Bab 8

Romance Completed 12824

Dua tahun berlalu….

Hari ini keputusan STPM sudah ada di tangan. Dua tahun lalu, aku menggenggam result SPM yang sekadar ada 5A itu. Cukup-cukup makan. Dan kerana cukup-cukup makan tulah aku berada di tingkatan enam. Tapi sekarang aku tak menyesal belajar di tingkatan enam, dan tidak merasa rendah diri melihat rakan-rakanku sudah ada di menara gading sebaik saja habis SPM. Kerana, hari ini, aku sedang menggenggam satu slip yang sangat mahal harganya. Keputusan ini, aku tidak nafikan, selain dari izin-Nya, dan selain dari berkat usahaku, dan doa papa dan mama, ia juga adalah hasil sokongan seorang insan yang selama ini suka memberi aku semangat bila aku rasa mahu terjatuh. Mr. Cheng! Haha.. hubungan kami berterusan walaupun aku sudah tamat SPM dan dia bukan lagi guruku. Malah aku belajar di tingkatan enam ni pun, di sekolah baru. Kerana sekolah lamaku tidak menyediakan pengajian tingkatan enam! Namun, aku ada nombor telefonnya. Aku juga jadi friend dalam facnya. Hmm… kadang-kadnag aku rasa dia macam seorang ayah, menasihatkan bila aku keliru. Kadang-kadang dia macam kawan, menyokong bila aku perlu. Kadang-kadang jugak, dia tu aku rasa macam orang yang sangat special, apa-apa saja aku boleh kongsi dengannya dan dia bersedia untukku. Banyak cerita, suka dukaku sepanjang jadi pelajar STPM, aku cerita pada dia. Cerita suka dukaku di rumah, aku kadnag-kadang story mory pada dia. Cuma satu aku tak pernah beritahu dia, iaitu aku menyayanginya lebih dari seorang guru, dan aku selalu berdoa agar suatu hari Tuhan akan memberi hidayah-Nya kepada dia dan mengizinkan dia untuk berada di landasan agama yang sama denganku.

“Nak pergi U mana?”soal Mr. Cheng suatu hari ketika dia menghubungiku. Nampak pelik bukan? Hakikatnya aku hanyalah bekas studentnya tapi hubungan kami sekarang macam kawan. Untuk lebih-lebih, aku tidak berani kerana dia adalah seorang suami! Hahah. Lagipula, selagi aku rasa aku tidak menyusahkan Mr. Cheng dengan ‘persahabatan’ ini, apa salahnya kalau kami terus berhubung kan? Sir pun baik je melayan aku.

“UM.. nak pergi cari bekas-bekas kekasih sir. Hahahahahha” aku tergelak di hujung kata. Dia turut sama tergelak. Sudah lali dengan kenakalanku. Dulu, UM tu adalah tempat dia mencari ilmu sebelum menjadi guru. Sebab itu aku nak ke sana juga. Rasa macam semangat jer nak pergi.

“Kalau tak dapat UM?” usulnya.

“Macam mendoakan orang tak dapat je..”

“Bukanla girl.,kita hidup, kena ada plan A,B C….”

“UPSI.”

“Hmm?”

“TESL. ”jawabku pendek. Kedengaran dia gelak kecil.

“So, sekarang, sama ada lawyer atau teacher la ni? Hmm..dua-dua macam ada potensi nak dapat ni. Muet Ira pun okay, band 4. Tapi dalam dua, kita hanya mampu memilih satu, sayang. Remember that.” Ujar Mr. Cheng lancar. Aku terkedu. Dia kerap benar panggil aku dengan panggilang begitu. Sayang, dear, sweetheart. Mesti terpengaruh dengan novel-novel Inggeris yang mana heronya selalu guna panggilan romantik macam tu bila bercakap. Aku tidak mahu mengulas apa-apa pasal itu, aku sekadar anggap itu caranya yang biasa. Aku pandang wajahnya. Yea..dia sudah terlalu banyak mengajarku tentang hidup. Cuma aku je yang tak berjaya nak ajar dia tentang agama Islam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience