BAB 4 - PERTEMUAN

Romance Completed 191238

Zia mencebik sambil membaca mesej yang diterimanya, tak habis-habis nakkan harta orang. Entah apa yang makciknya tidak puas hati lagi. Tak habis-habis cakap bahawa dirinya tidak layak untuk menerima harta papanya. Habis siapa yang layak? Anak lelakinya yang penagih dadah tu?!

Dia meletak telefonnya ke atas meja kopi dengan kasar.

"kenapa marah sangat ni?" tegur satu suara.

Secawan kopi diletakkan di depannya.

" Apa lagi kalau makcik gila harta tu la" jawab Zia. Dia memandang wajah teman serumahnya itu dengan perasaan sebal.

Laila merupakan rakannya semasa belajar dulu dan menjadi teman serumahnya sejak setahun ini.

"Tak bosan lagi ke makcik puaka tu. Aku suruh buat report polis kau tak nak, sampai bila kau nak hadap benda ni?" soal Laila lagi.

"Aku malas la nak besarkan hal ni. lama-lama dia penat dia senyap la". ujar Zia.

" penat kau cakap, dah 3 tahun weh, tak ada yang penatnya kalau asyik duk kacau kau je" ujar Laila lagi.
Zia hanya menjongket bahunya tanda malas ambil kisah.

Laila menggeleng kepalanya melihat reaksi sahabat baiknya itu.

"sampai bila kau nak tahan dengan perangai mak cik kau tu? Rumah tu sepatutnya menjadi hak kau tapi kau biar je dia duduk di situ. Orang macam tu tak patut bagi muka" ujar Laila lagi.

"aku ni berprikemanusiaan lagi tau. Kan dia takde tempat tinggal so aku bagi jela dia duduk situ dari rumah tu kosong" balasnya pula.

"tapi dia tak pernah kesiankan kau. Mujurlah kau bagi rumah yang arwah papa kau belikan untuk kau. Kalau dia bagi rumah family kau mahu dia jual semua barang dalam rumah tu" bebel Laila lagi.

Zia tersenyum nipis. Memang rumah yang di diami mak cik Zainab sekarang adalah rumah yang arwah papa belikan untuknya. Dia sendiri takkan benarkan mak ciknya itu mendiami rumah keluarganya. Baginya rumah itu terlalu istimewa dan tiada sesiapa yang boleh tinggal disitu. Mak cik Zainab juga pernah mencuba nasib namun atas arahan wasiat arwah papa yang melarangnya tinggal disitu, dia mengalah.

" lupakan tentang mak cik kesayangan kau tu. macam mana interview?" Soal Laila.

" minggu depan start kerja"Jawab Zia ringkas matanya tak lepas dari menonton drama di tv.

"kau rasa lagi satu permintaan tu kau dapat tunaikan tak?"soal Laila lagi.

Zia menoleh memandang wajah sahabatnya itu. Laila satu-satunya orang yang tahu tentang permintaan arwah Nur Iman. Dan memandangkan dia tiada sesiapa untuk meluah rasa dan Laila merupakan sahabat sejatinya, dia meletakkan kepercayaan kepada rakannya itu.

"Hal itu next time aku fikir. Otak aku ni tak boleh nak proses data dah. Yang pasti permintaan arwah nak aku kerja dekat syarikat tu aku dah tunaikan. Hal lagi satu tu biarlah dulu. Lagipun aku ni tak kenal langsung suami arwah. Entah-entah suami dia tu dah pindah oversea. So, sekarang izinkan patik nak masuk beradu dulu yer" Zia meninggalkan sahabatnya yang sudah terkulat-kulat itu.

"boleh pulak dia blah, haih la Zia... Aku harap urusan kau dipermudahkan. Mungkin ada hikmah semua ini" ujar Laila. Lalu tangannya laju mencapai remote control tv dan jarinya menekan siaran yang dia cari.

"Tunggu!"

Zia menahan pintu lif dari tertutup. Dia melihat satu susuk lengkap bersuit kemas masuk lalu membelakanginya. Zia mencebik bibirnya dalam diam,

'dah tolong tahan lif pun tak ucap terima kasih. Takde budi bahasa langsung' desis hatinya.

Ting!

Pintu lif terbuka dan lelaki itu terus keluar diikuti beberapa orang termasuk Zia. Zia masih lagi memandang lelaki itu dalam diam, dan dia cuba melihat wajah lelaki sombong itu namun saat dia merasakan lelaki itu menoleh kepalanya ke arahnya, dia di tegur oleh staff reception.

"selamat pagi, boleh saya bantu cik?"

Laju Zia menoleh ke arah gadis di depannya itu. Lalu senyuman manis diberikan kepada staff tersebut.

"selamat pagi, saya Zia Raudhah. Datang untuk lapor diri sebagai pengawai kewangan baru." ujar Zia ramah.

"owh, kalau macam biar saya bawa cik Zia jumpa puan Hayati, HR yang akan assist cik nanti" ujar staff tersebut.

Zia mengangguk lalu mengekori langkah staff tersebut.

Setelah diperkenalkan kepada semua staff, Zia diberikan satu bilik khas untuknya. Cuma tadi dia tidak sempat diperkenalkan kepada CEO, Dato Azfar dan seorang lagi pegawai yang katanya merupakan anak kepada CEO kerana mereka berdua sibuk dengan mesyuarat.

Zia melangkah ke pantry saat lunch hour kerana dia tidak rasa ingin keluar makan. Dia hanya ingin membancuh secawan oat sebagai alas perut.

Selesai minum, dia membersihkan cawan tersebut lalu melangkah keluar dari pantry. Namun saat tiba di satu sudut, tiba-tiba muncul seseorang secara mengejut membuatkan mereka hampir berlanggar. secara tiba-tiba helaian kertas yang dipegang lelaki tersebut jatuh berterabur.

Dia turut membantu lelaki itu mengutip kertas tersebut. Saat memberikan kertas tersebut lelaki itu terus meninggalkannya. Hello! adab mana adab! Zia menjeling belakang badan lelaki tersebut walaupun dia tahu lelaki itu takkan nampak jelingan mautnya itu. Kali kedua pada hari yang sama dia dilayan begitu.

Selepas waktu rehat, dia diajak puan Hayati untuk diperkenalkan kepada pihak atasan mereka.
Mereka berhenti di depan pintu bilik dan sempat dia membaca papan nama yang tertera di pintu. Encik Qashaf bin Dato Azhaf, Chief Operation Officer. Puan Hayati mengetuk pintu bilik tersebut dan Setelah dibenarkan masuk. Mereka melangkah masuk. Saat itu Zia dapat melihat wajah serius lelaki di depannya itu. Mata lelaki itu tekun melihat skrin laptop di depannya. Dan melihat pakaian lelaki itu, baru dia tersedar bahawa lelaki itu lelaki yang sama ketika kejadian di lif dan pantry tadi. Saat lelaki itu menoleh, mata mereka bertaut namun wajah lelaki itu kekal serius. Puan Hayati terus memperkenalkannya kepada lelaki itu.

. "Selamat pagi encik Qashaf, ini akauntan baru kita, Cik Zia...." tak sempat puan Hayati habis bercakap, telefon lelaki itu berbunyi.

" excuse me" ujar lelaki itu perlahan.

Puan Hayati membuat isyarat mata supaya dia tunggu sekejap. Dia hanya tersenyum nipis lalu mengangguk perlahan. Tak lama dia dapat melihat lelaki bernama encik Qashaf itu mematikan panggilannya.

" Ok, selamat datang ke Sutraz sdn bhd, cik Zia, saya harap awak dapat memberi sepenuh komitmen awak di syarikat ini." ujar lelaki itu.

"Terima kasih encik" ujar Zia perlahan. Senyuman nipis diberikan kepada bosnya itu namun lelaki itu langsung tidak memandangnya.

Tanpa kata, Qashaf mula menyambung kerjanya semula. melihat bosnya itu tidak mahu diganggu Puan Hayati mula memberi isyarat mengajak Zia keluar.
"kami minta diri dulu, Encik Qashaf" ujar Puan Hayati dan saat melihat kepala Qashaf mengangguk, laju Puan Hayti mengatur langkah keluar. Zia hanya mengekor langkah pegawai HR itu.

'macam tu je CEO layan staffnya' cebik Zia di dalam hati. setelah dua langkah Zia berpusing dan merenung bosnya itu. mulutnya ringan nak perli sikap bosnya itu namun puan Hayati seakan dapat menangkap niatnya itu mula menarik tangannya.

Qashaf mengangkat wajahnya dan merenung Zia yang sedang memerhatikannya di depan pintu.

"Ada apa lagi Cik Zia??" Soal Qashaf dengan tegas.

Tanpa membalas, Zia terus melangkah keluar saat dirasakan tangannya ditarik oleh Puan Hayati itu.

"Kenapa Zia pandang encik Qashaf macam tu? Jangan cakap Zia terpikat dengan COO kita tu pulak" soal Puan Hayati sambil bergurau.

"ishh... Mana ada terpikat.takde pape la puan,cuma wajah Encik Qashaf macam pernah saya jumpa sebelum ni" dalih Zia.

"owh... Akak ingat Zia dah terpikat dengan bos duda hot kita tu" balas Puan Hayati.

"duda?" dahi Zia mengerut.

"haah... Panjang ceritanya, nanti la ada masa akak cerita. Dah jom buat kerja." ujar Puan Hayati lalu mengorak langkah. Zia yang Tertanya-tanya hanya mengikut langkah wanita itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"hai..."

Zia menoleh ke arah suara itu. Dia melihat seorang lelaki yang boleh tahan kacak tersenyum manis memandangnya.

"staff baru kan? Saya Faiz..." ujar lelaki itu lagi.

Zia membalas senyuman lelaki itu.

"Zia Raudhah.. Boleh panggil saya Zia. Encik Faiz dari department mana?" soal Zia lagi.

"tak perlu berencik la, panggil Faiz saja. Saya bahagian arkitek. Baru hari ni dapat berkenalan dengan awak. So macam mana tempat baru? Okay tak?" soal Faiz.

Zia tersenyum.

"alhamdulillah, so far okay. Ramai yang membantu" balas Zia.

"that's great...dah nak masuk lunch hour ni, apa kata kita keluar lunch sekali?" ajak Faiz lagi.

"boleh jugak."

"kalau macam tu jom la..."

"lagi 5 minit la Faiz.." balas Zia sambil melihat jam di tangannya.

"takpe, tu haa kita lunch dengan bos. Takde siapa nak marah" ujar Faiz sambil memuncung mulutnya ke arah belakang.

Saat itu Zia melihat Qashaf berjalan menghampiri mereka.

"bro, hari ni Zia join kita lunch." ujar Faiz selamba.

Terangkat sebelah kening Zia mendengar tutur kata Faiz kepada bos mereka. Dan melihat wajah selamba Qashaf, Zia dapat meneka bahawa hubungan dua lelaki itu cukup rapat.

"okay..."

balas Qashaf lalu melangkah ke arah pintu keluar.Tercengang Zia saat itu. Faiz mendekati Zia lalu menunduk kepalanya sedikit.

"jangan ambil hati, bos kita memang macam tu tapi dia baik" bisik Faiz.

Zia hanya mengukir senyum nipis. Lalu mereka sama-sama mengekori langkah Qashaf yang makin menjauh itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience