BAB 9 - AKU TERIMA NIKAHNYA

Romance Completed 191238

Dia laju melangkah masuk ke ruang pejabat itu. Dilihat Azza sedang sibuk menyiapkan kerjanya.

" hai Azza, encik Qashaf ada tak?" soalnya.

"eh Zia, ada.. Nak bagi dokumen ke?" soal Azza saat melihat dokumen di tangan Zia.

"err.. Haah, urgent." tipu Zia.

"boleh, masuk je, lagipun encik Qashaf pun tengah free." ujar Azza lagi.

Zia mengangguk lalu melangkah ke bilik bos a.k.a tunang rahsianya.

Dua kali ketuk, kedengaran suara lelaki itu menyuruh masuk. Dia melangkah masuk ke dalam dan saat pintu ditutup dia dapat melihat mata Qashaf memanahnya.

" explain! " ujar Zia sambil mendekati meja lelaki itu.

"have a seat" ujar Qashaf tenang.

"no thanks! Apa yang encik cuba buat sekarang ni?!" soal Zia terus terang.

Qashaf menjarakkan kerusi ke belakang lalu dia berdiri. Kedua Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Dan dengan tenang dia mendekati Zia.

"saya nak kita kahwin itu saja. Saya nak tunaikan permintaan arwah Iman. Dan saya yakin awak pun nak lakukan benda sama kan? Both of us love her so much. And i can see it in your eyes Zia." ujar Qashaf.

"macam mana dengan perasaan encik? Encik sanggup seksa perasaan encik sendiri? Kahwin dengan saya yang encik tak kenal pun!"

"perasaan saya biar saya sendiri yang uruskan. Awak tak perlu tahu. Kita kahwin dan amanat arwah, kita tunaikan. Settled" ujar Qashaf.

Zia memicit dahinya. Perasaannya berbelah bahagi ketika ini. Tapi bayangan Nur Iman tersenyum tiba-tiba menerpa fikirannya. Dia mengeluh perlahan. Tiada guna untuk dia menolak lagi kerana pinangan lelaki itu telah dia terima. Tiba-tiba hatinya terdetik agar mengikut saja arus takdir dirinya. Mungkin ini dugaan yang harus dia tempuhi.

"Baiklah, tapi saya ada permintaan." ujar Zia.

Qashaf terkedu apabila mendengar gadis itu tiba-tiba bersetuju. Dia memandang tepat ke dalam mata Zia lalu menjungkit keningnya.

"tiada siapa di syarikat ini boleh tahu kita kahwin. Dan ia akan jadi rahsia sehingga satu tempoh masa yang dirasakan perlu di rahsiakan"

"easy, Zia. As your wish!" balas Qashaf.

"encik kena beritahu parent encik. Pandai-pandai la encik nak bagi alasan kenapa kita rahsiakan perkahwinan kita." ujar Zia lalu melangkah keluar dari bilik lelaki itu.

Qashaf melihat Zia meninggalkan biliknya lalu dia menjunggkit kedua bahunya lalu kembali ke kerusinya.
. .
. .
. .
. .
. .
. .

Jam menunjukkan pukul 6 petang, Zia menghampiri keretanya. Petang itu dia ingin singgah ke pasaraya membeli barangan dapur memandangkan Laila mesej bahawa dia tidak sempat membelinya.

Saat membuka pintu keretanya, tiba-tiba ada tangan yang laju menutup kembali pintu itu. Terkedu Zia saat melihat figura di sebelahnya itu.

"hai cik adik manis! Kenal aku lagi tak?" soal Jamal menyeringai sengih.

Zia mengundur dua tapak. Beg tangannya digenggam kemas.

"uishh jangan takut! Aku bukan nak makan kau pun! Tak sangka kan, mak aku punya gila cari kau rupa-rupanya dekat sini kau ya!?" perli Jamal lagi.

"apa kau nak lagi Jamal?!" soal Zia geram. Matanya sesekali melihat ke sekeliling, mengharapkan ada orang akan muncul di situ.

"takkan la kau ni dah lupa apa yang mak aku nak? Zia, zia.... Kau ingat mak Zainab tu akan berdiam diri?"

Jamal mendekatkan dirinya kepada Zia dan tiba-tiba dia menyambar lengan gadid itu.

"apa kau buat ni!!" jerit Zia.

"kau dengar sini Zia, lebih baik kau serahkan harta Pak long pada kita orang!kau tak layak dapat harta Pak long!! Faham!!" marah Jamal lagi,seketika dia tersenyum sinis sambil matanya galak meneroka wajah cantik Zia.

"kau memang cantik, Zia. Apa kata kau kahwin dengan aku,dapat la aku merasa harta yang kau dapat tu. Aku pun dapat la rasa kau jugak" bisik Jamal di telinga.

Meremang bulu roma Zia saat itu. Kuat dia menarik lengannya namun tak berjaya.

"aku anak papa! Papa yang wasiatkan semua tu! Dari aku bagi dekat kau, baik aku bagi dekat ayah Is!! Lepaskan aku!" jerit Zia lagi.

"kau tahu tak kau tak layak!! Kau nak tahu tak sebab apa, sayang?" soal Jamal lagi. Namun wangian Zia mengocak nafsunya.

Saat itu Jamal seperti tidak boleh menahan dirinya, dia cuba untuk mencium Zia namun gadis itu sedaya upaya mempertahankan dirinya.

" lepaskan aku. Tolong!! " jerit Zia lagi.

" Woi!!! "

Terhenti pergerakan Jamal saat itu. Dia melihat seorang lelaki menghampiri mereka. Jamal cuba mengawal riak wajahnya.

"sorry bro! Lau jangan masuk campur, ni Masalah laki bini" ujar Jamal tanpa rasa bersalah.

"laki bini kepala hotak kau!!" satu tumbukan mengenai muka Jamal saat itu.

Jatuh tersungkur Jamal saat itu.

"Zia, awak okay ke?" soal Faiz.

Zia mengangguk lalu menyorok ke belakang Faiz.

"tak guna!" jerit Jamal.

Namun, saat dia ingin membalas dia melihat dua pengawal keselamatan berlari menghampiri mereka. Dan dengan laju Jamal melarikan diri. Saat Faiz ingin mengejar, laju tangan Zia menahannya.

"biarkan dia Faiz" ujar Zia perlahan.

Akhirnya Faiz mengalah. Dia mengarahkan pengawal itu beredar dan dia membantu Zia membuka pintu kereta milik gadis itu.

"awak betul-betul okay tak ni?" soal Faiz lagi.

"saya okay. Terima kasih bantu saya tadi" ujar Zia tersenyum.

Faiz hanya merenung wajah di depannya itu. Dia ingin menanyakan siapa gerangan lelaki itu namun saat melihat wajah keruh itu, dia menyimpan dulu niatnya itu.

"awak boleh drive tak? Kalau tak boleh biar saya hantar awak balik."

" takpe, saya boleh drive. Awak jangan risau ya" balas Zia tersenyum manis.

"baiklah kalau macam tu. Dah, tutup pintu kereta ni and lock. Awak balik dulu Saya tengok awak dari sini" ujar Faiz prihatin. Zia mengangguk lalu mengikut arahan Faiz.

Setelah menghidupkan enjin kereta, dia terus meninggalkan parking tersebut. Faiz pula memerhati kereta Zia menghilang lalu dia menuju ke keretanya. Tanpa mereka berdua sedar, ada sepasang mata memerhatikan gerak geri mereka dari tadi.
. .
. .
. .
. .
. .
. .
.
.

Zia melihat khemah kanopi yang tersusun di laman rumah Haji Ismail itu. Dia termenung di atas pangkin. Memikirkan apa yang harus dia tempuhi selepas ini. Adakah dia bersedia? Dia sendiri tidak tahu.

"Zia...."

Dia menoleh dan saat itu dia melihat wajah Haji Ismail tersenyum memandangnya. Haji Ismail duduk di sebelah Zia.

"Zia dah bersedia?" soal Haji Ismail.

"entahlah Ayah Is, Zia tak tahu. Macam terlalu cepat perkara ini berlaku" balas Zia.

"Zia dah macam anak ayah Is, riak wajah kamu pun ayah Is dah tahu. Maaf kalau apa yang Ayah Is cakap ni menyinggung perasaan kamu tapi hati Ayah Is rasa yang kamu tidak rela dengan pernikahan ini. Apa yang kamu cuba sembunyikan sebenarnya?" tebak Haji Ismail.

Berubah riak wajah Zia saat itu. Dia menunduk melihat tanah merah itu.

" Sebenarnya.... " susah untuk dia luahkan namun di harus berkongsi hal itu dengan seseorang selain Laila. Seseorang yang lebih berpengalaman seperti bapa saudaranya itu.

"sebenarnya kami kahwin bukan atas dasar suka sama suka" luah Zia.

"maksud kamu?" soal Haji Ismail yang kurang jelas.

"kami kahwin atas permintaan arwah kawan Zia, dia minta kami kahwin. Qashaf tu suami arwah kawan Zia." ujar Zia lagi.

Terkesima Haji Ismail saat itu. Dia menggelengkan kepalanya.

"kenapa perlu paksa diri Masing-masing, lagipun tak berdosa jika kamu tak penuhi permintaannya itu." ujar Haji Ismail.

"tapi... Zia sayang arwah kak Iman sangat-sangat" jatuh air matanya saat itu.

"Zia, kahwin ni bukan perkara main-main. Saat lafaznya akad, kamu harus memberikan sepenuh hati kamu buat suami kamu. Ayah Is tak nak menuduh kamu. Bagi Ayah Is, ini semua jodoh. Mungkin Allah detikkan hati arwah untuk kamu mengahwini suami dia. Ini juga boleh jadi kerana kamu adalah jodoh Qashaf selepas arwah isterinya. Ayah Is takkan menghalang, tapi Ayah Is nak pesan, setelah kamu menjadi isteri yang sah, cinta kamu hanya untuk suami. Jangan ada rasa paksaan dalam hati, kalau dia tidak cintakan kamu, cubalah tawan hatinya. Sayang dan setialah padanya, nescaya ganjaran syurga buat kamu nanti" ujar Haji Ismail.

Zia diam tidak menjawab. Dia hanya mendengar kata-kata nasihat dari bapa saudaranya itu.

"ingat pesan Ayah Is tu" ujar Haji ismail lagi.

Zia mengangguk kepalanya sambil tersenyum nipis. Saat melihat haji Ismail mula bangun, dia bersuara.

"ayah Is, mak cik Zainab tahu tak tentang pernikahan ni?" soal Zia risau.

"jangan risau, mak cik kamu tak tahu" ujar Haji Ismail tersenyum.

Haji Ismail Berlalu meninggalkannya di situ. Saat itu dia melihat Laila mendekatinya pula.

"Zia, ni.. Telefon kau dari tadi tak berhenti berbunyi." ujar Laila menghulurkan telefonnya.

Saat melihat senarai panggilan yang tak dijawab, terkedu dia sesaat. Semua itu panggilan daripada Qashaf. Selepas itu dia membuka mesej whatapps yabg diterima.

**** i'll be there at 10 am, tomorrow. Kindly tell Ayah Is****

Itu je? Dahlah mesej macam bagi arahan kerja. Zia melepaskan keluhan. Tanpa Zia sedar, Laila mengintai mesej di skrin.

"itu je, dah macam bagi arahan kerja je. Tak romantik langsung bakal laki kau ni" bebel Laila.

Zia hanya mampu menjungkit bahunya. Lalu kepalanya dilentok ke bahu Laila.

"boleh tak lepas kahwin kau tak payah pindah?" soal Laila tiba-tiba.

Terus tegak kepala Zia saat itu. Wajah muram Laila dipandang.

"aku sunyi kau takde Zia, lepas ni siapa nak borak dengan aku. Kau beritahu la laki kau nanti yang kau nak stay dekat rumah kita" ujar Laila lagi.

Terus meletus tawa Zia saat itu.

"ila, aku kalau boleh nak tinggal dengan kau sampai tua tapi aku tak boleh, nanti orang dapat hidu perkahwinan kami bermasalah. Selagi aku boleh sorok aku akan cuba sembunyikan." ujar Zia lagi.

"betul jugak. Sorry, aku pun tak sedar apa yang aku cakap ni" ujar Laila lalu memeluk bahu Zia.

"Zia, aku nak kau tahu. Kalau jadi apa-apa, aku ada untuk kau. Ingat tu" ujar Laila.

"ya mak cik. Aku ingat, kau je sahabat aku dunia akhirat" balas Zia membalas pelukan Laila.

"Sah!"

"sah!"

Haji ismail membacakan doa. Qashaf yang segak berbaju melayu putih gading tenang mendengar setiap bacaan doa tersebut. Akhirnya permintaan arwah isterinya yang terakhir ditunaikan.mampukah dia berlaku adil kepada Zia Raudhah kerana hatinya masih ada Nur Iman. Apa yang paling penting, bolehkah dia menerima Zia di dalam hatinya.

Zia yang cantik berbaju kurung moden berona sedondon dengan Qashaf duduk diapit Umi Tun dan datin Sarima menunduk menadah doa. Dalam sayu dia rasa gembira kerana hasrat Nur Iman dapat di tunaikan.
Mampukah Zia menjadi isteri buat Qashaf, kak iman?. Desis hatinya.

Datin Sarima tersenyum senang, ramai saudara mara memuji menantunya. Dia juga bersetuju kerana apabila melihat Zia yang berkulit putih mulus itu hanya bersolek nipis. Jurumekap yang merupakan sahabat menantunya itu cakap mahu mengekalkan kecantikkan aslinya dan Seri pengantin terpancar di mukanya. Saat matanya bertembung dengan menantunya itu, senyuman manis diberikan kepadanya melihatkan lesung pipit dipipi menantunya tu.

Qashaf mengaminkan doa saat selesai. Belahnya hanya saudara terdekat sahaja mengiringinya. Hatta, Faiz pun tidak mengetahui tentang perkahwinan ini.

Saat itu, dia diminta ke pelamin, dia menghampiri Zia untuk menyarungkan cincin perkahwinan. Ramai saudara mara dan jurugambar mengerumuni mereka berdua untuk mengambil gambar. Namum masing-masing sudah diberitahu bahawa jangan menyiarkan gambar tersebut ke internet dengan alasan majlis resepsi belum dapat diadakan lagi.

Saat Datin Sarima menghulurkan dulang cincin, Qashaf mengambil cincin tersebut lalu tangan kanan Zia di capai. ibarat memegang ais, tangan Zia yang sejuk digenggam lalu disarungkan cincin tersebut ke jari manis. Zia menyalam tangan Qashaf yang kini sudah jadi suaminya yang sah.

"pengantin lelaki kucup dahi pengantin perempuan ye" kedengaran suara jurugambar bersuara.

Zia terkedu saat mendengar kata-kata jurugambar. Dia melihat mata Qashaf ralit merenungnya. Dan saat itu dia melihat Qashaf menundukkan kepalanya. Lalu Dahi Zia dikucup lembut.

Selesai menyarungkan cincin, keluarga dan saudara mara bergambar bersama pengantin.

"pengantin rapat sikit, pegang tangan ye."ujar jurugambar lagi. Zia dan Qashaf berpandangan.

namun Zia tidak betah memandang lama lalu mengalihkan pandangannya. Tiba-tiba Qashaf merangkul pinggang Zia hampir membuatkan gadis itu melompat. Zia melihat Qashaf tersenyum kepada jurugambar di depan mereka. Handsome! kali pertama melihat senyuman Qashaf.
sebelum ni asyik masam je muka. Ternyata pabila lelaki itu senyum, berseri wajah lelaji itu.

Qashaf memperkenalkan Zia kepada saudara maranya. Dia hanya tersenyum nipis saat sanak saudara memuji Zia.

"Pandai kamu cari Qash,sama cantik sama padan. anak- anak mesti comel nanti" salah seorang mak ciknya bersuara.

Qashaf tetap tersenyum tanpa balasan. Zia tahu, lelaki bergelar suaminya itu hanya berlakon bahagia di depan orang ramai. Kerana hanya mereka saja tahu apa yang berada didalam hati.

Selesai majlis akad nikah, atas persetujuan mereka bersama mereka mengadakan majlis tahlil buat arwah Nur Iman di rumah keluarga Qashaf.

Zia menaiki kereta bersama Qashaf dan sepanjang perjalanan tiada butir bicara yang keluar dari mulut mereka. Zia lebih banyak memandang keluar tingkap. Dalam keadaan sunyi begitu fikirannya melayang menginggati arwah ibu bapanya.

Maafkan Zia, mama papa. Zia harap mama papa doakan agar Zia kuat dan bahagia di hari yang mendatang. Tanpa sedar air matanya jatuh membasahi pipi. Dengan perlahan dia menyapu air matanya agar tidak disedari Qashaf. Dia menyandar kepalanya dan wajahnya kekal menghadap tingkap.

"Zia...."

Saat kedengaran suara Qashaf, laju dia memejam matanya. Dia tidak mahu berbual saat itu. Kedengaran keluhan perlahan dari mulut lelaki itu.

Nasib baik ada Faiz... Huhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience