BAB 13 - QARINA

Romance Completed 191238

Setelah dua hari cuti sakit, Zia kembali ke pejabat. Kalau ikutkan dia hanya MC sehari saja namun Qashaf bekeras untuk dia rehat sehari lagi.

Tersenyum sendirian dia mengingati kejadian pagi tadi. Buat pertama kalinya Qashaf sudi merasa sarapan yang dibuatnya. Walaupun tiada reaksi namun melihat licin pinggan itu sudah membuatkan hati Zia berbunga-bunga.

"amboi, pagi-pagi dah sengih semacam ni. Teringgatkan seseorang ke?"

Zia menoleh ke arah suara yang menegurnya. Terjengul wajah Azza ketika itu. Dia tersengih memandang Azza.

"Morning Azza." sapa Zia.

"morning Sis, macam mana? Kau dah okay ke?" soal Azza lagi.

"alhamdulillah dah okay." jawab Zia tersenyum.

"alhamdulillah, lega aku dengar. Dan aku rasa jejaka dekat atas tu pun makin lega la nanti" ujar Azza menjungkit keningnya beberapa kali.

"Jejaka?" soal Zia hairan.

"siapa lagi kalau bukan encik Faiz tu. Kau takde dua hari bukan main risau aku tengok. Dah macam hilang bini aku tengok" ujar Azza.

"kau ni ada-ada jela. Selain kau jadi spy, duk tengok gerak geri encik Faiz apa lagi news kau nak share ngan aku? " balas Zia pula.

"hey! mana ada aku spy, dah asyik lalu depan aku je.. Lepas tu asyik tanya aku pasal kau je. Takde pape pun... Eh! Ada!"

Tiba-tiba Azza menariknya lalu dia mendekatkan wajahnya seakan ingin berbisik.

"kau nak tahu tak, encik Qashaf ambil emergency leave dua hari lepas. Tak tahu kenapa, dia cakap ada hal keluarga. Aku tengok elok je Dato Azfar tu datang office. Macam sesuatu pulak" ujar Azza.

Zia terkedu mendengar kata-kata Azza itu. Dia cuba mengawal riak wajahnya itu.

"mungkin dia ada masalah peribadi kot" ujar Zia cuba mengalih perhatian Azza.

"hurm... mungkin juga. Tapi encik Qashaf ni jarang nak EL melainkan benda tu penting giler. Last dia ambil emergency leave pun sebab arwah isteri dia jatuh pengsan. Masa diaorang bertunang dulu. Maknanya ada sesuatu yang penting berlaku la tu" ujar Azza lagi.

Zia hanya diam tidak membalas, dalam diam dia terharu kerana Qashaf sanggup meninggalkan kerjanya demi menjaganya dirumah.

~come to my room now. Urgent! ~

Zia melihat mesej yang baru diterimanya itu. Berkerut dahinya saat itu. Panggil datang bilik dia pun dah macam arahan namun Tanpa berlengah dia terus berlalu menuju ke bilik Qashaf.

Sesampai di depan pintu bilik Qashaf, Zia menghampiri Azza.

"Azza, encik Qashaf ada ke?" soalnya.

"eh Zia, ada-ada. Masuklah, Encik Qashaf dah tunggu dekat dalam." ujar Azza.

Terus Zia mengentuk bilik itu, dan saat mendengar suara lelaki itu dia terus masuk. Saat melihat Zia, Qashaf terus bangun lalu menghampiri Zia.

"have a seat, Zia" pelawa Qashaf lalu dia menekan tombol kunci di pintu.

Berkerut kening Zia saat itu. Melalui riak wajah Qashaf seperti ada sesuatu yang penting ingin lelaki itu beritahu.

Qashaf mengambil tempat di sebelah Zia. Dia terus menghadap isterinya itu.

"we got a small problem" ujar Qashaf.

"masalah apa?" soal Zia kembali.

"my little sister, Qarina. She will be back to Malaysia tonight" ujar Qashaf lagi.

"so, what's the problem tu? Adik awak tak suka saya ke?" soal Zia dalam resah.

Qashaf tertawa kecil melihat riak cuak Zia ketika itu.

"nope, she like you, Zia. Dia dah tak sabar nak jumpa awak. Masalahnya dia nak tinggal dengan kita nanti. So...."

"So??"

"you have to move to my room. Kalau tak nanti dia tahu yang something wrong dengan perkahwinan kita. Qarina tu bahaya, nanti kecoh dia ceritakan dekat mama" ujar Qashaf.

"Jadi saya kena..."

"yes Zia, petang ni awak balik awal ya. Awak kemas mana yang patut nanti saya tolong awak pindahkan barang-barang." ujar Qashaf.

Zia hanya mengangguk kepalanya. Bahaya jika rahsia mereka diketahui keluarga mentuanya.

"ada apa-apa lagi ke?" soal Zia.

Melihat gelengan Qashaf, dia mula berdiri. Namun saat dia ingin meninggalkan bilik itu, suara Qashaf menahannya.

"nanti lunch sekali" ajak Qashaf tiba-tiba.

"hah? Hurmm... " serba salah Zia ingin menjawab. Jika diikutkan hatinya dia mahu namun dia sedar nanti akan timbul gosip di kalangan yang melihat mereka berdua makan bersama nanti.

"saya ajak Farah dan Azza sekali. Faiz pun ada" ujar Qashaf lagi.

"owh.. Okay" jawab Zia.

"i'll wait you at reception" ujar Qashaf lagi. Zia mengangguk lalu meninggalkan bilik lelaki itu.

Tengah hari itu mereka berlima menjamu selera di salah sebuah restoran masakan Western yang terkenal di kota raya itu. Pada mulanya Farah dan Azza agak terkejut saat Qashaf mengajak mereka makan bersama. Namun mereka tetap menerima pelawaan dari bos mereka itu.

Masing-masing melihat menu di situ. Qashaf awal-awal lagi sudah memesan seafood oglio olio dan apple juice.

Zia melihat senarai menu di situ. Dan saat itu Faiz bersuara.

"Zia, awak patut cuba garlic prawn spaghetti. Sedap giler" ujar Faiz tersenyum manis kepada Zia.

Baru Zia ingin bersuara, tiba-tiba suara Qashaf kedengaran.

"she allergic to prawns, Faiz" ujar Qashaf sambil matanya melihat telefon di tangan.

Empat pasang mata terus melihat ke arah lelaki itu. Dan saat itu mata Farah, Azza dan Qashaf beralih kepadanya.
Dia mengukir senyuman serba salahnya.

"macam mana kau tahu Zia alergik dengan udang?" soal Faiz tiba-tiba.

Saat itu mata Qashaf memandang tepat ke dalam mata Zia.

"i guest it. Am i right, Zia?" soal Qashaf lagi.

Zia mengalihkan pandangannya dan memandang ke arah Faiz. Dia mengangguk perlahan.

"yup, saya tak boleh makan udang. Nanti saya sesak nafas" ujar Zia lagi.

Faiz hanya mengangguk sambil tersenyum nipis. Jelas di wajahnya yang hairan apabila Qashaf mengetahui tentang diri Zia. Namun dia hanya lupakan saja tentang itu.

Akhirnya mereka memesan makanan. Giliran Zia membuat pesanan,

"Give me creamy lemon salmon pasta with pineapple juice."

"you can't drink that sour juice. It's not good for your stomach, drink something else, Zia. " tiba-tiba Qashaf bersuara membuatkan pelayan tidak jadi menulis pesanan tersebut.

Masam wajah Zia ketika itu. Dia menjeling Qashaf sekilas dan sekali lagi dia melihat tiga lagi rakannya itu memandanganya dengan penuh minat. Pelayan itu juga memandangnya inginkan kepastian.

"just give me watermelon juice. Thank you" ujar Zia lalu pelayan itu meninggalkan mej tersebut.

" encik bos kita ni concerns betul dengan Zia kan." usik Faiz tersenyum.

Zia hanya mendiamkan diri. Manakala Azza dan Farah ketawa kecil yang kedengaran agak kekok.

"well, my staff are important to me. Sebab staff yang akan memajukan syarikat. As all of us know, Zia baru lepas kena gastrik. Tapi tula, saya pelik kenapa dia nak minum benda masam" ujar Qashaf tenang. Matanya tak lepas memandang Zia di depannya itu.

"Haah la Zia, betul encik Qashaf cakap. Nanas kan tajam. Tak elok untuk perut Zia nanti kena gastrik lagi" ujar Farah pula.

"maaf kak, entah kenapa teringin nak rasa buah nanas tu" ujar Zia tersenyum.

Qashaf hanya memandang isterinya itu, matanya begitu asyik merenung Zia. Faiz di sebelah Qashaf pula mula perasan akan pandangan Qashaf itu mula memandang Zia dan Qashaf bersilih ganti. Baru dia ingin bersuara, pelayan pula datang membawa makanan untuk mereka. Terus saja dia mematikan niatnya itu. Akhirnya mereka menikmati makanan tengah hari mereka itu.
. .
. .
. .
. .
. .
. .
.

Dia menolak bagasi sederhana besarnya ke dalam bilik milik Qashaf itu. Sesampai di dalam walk in closet milik lelaki itu dia bercekak pinggang.

"mana aku nk letak baju aku ni?" soalnya sendirian sambil menggaru kepalanya.

Dia membuka satu pintu almari yang berada di sebelah kiri, hujung sudut bilik itu. Terkedu dia saat itu, almari itu penuh dengan pakaian wanita dan dia seakan tahu milik siapa pakaian itu semua. Sedikit sebanyak hatinya merasa kecewa. Kecewa bukan kerana Nur Iman tapi kerana ternyata Qashaf masih belum move on.

Baru sahaja dia ingin mencapai sehelai baju di dalam itu, dia terdengar seakan pintu bilik dibuka. Laju dia menutup pintu almari itu lalu dia mendekati bagasinya. Dan saat itu Qashaf muncul di muka pintu bilik itu.

"awak boleh guna almari sebelah kanan tu" Qashaf bersuara sambil menanggalkan kemeja dibadannya. Merona wajah Zia saat itu, laju dia mengalihkan pandangannya.

Qashaf mengambil tuala di dalam almari lalu mendekati Zia. Sangat dekat! Ingin saja dia mengundur namun entah kenapa badannya tidak memberi kerjasama dengan hatinya.

Qashaf menunduk sedikit lalu mencari mata Zia. Nak tak nak terpaksa Zia membalas renungan itu.

"after this saya tolong awak kemas. Lepas tu kita pergi rumah mama, Qarina akan sampai malam ni" ujar Qashaf.

Zia hanya mengangguk kepalanya. Qashaf tersenyum nipis lalu mengenyit matanya. Selepas itu dia terus berlalu ke bilik air. Zia masih lagi kaku disitu denggan wajah yang mula berbahang.

"Hello Sis!! Jerit ceria Qarina lalu memeluk erat Zia.

Qashaf yang melihat terus menggeleng kepalanya.

" oh god! My sister in law so gorgeous!! Akak, macam mana akak boleh terpikat dengan abang Qash yang sendu tu? " soal Qarina lagi.

Zia hanya tersenyum mendengarnya. Qarina memang sangat cantik, betul-betul copy paste wajah Qashaf cuma versi perempuan.

"Aduh! Aduh!" jerit Qarina sambil mengosok kepalanya yang baru disekeh oleh Qashaf.

"mulut tu tak penat ke asyik bercakap, dekat UK banyak makan burung murai ke?" sindir Qashaf.

Qarina mencebik bibirnya tanda menyampah dengan ayat sarkastikus abangnya itu.

"Dah kak Zia, jom kita masuk. Biar abang je yang angkut luggage Rina" ujar Qarina lalu menarik tangan Zia. Qashaf terkebil-kebil saat ditinggalkan di situ.

Saat selesai makan malam, terus Qarina menarik Zia menuju ke ruang Gazebo di sudut banglo mewah itu.
Mereka berdua duduk di buaian gergasi yang tersedia di situ.

"akak, cerita la dekat Rina. Macam mana akak boleh bukakan pintu hati Abang Qash untuk kali kedua?" soal Qarina.

Zia tersenyum lucu melihat gelagat Qarina yang begitu beria-ria mahu tahu tentang hubungannya dengan Qashaf.

"Nothing special pa Rina. Kami kenal, lepas tukami ambik keputusan untuk kahwin." ujar Zia.

"akak ni main-main pulak" marah Qarina mengundang tawa Zia.

"betul la, Rina nak cerita yang macam mana?" soal Zia lagi.

"yelah, beritahu la macam mana akak boleh jumpa abang Qash. Lepas tu macam mana Abang Qasha boleh fell in love with you." ujar Qarina lagi.

Zia tersenyum. Qashaf tak pernah jatuh cinta dengan akak dik. Desisnya di dalam hati.

"how i fall in love with my wife?" suara garau itu munccul dari belakang membuatkan mereka berdua tersentak.

Qashaf dilihat sendang bersandar di muka pintu sliding sambil tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Qashaf mendekati mereka berdua lalu berdiri di sebelah Zia.

" she's most beautiful women that i meet. And i love the way she is. Zia dah berikan abang kekuatan untuk bangkit semula. Thanks sayang" ujar Qashaf sambil memeluk bahu Zia.

Terkedu Zia saat itu. Qarina pula dilihat tersengih-sengih memandang mereka berdua.

"Awww..So sweet la abang dan akak!!" jerit Qarina teruja.

Qashaf tersenyum nipis dan dia mengalihkan pandangan matanya mencari mata cantik isterinya. Saat mata mereka bertemu, masing-masing cuba menyelami isi hati.

Namun, dalam diam sebenarnya Zia keliru dengan kata-kata manis Qashaf. Dia tidak mahu mengharap kerana risau jika Qashaf hanya berpura-pura di depan adiknya itu dan yang pasti jika itu hanya lakonan semata-mata maka hatinya jua akan kecewa di kemudian hari.

Malam ni, ini shja.... Dah ngatokk.. Nite guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience