Bab 22

Romance Completed 12824

“Nak ke mana..?” soalku padanya bila dia membelok bukan ke arah jalan ke rumah kami. Hari ini dia menjemputku dari stesen bas. Aku pulang dengan bas saja. Barangku yang berlambak semua aku poskan pakai perkhidmatan lori. Senang, tidak menyusahkan siapa-siapa, apa lagi dia. Kalau musim cuti sekolah tak apa la juga, boleh aku mengada-ngada.

“Adala..”

“Sayang…??”

Dia sekadar tersenyum. Dia membawaku sehingga tiba di hadapan sebuah hotel mewah yang tersergam indah. Aku memandang wajahnya.

“Sayang…buat apa kita ke sini…?” soalku. Dia sengih.

“Bercuti..”

“Bercuti apa tengah-tengah pusat bandar macam ni..?”

“Bercutilah..” jawabnya lagi. Aku senyum, menggeleng kepala. Dia mengangkat-angkat kening. Aku melepas tawa. Tidak tahan dengan riak wajahnya.

“I just want to be alone..with you, my love..” bisiknya sambil mengangkat beg bajunya yang sederhana besar itu. Aku terkedu.

“Kat rumah pun kita berdua saja..”

“Rumah lain…nanti ada orang kacau..” balasnya. Aku mengekorinya ke kaunter. Setelah selesai berurusan, kami menuju ke bilik yang ditempah. Aku terpesona. Terasa lega dan tenang memandang ruang bilik yang kemas dan cantik.

“Berapa hari nak ‘bercuti’ kat sini? Tu kereta tu kereta siapa?” aku berbaring di atas katil. Penat berada dalam bas hampir 7 jam.

“Kereta kawan. Pinjam. Kalau pakai kereta sendiri nanti senang orang nak cam..”

“Sayang…kenapa ni?”

“Vannesa…”

“Kenapa dengan dia..?”

“Selalu bergaduh sebab cemburukan awak, my dear. Kalau dia tahu Sayang luangkan masa dengan Lin macam ni ni, confirm melayang pasu bunga lagi kat rumah tu. Sebab tu malas nak balik..”

“Kalau tak balik rumah dia, Sayang balik rumah kita?”

“Mestilah..nak balik mana lagi, walaupun Lin tak ada. Sekali sekala je balik rumah mommy..” dia berbaring di sebelahku. Merenungku lama-lama. Dia mengusap pipiku.

“I missed you so much.. hari tu Lin tak balik cuti, Sayang ingat nak curi masa hujung minggu pergi sana..tapi sebab mommy dan Vannesa, terpaksala cancel. I’m sorry sweetheart..semuanya luar kawalan abang.” ujarnya, meminta maaf. Aku senyum. menggenggam tangannya.

“Tak apa.. Lin faham.”

“You’re hurt so much, I know..”

“Cukuplah kalau Sayang happy..”

“Happy apa..serabut adala..”

“Happy sebab ada mommy..mommy dah tak marah Sayang…” balasku. Dia diam. Angguk. Aku kerling wajahnya.

“Eh..betul ke serabut. Semua orang lelaki suka kalau dapat isteri lebih dari sorang..” aku mengusik, juga menduga.

“Kalau nak fikirkan nafsu memang la suka… jawabnya selamba. “Kalau kes macam abang..apa yang sukanya..bala..hari-hari tension..dulu dia bukan begitu. Sekarang, jadi queen control..” dalam tidak sedar dia mengeluh. Aku senyum kecil. Mencubit pipinya lembut.

“Tak baik begitu. Dia maybe cemburu sebab tau dalam hati Sayang bukan ada dia sorang..tapi ada Lin juga..”

“Pembetulan..dalam hati abang ada Lin sorang..dia tu…”

“Dia pun wife Sayang..tak baik..”

“Susah nak jadi adil..perasaan tu bukan macam biskut, boleh bahagi sama rata..” bidasnya. Aku tergelak. Dia mencuka.

“I’m serious, love.. Lin macam tak rasa apa-apa..” komennya. Aku diam.

“Sebab Lin tak mahu abang makin susah hati kalau tengok Lin sedih.. Lagipun buat apa nak sedih-sedih, Lin tau Lin tetap kat hati Sayang..”

Dia menatap anak mataku. Sebuah kucupan hangat singgah di dahi.

“Sayang tak tau apa pengakhiran kisah kita..I don’t know what to do.”

Aku merenungnya lama. Aku juga berfikir begitu. Entah bagaimana pengakhirannya. Aku hanya mampu berserah.

“Lusa kita balik rumah mama dan papa, okay. Dah lama tak balik..” usulnya. Aku membulatkan mata. Senyum gembira.

“Tapi sebelum tu nak upah dulu…dua hari kat sini, I just want you..” ujarnya meleret, aku tergelak. Aku bingkas bangun, mencapai tuala yang disediakan dan berlalu ke bilik air. Aku perlu mandi dan membersihkan diri setelah 7 jam perjalanan. Dia senyum. Nakal dan manja. Aku mencebik. Dia tergelak. Aku bersyukur, dia masih mencari kesempatan untuk membuat aku bahagia bersamanya. Aku tahu, dia selalu berusaha membuat aku tersenyum walau dalam apa pun keadaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience