BAB 1

Romance Completed 12824

Aku memandang name tag yang terlekat kemas di dada sebelah kirinya. Sebelum ini memang aku mengenali guru ini, cumanya sebelum ni dia tidak pernah mengajar kelasku. Tapi bermula hari ini, dia akan menjadi guruku. Mengajar subjek Bahasa Inggeris di kelasku. Setelah hampir dua bulan kami tidak ada guru Bahasa Inggeris setelah teacher Yusliza berpindah, sekarang, tiada alasan lagi mahu melepak-lepak di perpustakaan bila waktu subjek Bahasa Inggeris tiba! Hari pertama menjadi pelajarnya, kami biasa-biasa saja. Dia cuma berikan satu tugasan, iaitu menulis satu karangan dan perlu dihantar kepadanya sebelum kelas berakhir. dan hari itu, aku adalah antara yang terawal menyiapkan karangan itu.

“PMR dulu, result BI dapat apa?” soalnya sambil dia terus membaca dan menanda karanganku.

“A..” jawabku pendek, malu-malu juga. Dia mengangkat wajah. Memerhatiku dengan mata coklat perangnya itu.

“Oh..no wonder..” ujarnya perlahan. Dia mengembalikan bukuku berserta sebuah senyuman. Dan aku, entah kenapa, pertama kali merasa berdebar dan gembira menjadi pelajarnya. Haih. Mengapakah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience