak.

“Dah sampai pun Iman..” suara mama yang ceria menyapa telinga. Eh..sekejap. Iman?? Sir? Kakiku berhenti melangkah. Rasanya mahu kemabli ke tempat mereka berkumpul tapi memikirkan aku perlu hidangkan makanan terlebih dahulu, aku terus ke dapur. Sabar Umaira..sabar..sabar tu separuh dari iman.Iman? Hmm..Iman yang penuh teka teki.

Aku menghidangkan sebekas besar mee hailam di atas meja kayu bersebelahan meja batu yang diduduki oleh keempat-empat insan itu. Gelas-gelas air aku susun disebelahnya. Aku menghulurkan semangkuk mee hailam kepada setiap seorang. Tiba pada giliran Mr. Cheng, aku terkaku seketika. Melihat renungannya itu aku rasa bagaikan nafasku terhenti. Perlahan-lahan aku hulurkan mee kepadanya. Sesekali mataku memandang ke jalan raya. Masih menanti iman.

“Awak pandang apa Cik Umaira? Cari siapa?”soal abangku, Umar Hakim. Aku mengetap bibir. Mau ditanya lagi.

“Dah..makan dulu. Nanti kita borak-borak. Iman, jemput makan.” Mama mencelah. Aku yang mendengar kata-kata mama spontan memandang wajahnya. Mama senyum saja. Papa buat macam tak ada perasaan. Aku kalih pada wajah sir. Dia pandangku sekilas, dan selepas tu dia terus menyuap makanan. Dia tidak banyak bercakap denganku sejak tadi. Berbeza benar dengan sirku yang dulu. Sepi saja antara aku dan dia. Aku hanya mendengar celoteh abang dengan sir saja..eh..Iman.. hmm..banyak persoalan ni aku nak tanya dia. Macam mana dia boleh jadi Iman? Papa dan mama tak kisah ke kalau benar dia Iman yang datang merisik aku tuh? Umur dia…jauh beza dari aku. Ada la dalam 11 atau 12 tahun. Tapi melihat cara mama layan dia, nampak macam soalanku yang satu ni terjawab sudah.

“Ma..orang tak mimpikan?” soalku semasa mengemas di dapur sebaik saja Mr.Cheng, ops, Iman pulang. Mama senyum.

“Kukkk..!”

Aku gosok kepala. Berpaling pada gerangannya yang punya angkara. Wajahku masam mencuka.

“Err.. abang tolong je.. untuk sahkan yang Ira memang tak mimpi..” Umar Hakim, abangku yang satu itu menjelaskan sebelum sempat aku menyerang.

“Ma..nanti lepas ni macam mana, adik ipar abang lebih tua dari abang..bila salam nak kena cium tangan dia ke..jauh tu beza umur..7 tahun.” Abangku menyoal nakal, lebih kepada untuk mengusikku. Soalan itu buat aku ketap bibir. Aku menanti. Mahu juga dengar jawapan mama. Aku mahu kepastian, benarkah mama tidak kisah denan perbezaan usia kami?

“Abang ni..usia tu sekadar nombor je bang. Mama tak kisah…jangan dia lebih tua dari mama sudahlah..” Mama bergurau juga. Umar Hakim terbahak-bahak ketawa sambil mengerling padaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience