Bab 16

Romance Completed 12824

Aku sibuk dengan aktiviti kampus sejak akhir-akhir ini. Diam tak diam, semester ini, sudah masuk tahun terakhir. Semester ini rasanya lain sangat. Rasa macam ada hati tertinggal di kampung. Mestilah kan. Masih dalam mood pengantin baru tapi sudah terpaksa berpisah. Dia di sana dan aku di sini.. tapi lama-kelamaan aku sudah terbiasa. Pejam celik pejam celik, nanti tamat semester aku baliklah jumpa dia.

Dalam sibuk-sibuk menyiapkan assignment, telefonku berbunyi. Aku pandang pada skrin. ‘1 New Message; Mr. Charming. Aku senyum. Aku pandang pada bear di sisiku.

“Charming, ni Charming nombor 1 dah datang..’ kataku pada Charmingku yang bermata bulat itu. Butang open aku tekan untuk membaca mesejnya.

‘raining…make me miss u….’ aku senyum sendiri membacanya. Mr. Charmingku ini memang.

‘Oh ye? Miz me? How much?’ aku membalas.

‘klu Lin ada kat sini, u will knw how muc I mz u.. I wl show u hw mc it is.’ Jawapan nakalnya membuat aku tergelak. Belum sempat mahu membalas, telefon menjerit minta diangkat.

“Assalamualaikum, darling..”suaranya yang selalu aku rindu. Yang selalu buat aku tenang.

“Waalaikumussalam sayang..”jawabku sopan.

“Hujan…”ujarnya meleret, macam budak-budak. Aku tergelak. Kedengaran bunyi hujan yang agak lebat di talian sana. Hmm..dia sukakan hujan..katanya kerana pertama kali dia berdua bersamaku adalah ketika hujan..ketika menghantarku pulang pada petang itu suatu ketika dulu. Aku rasa aku pun nak suka hujan jugalah..hujan itu romantik! Kata dia.

“So…?”aku main-main.

“So…I want you..need you…”jawabnya manja bercampur nakal. Nakal itu memang selalu ada. Aku senyum lebar mendengarnya. Terasa makin rindukan dirinya.

“Sabarlahh sayang..Lin rindu jugak tau. Tapi sekarang sangat sibuk. Nak balik hujung minggu tak sempat. Sabar dulu okay.. tak lama lagi, dah nak cuti study week..nanti Lin balik kejap..”

“No..tak payah dulu.. kalau ada masa nanti abang ke sana..dua hari cukuplah. Lepas tu janji kena study untuk exam, okay?”katanya. Aku tergelak lagi. Ye lah tu dua hari..

“Dua hari? Cukup ke?” usikku.

“Kalau ikut hati mana cukup.. Tapi, your exam lebih penting darling.. lepas tu cuti panjang dah, masa tu you will be mine 24/7. Hahaha.” Katanya dalam gurauan di hujung kata-katanya.

“Gatal tak habis..” aku merungut padahal suka. Dia tergelak.

“Hanya dengan Lin..tak apa..dapat pahala..”jawabnya. Aku ketawa lepas. Sudah tak tahan mendengar. Sejak menjadi Muhammad Nur Iman ni, ada saja jawapannya. Secara jujurnya aku kagum dengannya, dia rajin berusaha mendalami ilmu agama. Malah aku tidak malu mengatakan, ilmunya lebih banyak dariku. Sering saja aku tewas bila berhujah dengannya. Ada saja jawapannya.

“Sayang…jaga diri tau. Doakan Lin kat sini. I love you.”ujarku ketika mahu menamatkan talian.

“Yes my dear darling.. you too, please take care. Jaga diri, jaga hati tau.. Jaga iman juga..”pesannya.

“Iman mana?” soalku main-main.

“Iman dalam hati.. Iman kat sini tak apa, insyaAllah akan selalu terjaga..Dia hanya senang tergoda bila ada darling dia kat sebelah dia aje..insyaAllah.” jawabnya. Aku gelak lagi. InsyaAllah..

********

Aku baru selesai menduduki kertas terakhir hari ini ketika telefonku berbunyi nyaring. Nombor yang tidak aku kenali.

“Hallo..can I speak to Umaira?”soal suara di sana.

“Yes, speaking.”

“You, Umaira? Okay, lets me go straight to the point. I, Cheng punya former wife! Ada hal I nak bincang dengan u.” katanya dalam nada yang aku sendiri tidak dapat ditafsir. Aku mula rasa berdebar. Kenapa tiba-tiba boleh muncul wanita ini? Apa yang dia mahukan dariku? Dari mana dia mendapat nombor aku? Hmm..serta merta aku teringatkan Mr.Charmingku. Masih berhubungkah mereka?

“Ada perkara perlu kita bincang..tentang Cheng.”

“He’s Iman..”

“Whatever..yang penting I nak jumpa you.. as soon as possible.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience