BAB 16 - I LOVE YOU!

Romance Completed 191238

Qashaf melangkah masuk ke dalam rumah. Zia mengekori dari belakang. Dia merasakan suaminya itu masih lagi dalam mood yang tak baik.

"Abang..." panggil Zia namun Qashaf tidak menghiraukannya.

"Abang, please...." laju Zia menyambar lengan Qashaf sehingga langkah lelaki itu terhenti.

"Zia ada buat salah ke?" soal Zia lagi saat melihat wajah keruh Qashaf itu.

Namun seketika Qashaf mengeluh perlahan. Sememangnya rasa sakit di hatinya bukan salah Zia. Dia sendiri yang merasa cemburu saat melihat Faiz cuba untuk memikat isterinya itu.

"I'm sorry. Zia tak salah, tapi abang yang terlalu ikutkan perasaan." ujar Qashaf.

Dia berdiri menghadap Zia lalu kedua tangan isterinya itu digenggam.

"abang tak suka bila Faiz pandang Zia macam tu. Dan abang juga tak suka bila kawan Zia hari tu pun lakukan benda yang sama. Dan apa yang paling abang rasa sakit sebab every time you in trouble, Faiz will be your saver, not me" ujar Qashaf lagi.

"apa maksud abang?" soal Zia hairan.

Faiz her saver? Zia tidak memahami apa yang Qashaf cakapkan.

"setiap kali Zia ada masalah, Faiz yang selalu ada untuk Zia bukan abang. Abang rasa abang suami tak guna. Dulu mungkin abang tak peduli pun tapi tidak sekarang."

"tapi Zia hanya anggap Faiz sebagai kawan tak lebih dari tu. Jadi selama ni abang ingat Zia masih mengharapkan cinta orang lain? Macam tu?" selar Zia.

"tak, bukan macam tu maksud abang!" tegas Qashaf.

"then apa? Zia tahu abang tak cintakan Zia tapi Zia tak begitu teruk untuk menagih cinta lelaki lain!" ujar Zia dalam nada agak kecewa.

" abang cintakan Zia! i love you so much!!" luah Qashaf tegas.

Terpana Zia saat itu. Dia, seakan tidak percaya bahawa Qashaf akhirnya meluahkan perasaannya. Dia merenung ke dalam mata Qashaf. Jelas dimata itu menunjukkan lelaki itu tidak main-main.

Qashaf mendekati Zia lalu tangannya naik memegang kedua belah pipi Zia. Dia membelai lembut pipi mulus isterinya itu.

"abang ikhlas cintakan Zia. Bukan sebab arwah Iman tapi ia lahir dari hati abang sendiri. Abang sendiri tidak sedar bila perasaan tu wujud dan dalam abang tak sedar itu abang sentiasa mengharapkan Zia ada di depan mata abang, makin lama Zia ubat hati abang dengan kehadiran Zia. Dan paling penting, bila ada lelaki lain yang cuba dekati Zia, hati abang terasa sakit." luah Qashaf lagi.

"maafkan abang, selama beberapa bulan kita kahwin abang tak layan Zia dengan baik. Bagi peluang untuk abang buktikan cinta abang pada Zia" tambah Qashaf lagi.

Zia hanya kaku memandang Qashaf ketika itu. Ternyata kata-kata Qashaf membuatkan hatinya terharu. Berkaca matanya saat itu, sedaya upaya dia menahan air matanya dari jatuh. Sesungguhnya doanya dimakbulkan Allah agar suaminya membuka hatinya.

"terima kasih abang....." ucap Zia perlahan. Akhirnya air mata jatuh ke pipinya.

Qashaf menyapu lembut air mata di pipi Zia. Dia mengucup perlahan dahi Zia saat itu. Dan terus Zia memeluk erat tubuh Qashaf.

"terima kasih sudi terima Zia sebagai isteri abang yang sebenarnya. I love you too, abang" bisik Zia di telinga Qashaf.

Saat itu Zia merasakan pelukan Qashaf bertambah erat. Sungguh hari itu merupakan hati yang paling bahagia buat dirinya.
'terima kasih kak Iman' bisik hatinya.
. .
. .
. .
. .
. .
. .

Zia membetulkan blaus berwarna peach itu dipakainya itu di depan cermin. Bibir sesekali tersenyum sendirinya saat mengenangkan kejadian semalam.
Tiba-tiba dari pantulan cermin dia melihat Qashaf melangkah masuk ke bilik persalinan itu lalu menyarung kemeja hitam tanpa membutangnya.

Qashaf mendekati Zia di depan cermin itu lalu terus dia memeluk isterinya dari belakang. Dia mengucup lembut tepi kepala isterinya itu. Senyuman mekar terbias dibibrnya. Wajahnya begitu ceria pagi itu.

"thanks for wonderful night, sayang" bisik Qashaf nakal.

Merona merah wajah Zia saat itu. Terus fikirannya membayangkan kejadian semalam. Setelah hampir 3 bulan mereka berkahwin, akhirnya semalam mereka telah menjalankan kewajipan sebagai suami isteri yang sebenar. Kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan dan Qashaf juga melayaninya dengan penuh rasa cinta dan hormat.

Zia tersenyum lalu melihat wajah Qashaf dari pantulan cermin.

"thank you abang, ikhlas terima Zia sebagai isteri abang. Zia cintakan abang sepenuh hati Zia" balas Zia.

"i love you too.. I think its time for us to tell all people about our marriage. Sayang rasa macam mana?" soal Qashaf. Sesekali dia mencium pipi Zia.

"Zia ikut je..." balas Zia tersenyum.

"okay, abang akan announce nanti. Dan abang rasa kita kena plan untuk majlis resepsi. Bila announce nanti boleh beritahu yang kita akan buat majlis sanding." ujar Qashaf.

"tapi kan kita dah kahwin dekat 3 bulan?" soal Zia lagi.

"should be no problem sayang. Orang lain ada yang kahwin hampir setahun baru buat majlis sanding pun ada"

"yela. Zia itu abang je" balas Zia mengalah sambil mencuit hidung mancung Qashaf itu. Tergelak Qashaf saat itu.

"settle bab majlis Sanding, tugas isteri abang pagi ni, abang nak isteri abang butangkan baju untuk abang boleh?" pinta Qashaf mengundang tawa Zia.

Tanpa menunggu lama, laju tangan Zia membutangkan kemeja di badan Qashaf. Setelah selesai, dia mencapai tli leher yang sedia di atas meja lalu di lilit di leher Qashaf. Sambil Zia sedang membuat kerja itu, mata Qashaf tak lepas memandang ke wajah isterinya.

Baru sekarang dia sedar akan kecantikan isterinya itu. Wajah yang putih mulus, alis yang terletak cantik dan mata yang sungguh memikat itu. Dan ketika dia senyum, terlihat lesung pipit di pipi mulus itu. Qashaf memandang rambut Zia. Alangkah bagus jika isterinya bertudung.desis hatinya.

Zia selesai mengemaskan tali leher itu lalu dia membetulkan kemeja yang sudah terletak elok di badan suaminya. Melihat Qashaf seakan termenung itu, laju jarinya mencuit hidung itu sekali lagi. Tersentak Qashaf saat itu.

"pagi-pagi dah termenung ek! Abang tengok ni, okay tak Zia buat?" soal Zia lalu menarik Qashaf ke depan cermin.

Qashaf melihat pantulan tubuhnya di cermin itu. Tie di lehernya ditilik.

"perfect sayang! Abang tak sangka wife abang ni pandai butangkan baju dan ikatkan tali leher. You do it like a expert" puji Qashaf.

Tersenyum Zia saat itu.

"dulu Zia selalu ikatkan tali leher untuk arwah papa, kalau Zia ada dekat rumah. Pagi-pagi papa dah ketuk bilik Zia semata-mata nak suruh pakaian tali leher untuk dia. And he teach me how to do it. Since papa meninggal dah lama Zia tak buat, mujurlah masih ingat lagi. Dan sekarang abanglah pengganti arwah papa. Itupun kalau abang nak Zia pakaikan" ujar Zia tersenyum.

Qashaf terus memeluk Zia erat. Dia mengucup lembut dahi isterinya.

"always, sayang." balas Qashaf perlahan.

Buat pertama kali mereka pergi ke pejabat bersama. Saat tiba diparking, Zia terus ingin melangkah keluar terlebih dahulu. Sebenarnya dia masih merasa risau jika ada sesiapa melihat mereka berdua.

"Zia pergi dulu" ujar Zia lalu terus mencapai pintu kereta untuk ditolak keluar namunbpantas Qashaf menyambar lengan kanannya membuatkan Zia menoleh.

Cup!

Satu ciuman melekat dipipinya membuatkan mata Zia meluas. Mujurlah kereta milik Qashaf bercermin gelap. Ketawa kecil Qashaf melihat riak wajah isterinya itu.

"Hari ni lunch together ya?" pinta Qashaf.

"sorry abang, hari ni Zia dah janji dengan Laila nak lunch sama. " ujar Zia serba salah.

Kecewa wajah Qashaf saat itu. Zia pula makin serba salah saat melihat wajah kecewa suaminya.

"nanti Zia cancel lah dengan Laila"

"no it's okay sayang. Lagipun dah janji kan. It's okay abang lunch dengan Faiz je nanti. Tapi after lunch sayang datang bilik abang ya, abang akan announce our marriage after lunch" ujar Qashaf.

"okay. Zia pergi dulu. Bye" ujar Zia mengucup tangan Qashaf.

Saat Zia ingin Keluar, sekali lagi Qashaf menarik lengannya lalu sekali lagi pipinya di kucup.

"love you sayang!" ujar Qashaf romantik.

"love you too..." balas Zia tersenyum sipu. Lalu dia terus keluar dari kereta dan berlalu ke lif berhampiran.

Qashaf melihat isterinya sambil tersenyum. Sempat Zia melambai saat menunggu lif membuatkan dia ketawa kecil. Sungguh hatinya merasa cukup bahagia saat itu.

** Zia keluar lunch dengan Laila dulu tau. See you later my husband.. Muahh**

Tersenyum Qashaf melihat mesej yang diterimanya. Kini baru dia nampak sisi comel dan manja isterinya itu.

"Ehem..."

Dia mengangkat wajahnya memandang ke arah suara yang berdehem itu. Dilihat Faiz sedang bersandar di muka pintu biliknya sambil berpeluk tubuh memandangnya.

"tengok telefon sambil tersengih-sengih, dah macam orang angau je kau ni" tegur Faiz.

Qashaf tersenyum, dia menyimpan telefonnya di dalam poket lalu berdiri. Lalu dia menghampiri Faiz di muka pintu.

"dah tak payah nak perli aku, jom pergi lunch" ajak Qashaf sambil menepuk bahu Faiz. Dia terlebih dahulu berlalu keluar meninggalkan Faiz yang masih di situ.

"Aku dengar kau nak buat announcement lepas lunch nanti. Nak announce bonus ke?" soal Faiz saat menyaingi langkah Qashaf.

"bonus apa tengah tahun ni. Bonus kan hujung tahun. Adalah, nanti kau tahu jugak" balas Qashaf tersenyum.

Faiz memicing matanya namun Qashaf tidak mengendahkan renungan Faiz itu. Dan itu menjadikan Faiz makin penasaran tentang apa yang bakal diberitahu Qashaf nanti.
. .
. .
. .
. .
. .
. .
. .
"Sorry lambat"

Laila mengambil tempat depan Zia sambil tersengih.

"kau punya lambat tak boleh bawak bincang ek" perli Zia saat Laila lambat hampir 20 minit.

"sorry la, kau tahu la aku bila cari barang make up terus lupa dunia."

"hmm yela, nasib baik aku rindu kau." ujar Zia membuatkan Laila membuat aksi flying kiss kepadanya.

Sambil menjamu makanan, mereka berborak tentang kehidupan masing-masing. Sejak Zia berkahwin, kali ini mereka baru berpeluang untuk berjumpa.

"so kau dan Qashaf dah officially husband and wife?" soal Laila setelah mendengar cerita Zia.

Zia mengangguk sambil tersenyum.

"Alhamdulillah, aku tumpang gembira untuk kau tapi macam mana kau boleh jatuh cinta dengan Qashaf?" soal Laila lagi.

"aku pun tak tahu, perasaan itu terus wujud secara tiba-tiba. Mungkin kuasa sebuah ikatan perkahwinan kot" ujar Zia sambil menyedut minumannya.

"wow, berpujangga sangat ayat kau." usik Laila lagi.

Zia hanya tersenyum mendengarnya. Namun seketika dia teringgatkan sesuatu.

"Ila, mak cik Zainab ada tak kacau kau dekat rumah?" soal Zia apabila ingatannya menerawang teringatkan mak ciknya itu.

"hari tu ada tapi aku tak layan pun. Dia nak meroyan depan rumah ke apa aku malas nak ambik port." balas Laila menyampah bila mengenangkan mak cik Zainab tu.

"lepas tu baru-baru ni dia ada tak kacau lagi?" soal Zia lagi.

"takde pulak. Tapi last aku jumpa dia, dia sibuk nak tahu kau kerja mana. Lepas dia tahu kau dah tak duduk sekali dengan aku terus dia tak muncul dah. Kenapa? Dia still kacau kau ke?" soal Laila pula.

"dia ada call aku baru-baru ni. Mana dia dapat nombor aku pun tak tahu tapi dia dah tahu aku dah kahwin. Dan aku rasa dia tahu siapa suami aku. Itu yang aku risau sekarang, aku takut dia kacau Qashaf pula lepas ni" luah Zia.

"kau kena hati-hati Zia. Mak cik meroyan tu kalau datang gila dia macam-macam dia boleh buat. Ditambah anak dia tu lagi la. Lebih baik kau report polis" saran Laila.

"tapi aku takde bukti. Aku dah penat Ila, aku rasa lebih baik aku bagi je apa yang dia nak dari dia duk kacau aku. Harta tak boleh bawa ke mana pun" ujar Zia.

"aku tahu tapi itu hak kau Zia. Arwah papa kau sendiri tak nak kau serahkan harta tu pada sesiapa pun."

"tapi aku..."

"dah, yang penting sekarang aku nak kau berhati-hati. Kalau boleh kau share la pasal ni dengan laki kau, mana tahu dia boleh bagi solution"

Zia tersenyum lalu mengangguk.

"thanks Ila, dengan kau je aku boleh luahkan semuanya. Aku sayang kau Ila" luah Zia.

"aku pun sayang kau tapi lepas ni laki kau la dapat carta nombor satu kau. Untunglah orang ada laki kan" usik Laila lagi mengundang tawa Zia.

Laila tersenyum melihat wajah sahabat baiknya itu tersenyum. Sekurang-kurangnya kawannya itu dapat lupakan masalahnya sebentar.

Mereka melangkah keluar dari restoran itu memandangkan waktu rehat Zia sudah sampai ke penghujung.

"mana kereta kau?" soal Laila.

"aku naik grab. Hari ni aku pergi kerja sekali dengan Qashaf"

"nak aku hantar office kau ke?" soal Laila.

"tak payah la, lagipun kau kan nak ke bukit jalil. Menyusahkan kau pulak nak patah balik. Lagipun aku naik grab tak sampai sepuluh minit pun." ujar Zia lagi.

"okaylah kalau macam tu. Take care Zia,anything call aku tau" ujar Laila lalu memeluk erat Zia.

Sebak dirasakan saat itu kerana lepas ini entah bila mereka akan berjumpa lagi jika Masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri.

"kau pun jaga diri. Aku sayang kau Ila, kau sahabat aku dunia akhirat" balas Zia.

"dah-dah, aku tak nak sedih-sedih. Macam la kau nak pindah Zimbabwe pulak. Bye Zia" ujar Laila sambil berlalu ke keretanya.

Zia memandang Laila yang sudah masuk ke dalam keretanya dan tak sampai lima minit kereta Laila mula meninggalkan tempat itu.

Zia tersenyum saat melihat mesej yang baru diterimanya. Qashaf sudah menginggatkannya untuk terus ke pejabatnya. Dia terus membalas mesej tersebut dengan menyatakan lagi 10 minit dia sampai.

Tiba-tiba dia perasan ada sebuah kereta berhenti di depannya. Dia menoleh ke arah kereta tersebut.

Qashaf mundar mandir di dalam pejabatnya. Jarinya menekan lagi nombor Zia namun tiada jawapan. Jam sudah hampir pukul2. 30 petang. Kali terakhir Zia membalas mesejnya pada pukul 1.45 tengah hari.

Qashaf memicit dahinya. Entah kenapa hatinya berbisik sesuatu yang tidak enak.adakah sesuatu berlaku kepada isterinya? Dia tepis perasaan negatif yang bertamu di fikirannya. Dia mencuba lagi mendial nombor isterinya dan masih sama. Tidak berjawab.

"mana sayang pergi ni?" rintih Qashaf.

Saat itu telefon pejabat miliknya berbunyi. Dia terus menjawab.

"hello encik Qashaf, jadi ke encik nak meeting dengan semua staff?" tanya Azza.

"kindly postpone Azza. I got something urgent to do" ujar Qashaf lalu dia terus meletak ganggang.

Hanya seseorang yang tahu keberadaan isterinya. Dia harus mencari Laila!

Jeng keng jeng... Mesti korang dapat agak apa y berlaku pada Zia kan... Huhuhu... Sorry spttnya post semalam tapi tak sempat..kekangan masa utk mnulis.. Hahaha

Share this novel

meskikah
2022-01-27 17:25:14 

untung zia dapat suami duda yg virgin...


NovelPlus Premium

The best ads free experience