BAB 5 - LEPASKAN

Romance Completed 191238

"so, Zia... Awak tinggal dekat mana?"

Suara Faiz memecah kesunyian di meja mereka. Zia memandang Faiz di depannya. Dia juga menjeling sekilas ke arah Qashaf di sebelah Faiz yang sejak dari tadi hanya memilih untuk membisu.

"Damansara..." jawab Zia sepatah.

"with family or sewa?"

"sewa, dengan kawan saya. Saya anak yatim piatu."

"i'm sorry Zia..." ujar Faiz bersalah.

"no worries, lagipun dah lebih 3 tahun berlalu. Yang pergi kita harus biarkan pergi, sebab mereka bukan milik kita tapi milik penciptaNya. Lepaskan mereka pergi bukan bermaksud kita melupakan tapi redha dengan ketentuan Illahi. Yang penting nama mereka tetap kukuh dalam ingatan" balas Zia panjang.

Qashaf yang hanya mendiamkan diri tiba-tiba mendongak kepalanya memandang Zia dan gadis itu juga turut memandang wajahnya. Hanya beberapa saat sehingga Qashaf mengalihkan pandangan wajahnya.

Zia yang agak terkedu melihat riak wajah lelaki itu. Ternyata dari riak wajahnya, bosnya itu menyimpan satu perasaan yang sangat berat. Namun dia bukanlah sesiapa untuk dia bertanyakan hal peribadi lelaki itu.

"aku pergi toilet kejap" Qashaf bersuara memandang Faiz lalu meninggalkan meja makan tersebut.

Faiz dan Zia memandang langkah Qashaf. Faiz menoleh memandang Zia lalu dia mengukir senyuman tawar.

"He lost his wife a day after they got married" tiba-tiba Faiz bersuara.

Terkedu Zia saat mendengar kata-kata Faiz itu. Laju dia menoleh memandang Faiz.

"he's not like before anymore. Kami berkawan sejak dari sekolah, lepas graduate pun dia yang offer saya kerja dengan dia. Dia seorang yang ceria dulu, tapi lepas dia kehilangan isteri dia beberapa bulan lepas, dia berubah menjadi seperti sekarang. Pendiam, serius dan lebih suka menyendiri" sambung Faiz lagi.

"dan saya tahu dia terasa bila awak cakap macam tu tadi. Dan itu bukan salah awak, Zia. Berbuih kami nasihatkan dia untuk kuatkan semangat namun dia tak peduli. Terlalu jelas yang dia masih belum lepaskan arwah isterinya"

"itu lumrah bila kita terlalu cintakan seseorang. Berikan encik Qashaf masa, mungkin satu hari Allah akan tiupkan semangat untuknya kuat" balas Zia perlahan.

"amin.. Itu yang saya sentiasa doakan.." balas Faiz tersenyum.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Apa semua ni! Ini laporan kewangan yang you all nak berikan kepada saya?!! macam mana you all buat kerja?!!"

Qashaf mencampakkan fail ke meja mesyuarat. Masing-masing yang menghadiri memsyuarat itu terkejut dengan tindakan bos mereka.

" kenapa dengan laporan ni encik? kalau tak silap saya dah periksa dulu sebelum serahkan kepada encik." ujar Farah merangkap ketua bahagian kewangan.

Zia juga turut pelik melihat amukan COO mereka. Dia yang menyediakan laporan tersebut dan dia yakin tiada kesalahan dalam laporan tersebut.

"Kenapa encik Qashaf? Boleh beritahu kami apa kesalahan laporan itu? " Soal Zia berani.

Dia dapat melihat wajah Qashaf semakin tegang dan matanya tajam merenungnya namun itu tidak membuatkan Zia gentar.

" I need your explanations cik Zia, macam mana laporan yang carca marba macam ni awak boleh tunjukkan pada saya dan kenapa nak masukkan first quarter sekali!? I already told you, only report with third quarter!! syarikat tak ambil awak bekerja di sini untuk buat kerja sampah macam ni! Farah! How you train your staff?! " Herdik Qashaf. Dia bercekak pinggang lalu menoleh ke belakang memandang keluar tingkap kaca bilik mensyuarat itu.

terkedu Zara saat di tengking begitu. Dengan hati sebal dia mencapai fail laporan di situ. Ada kelainan dengan laporan yang tertera. Eh! ni bukan laporan yang dia siapkan. mesti bosnya itu tersalah fail. Faiz yang melihat ketegangan bilik mesyuarat itu tidak mampu untuk berkata-kata kerana itu melibatkan bahagian kewangan. Namun dia merasa kasihan saat melihat Qashaf mengamuk kepada staf kewangan. Belum pernah lagi Qashaf menengking staffnya.

"ini bukan report yang betul!"

Tiba-tiba suara Zia kedengaran membuatkan semua mata memandangnya. Qashaf juga turut menoleh memandangnya.

"i beg your pardon?" soal Qashaf sinis.

"ini bukan report yang saya buat. Encik dah tersalah fail"

Qashaf tersenyum sinis.

"so you nak cakap yang saya salah dalam hal ini? You nak cakap saya tersalah ambil fail?!" soal Qashaf sarkastik.

Tanpa rasa bersalah Zia mengangguk kepalanya. Dia dapat melihat mata bosnya itu makin tajam merenungnya.

Baru sahaja Qashaf ingin bersuara, tiba-tiba pintu bilik mensyuarat diketuk dari luar. Pintu itu terbuka dan wajah setiausaha Qashaf muncul.

"maaf, ini fail yang cik Zia minta saya carikan dalam bilik encik Qashaf dan berikan kepada encik. " ujar setiausaha Qashaf lalu meletak fail tersebut di depan Qashaf.

"Thank you, Azza" ujar Zia. Selepas dia melihat fail yang dicampak Qashaf tadi sempat dia menghantar mesej kepada setiausaha lelaki itu agar mencari fail di dalam bilik lelaki itu.

" saya harap ini dapat menggantikan penjelasan saya. dan satu lagi encik Qashaf, tak salah kalau seorang bos bertoleransi dengan pekerjanya. bukan menuduh dengan membuta tuli. Sebab itu jika ada yang encik tak puas hati, adalah lebih baik jika encik bertanya kepada kami. Encik bos kami dan encik yang bayar gaji kami, of course kami akan lakukan kerja dengan terbaik kepada syarikat yang beri rezeki kepada kami. Maafkan saya kalau apa yang saya cakap ni mengguris hati encik tapi saya harus bersuara kerana saya dah lakukan kerja saya dengan betul. " ujar Zia panjang. Riak wajahnya kekal tenang.

Faiz terkedu dengan kata-kata Zia. Tak pernah ada staff yang berani menegur bosnya itu.

Qashaf terpana dengan teguran Zia. Dia terdiam sejenak ibarat memproses setiap kata-kata itu. Dia memandang semua staff yang berada di dalam bilik mesyuarat itu. Di kembali duduk di kerusinya.

"so, let's continue this meeting!" dia bersuara.

Masing-masing mula memberi fokus apabila staff bahagian pemasaran memulakan bentangan. Sesekali Qashaf menjeling ke arah Zia yang memandang slide. Dia dapat lihat riak wajah gadis itu yang beku ketika itu.

"Saya dengar coklat boleh hilangkan stress"

Zia mendongak memandang tuan tangan yang meletak coklat di atas mejanya. Dia tersenyum nipis.

"bila awak masuk? Diam-diam ek ceroboh office orang" soal Zia tersenyum.

"macam mana orang tu nak perasan kalau dari tadi asyik mengelamun."

Faiz melabuhkan punggung di kerusi di depan gadis itu. Dia tahu Zia masih bersedih dimarahi Qashaf tadi. Tapi dia juga bangga kerana gadis itu berani bersuara membela diri.

Zia mencapai coklat bar sederhana besar jenama Cadburry itu dan dia tersenyum geli hati.

"Mana la awak baca petua coklat ni" ujar Zia tersenyum manis.

hati Faiz senang saat melihat senyuman Zia.

" Saya bangga dengan awak, Zia. Berani bersuara. Tentang bos kita tu awak jangan kecil hati yer. Mungkin dia stress masa tu. Dia pun manusia biasa, tak lari dari kesilapan" ujar Faiz.

" Bertuah encik Qashaf dapat kawan macam encik Faiz, sentiasa faham keadaan dia. saya pun nak minta maaf sebab terlanjur kata" balas Zia.

" Takpe, kadang-kadang bos kita tu perlu kena tembak dengan staff juga. Lagipun memang salah dia, salah baca report.okay la, saya tak nak kacau awak. So jangan sedih-sedih okay. Smile, so that i can see your beautiful dimple" ujar Faiz bangun lalu ingin meninggalkan meja Zia.

Terlepas tawa Zia. Hilang sedikit rasa sedih di hatinya itu saat Faiz muncul memujuknya.

" Faiz.... thanks for chocolate" ujar Zia sambil mengangkat coklat di tangan.

Faiz senyum dan mengangguk kepala,lalu dia meninggalkan bilik gadis itu.

Qashaf merenung ke luar cermin kaca. Fikirannya jauh menerawang ke langit biru. Sesekali terlepas keluhan kecil dari bibirnya. Teguran Faiz tadi masih terngiang-ngiang di fikirannya.

...........................

"Bro, kau tak rasa too harsh ke tadi?" Faiz bersuara setelah menutup pintu bilik pejabatnya.

Qashaf duduk di kerusinya dan Faiz pula mengambil tempat di depan.

"apa maksud kau?" soalnya kepada Faiz.

"aku bukan nak berpihak kepada sesiapa tapi tadi bukan salah Zia. Walau kau bos tapi apa salahnya kau minta maaf" tegur Faiz. Dan tiba-tiba dia Melihat riak wajah Qashaf berubah sedikit.

"maaf bro kalau aku ni menyibuk. Aku tahu ni syarikat family kau dan aku takde hak cuma sebagai kawan baik kau dan staff di syarikat ni, aku nampak Zia staff yang berpontensi dan bagi aku meminta maaf adalah satu amalan yang baik" tambah Faiz lagi.

"aku tahu la kau dah tangkap cintan dengan dia, beria ek back up. Look, Faiz. Aku mengaku memang aku salah ambil fail, dan tak dinafikan laporan yang dia buat memang bagus. Dan aku tak marah kalau nak tegur aku macam tu. Well staff pun ada hati dan perasaan jugak kan. Walaupun ego aku tersentap jugak masa dia berani bersuara, but she's telling the truth. " ujar Qashaf.

Faiz terangguk-anguk setuju dengan kata-kata Qashaf.

" aku tahu aku agak keterlaluan dan kau jangan risau nanti aku minta maaf dengan dia. "

" haaa... Cam gini la kawan baik aku. Sebab tu la aku suka kerja dengan kau, Qash! " balas Faiz bersemangat.

Qashaf mengeleng kepala sambil tersenyum.

"Qash, aku harap sangat kau kembali macam dulu. Lepaskan Nur Iman kalau kau cintakan dia. Macam yang Zia cakap dulu, melepaskan tak semestinya perlu melupakan" ujar Faiz lalu berdiri.

Terdiam Qashaf mendengar kata-kata Faiz itu.

"aku sentiasa doakan kebahagiaan kau Qash. Kuatkan semangat demi kami yang masih ada di depan kau. Aku sentiasa ada di belakang kau. Sentiasa." sambung Faiz lagi lalu meninggalkan bilik tersebut.

Qashaf hanya diam. Fikirannya terus memikirkan kata-kata Faiz tadi.

................................

Bunyi ketukan pintu membuatkan lamunannya terhenti. Dia memberi arahan lalu pintu dibuka dari luar. Terjengul wajah setiausahanya masuk membawa beberapa fail.

"ini fail yang encik perlu semak dan tandatangan." ujar Azza, setiausahanya lalu meletakkan fail ke meja.

"Azza...kenapa awak bawa report ke dalam bilik meeting tadi?" soal Qashaf tiba-tiba.

"oh, tadi saya dapat mesej dari cik Zia minta saya cari fail kewangan quarter 3 dan bawa ke bilik meeting. Dia cakap urgent. Tu saya jumpa terus bawa ke bilik meeting" jawab Azza.

"dekat mana awak jumpa fail tu?" soal Qashaf lagi.

"dekat bawah fail Kontrak suppliers." jawab Azza lagi.

Terdiam Qashaf seketika. Dia cuba mengingati semula dan sesaat seketika dia mula ingat. Saat menerima fail tersebut dia meletakkannya ke tepi dan mungkin tercampur dengan fail lain. Dia mengeluh perlahan akan kelalaian dirinya.

" kenapa encik Qashaf?"

"takde pape, awak boleh keluar" ujar Qashaf.

Setiausahanya mengangguk lalu berlalu keluar.

Qashaf merasa serba salah. Dia harus meminta maaf kepada Zia.

Sorry for typo... Happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience