BAB 3 - RINDU

Romance Completed 191238

Surat itu dilipat kembali lalu diletakkan di atas meja. beliau memandang gadis yang duduk di hadapannya itu.

"keputusan awak dah muktamad ke Zia?" Soal encik Zain.

Berat untuk melepaskan pekerja yang berbakat seperti Zia ini. Gadis itu hanya mengangguk perlahan.

Sebenarnya Zia sendiri amat payah membuat keputusan ini namun oleh kerana mak ciknya sudah mula menganggunya di tempat kerjanya jadi dia akan pergi sebelum keadaan akan lebih parah dan dia tidak mahu mak ciknya itu datang membuat kecoh di tempat kerjanya. Dia cukup kenal dengan mak cik Zainab itu. Selain itu juga, ada sebab lain mengapa dia harus berhenti namun tentang sebab yang itu biarlah nanti dia fikirkan.

"maafkan saya encik. Keputusan saya muktamad". ujarnya tenang.

Ketua bahagiaannya itu mengangguk perlahan lalu menyimpan surat perletakkan jawatan 24 jam yang diberi oleh Zia tadi.

" Kalau begitu baiklah, tapi untuk tempoh 24 jam ni saya harus nyatakan bahawa awak harus membayar ganti rugi kepada pihak syarikat. Saya sarankan awak buat notis dua minggu"

"takpe encik, segala itu saya sanggup tanggung." balas Zia.

Encik Zian merenung staffnya itu dengan dahi berkerut.

"awak ada masalah ke Zia?"

"takde encik. Lagipun saya harus ke suatu tempat untuk selesaikan sesuatu dan perkara itu mengambil masa yang agak lama. Sebab itu saya kena berhenti." balas Zia tersenyum nipis.

Encik Zain mengeluh perlahan.

"kalau begitu kata kamu, saya tiada hak untuk menghalang walaupun sebenarnya saya sayang untuk lepaskan staff sebagus kamu. all the best Zia. Andai awak berubah fikiran, syarikat ini sentiasa terbuka untuk staff yang berbakat seperti kamu." ujar Encik Zain.

Zia tersenyum nipis.

"terima kasih encik. Saya juga bertuah kerana sepanjang lebih dua tahun di sini, saya dapat banyak ilmu dan pengalaman berharga. Saya harap syarikat ini akan bertambah maju di masa depan. " ucap Zia.

Encik Zain berdiri sambil diikut Zia. Encik Zian menghulurkan tangannya. Zia menyambut huluran itu.

" selamat maju jaya Zia. All the best for your future"

"terima kasih encik" balas Zia lalu meninggalkan bilik tersebut.

Sedang dia mengemas meja kerjanya, satu bungkusan hadiah muncul di depan matanya. Dia mengangkat wajahnya melihat gerangan si pemberi. Saat itu dia tersenyum nipis. Lelaki di depannya itu turut tersenyum manis memandangnya.

" for you.. " ujar Nuqman.

"Hai, macam suka je saya berhenti kerja. Siap bagi hadiah lagi" perli Zia sambil tersenyum lalu menyambut hadiah tersebut.


"bukan suka tapi ingatan dari saya, sebagai semangat untuk mulakan kerja di tempat baru. " ujar Nuqman tersenyum nipis.

Zia tersenyum. Dia tahu, pejabatnya sudah kecoh tentang perletakkan jawatan 24 jamnya. Dan Nuqman antara rakan yang paling rapat dengannya sejak dia bekerja di situ. Susah senang Nuqman sentiasa ada dengannya termasuk pada hari kematian ibu bapanya dulu. Nuqman dia sudah anggap seperti abangnya sendiri.

" Saya takkan lupakan awak Nuq, awak adalah orang yang paling saya sayang. Terima kasih untuk selama ini. Saya harap awak takkan lupakan saya juga ya."ujar Zia.

Nuqman tersenyum manis.

" i'm not, Zia. I will be here anytime for you. " balas Nuqman.

" promise? "

" with all my heart " balas Nuqman sambil meletak tangannya di dada. Tergelak Zia melihat mimik wajah itu.

Zia menyambung mengemas mejanya. Nuqman hanya memerhati apa yang Zia lakukan. Dari hari pertama Zia bekerja dia sudah menaruh hati namun dia tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dia tahu, gadis itu hanya menganggapnya seperti seorang abang dan dia tidak mahu memaksa jika orang tidak menyintainya.

Zia sememangnya mempunyai tarikannya yang tersendiri. Selain wajahnya yang cantik, dia juga punya auranya tersendiri. Kalau tak, masakan klien yang datang selalu tak lepaskan peluang memandang Zia malah ada yang mencuba nasib namun gadis itu menolaknya dengan sopan.

"jauh mengelamun" tegur Zia Sambil melambai tangannya di depan Nuqman.

Nuqman tersenyum malu saat tersedar dari lamunan.

"jom lunch. Hari ni saya belanja awak" ajak Zia lagi.

"seriously? Wow ni upah tak nak bagi sedih awak berhenti ke macam mana?" soal Nuqman.

"yeahh.. Kind of" balas Zia membuat mimik muka membuatkan Nuqman memicing matanya memandang Zia.

Zia ketawa melihat muka tidak puas hati Nuqman.

"dah jom! Lambat tinggal!" ujar Zia lalu mula meninggalkan Nuqman di dalam officenya.

Nuqman tersenyum lalu laju dia mengekori langkah Zia yang sudah meninggalkannya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Qashaf mengemas barangan arwah isterinya itu. Sudah dua bulan pemergian Nur Iman namun kenangan yang sentiasa terpahat di ingatan tidak mungkin dapat dilupakan.

Barangan Nur iman yang berada dibiliknya itu dikumpulkan. Barang- barang tersebut dia ambil dari bilik arwah dirumah mentuanya. Berat untuk dia lakukan, bila melihat barangan itu, dia merasakan Nur Iman berada dekat dengannya. namun mamanya selalu mengingatkannya agar mengasingkan barangan arwah jika tidak mahu membuangnya.

Dia tahu tidak elok meratapi kematian namun hatinya masih belum kuat lagi untuk melepaskan rasa cintanya.

Baju kurng milik Nur Iman dicapai. Lalu dia memeluknya erat. Tanpa sedar ada air mata yang menitik jatuh.

" Abang terlalu rindukan iman. Ya Allah, ampuni aku ya Allah...terlalu berat dugaan mu ini ya Allah." Qashaf mengongoi dalam esak.

"Qash...."

Dia tidak menoleh malah makin menundukkan wajahnya. Dia tahu ibunya melihat dia menangis dan dia sudah tidak malu untuk menangis di depan ibunya itu.

Di muka pintu Datin Sarima memandang sayu anak lelakinya itu. Dia melangkah masuk ke dalam dengan perlahan lalu duduk di birai katil di sebelah Qashaf. Hati seorang ibu juga turut berduka saat mengenangkan nasib anak keduanya itu.Sudah sebulan anaknya berkeadaan begitu, menyendiri dan pendiam. Dia tidak mahu anaknya terus begitu.

Qashaf seperti sudah hilang semangat. Berbeza dengan diri yang dulunya periang dan suka menyakat. Dia tidak menyangka anaknya akan diuji dengan begitu kuat.

"Qash.... Mama tak sanggup nak tengok anak mama macam ni. Mama sayang Qash dan mama juga sayangkan arwah Iman. Tapi kita tidak boleh menolak takdir Allah. Yang pergi biarkan pergi, melepaskan tak semestinya melupakan. Mama rindukan anak mama bernama Qashaf. " ujar Datin Sarima sayu. Jelas dengar esakan kecil wanita itu.

Qashaf terkedu. Saat mendengar suara sayu mamanya dia merasa berdosa kerana membuat mamanya menumpahkan air mata. Mamanya menangis kerananya.

Laju Qashaf mengelap air matanya. Dia tidak mahu mamanya bertambah sedih melihat keadaannya.

"ma..maafkan Qash" ujar Qashaf perlahan. Tangannya laju mengenggam tangan mamanya.

"kenapa tak turun makan?Qash kena jaga diri tu. mama tengok badan Qash dah makin susut. mama risau tengok keadaan Qash macam ni" ujar Datin Sarima.

"Qash tak lapar mama" jawab Qashaf perlahan. Tangannya laju mengemas barangan Nur Iman.

"Mama kehilangan menantu Qash, mama taknak kehilangan anak lelaki mama juga. Allah takkan menguji hambaNya jika hambanya tak mampu. Ada hikmah untuk semua ni Qash. Bangkit semula Qash, demi kami yang sayangkan kamu." ujar Datin Sarima sambil mengenggam tangan Qashaf yang sedang melipat pakaian itu.

Qashaf masih jua menundukkan kepalanya. Terdenggar keluhan mamanya saat itu.

" Qash turun makan ya? " pinta Datin Sarima lalu dia berlalu keluar.

Qashaf teruskan mengemas dan saat selesai mengemas pakaian, dia berlalu ke sudut bilik menempatkan meja kerja miliknya. Dia situ terdapat beberapa buku milik Nur Iman. Dia mencapai satu buku lalu tangannya menyelak helaian buku ditangannya. coretan ringkas di muka surat pertama membuatkan dia terpana.

*doakan Adikmu ini sekuat dirimu kak Nur Iman.... Lots of love, Raudhah*

Dia meraba tulisan itu.

"Raudhah...." bisik Qashaf perlahan.

Buku tersebut ditutup lalu diletakkan ke dalam laci.
. .
. .
. .
. .
. .
. .
. Zia melangkah masuk ke syarikat itu. Setelah melaporkan diri, dia duduk di ruangan menunggu. Dia sedar banyak mata yang memandangnya. 'Pelik sangat ke pakaian aku hari ni?' Desisnya. Dia mengenakan baju korporat berwarna biru gelap, rambutnya separas bahu dibiar lepas namun nampak kemas.

Zia hanya mengabaikan pandangan tersebut kerana apa yang lagi penting ialah sesi temuduga yang akan dijalaninya sebentar lagi. Jawatan pengawai akaun yang ditawarkan harus dia rebut. Ini saja peluangnya untuk dia.

"Zia Raudhah binti Abdullah."

Dia menoleh saat namanya di panggil. Lalu dia berdiri mendekati staff tersebut.

"cik boleh masuk bilik sana ya" ujar staff tersebut ramah.

Zia mengangguk lalu mengucap terima kasih. Dia berjalan menuju ke bilik yang diberitahu. Saat berselisih dengan pekerja disitu dia melemparkan senyuman. Dengan lafaz bismillah dia masuk ke bilik itu setelah diberi kebenaran.


Qashaf melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dari dalam biliknya dia terpandang kelibat Faiz sedang mengintai ke satu arah. Dia mengerutkan dahinya lalu dia keluar menghampiri lelaki itu.

.
" pagi-pagi ni kau menghendap siapa?" sergah Qashaf.

Laju Faiz memusingkan badannya.

" ishh kau ni Qash, nasib aku tak kena sakit jantung dekat sini. Tadi aku nampak awek cun. Lawa wei... Selisih dengan aku, dia siap senyum manis. Macam datang interview je. Ada vacancy untuk position apa? kau yang handle ke" tanya Faiz.

" Tak,aku tak handle. Rasanya ni untuk position Zarul, dia kan dah tender resignation last week." jawab Qashaf.

"kalau macam ni punya akauntan, aku rela jadi runner hantar claim ke finance department hari-hari." ujar Faiz.

Qashaf mengelengkan kepalanya. Malas mahu melayan kawan baiknya itu lalu dia mula melangkah ingin meninggalkan Faiz di situ. Namun baru dia berpusing, Faiz memegang bahu Qashaf

"Bro, kau okey?" soal Faiz. Dah dua bulan berlalu dan Qashaf masih begitu. Pendiam dan banyak menyendiri.

Qashaf tidak menjawab pertanyaan Faiz dan dia hanya tersenyum nipis dan berlalu pergi. Faiz hanya melihat langkah kawannya itu berlalu. Tanpa sedar, Dia melepaskan keluhan kecil

Dia melangkah masuk ke tanah perkuburan itu. Tudung di kepalanya dibetulkan. Dia melabuhkan punggungnya saat sampai di kubur yang dia tuju. Lalu dengan suasana sunyi itu dia mula mengalunkan surah yassin. Selesai membaca dan berdoa dia memandang batu nisan yang tertulis nama pemilik kubur itu.

" Kak iman, Zia rindukan akak. Its been two months without you. Takde siapa nak dengar masalah Zia lagi. Zia sunyi kak, minggu lepas Zia datang rumah ibu ayah akak. Zia tahu mereka masih bersedih tapi depan Zia mereka senyum je.'' tutur Zia perlahan.

" kak, Zia dah ke sana. Zia harap ada la rezeki Zia untuk tunaikan permintaan akak. Kalau Zia tak diterima, akak maafkan Zia ek...."

Dia mendongak ke langit saat merasa ada titisan air mengenai wajahnya. Hujan mula turun.

"Zia balik dulu kak, nanti Zia datang lagi ya. Akak sentiasa ada dalam hati Zia" ujarnya lagi lalu bangun untuk meninggalkan perkuburan itu.

Saat dia masuk ke dalam kereta, hujan mula turun dengan lebatnya. Dia masih kaku di dalam kereta itu. Matanya tak lepas melihat kubur milik Nur Iman. Kenangan lalu mula terbayang di kotak matanya.

............................

"Kenapa akak suka panggil Zia dengan nama Raudhah?" soal Zia kepada Nur Iman.

"Raudhah bermaksud taman syurga. Akak sentiasa doakan Zia mendapat ganjaran syurga" jawab Nur Iman tenang. Tangannya membelai rambut lebat Zia. Gayanya sudah seperti seorang kakak memanjai adiknya.

"Zia belum layak masuk syurga, kak. tak macam akak cantik bertudung tutup aurat. Zia ni tak sebaik akak"

"Raudhah baik, cuma nakal sikit. Akak sentiasa doakan adik akak ni menjadi lebih baik. Hidayah milik Allah"

Zia tersenyum, dia merenung ke tengah tasik itu.

"Raudhah. Nama tu hanya arwah mama saja panggil. Zia takkan bagi sesiapa pun panggil nama itu kerana nama itu sudah dikhaskan untuk mama saja. dan akak pula wanita kedua panggil Zia dengan nama itu. Palingg pelik, Zia suka bila akak panggil Zia macam tu. Akak, Zia happy sangat akak muncul dalam hidup Zia. Akak segalanya bagi Zia sekarang" ucap Zia.

"Raudhah,andai akak tiada nanti boleh tak Zia penuhi permintaan akak?" Soal Nur Iman tiba-tiba.

Zia menoleh ke arah Nur Iman. Berubah riak wajahnya saat itu.

" apa akak cakap ni, Zia yakin akak dapat sembuh! Zia yakin kak" ujar Zia bersungguh-sungguh.

Nur Iman hanya senyum nipis mendengar kata-kata itu. Zia sudah mengetahui penyakitnya itu kerana dia tidak mahu sorokkan apa-apa dari gadis yang sudah dianggap adiknya itu.

"inshaallah..." balas Nur Iman tersenyum.

"Raudhah, kejap lagi abang Qash nak datang sini. Nanti akak nak kenalkan Raudhah dengan abang Qash." ujar Nur Iman tersenyum.

Zia hanya mengangguk. Dia memang masih belum mengenali tunang kakak angkatnya itu. Dan kak Iman pun dah banyak kali ingin memperkenalkannya namun tiada kelapangan.

Dan ianya berlaku sekali lagi saat selepas beberapa minit, Zia dapat panggilan penting dan dia terpaksa pergi meninggalkan Nur Iman yang menunggu tunangnya.

Nur Iman hanya melihat tubuh Zia yang makin menjauh. Dan ketika itu jugalah Qashaf tiba.

"hurmm, nampaknya takde rezeki lagi abang nak kenal dengan adik angkat Iman" ujar Nur Iman tersenyum.

Qashaf tersenyum nipis.

"takpelah sayang, nanti kita kahwin Iman boleh perkenalkan adik kesayangan Iman tu" balas Qashaf mengusik.

Nur Iman tersenyum senang.

Deringan telefon bimbitnya memecahkan lamunannya. Dia terus menjawab panggilan tersebut. mendengar butir bicara dari pemanggil membuatkan dia tersenyum lega.

Akhirnya rezeki berpihak kepadanya. Selesai bercakap dia terus menamatkan panggilan. Dia kembali memandang kubur milik Nur Iman dari jauh. Selepas ini, satu permulaan baru akan dia hadapi. Dia masih belum mengerti kenapa arwah Nur Iman memintanya bekerja di syarikat itu. Mungkin syarikat itu impiannya untuk bekerja dulu? Atau mungkin arwah tidak sempat dan menginginkannya melaksanakan impiannya itu. Arwah juga dulu pernah bekerja dibahagian kewangan juga sebelum dia jatuh sakit.

'Takpe kak, Zia akan tunaikan hasrat akak tu' . Bisik hatinya.dia terus menghidupkan enjin kereta dan berlalu dari situ.

For today... Ni chap y CE dah ciapkan awal2... So dpt la update laju2... Hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience