BAB 22 - KEJUTAN

Romance Completed 191238

Bunyi irama piano berkumandang mengiringi langkah pengantin ke pelamin. Kerlipan flash kamera menyinari mereka saat itu. Tanpa sedar Zia mengeratkan genggaman tangannya di lengan suaminya. Qashaf menoleh ke sebelah kirinya lalu tersenyum.

"don't be nervous sayang, i'm here.." bisik Qashaf perlahan.

Zia tersenyum merenung suaminya. Saat mereka sampai di pelamin, laju Laila membantu membetulkan veil milik Zia. Qashaf juga turut membantu membetulkan gaun tersebut. Ternyata tingkah Qashaf menarik perhatian semua tetamu. Ramai tetamu tersenyum melihat sikap gentleman Qashaf itu.

Laila terus turun dari pelamin saat selesai tugasnya. Dia berdiri di satu sudut sambil melihat pasangan mempelai yang sedang bersanding itu. Tersenyum sendirian dia saat itu. Jelas terpancar kebahagiaan di wajah sahabat baiknya itu. Dalam dia tekun melihat, tiba-tiba satu rempuhan yang agak kuat dari belakang membuatkan dia hampir tersungkur ke lantai, mujurlah ada meja yang sempat dia pegang. Laju matanya mencari si gerangan yang kurang didikan sivik itu.

"Maaf.... Saya tak sengaja" ujar lelaki tersebut.

Mencerlung mata Laila saat itu namun saat melihat sekeliling yang agak ramai dengan tetamu, dia tidak mahu membuat kekecohan di majlis orang. Sudahnya dia hanya menjeling kepada lelaki tersebut lalu pandangannya di hala ke pelamin semula.

" Kawan pengantin ke?" suara garau itu berbunyi lagi.

Laju Laila menoleh ke arah kanannya. Eh, mamat ni ada lagi! Desis hatinya. Dia tidak mengendahkan soalan itu.

" saya nampak awak tolong Zia tadi. Mesti awak ni kawan baik Zia kan" ujar lelaki itu lagi.

Keluhan kasar dilepaskan Laila. Dia menoleh ke arah lelaki itu dengan renungan tajam.

"awak dah ganggu saya nak tengok pengantin bersanding tahu tak!" bentak Laila perlahan. Mukanya jelas tidak puas hati dengan lelaki itu.

Tertawa kecil lelaki itu melihat riak wajah Laila.

"comel..." bisiknya cukup perlahan.

"apa dia?" soal Laila saat dia seakan mendengar lelaki itu berkata sesuatu.

"Saya Faiz, kawan baik Qashaf." ujar Faiz memperkenalkan dirinya.

Laila mengerutkan keningnya. Lelaki bernama Faiz itu di tilik lama.

"So encik Faiz, Boleh tak jangan ganggu saya nak menikmati majlis perkahwinan kawan baik saya dan encik Faiz?" ujar Laila sarkastikus.

"baiklah cik Laila..." ujar Faiz.

"apa dia??" soal Laila lagi saat mendengar lelaki itu menyebut namanya.

"Saya cakap baiklah..." balas Faiz tersenyum manis. Tanpa menunggu dia terus meninggalkan Laila disitu bersama senyuman dibibirnya.

Laila mencebik. Dia menjeling langkah Faiz yang makin menjauh itu. 'Dah la datang langgar kita, boleh pulak nak borak-borak.' marah Laila di dalam hati.

"hesyy kau ni Laila, dah macam budak-budak pulak nak bergaduh dengan orang" marahnya sendiri.

Tapi entah kenapa lelaki itu seakan menyebut namanya tadi. Dia menjungkit kedua bahunya tanda tidak mahu mengendahkannya dan saat itu dia dipanggil kawannya lalu dia terus menuju ke meja yang diduduki rakannya itu.

Selesai majlis resepsi Zia dan Qashaf. Laila terus meninggalkan hotel tersebut. Alarm kereta di tekan lalu dia melangkah masuk ke dalam. Saat dia menghidupkan enjin keretanya, berkerut keningnya saat mendengar enjin keretanya yang seakan orang terkena semput. Dia mencuba lagi namun kali ini keretanya langsung tidak boleh hidup.

"Dah kenapa pulak ni!" bebelnya sendirian.

Dia terus keluar dari kereta dan bonet hadapan dibuka. Dia melihat ke arah enjin kereta. Kepala yang dilapisi tudung itu di garu.

"tengok pun bukannya aku tahu apa yang rosak! Apa nak buat ni?" ujarnya sendirian.

Sedang dia melihat-lihat mencari sesuatu di dalam enjin itu di mana yang dirasakan pelik, tiba-tiba sebuah Honda civic berwarna hitam berhenti di depan keretanya. Dia menjeling ke arah cermin bertinted gelap itu.

'Ni kalau kena dengan JPJ ni mahu dapat surat cinta tangkap leleh ni'. Sempat lagi Laila mengutuk kereta itu di dalam hati.

Pintu kereta itu dibuka lalu keluar susuk tubuh tegap milik Faiz. Tercengang Laila melihat lelaki itu. Dia hanya memerhati Faiz yang sudah menghampirinya.

"kereta rosak ke?" soal Faiz saat dia berdiri di tepi Laila.

"haah, tak nak hidup" jawab Laila perlahan.

Faiz melihat ke arah enjin namun tiada yang pelik. Lalu dia masuk ke dalam kereta myvi milik Laila, cuba menghidupkan enjin, namun saat dia terpandangkan skrin meter, dia mendongak pula ke atas mencari sekeping stiker kecil. Mengecil matanya saat itu cuba membaca tulisan di pelekat itu. Dia menggeleng kepalanya lalu keluar dari kereta.

Laila yang melihat riak wajah Faiz itu mula mendekati lelaki itu.

"kenapa dengan kereta saya?" soal Laila ingin tahu.

"bila last awak tukar minyak hitam?" soal Faiz sambil bercekak pinggang.

"minyak hitam?" soal Laila hairan.

"yes, atau bahasa mudahnya bila last awak servis kereta awak?" soal Faiz lagi.

Dia cuba menginggati kembali bila kali terakhir dia bawa keretanya buat penyelenggaraan, namun dia sememangnya lupa. Perlahan-lahan dia menggeleng kepalanya kepada Faiz.

Faiz melepaskan keluhan perlahan.

" mari sini" ajak Faiz menyuruh Laila masuk ke dalam kereta dan dia pula kekal berdiri di pintu.

"Ni, stiker ni tertulis last awak servis kereta last year. Maksudnya dah setahun awak tak pernah tukar minyak hitam. Tengok meter ni.." suruh Faiz sambil menunjuk ke atas nombor di paparan meter kereta gadis itu. Dan Laila hanya menuruti arahan Faiz.

"dah beribu kilometer dah terlebih. Now kereta awak dah jammed. Kena call tow truck bawak kereta awak ke bengkel." ujar Faiz panjang lebar.

Terdiam Laila mendengar kata-kata Faiz itu. Sememangnya dia terlupa ingin menghantar keretanya untuk di servis, padahal kerjanya tidaklah selalu sibuk. Dan Kerana kelekaannya, sekarang kereta dia mengalami kerosakan.macam mana dia nak pulang ke rumah? Jam di tangan dilihat, sudah pukul 11. 30 malam.

"Tow truck akan datang kejap lagi"

Suara Faiz memecah lamunannya. Laila memandang Faiz yang sedang memegang telefonnya.

"Hah??" soal Laila blur.

"i said, tow truck is on the way. Kita tunggu sekejap, lepas tu nanti saya hantar awak balik rumah" ujar Faiz.

"eh, takpe! Saya boleh balik naik grab" ujar Laila.

"at this hour?? Bahaya untuk perempuan macam awak naik grab."

"tapi...."

"don't worry, saya takde niat jahat. I'll inform Zia dan Qash yang awak balik dengan saya" ujar Faiz lagi.

Laila terdiam mendengar kata-kata Faiz itu. Sungguh dia rasa bersyukur kerana Faiz sudi membantunya. Kalau lelaki itu tak ada, tentu dia mati kutu menyelesaikan masalah itu.

"terima kasih dan saya minta maaf..." ujar Laila.

Faiz yang sedang menekan skrin telefonnya menoleh ke arah Laila.

"sama-sama dan maaf untuk apa?" soal Faiz lagi.

"pasal tadi.. Saya marah awak dalam dewan tadi.." ujar Laila.

"no worries...lagipun tadi memang salah saya sebab terlanggar awak" balas Faiz tersenyum.

Laila tersenyum nipis.

"Saya Laila..." ujar Laila memperkenalkan dirinya.

"i know..." bisik Faiz cukup perlahan. Hanya didengarinya sahaja. Lalu dia menoleh ke arah Laila.

"nice to meet you Laila.." ujar Faiz tersenyum manis.

Terkaku Laila melihat senyuman manis lelaki itu. Entah kenapa ada debaran halus yang muncul di hatinya. Dia terus mengalihkan pandangannya dengan wajah yang tersipu malu.

Dalam dia sedang menghilangkan debar, kelihatan trak tunda datang menghampiri mereka saat Faiz mengangkat tangannya. Terus Laila berdiri di satu sudut dan melihat Faiz dan pekerja itu sedang berbicara dan berurusan.

Qashaf meletak telefonnya ke atas meja disebelah katil. Dia menoleh ke arah Zia yang baru sahaja keluar dari bilik air. Malam itu selepas majlis resepsi, Qashaf menempah suite untuk mereka menginap kerana tidak mahu Zia terlalu penat.

Zia memanjat ke atas katil lalu dia berbaring disebelah Qashaf. Dan ketika itu laju Qashaf merangkul tubuhnya isterinya itu.

"sayang penat ke?" soal Qashaf sambil membelai rambut ikal isterinya itu.

Zia mengangguk kepalanya. Tak dinafikan tubuhnya memang penat. Dia ingatkan apabila segala persiapan diuruskan oleh wedding planner, dia takkan merasa penat namun rupanya sama sahaja.

" how our baby tonight? Baby behave tak?" soal Qashaf lalu menggosok perlahan perut Zia yang dah dirasakan berbukit sedikit.

"Baby okay, daddy. Baby anak yang baik" balas Zia membuatkan melebar senyuman Qashaf. Sebuah ciuman diberikan ke pipi gebu Zia itu.

"thanks sayang. I'm so sorry sebab buat sayang penat. Abang bahagia sangat, akhirnya semua orang tahu yang kita ni suami isteri" ujar Qashaf merenungg ke dalam mata Zia.

Ternyata ramai yang terkejut saat mendapat tahu bahawa Qashaf sudah berkahwin semula dan lagi terkejut apabila mengetahui bahawa Zia adalah isterinya. Terutama sekali pekerja-pekerja Sutraz sdn bhd.

"Zia pun nak ucap terima kasih dekat abang. Dengan segala yang abang lakukan untuk Zia, Zia bertuah sangat dapat abang sebagai suami Zia. Sekarang Zia rasa lebih bahagia dengan kehadiran abang, ibu dan ayah serta keluarga kita yang lain" ujar Zia sambil melentokkan kepalanya ke bahu Qashaf.

Qashaf tersenyum lebar. Dia memeluk erat isterinya.

"i got suprise for you.." ujar Qashaf lalu melonggar pelukannya.

Qashaf mencapai telefonnya lalu menekan skrin seketika. Dan selepas itu dia menyua telefon kepada Zia di sebelah. Meluas mata Zia saat melihat skrin itu.

"abang?"

"we are going to have babymoon..." ujar Qashaf tersenyum.

"babymoon?" soal Zia sambil ketawa.

"yup, me, you and our baby ni" ujar Qashaf lagi sambil menggosok perut Zia.

"kenapa abang pilih Turki?" soal Zia lagi.

"sebab itu tempat yang sayang nak pergi kan?" ujar Qashaf.

"how did you..."

"how did i know? Let its be my secret" balas Qashaf.

Zia terus menunjukkan muka tidak puas hatinya dan saat itu ketawa Qashaf pecah.

"okay-okay, abang akan beritahu tapi janji jangan marah ya?"

Zia mengerutkan keningnya saat mendengar kata-kata suaminya itu. Membuatkan dia lebih tertanya-tanya.

"i'm sorry.. Abang terjumpa diari sayang lepas tu abang TERbaca" ujar Qashaf sambil menekan perkataan TER itu.

"Abang!!" jerit Zia malu.

Diari itu dia tulis masa zaman remaja dimana dia selalu menulis angan-angannya. Salah satunya nak honeymoon ke Turki, semuanya gara-gara melihat hot air ballon dalam tv ketika dia kecil dan arwah papanya memberitahu bahawa tempat itu di Turki. Pernah juga arwah papanya ingin membawanya bercuti ke sana namun dia tidak mahu kerana angan-angannya ingin pergi bersama suaminya kelak. Segalanya di luahkan dalam diari itu, walaupun dah hampir 10 tahun berlalu namun diari itu tetap dia simpan sebagai kenangan masa remajanya.

Zia menekup wajahnya ke bantal. Makin malu saat dia mendengar Qashaf yang sedang seronok ketawa. Tak lama, dia merasakan tangan Qashaf menarik bantal dimukanya perlahan.

"Sayang, tak perlu malu la. Sebenarnya Abang happy sebab abang lelaki yang dapat realisasikan impian sayang. So esok kita balik and pack our things. Papa pun dah bagi abang cuti 2 weeks. Let's create our sweet memories there" ucap Qashaf.

Zia tersenyum terharu. Laju dia merangkul tubuh Qashaf.

"thank you abang, i love you so much"

"i love you more and more, Zia Raudhah. My only Raudhah" balas Qashaf.

Ting! Ting!

Bunyi notifikasi mesej telefon Zia berbunyi membuatkan Zia melonggarkan pelukannya. Laju tangannya mencapai telefon bimbitnya. Qashaf pula sudah merebahkan badannya. Zia membuka applikasi whatapps dan berkerut keningnya saat membaca mesej yang baru diterimanya.

***Zia, Faiz dah hantar aku balik dengan selamatnya****

"kenapa berkerut muka tu?" soal Qashaf.

"Ni, Laila mesej Zia cakap Faiz hantar dia balik?" ujar Zia sambil menunjukkan skrin telefonnya kepada Qashaf.

"abang pun terkejut, tadi Faiz mesej abang cakap dia nak hantar Laila balik. Sejak bila pula mereka kenal??" soal Qashaf hairan.

Zia menjungkit bahunya.

" Zia pun tak tahu, setahu Zia mereka tak pernah kenal sebelum ni.." balas Zia. Namun tiba-tiba mata Zia meluas, laju dia berbaring di sebelah Qashaf.

" abang rasa Faiz dan Laila tu sesuai tak? Yela Faiz single dan Laila pun single" ujar Zia teruja.

"amboi sejak bila jadi tukang kenen kan orang ni" balas Qashaf sambil mencubit hidung mancung isterinya.

"abang! Patah hidung Zia!" marah Zia sambil menggosok hidungnya.

"alolo..sorry mummy, daddy tak sengaja. Baby pujuk mummy please.." usik Qashaf lagi sambil menggosok hidung isterinya.

"sayang, kalau mereka berjodoh kita just doa-doakan mereka. Kita pun tumpang gembira, masing-masing sahabat baik kita." ujar Qashaf lagi.

Zia mengangguk bersetuju dengan kata-kata suaminya itu.

"Dah, tidur...you need a sweet rest sayang," ujar Qaahaf lalu menarik Zia ke dalam pelukannya. Dan Zia turut membalas pelukan suaminya itu.
. .
. .
. .
. .
. .
.

Faiz merebahkan badannya ke katil. Dia merenung siling di atas sambil tersenyum nipis. Malam yang cukup indah baginya. Perasaan yang muncul di hatinya ternyata yang paling indah. Raut wajah Laila menjelma di fikirannya lalu dia teringatkan sesuatu. Laci di sebelah katilnya di buka dan sebuah buku berwarna merah jambu itu di keluarkannya.Tersenyum lebar dia saat itu, halaman yang diletak penanda diselak. Ralit dia membaca coretan di kertas itu. Tiada yang istimewa, hanya catatan tempahan namun tetap menarik minatnya untuk melihat.

Dia membaca coretan kecil di bahagian paling bawah halaman itu.

*** Sebuah kebahagiaan adalah hasil usaha diri sendiri yang mencarinya dan Laila yang cantik pasti memilikki bahagia itu :p.... @Laila.Roslan.

Tersenyum Faiz ketika itu. Dia meletak penanda lalu buku itu ditutup lalu di letakkan le dalam laci semula. Dia terus melelapkan matanya mengharapkan malamnya itu didatangi mimpi yang indah.

Fuhh... Lama tak update, sorry buat y tertggu... Hrp you guys boleh terima chap ni... CE pun blank nak tulis mcm mana pun xtau.. Sorry lau chap ni merapu... Nak tau siapa image for Laila.. Dekat ig story cikembun.ce dah update... Happy readings guys! Psstt... Korang dapat beli ke novel latest Anjell, king Haidar tu? CE tengah stress sbb tak sempat nak beli.. Huhu.. Bercinta dengan shopee nak tggu diorg restock...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience