Bab 26

Romance Completed 12824

“Lekanya dok pandang burung tu buat sarang, kenapa?” soalku ketika membawa dulang berisi air sejuk untuknya yang berehat di kerusi batu yang berada di halaman rumah kami. Leka matanya kuperhatikan tertala ke arah seekor burung yang sedang membuat sarang di dahan sepohon pokok di tepi jalan berhampiran rumah. Dia menarikku rapat padanya. Aku melabuh punggung atas ribanya.

Dia mencabut sehelai rumput yang ada dilaman. Aku sekadar memerhati.

“I wonder why the grass is green, and why the wind is never seen?” dia berkata. Aku diam seketika. Mencerna maksud. Seketika aku teringat, itu adalah salah satu baris ayat dalam puisi yang pernah aku baca dulu. Puisi bertajuk I Wonder..puisi untuk pelajar tingkatan satu.

“Who taught the birds to build a nest, and told the trees to take a rest?” aku menyambung. Dia angkat kening, pasti tidak menduga aku menghafal. Memang aku hafal, sebab pertama kali aku ajar adik bongsuku pasal puisi ini, aku sudah tertarik dengannya.

“When the moon is not quite round, where can the missing bit be found?” dia menyambung pula. Aku senyum sambil mengusap keningnya lembut.

“Who lights the stars, when they blow out, and makes the lightening flash about?” dalam bisikan aku menyambung.

“Who paints the rainbows in the sky, and hangs the fluffy clouds so high?” ….. dia menyambung sambil menarik hidungku, macam biasa. Aku senyum manis.

“Sayang hafal puisi ni..?”

“Ini puisi yang sentuh hati abang..and buat abang terfikir sesuatu..”

“Fikir apa..?” soalku menduga.

“There’s a great power behind all of these…..” ucapnya tanpa menghabiskan ayat. Aku angguk.

Tuhan..syukur atas anugerah-Mu yang tidak terhingga. Doaku untuk melihat dia berjalan di atas jalan yang sama denganku tercapai. Doaku untuk melihat dia memegang nama ‘Muhammad’ di hadapan namanya Kau perkenankan. Terima kasih, Tuhan Yang Maha Agung.

Engkau mengajarku satu perkara..bahawa…Setiap yang berlaku adalah atas kehendak-Mu jua.

DAN PERTEMUAN ANTARA CHARMING DAN DARLING JUGA ADALAH ATAS KEHENDAKMU..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience