BAB 2 - KEHILANGAN

Romance Completed 191238

Dia terduduk...

Panggilan yang diterimanya tadi amat memeranjatkannya. Innalilahiwainahilahirajiun. Antara insan yang amat dia sayangi telah kembali kepada penciptaNya. Segala kerja di hadapannya terbengkalai. Semalam dia tidak dapat menghadiri majlis pernikahan sahabatnya itu kerana keretanya rosak dalam perjalanan dan dia baru berhajat untuk menziarah Nur iman hari ini. Namun Allah lebih menyayanginya.

Tengah hari itu, dia bergegas ke rumah arwah namun apabila sampai di rumah arwah, bibik menyatakan jenazah sedang dikebumikan. Sekali lagi dia terlambat. Dia tidak sempat memberikan penghormatan terakhir. Air mata di yang mengalir disapu dengan laju. Dia mengenggam erat stereng keretanya.

Sesampai di tanah perkuburan, laju dia melangkah ke arah kubur yang masih merah. Dari jauh dia dapat melihatnya. Saat di pintu pagar tanah perkuburan itu dia terlanggar seseorang dari arah bertentangan dan Dia hanya memohon maaf tanpa memandang orang yang dilanggarnya itu. matanya lebih menumpukan letaknya kubur Nur Iman.

Dia terjelepok di tepi kubur yang masih merah itu.

'Zia datang kak iman. maafkan Zia sebab tak sempat jumpa akak. Akak maafkan Zia ye'. desis Zia. Air mata yang tanpa henti disapu. Dia sedaya upaya menahan dari teresak. Dia tidak mahu meratapi kerana itu akan membebankan arwah. Surah Yassin dikeluarkan dari beg kecil yang dibawanya. Dan saat itu alunan suaranya berkumandang di sisi kubur itu. Sunyi dan angin bertiup seakan menemaninya membacakan surah yassin buat arwah Nur Iman.

Nur Iman, perkenalan antara mereka mencipta persahabatan yang cukup indah. dialah sahabat dialah kakak bagi Zia. Saat gadis itu kesedihan, pasti Nur Iman muncul.

.......................................

" Adik sorang ke? kenapa menangis ni?" tegur satu suara membuatkan dia menoleh ke arah kirinya.

Dia melihat wajah cantik dan ayu bertudung itu tersenyum manis memandangnya. Dia tidak mengendahkannya lalu dia mengalihkan pandangannya.

" boleh akak duduk?" soalnya mencuba lagi.

"Akak tengok adik sedih je. akak Nur iman, Boleh akak tahu nama adik siapa?" soal Nur iman sambil tersenyum.

Nur Iman melihat wajah yang dibasahi air mata itu. Dia tertarik untuk memandang wajah itu. Gadis berambut hitam yang diikat ekor kuda di depannya itu kelihatan masih muda, mungkin beza 2 atau 3 tahun dengannya. Wajah itu mengingatkan dia kepada seseorang tapi dia tidak pasti siapa. Wajah yang putih bersih, Matanya yang bundar berkaca itu cukup membuatkan dia ingin mengenali remaja itu.

Gadis itu tiba-tiba berdiri dan tanpa mempedulikan dirinya, terus saja dia ditinggalkan. Nur Iman tersenyum nipis memandang langkah gadis itu yang makin menjauh.

Dan jodoh mereka ternyata kuat, setelah beberapa hari dia melihat lagi gadis yang sama duduk di tempat yang sama. Cuma kali ini gadis itu tidak menangis namun matanya jauh merenung ke tengah tasik. Hari ini gadis itu memakai topi dikepala. Cuba melindungi wajahnya mungkin.

Nur Iman mendekati gadis itu. Sesungguhnya dia memang menanti kehadiran gadis itu. Entah kenapa ada sesuatu yang menarik dirinya untuk mengenali gadis itu.

"assalamualaikum...."

Gadis itu menoleh memandangnya. Raut wajah dingin itu ternyata terkejut melihatnya lagi. Nur Iman mengambil tempat di sebelah gadis itu. Bibirnya masih tersenyum manis.

"tak sangka dapat jumpa lagi adik dekat sini. Adik apa khabar?" soal Nur Iman tersenyum.

Gadis itu tidak lepas memandangnya. Namun seminit selepas itu, gadis itu terus mengangkat punggungnya meninggalkan Nur Iman sekali lagi. Nur Iman masih lagi tersenyum, dalam hati dia bersangka baik saja.

Kalau sudah ditakdirkan, mereka berjumpa lagi buat kali ketiga. Kali ini begitu indah takdir yang tersusun. Hanya kerana gadis itu tertinggal beg duit dan tiada duit untuk membayar barangan. kebetulan Nur Iman berada di situ dan menghulurkan bantuan saat gadis itu memerlukan telah mencipta satu detik perkenalan buat mereka.

" saya Zia, Zia Raudhah" ujar Zia sambil tersenyum nipis. Dia memandang wajah cantik dihadapannya itu.

" nama Akak...."

"Nur Iman... Zia ingat lagi akak pernah cakap dulu" pintas Zia Raudhah.

"Raudhah ingat?"

Tersentak Zia Raudhah saat itu. Jarang orang memanggilnya dengan nama Raudhah kecuali arwah mamanya dulu. Dia tersenyum tawar.

"ingat, maafkan saya sebab layan akak macam tu.." ujar Zia Raudhah menunduk.

"akak faham... Raudhah memang selalu pergi taman tu ke?"

"Zia... Panggil Zia je. Agak janggal rasanya bila akak panggil saya Raudhah" ujar Zia Raudhah tersenyum.

"tapi akak suka nama Raudhah tu. Itukan maksudnya taman syurga" ujar Nur Iman lagi.

Zia Raudhah hanya tersenyum nipis.

"Raudhah dah okay?" soal Nur iman lagi.

"maksud akak?" soal Zia tidak faham.

"dua kali pertemuan kita Raudhah dalam bersedih. Kali pertama Raudhah menangis dan kali kedua pula termenung." ujar Nur Iman.

Zia Raudhah hanya mendiamkan diri. Dia hanya senyum nipis. Tiada tanda untuk menjawab pertanyaan Nur Iman. Melihat reaksi itu, Nur Iman menjadi serba salah kerana mencampuri hal peribadi gadis itu.

" maafkan akak sebab busy body tentang Raudhah. Tapi kalau Raudhah perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan dan juga bantuan. Akak ada untuk Raudhah" ujar Nur Iman lagi.

Zia Raudhah tersenyum. Terharu dia saat ada orang luar yang menghulurkan kasih sayang. Tak seperti ahli keluarganya sendiri. Tanpa sedar dia mengeluh perlahan.

" Tak ada apa-apa la kak. Saya okay, dan terima kasih kerana sudi bantu tapi saya okay. " ujarnya sambil tersenyum.

"mulai hari ni, akak nak Raudhah jadi adik akak. Jika Raudhah ada masalah datang la pada akak, inshaallah akan akan cuba bantu adik akak ni" balas Nur Iman.

Zia Raudhah terharu lalu tanpa sebarang kata dia memeluk erat wanita bertudungg di depannya itu.

"terima kasih kak Iman..." bisik Zia Raudhah perlahan membuatkan Nur Iman tersenyum.

Entah kenapa hati Nur Iman berasa begitu gembira saat mendengar ucapan dari gadis itu.

.................................

Zia memandang tanah yang masih merah itu. Lagi air mata di sapu lembut.

"Zia akan sentiasa doakan akak. Akak satu-satunya kakak Zia hingga selamanya." bisiknya perlahan.

Dia bangun lalu meninggalkan tanah perkuburan itu. Sebuah kehilangan yang amat besar baginya. Walaupun mereka bukan darah daging namun ikatan yang terbina umpama tali yang kukuh antara mereka. 3 tahun yang cukup indah buat Zia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Zia membantu ibu dan ayah arwah Nur Iman sepanjang kenduri tahlil. Sejak dia berkawan dengan arwah, ibu bapa arwah turut melayannya seperti anak sendiri malah mereka sangat rapat. Kenduri tahlil sudah pun hari terakhir. Zia mengelap pinggan didapur bersama beberapa jiran yang turut membantu setelah selesai majlis. Tetamu juga sudah beransur pulang dan tinggallah mereka yang berada di dapur.

Saat dia ingin meletak sampah di luar pintu, dia terdengar seperti ada orang tengah berbual. Dia kenal suara salah seorang daripadanya. Itu suara ayah arwah Kak Iman. Namun dia tertarik saat mendengar suara seorang lagi. Suara yang menunjukkan bahawa perasaannya yang rapuh. Dia melangkah mendekati. Dan dapat dilihat dua susuk berbaju melayu dan berkain pelekat duduk membelakanginya.

"ayah harap kamu dapat terus kuat. Walaupun arwah dah takde, kamu tetap anak ayah dan ibu" ujar encik Abdullah.

"hati saya kosong ayah, Iman pergi terlalu awal. Saya nak jaga dia" balas lelaki di sebelah pula.

Encik Abdullah tersenyum tawar. Dia menepuk lembut bahu pemuda di sebelahnya itu.

"semua terjadi adalah takdir. Dah tertulis di luh mahfuz bajawa arwah akan tinggalkan kita. Kamu hilang isteri dan ayah hilang anak ayah. Perit rasanya saat harus menghadapi sebuah kehilangan buat kali..."

Tiba-tiba Zia mendengar seseorang memanggilnya dari dalam dapur. Laju dia masuk ke dapur.

Saat itu dia melihat wajah puan Zaleha tersenyum memandangnya.

" Mak cik cari Zia ke? " soal Zia mendekati wanita separuh usia itu.

" ya, dari tadi Zia duduk di dapur. Dah-dah la nanti Zia penat pula." ujar puan Zaleha.

Zia tersenyum. Semua sudah siap dikemas. Jiran-jiran yang tadi membantu juga sudah pulang. Dia pun ingin mengundur diri jugalah memandangkan hari sudah lewat.

"dah selesai semua. Tak penat pun, malah Zia gembira dapat tolong mak cik. Dah lewat dah ni, Zia nak minta diri dulu ya mak cik. Nanti ada masa Zia datang lagi" ujar Zia.

"Zia tak nak tidur sini ke? Dah lewat kamu nak drive balik rumah. " soal Puan Zaleha. Sungguh dia kasihan melihat anak gadis itu pulang ke rumahnya waktu begini.

"terima kasih tapi esok Zia kena pergi kerja awal. Mak cik jangan risauAda meeting. Nanti ada masa Zia datang jumpa mak cik dan pak cik ya?" balas Zia tersenyum sehingga terlihat lesung pipitnya di pipi.

"kalau macam tu nanti mak cik minta suami arwah hantar kamu. Biar dia ikut kamu sampai rumah."

"eh takpe, Zia okay. Mak cik jangan risau. Zia kan kuat" sempat lagi dia bergurau. Puan Zaleha tergeleng kepalanya sambil tersenyum.

Lalu Puan Zaleha mengiringinya ke pintu. Dia menyalam lalu memeluk erat tubuh Puan Zaleha.

"Zia balik dulu. Nanti beritahu pak cik Zia balik ya. Apa-apa mak cik call je Zia. Zia sentiasa ada untuk mak cik dan pak cik" ujar Zia.

Dia merasakan puan Zaleha mengeratkan pelukannya.

"Zia bawa kereta hati-hati. Selalulah datang sini. Rumah ini sentiasa terbuka untuk Zia" ujar Puan Zaleha sebak.

Zia mengangguk lalu dia menuju ke keretanya. Enjin dihidupkan lalu dia memandu meninggalkan rumah teres dua tingkat itu.

Saat itu encik Abdullah dan Qashaf muncul di ruang tamu. Puan Zaleha mendekati suami dan menantunya itu.

" Zia dah balik ke?" soal Encik Abdullah.

"dah bang. Zal suruh dia tidur sini je tapi dia tak nak, katanya dia kena keluar kerja awal" ujar Puan Zaleha. Dia mengalihkan pandangannya ke arah menantunya yang duduk termenung itu.

"Qash pergilah naik berehat. Malam ni tidur sini ya?" ujar Puan Zaleha.

Qashaf mengangguk lalu tersenyum nipis.

"Qash naik dulu ayah, ibu" ujar Qashaf lalu meninggalkan mentuanya.

Encik Abdullah dan puan Zaleha hanya memandang sayu langkah menantunya itu.

"Zal harap Qashaf dapat kuatkan semangatnya." tutur Puan Zaleha tiba-tiba.

"inshaallah Zal.." balas Encik Abdullah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Zia meletak telefonnya dengan kasar ke atas meja. Rambutnnya dia kuak kasar. Dia mengurut pelipis kepalanya. masalah dia dan keluarga makciknya tak pernah habis!

selepas kematian ibu bapanya, makciknya tidak habis- habis mengacau hidupnya kerana harta papa walhal semua harta itu telah diwasiatkan atas namanya kerana dia anak tunggal. Yang dia tak faham entah kenapa makciknya beria nakkan rumah dan segala harta papa yang dah diwasiatkan kepadanya. Memang tak dinafikan wang peninggalan arwah papanya sangat banyak memandangkan Papanya merupakan seorang peguam dan memilikki firma guaman sendiri dan sejak kematian papa, firma guaman milik papa juga telah diserahkan kepada rakan papanya dan wang dari firma itu juga sudah di salurkan kepada badan kebajikan.

Dan sekarang setelah hampir empat tahun, mak ciknya tidak pernah putus asa dari menganggu hidupnya. termasuklah dengan panggilan dengan pelbagai kata kejian yang seperti baru saja tadi dia terima.

Dia penat. Dulu dia hampir mengalah, dia ingin menyerahkan semuanya namun peguam arwah papa tidak membenarkan dia bertindak begitu kerana arwah papa sudah berpesan bahawa dia sahaja yang layak menerima harta tersebut.

Kerana hal itu juga dia selalu tertekan dan menangis di taman yang menjadi detik pertemuannya dengan arwah Nur Iman.

Zia melihat dua bingkai gambar di atas mejanya. Dia memandang sayu gambar-gambar tersebut. Satu gambarnya bersama arwah mama dan papanya. Dan lagi satu gambarnya bersama Nur Iman.

Dia mencapai gambar ibu bapanya. Kenangan terakhir bersama arwah ibu bapanya terlayar.

.......................

"Papa!!" jeritnya gembira.

"congratulations my princess!!" ucap papanya.

"tahniah anak mama!" mamanya pula memberi ucapan sambil memeluknya erat.

"thanks mama papa. Ini semua untuk mama dan papa." ujarnya dalam jubah graduasi.

"i'm proud of you sayang. Akhirnya anak papa ni dapat capai cita-cita yang Zia impikan" ujar papanya lagi.

"thank you papa. Tanpa mama dan papa Zia tak dapat capai apa yang Zia dapat sekarang. You're my everything" ujar Zia sambil memeluk kedua ibu bapanya itu.

"dah-dah, hari ni patut happy bukan sedih. Dah papanya tak payah nak drama air mata. Dan sempena sayang mama ni dah graduate, jom kita pergi celebrate. " ujar mamanya.

Mereka bertiga bersama-sama berlalu bersama kebahagiaan yang jelas terpancar.

...............................

Dan tiada siapa menyangka itu merupakan kenangan terakhir mereka bersama. Zia menyapu air mata yang mengalir di pipinya.

" i miss you mama, papa" bisik Zia perlahan sambil mengusap gambar kedua ibu bapanya.

Dia meletak gambar tersebut lalu laptop miliknya dibuka. Laju tangannya menekan keyboard laptop tersebut. Keputusannya muktamad.

Maaf kalau ada typo...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience