BAB 14 -ABANG

Romance Completed 191390

Qashaf membuka pintu lalu memberi laluan kepada Qarina dan Zia masuk.

"bilik Rina dekat sebelah bilik abang tu" ujar Qashaf lalu melabuhkan punggung di sebelah Zia.

Saat itu Zia merasakan kedudukan mereka agak rapat. Dia sesekali menjeling ke arah Qashaf.

"Rina masuk bilik dulu la. Dah penat!" ujar Qarina lalu bagasi miliknya di tarik menuju ke biliknya.

Suasana yang sunyi itu membuatkan Zia merasa agak janggal. Dia ingin bangun namun tiba-tiba tangan kekar Qashaf menyambar tangannya membuatkan dia terkaku di situ.

" nak pergi mana? " soal Qashaf.

"err... Na.. Nak pergi dapur.." jawab Zia kekok.

"nak buat apa?" tanya Qashaf lagi. Matanya redup menatap wajah Zia. Membuatkan gadis itu makin gugup.

"errr... Ermm kenapa?" soal Zia pula.

Dia merenung tepat ke dalam mata Qashaf. Dia merasakan lelaki itu seperti ada sesuatu yang ingin memberitahunya tapi Qashaf hanya diam. Saat itu dia merasakan genggaman Qashaf ditangannya melonggar.

"nothing... Saya masuk bilik dulu" ujar Qashaf lalu meninggalkan Zia di situ.

Zia melangkah masuk ke dalam bilik dengan langkah yang amat perlahan. Sebenarnya dia segan ingin masuk ke dalam bilik Qashaf oleh kerana itu dia berada di ruang tamu agak lama dan mengharap Qashaf akan tidur dulu. Dia melihat ke arah katil king, dilihat Qashaf sudah berbaring tidak bergerak. Pasti Qashaf sudah pun terlena. Dia melangkah ke walk in closet lalu mengambil baju tidurnya. Selesai menukar pakaiannya dia melangkah ke arah katil. Dia menggaru kepalanya. Mana dia nak tidur malam ni? Kalau tidur di atas katil takut Qashaf akan marah nanti. Saat itu dia melihat sofa panjang di sudut bilik, dengan perlahan dia mendekati katil ingin mencapai bantal. Namun saat dia mengangkat bantal itu, tiba-tiba suara Qashaf kedengaran.

"nak bawak bantal pergi mana?" soal Qashaf yang sudah memandang ke arahnya.

Terkedu Zia saat itu.

"ermm nak tidur sana" ujar Zia lalu menunding jarinya ke arah sofa.

"kenapa nak tidur atas sofa? Tidur jela dekat atas katil ni" ujar Qashaf lagi.

"hah? Hurmm.."

"katil ni cukup besar untuk kita berdua. Just sleep here Zia." ujar Qashaf lalu dia membetulkan baringannya.

Serba salah Zia saat itu namun dia tetap memanjat katil lalu baring di hujung katil. Dia hanya kaku memandang siling bilik itu. Lepas itu tiada lagi kedengaran suara Qashaf.

Zia menoleh ke kanannya, dia melihat mata Qashaf terpejam. Dia kembali memandang ke siling. Malam pertama berkongsi katil membuatkan Zia tidak mampu melelapkan matanya. Fikirannya menerawang teringatkan kembali kata-kata Qashaf ketika di gazebo tadi. Tak dinafikan hatinya berbunga bahagia jika apa yang diucapkan Qashaf itu lahir dari hatinya sendiri.

"adakah saya tamak, Zia?" suara Qashaf yang tiba-tiba itu menyentak Zia dari lamunannya.

Laju dia menoleh. Dan ternyata mata Qashaf turut memandang ke atas.

"adakah saya tamak kerana masih menyintai Nur Iman yang sudah kembali ke sisi Allah?"

Kali ini mata Qashaf beralih memandang Zia di sebelahnya. Dia mengiringkan tubuhnya menghadap Zia. Mata Qashaf dilihat berkaca merenungnya.

"saya bukan suami yang baik untuk awak Zia. Saya seperti gunakan awak hanya kerana ingin tunaikan permintaan arwah. Saya... "

"Qashaf, awak tak pernah gunakan saya tapi saya ikhlas untuk menerima awak sebagai suami saya. You are good husband walaupun awak tak menyintai saya" ujar Zia sambil tersenyum nipis. Ada nada kecewa dari kata-kata Zia saat itu.

"lepaskan Arwah kak Iman. Dia sudah bahagia berada di sisi penciptanya. Dan awak disini harus membahagiakan diri awak. Melepaskan tak semestinya melupakannya. Kita semua sayang kak Iman tapi kita tiada hak untuk melawan takdir Allah." ujar Zia seakan memujuk Qashaf.

Zia mencapai tangan Qashaf dengan tiba-tiba lalu mengenggamnya erat. Berubah riak wajah Qashaf saat itu namun tidak Zia hiraukan.

" dulu awak pernah cakap yang awak akan lepaskan arwah namun sebenarnya hati awak masih lagi menghalang. Hati awak masih redha. Sudah setahun lebih berlalu, cuba awak ikhlaskan hati awak untuk melepaskan Kak Iman bahagia di sana pula. Dan awak disini harus bahagia demi orang yang sayangkan awak. Kalau bukan demi saya, buatlah demi papa, mama dan adik beradik awak" ujar Zia lagi.

Saat itu Qashaf merasakan ada kuasa yang merungkai segala kekusutan hatinya. Dia cuba menerima kata-kata Zia. Dan bila hatinya mula melepaskan dan meredhai takdir yang tertulis, tiba-tiba dia merasakan sebuah ketenangan yang sangat indah.

Qashaf terus merenung wajah Zia. Mata bundar itu sangat cantik dan mempesonakan. Saat Zia melihat Qashaf hanya diam dan tidak membalas kata-katanya. Dia melepaskan genggaman tangannya itu.

Namun tiba-tiba Qashaf menarik tangannya pula.

"Zia, bantu saya untuk kuat semula boleh?" soal Qashaf.

Zia tersenyum lebar mendenggarnya.

"inshaallah... I'll always be your side, Qashaf" balas Zia.

Qashaf tersenyum lebar saat itu lalu dia mengucup tangan Zia.

Buat pertama kalinya Zia menerima senyuman ikhlas dari suaminya itu. Dia hanya mampu berdoa agar Qashaf dapat bukakan hatinya untuk dirinya dan ikhlas menerimanya sebagai seorang isteri.

Pagi itu Zia menyiapkan sarapan pagi untuk mereka bertiga. Nasi lemak berserta kuih karipap sardin yang menjadi kesukaannya sudah sedia terhidang di atas meja.

Qashaf pula sesudah subuh terus menghilang ke taman berhampiran untuk joging. Menjadi rutin setiap hujung minggu untuk dia keluar bersenam selain ke gym yang disediakan di kawasan kondo itu. S

etelah selesai dia membacuh kopi, Qarina muncul di ruang makan dengan masih berbaju tidur, dia mendekati meja makan itu lalu bulat matanya saat melihat hidangan itu.

"urmmm bestnya bau. Akak masak nasi lemak? Awww semalam baru Rina teringin nak makan, baru nak ajal akak dan abang keluar makan tapi depan Rina ni nampak lagi sedap! " ujar Qarina teruja. Dia terus melabuhkan punggung ke kerusi.

Zia tersenyum melihat gelagat adik iparnya itu.

"haah...nasi lemak sambal sotong. Mama cakap favourite Rina. Tu yang akak masak khas untuk Rina. Ada karipap sardin sekali. makan la" jemput Zia.

Tanpa membuang masa, Qarina terus menceduk nasi ke pinggannya. Zia menuang air kopi ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada adik iparnya.

dan saat Qarina menyuap nasi ke mulutnya Qashaf muncul di dapur.

" Amboi makan tak ajak orang langsung ye. Elok la tu anak dara belum mandi dah makan sarapan" bebel Qashaf.

Zia tersenyum saat mendengar bebelan suaminya. Saat Qashaf duduk, Zia meletakkan air kosong di depan Qashaf. Sudah menjadi rutin yang diketahui Zia setiap kali Qashaf balik bersenam pasti Qashaf akan menginginkan air kosong.

Qarina mencebik.

" abang Qash ni bisinglah, kak Zia masak sedap sangat tau sampai dalam mimpi pun Rina boleh bau nasi lemak ni. Untung abang Qash dapat isteri macam kak Zia ni dahla cantik, pandai masak pulak tu. dan Rina lagi beruntung sebab dapat makan masakan sedap macam ni dan dapat kakak ipar yang baik" ujar Qarina tersengih smabil mengerdip matanya beberapa kali lalu menyambung suapan.

Qashaf menggelengkan kepalanya mendengar jawapan adiknya.

"kau ni dik, kalau bab membodek kaulah juaranya" perli Qashaf.

Zia hanya ketawa kecil. Saat ingin menuang kopi ke cawan namun tiba-tiba Qashaf memegang pergelangan tangannya lembut seakan menghalang tindakan Zia itu.

" abang nak jus saja." ujar Qashaf sambil merenung Zia. Cantik sungguh isterinya pagi ni.

Sungguh kekok Zia rasakan saat mata Qashaf ralit merenungnya.
Zia hanya tersenyum nipis lalu mencapai air jus oren kotak lalu menuang ke dalam gelas untuk Qashaf.

" akak! "

Zia menoleh ke arah adik iparnya itu.

" Rina bosan la. Akak, apa kata kita ajak abang Qash pergi jalan- jalan?. Abang pun satu takkan hari cuti pun nak terperap buat kerja" ujar Qarina ketika dia dan Zia menonton tv di ruang tamu manakala Qashaf pula sudah menghilang ke dalam bilik kerjanya.

" urmm... Kesian adik akak, bosan sangat ya? sekejap akak cuba tanya abang Qash dulu" pujuk Zia.

Zia berlalu menuju ke bilik kerja Qashaf dan sampai di depan pintu itu dia mengetuk pintu bilik itu perlahan lalu, tanpa menunggu keizinan untuk masuk dia membuka pintu itu dan menjengahkan kepalanya ke dalam. Qashaf yang sedang menyiapkan kerja terhenti saat melihat wajah isterinya di muka pintu. Zia masuk lalu berdiri dekat dengan meja kerja suaminya itu.

"ehem...awak busy ke? Rina ajak keluar jalan- jalan tu. Kesian dia dah bosan dekat ruang tamu tu. " ujar Zia.

Qashaf hanya mendengar namun dia begitu asyik merenung Zia hingga Zia menjadi serba salah. Dia perasan semenjak pagi tadi, Qashaf seakan berubah. Suka merenung dan memerhati setiap perlakuannya. Itu membuatkan jantung Zia tidak tenteram.

" awak?.. Awak dengar tak saya cakap ni?" panggil Zia lagi.

Qashaf seakan tersedar dari lamunannya.

" okey pergilah, saya izinkan tapi jangan balik lambat" ujar Qashaf lalu memfokuskan semula ke kertas kerja ditangannya itu.

Zia mendekati Qashaf lalu dia menarik kertas yang berada di tangan Qashaf.

" Rina ajak kita. Saya dan awak. And please spend time with me dan Rina for today, can you? " soal Zia lembut dan kedengaran sangat mengharap.

Dia tak tahu kenapa dia boleh berbicara begitu dengan Qashaf sedangkan mereka tidak begitu rapat ni. Qashaf bangun lalu merapati Zia yang duduk bertenggek di meja kerjanya.

" Dia you know that you have sexy voice? Ni saja nak goda saya ke macam mana ni? " ujar Qashaf yang semakin mendekatkan mukanya ke muka Zia.

Zia makin gelabah dan terkejut saat melihat perubahan sikap suaminya. Zia kaku tidak bergerak disitu. Dan saat itu Wajah Qashaf makin mendekat dan hanya beberapa inci bibir Qashaf ingin menyentuh bibir Zia.....

" Oppsss!! ... Sorry Rina tak nampak... Sorry again. Rina keluar dulu..." ujar Qarina yang tiba- tiba menerjah masuk ke bilik itu.

Terus tersentak Qashaf dan Zia saat itu. Zia pula terus menolak tubuh Qashaf apabila tersedar akan kelekaannya. Lalu dengan wajah memerah dia terus berlalu keluar dari bilik tersebut tanpa memandang wajah Qashaf.

Qashaf yang pada mulanya tergamam mula mengukir senyuman nipis. Dia memegang dadanya dan merasai jantungnya yang berdegup kencang saat itu.

Qarina laju meninggalkan pasangan suami isteri itu di belakang. Zia pula melihat kedai-kedai di sepanjang laluan mereka. Qashaf hanya diam sambil melihat telefonnya. Sesekali dia menoleh ke arah isterinya di sebelah.Tanpa Zia sedari, Qashaf tekun memerhatikan gerak geri Zia saat itu. Isterinya itu ringkas memakai memakai tshirt hitam serta jeans season berwarna kelabu. Rambutnya pula dilepaskan. Walaupun Zia tidak seperti Nur Iman yang bertudung litup namun keperibadian Zia juga sebaik arwah isterinya. Cuma Zia lebih bersikap tegas terutama ketika bekerja.

Zia dilihat memandang ke arah satu dress ringkas yang berada di dalam cermin kaca yang dipamerkan di salah sebuah kedai. Sangat cantik dan dia melihat mata Zia seakan terpegun melihatnya.

"Nak beli ke?" soal Qashaf tiba-tiba .

Zia senyum lalu menggeleng.

" Takdelah, saje je tengok." balas Zia.

Lalu Zia meneruskan langkahnya saat melihat Qarina mula berhenti di satu kedai.
Mereka berjalan beriringan dan tanpa disangka mereka ditegur oleh satu suara.

"Zia!"

Laung Nuqman sambil mendekati pasangan itu.

"Nuq!" balas Zia tersenyum manis.

Qashaf merasa kurang senang melihat Zia tersenyum manis kepada lelaki yang agak segak di depannya itu. Wajahnya mula berubah riak.

"awak sihat?Apa awak buat dekat sini Zia?"soal Nuqman ceria.

Dia sangat gembira dapat menatap wajah cantik itu setelah sekian lama tidak berjumpa dan tidak disangka hari ini dia berjodoh di situ. Nuqman menjeling sekilas lelaki di sebelah Zia yang berwajah serius itu.

" Alhamdulillah, Saja jalan- jalan. Oh kenalkan ni Qashaf, dan ini Nuqman rakan sekerja saya dulu" ujar Zia. Memperkenalkan Qashaf dan Nuqman.

"Qash, suami Zia" ujar Qashaf lalu menghulurkan tangannya.

Berubah air muka Nuqman saat Qashaf memperkenalkan dirinya. Jelas dia merasa Terkejut dan kecewa.

Zia di sebelah juga agak terkejut saat mendengar Qashaf mengaku suaminya, kerana ini kali pertama Qashaf memberitahu status dirinya kepada orang.

" owh...tahniah diam-diam kahwin" ujar Nuqman tersenyum nipis. Dia menyambut huluran salam Qashaf itu.

" kami buat akad je dulu, nanti kenduri Zia akan jemput awak datang kansayang? " ujar Qashaf lagi sambil senyum manis kepada Zia. Tangannnya memeluk bahu Zia erat. Terkedu Zia saat itu namun dia memaniskan wajahnya saat melihat mata Nuqman merenung ke arahnya.

" inshaallah nanti saya akan jemput awak Nuq" ujar Zia pula.

" saya akan tunggu jemputan dari awak, Zia. Bertuah awak Qash dapat wanita seperti Zia. Saya doakan awak berdua bahagia. Saya minta diri dulu lah ada masa kita jumpa lagi" ujar Nuqman lalu meminta diri untuk berlalu.

Zia hanya memandang Nuqman berlalu dan pandangannya beralih kepada Qashaf.

" kenapa pandang abang macam tu?"soal Qashaf sambil berlalu mendekati Qarina yang sedang berjalan ke arahnya.

" abang? " Zia terpingga-pingga saat Qashaf meninggalkannya. Makin hairan dengan suaminya itu.

Hurmm esok la update lagi... Hari ni pendek je dulu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience