BAB 10 - ISTERI DI KERTAS

Romance Completed 191390

Dia merenung cincin dijari manisnya. Dia mengeluh perlahan. Adakah ini jalan yang betul dia pilih namun itu sudah terlambat untuk dia berpatah balik. Bunyi pintu bilik dibuka membuatkan kepalanya menoleh ke arah itu.

Dia melihat susuk berpakaian baju melayu iaitu lelaki yang sudah bergelar suaminya itu sedang menghampirinya yang sedang duduk dibirai katil.

"we need to talk" ujar Qashaf lalu duduk di birai katil.

Zia hanya memandang lelaki berstatus suaminya itu.

"Awak sendiri tahu kan perkahwinan ini atas dasar apa. Cuma keluarga saya tak akan tahu dan mereka tak boleh tahu tentang ini. Saya tidak mampu untuk mencintai awak Zia, saya masih cintakan arwah iman. Walaupun awak isteri saya sekarang tapi pendirian saya tetap sama. " ujar Qashaf lagi.

"awak boleh buat apa saja cuma jaga status awak sebagai seorang isteri. Jangan risau saya takkan tuntut apa-apa hak dari awak. tak akan staff syarikat yang tahu tentang perkahwinan kita.saya harap awak boleh faham saya belum bersedia untuk mencintai wanita lain selain Nur Iman."ujar Qashaf perlahan. Matanya tepat merenung keluar tingkap biliknya.

Dia terkedu.Tidak sama sekali dia menyangka itu yang diucapkan oleh lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya. Remuk hatinya saat mendengar kata-kata itu. Begitu sekali taraf dia seorang isteri di mata Qashaf. Kini dia tahu bahawa lelaki itu betul-betul menikahinya hanya atas permintaan arwah Nur Iman. Kata-kata ayah Is semalam terngiang difikirannya. Macam mana Zia nak cintai suami Zia jika tiada sekelumit rasa untuk Zia di hatinya. Akhirnya sebuah senyuman tawar terhasil dibibirnya.

" untuk kesekian kali saya nak tanya, kenapa encik teruskan jika hati encik tidak mahu?" soal Zia.

Qashaf memandangnya sekilas.

"hanya kerana permintaan arwah. Itu yang saya dah beritahu awak sebelum kita nikah lagi. Saya pun ada cakap, perkahwinan ini takkan membebankan awak, Zia. Maksudnya kita suami isteri atas kertas sahaja. Awak bebas untuk lakukan apa saja asalkan tidak mendatangkan dosa." balas Qashaf.

"tapi encik menyeksa diri encik sendiri dengan menerima saya sebagai isteri encik" ujar Zia lagi.

"dan saya tahu awak pun terpaksa tapi demi arwah, awak tetap follow my flow, Zia. I would like thanks to you. But sepanjang perkahwinan kita, saya nak warning awak, don't even fall in love with me. Saya tak nak kecewakan awak sebab saya tak mungkin dapat balas cinta awak. Saya tahu saya agak memaksa tapi saya cuma nak semua ini selesai. Itu saja" balas Qashaf pula.

Terjungkit bibir Zia saat itu. Ya, dia terpaksa namun dia dah meredhainya saat lafaz akad disebut. Namun dia tahu lelaki di depannya itu takkan dapat menerimanya. Itu dia pasti. Dan kata-kata lelaki itu jelas terbukti. Tapi semuanya dia serahkan kepada Allah. Dia lebih berkuasa.

"maafkan saya jika kata-kata saya mengguris hati awak tapi saya tak boleh paksa hati saya. Dan saya tak pasti berapa lama untuk saya terima awak. Dan jika satu hari nanti hati awak dimiliki lelaki lain, saya rela lepaskan awak" ujar Qashaf lagi.

Zia tidak menyangka kata-kata itu sudah didengarinya saat hari pertama mereka menjadi suami isteri. Hampir saja ketawa sinisnya terletus namun dia menahan. Dia tahu hatinya akan sakit saat menerima lelaki itu sebagai suaminya. Tapi dia harus kuat kerana ikatan sebuah perkahwinan sangat suci untuk dicemari dengan sebuah kebencian. Selagi dia mampu bertahan dia akan bertahan. Seperti yang diujar oleh Ayah Is, cuba tawan hati sang suami. Namun buat masa sekarang dia tidak ada kekuatan untuk menawan hati Qashaf yang sekeras batu itu.

"encik jangan bimbang, saya faham tapi biarlah saya jalankan tugas saya sebagai isteri encik dengan jaga pakai dan makan encik. Selagi saya bergelar isteri encik. Boleh kan? Memang betul saya terpaksa terima semua ini namun saya redha dengan ketentuan takdir. Dan andai encik dah betul-betul tidak perlukan saya lagi, ketika itu saya janji akan pergi dan takkan muncul lagi di depan encik." ujarnya berani. Biarlah dia melakukannya demi darjat seorang isteri. Memang betul dia terpaksa menerima Qashaf demi Nur Iman namun itu tidak bermaksud dia harus membenci takdirnya. Dan dia juga takkan mengemis sebuah kasih sayang jika telah dibuang.

Terkedu Qashaf saat mendengar namun riak wajahnya masih lagi beku dan tidak berperasaan. Sememangnya keputusan yang dia buat seperti dia mencurangi cinta arwah isterinya. Hendak menyesal pun tiada guna. Demi Nur Iman, dia lakukan jua.

"Terpulang pada awak." Balas Qashaf.

Dia mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air. Dia perlukan kesegaran setelah menempuh hari yang memenatkan baginya.

Saat pintu bilik air tertutup rapat, tanpa sedar air mata jatuh ke pipi Zia. Tak dinafikan hatinya sakit. Hari pertama bergelar isteri bukan sesuatu membahagiakan seperti wanita lain. Mampukah dia menjaga ikatan yang terbina ini. Itu dia masih lagi tidak yakin tapi dia akan mencuba dan jika satu hari nanti masih tiada cinta yang hadir, maka dia rela dilepaskan dari menyiksa dua hati. Entah kenapa dia merasakan dia bukan Zia yang berani bersuara seperti dulu. Adakah kerana hatinya terikat dengan amanat. Dia tidak tahu.

Qashaf melangkah keluar dari bilik air dan dia tidak melihat kelibat isterinya. Isteri? Dia mengeluh perlahan. Kekok hatinya saat ingin memanggil wanita lain isteri selain Nur Iman.

Saat ingin berlalu ke walk in closet, dia terpandang sesuatu di atas katil. Dia mendekati dan dapat dilihat Pakaiannya yang terletak elok. Dia mencapai lalu saat itu dia memandang ke pintu bilik. Zia menyiapkan pakaiannya. Tanpa menunggu dia menyarungkan pakaian itu ke badan.

Selesai dia terus membaringkan tubuhnya di sofa panjang yang berada di dalam bilik itu. Penat bukan saja fizikal namun mentalnya juga.

Gambar arwah Nur Iman ditatap. 'abang dah tunaikan permintaan Iman tapi maafkan abang sayang, abang tak mampu nak mencintai Zia kerana cinta abang masih utuh untuk Iman.'

Qashaf meletakan gambar itu ke dadanya. Dan akibat keletihan dia tak sedar bila dia terlelap disitu.

Zia masuk ke dalam bilik saat jam sebelas malam. Tadi dia keluar ke dapur membantu mengemas walaupun mentuanya melarang namun dia rela buat kerja dapur dari duduk berduaan bersama suaminya itu.

Saat itu dia terpandangkan sekujur tubuh Qashaf yang sedang tidur di sofa. Siap berselimut lagi. Dia menghampiri suaminya itu. Dia merenung wajah lelaki itu tidur. Tiada wajah beku malah raut wajah itu terlihat sangat tenang. Tiba-tiba matanya terpandang didada suaminya itu ada bingkai gambar.

Dengan sehabis perlahan, dia mengambil dan saat melihat gambar itu, hatinya merasa sayu. Begitu kuat cinta suaminya itu terhadap arwah.

'maafkan Zia, kak Iman....' desis hatinya lalu gambar tersebut diletak ke atas meja sebelah sofa itu.

Dia membetulkan selimut Qashaf lalu dia melangkah ke katil. Dia merebahkan badannya lalu memandang ke atas. Dengan lafaz bismillah dia memejam matanya. Cuba untuk tidur dan merehatkan hatinya seketika sebelum menempuh hari-hari seterusnya.
. .
. .
. .
. .
. .
.

Seawal subuh lagi Zia sudah bangun, saat selesai solat subuh, dia melihat Qashaf masih lagi pulas tidur di sofa. Telekung dilipat lalu diletakkan di tempat tersedia. Lalu dia menuju ke arah sofa. Dia menepuk perlahan bahu Qashaf sehingga wajah lelaki itu berkerut perlahan.

Saat Qashaf membuka matanya perlahan, dia melihat wajah Zia di depan matanya. Terkedu dia sesaat.

"bangun solat subuh" ujar Zia lalu meninggalkan Qashaf di situ.

Qashaf membetulkan duduknya lalu bersandar ke sofa. Dia meraup wajahnya dan seminit kemudian dia mula berdiri dan menuju ke bilik air. Saat melalui katil, dia melihat ada persalinan kain pelekat dan baju melayu elok terletak. Dia memandang ke pintu bilik, dia tahu Zia mengotakan permintaannya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tanpa membazir masa subuh yang berjalan, dia melangkah ke bilik air.

Pagi itu meriah dapur dengan celoteh Datin Sarima. Zia yang mendengar ibu mentuanya membebel pun geli hati.

"Ma, sudah la tu. Meh duduk breakfast ni" ajak Dato Azfar.

"taklah bang, barang-barang ni nak kena kemas, bibik pula banyak kerja lagi nak buat tu." ujar Datin Sarima.

"takpe mama, nanti Zia tolong mama kemas ya. Mama duduk dulu, teman papa breakfast" ujar Zia lalu menarik ibu mentuanya duduk.

"betul tu Zia, mama kamu ni kalau barang dia tak berkemas macam tu la jadinya. Sampai papa pun dia lupa."

"amboi abang, saya sayang barang tu. Kalau rosak abang nak ganti balik ke?" muncung Datin Sarima.

"Zia, mana Qash? Belum bangun lagi?" soal Datin Sarima lagi.

"Enc...urmm ab.. Abang Qashaf dekat atas lagi mama.." jawab Zia tergagap.

"morning..." sapa satu suara dari satu arah.

Zia memandang suaminya itu dan saat mata mereka bertaut, laju Zia melarikan wajahnya.

"haaa bangun pun pengantin baru. Duduk Qash," ujar Datin Sarima.

Qashaf mengambil tempat di situ lalu Zia meletakkan pinggan di depannya. Air kopi dituang ke dalam cawan, dan nasi goreng dicedok ke pinggan. Selesai, Zia ingin ke dapur basah namun ibu mentuanya bersuara.

" Zia, duduk la. Teman Qash makan."

Terhenti langkah Zia lalu dengan pelbagai rasa dia melabuhkan diri ke kerusi sebelah Qashaf. Dia mencedok sedikit nasi goreng ke pinggannya. Saat itu tanpa bicara antara mereka, ibu mentuanya memerhati gelagat mereka.

"kenapa macam malu-malu pulak kamu berdua ni?" soal Datin Sarima hairan.

Dato Azfar yang sedang melihat tab nya turut mengalihkan perhatian ke arah anak menantunya itu.
Qashaf melihat riak wajah mamanya itu.

"mana ada mama, Zia ni malu-malu lagi kut. Sayang malu ke?" soal Qashaf memandang ke arah Zia.

Merona merah wajah Zia saat Qashaf memanggilnya sayang. Dia tersenyum yang dilihat sumbing itu.

"takdelah mama papa... Zia okay je" jawab Zia memandang mentuanya. Dia langsung tak memandang Qashaf di sebelah.

"mama, papa. Qash rasa nak bawa Zia tinggal di rumah Qash dekat Damansara tu. Lagipun rumah tu dah lama tak duduk. Dekat sikit kami nak ulang alik pergi kerja" Qashaf bersuara.

"elok juga tu, dah lama kamu beli rumah tu kan. Kamu pun dah berumah tangga. Elok la bawa Zia tinggal di situ" ujar Dato Azfar.

"tula, ingat petang ni kami nak terus pergi sana" balas Qashaf. Zia hanya diam tak menyampuk.

"oh ya, kamu berdua memang tak ambil cuti lama sikit ke? Tak nak bulan madu dulu ke? Kahwin pun weekend, esok terus kerja pulak tu. Dan mama pelik kenapa nak sorokkan perkahwinan kamu ni dari semua orang?" soal Datin Sarima.

Zia terus memandang Qashaf disebelah. Qashaf turut membalas renungan Zia dan seketika dia mengalihkan pandangan kepada mamanya.

" kan Qash dah beritahu mama, kami ada sebab kenapa nak rahsiakan dulu perkahwinan. Lagipun kita buat akad nikah je, nanti resepsi baru kami nak hebohkan. Lagipun Qash taknak orang fikir yang bukan-bukan tentang Zia. Zia kan baru kerja dekat syarikat. Mesti ada mulut yang akan bergosip nanti" balas Qashaf.

Zia hanya menunduk kepalanya. Dia tidak mampu bertentang mata dengan mentuanya. Rasa bersalah menyelubungi hatinya.

"baiklah kalau macam tu. Tapi mama harap kamu dapat hebohkan la nanti"

"baik mama" jawab Qashaf lalu menoleh sekilas Zia disebelahnya.
. .
. .
. .
. .
. .
. . Qashaf membuka pintu kondo miliknya itu. Dia memberi laluan kepada Zia untuk masuk terlebih dahulu. Zia menolak bagasi pakaian miliknya lalu di melihat sekitar ruang tamu yang nampak moden dan elegan itu.

Qashaf menutup pintu lalu mendekati Zia yang berdiri di ruang tamu itu.

"jom, bawa beg ke bilik." Ajak Qashaf.

Zia mengekori langkah Qashaf, dan saat melihat deretan pintu di situ dia bersuara.

"mana satu bilik saya?" soal Zia membuatkan langkah Qashaf terhenti.

"bilik awak? Tak nak share bilik dengan saya ke?" soal Qashaf memandang tepat ke mata Zia.

Laju Zia mengalihkan pandangannya.

"dari kita kongsi bilik tapi encik tidur di sofa, baik kita duduk bilik lain-lain" ujar Zia.

"kenapa? Awak nak saya tidur sekatil dengan awak ke?" Soal Qashaf mendekatkan jarakknya.

"and don't call me encik here. Just Qashaf. Kita bukan dekat syarikat sekarang ni" tambah Qashaf lagi.

Zia makin tidak selesa saat jarak Qashaf yang makin mendekat.

"saya ambik bilik ni la! Thanks" ujar Zia lalu membuka pintu bilik itu. Laju dia menolak bagasinya ke dalam.

Qashaf hanya memandang sambil berpeluk tubuh, dia menyandar badannya ke muka pintu bilik yang dipilih Zia itu.

"my room is here. Anything you need just knock the door" ujar Qashaf menunjukkan pintu biliknya yang berdepan dengan bilik Zia.

Zia hanya mengangguk lalu Qashaf melangkah masuk ke biliknya.

Zia melabuhkan punggungnya ke atas katil. Bilik yang bercat kombinasi warna kelabu dan putih itu lengkap dengan set bilik tidur berwarna putih. Di bilik itu juga dilengkapi dengan sofa bench berwarna hitam. Dia merebahkan badannya.

"Zia, kuatkan semangat kau. Bermulalah kisah baru dalam hidup kau" dia memberi semangat kepada dirinya sendiri.

Ni chapter y prolog CE ubah skit dari y awal.....

Share this novel

meskikah
2022-01-27 13:38:18 

dayus punya laki sanggup lepaskan bini kat org lain...

meskikah
2022-01-27 13:33:03 

baik tak yah nikah...


NovelPlus Premium

The best ads free experience