Bab 6

Romance Completed 12824

Petang itu, sebaik saja selesai buat study group, aku bergegas mahu pulang. Aku kena jalan kaki ni. Hanim pula macamm biasa, menunggu bas untuk pulang. Rumahnya agak jauh dari sekolah, mana mungkin nak jalan kaki amcam aku. Syamsul dan Fakrul sudah pulang, dengan motorsikal Syamsullah. Mira pula, balik rumah sepupunya, di kawasan perumahan di hadapan sekolah ini. Malam nanti baru dia akan pulang ke rumah, kerana ibu bapanya ke luar daerah dan hanya akan sampai malam ini.

Ketika aku mahu melangkah keluar dari pintu pagar bersama Hanim, aku terperasan sebuah kereta terparkir di garaj paling tepi. Kereta handsome idamanku. Aku pandang lagi. Kalau-kalau tuannya ada. Alah..cermin gelap pulak. Aku berjalan terus. Hanim berhenti di bus stop berhadapan dengan pintu pagar sekolah, manakala aku meneruskan berjalan ke lorong kecil. Lorong biasa aku lalu untuk pulang. Tiba-tiba aku dengar bunyi hon. Aku berpaling. Sir? Eh. Hanim pun ada? Aku berjalan mendekat dan menjenguk ke dalam. Hanim di tempat duduk belakang tersengih.

“Come in. Sir hantarkan. Nak hujan ni..” kata Mr. Cheng. Aku diam. Berfikir-fikir. Tapi belum sempat nak menolak, dia sudah membukakan pintu di sebelah pemandu. Nak tak nak, aku melangkah masuk jugak. Sepanjang perjalanan, semuanya membisu. Mr. Cheng menghantar Hanim terlebih dahulu memandangkan dalam perjalanan, kami melalui lorong ke rumah Hanim dulu. Rumah aku, kalau jalan kaki, dekat saja, ikut jalan kampung, lorong-lorong kecik. Tapi kalau ikut jalan raya berturap, boleh tahan la jauhnya. Tapi nasib baik satu hala saja dengan jalan ke rumah Mr. Cheng.

Selepas menghantar Hanim, kini hala tuju kami adalah rumahku. Dalam perjalanan, kami diam saja. Alahai..sejak bila aku jadi pemalu sangat bila dengan sir ni? biasanya mulut cakap tak kalah.

“Senyap je..” sapanya. Aku senyum. Ralit memerhati rintik-rintik hujan yang mula jatuh ke tanah sebenarnya.

“Hujan dah…nasib baik ada sir.” Aku bersuara. Dia tersenyum. Macam biasa,bibir merahnya sangat mempesona bila tersenyum.

“Ada nak pergi mana-mana dulu sebelum balik? Having something for dinner, perhaps?” soalnya. Aku memandang jam di tangan. Hampir 6.30 minit. Aku mana ada nak beli apa-apa untuk dinner. Mak pasti dah masak untuk makan malam kami. Aku menggeleng. Lagipun aku masih belum solat Asar ni..

“Tak ada kot..err..lagipun dah lewat, orang belum solat Asar lagi.” kataku. Dia angguk.

“Sejak bila belajar solat?” soalan darinya yang aku tak sangka.

“Sejak kecik. Tak ingat masa umur berapa tahun.”

“Pernah tinggal solat selepas itu?” soalnya lagi. Aku kerut kening. Aik..soalan apa ni..

“Errr…pernah. Masa kecik-kecik, selalu tinggal solat Isyak, sebab mengantuk, tidur awal, mak kejut pun dah malas nak bangun. Solat Subuh pun selalu, especially kalau hari cuti.. tapi sekarang, Alhamdulillah..tak tingggal pun..”jawabku. Macam biasa, kadang-kadang berbual dengan guruku ini membuatkan aku rasa bagaikan dia kawanku. Santai, spoting, understanding! Sebab tu aku sayang! Hahaha..pengakuan berani mati. Kalau Hanim dengar ni, mahu dia pengsan tujuh hari tujuh malam.

“Kenapa perempuan, bila diorang having their menstrual, tak apa kalau tak solat, malah diharamkan untuknya solat dan buat ibadah lain..ada explanation?” Mak aih.. soalan ni dia bagi? Soalan BI yang dia bagi masa dalam kelas pun takdelah susah macam ni. Dia pandang wajahku. Segannya nak jawab..tapi memikirkan dia bukan Islam, aku rasa aku harus membuat dia faham. Bukankah aku selalu mengharapkan agar dia diberikan hidayah? Jadi aku harus membantunya mencari jalan itu, dengan caraku sendiri, selagi mampu. Selebihnya, berserah pada Allah, kerana hidayah itu milikNya.

“Ermm…salah satu sebab, sebab Allah sayangkan makhluk ciptaannya yang bernama perempuan. Dia yang menciptakan kita, jadi dia yang lebih tahu tentang kita. Perempuan, bila dia err..dia tengah ‘period’, Allah bagi dia rehat dari segala ibadah. Sebab masa dalam keadaaan itu, biasanya perempuan akan rasa sakit, sakit sana, sakit sini. So, sebab tu Allah bagi keizinan untuk berehat. Malah Allah haramkan untuk solat, dan beribadah seperti puasa dan lain-lain tu, sebab nanti takut akan memudaratkan atau menyusahkan pula. Lagipun, setakat yang orang pernah baca, bila perempuan dalam keadaan itu, berbahaya kalau dia solat, especially masa dia sujud. Sebab masa sujud, darah akan bergerak turun dengan banyak pada rahim. So, bahaya untuk orang yang tengah period sebab nanti darah kotor tu akan masuk dalam rahim dia. Kalau untuk perempuan mengandung, dan dalam keadaan biasa, sujud itu bagus untuk kekuatan rahim. Itu yang orang bacalah..kajian saintifik. Tapi apa yang pasti, bagi orang, Setiap yang Allah suruh dan larang itu, pasti ada sebab. Setiap yang akan memudaratkan hamba-hambanya, Dia akan haramkan.” aku menjawab panjang lebar. Mr. Cheng terdiam seketika, seolah-olah sedang memikirkan logiknya.

“Anyway, apa pandangan Ira, kalau sir katakan orang Islam sekarang, sudah macam orang tak ada agama.? Sudah tak boleh nak membezakannya, malah kelakuan mereka adakalanya lebih teruk dari yang tak ada agama. Bagaimana?” Alamak.. soalan menguji ni. Aku budak baru nak ambik SPM, rasanya agak susah jugak nak jawab. Tapi, aku rasa aku tau macam mana nak jawab ni..

“Yea..betul. Tapi kita tak boleh menilai Islam hanya dengan melihat umatnya. Kalau agama sir pun, sama aje. Ajaran agama sir melarang penganutnya berbuat sombong, melarang pembunuhan, melarang minum arak, melarang berzina dan sebagainya. Tapi setakat yang orang tengok, sorry to say la, ramai je orang yang seagama dengan sir yang terlibat dengan semua larangan tu. Diorang sombong jugak, minum arak, mabuk-mabuk, sesetengahnya ada ramai perempuan keliliing pinggang, masuk hotel sana sini walaupun tak kahwin.. Jadi, orang bolehlah kata, agama sir tu sangat teruk, sebab penganutnya teruk. Ye tak? Tapi orang tak boleh cakap macam tu, sebab itu tak adil namanya. Kita tak boleh menilai agama itu berdasarkan kelakuan umatnya. Kita kena faham ajaran agama itu sendiri, baru betul. Erm…pernah dengar ayat ni tak, ‘I’m a Muslim. Islam is perfect, but I m not. If I make mistake, blame on me, not on my religion.’” Aku menarik nafas dan menelan liur. Aku lihat dia terdiam dan mengangguk kecil.

“Tapi orang tak nafikan, kita yang bertanggungjawab menjaga imej agama kita supaya orang lain tak salah faham. Dan kelemahan umat Islam sekarang adalah macam yang sir cakap tadi. Tak ada pegangan agama yang sebenar-benarnya, tu yang jadi macam tu.” sambungku. Mr. Cheng diam. Dia nampak mengelamun. Aku teguk liur. Aku ada salah cakap apa-apa yang sensitifkah?

“Macam Ira,.sir selalu nampak awak pergi solat kat surau setiap hari. Rasanya ada kelebihan pada solat tu yang sir nampak.” Ujarnya. Aku kerut dahi sambil senyum.

“Solat tu mendidik manusia untuk berdisiplin. Setiap solat ada waktunya masing-masing, tak boleh buat pada sebarangan waktu. Ada had waktunya pula. Kan?” kataya. Aku angguk. Benar sekali.

“Sir rapat ke dengan Ustaz Aziz? Orang selalu tengok sir berdua dengan dia.” soalku, mengalih topik dari membicarakan soal agama. Aku takut aku akan tercakap sesuatu yang membuat dia terasa. Dia angguk. Setelah itu kami diam. Aku memerhati hujan yang turun.

“Hujan..sangat indah. Orang suka hujan.” aku bersuara lagi. Dia menoleh, memandangku. Aku senyum. Nak buat apa lagi.

“Pelangi..!” ujarnya kemudian. Aku pandang ke hadapan, ke arah dia memandang. Ya Tuhan. Cantiknya…. Dua pelangi. Satu berwarna terang, satu lagi sudah samar-samar. Cantik, dengan awan-awan yang terbentuk di sekelilingnya juga.

“Who paints the rainbows in the sky, and hangs the fluffy clouds so high?” tanpa sedar aku terbaca satu baris ayat dalam buku Poem Bahasa Inggeris adik bongsuku yang aku baca semalam. Mr. Cheng menoleh padaku. Dia juga mengajar pelajar tingkatan satu. Dia kenal dengan baris ayat itu aku rasa. Aku yang tersedar cara renungan Mr. Cheng yang ralit merenungnya mengangkat kening. Mr. Cheng menggeleng.

“Who paints..?” Mr. Cheng sengaja menduga. Dia sengaja menduga barangkali. Aku tahu dia sudah dapat mengagak jawapannya.

“DIA..” jawabku perlahan tapi tegas. Suasana bisu selepas itu sehingga tiba di hadapan rumah.

Petang itu, hatiku berbunga-bunga..sebaik saja turun dari keretanya tadi, rasa macam nak nangis pulak. Oh..kenapakah? hmm…ada yang tak kena ni dengan hati aku ni..dah pandai buat hal pulak dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience