BAB 11 - BEKAL

Romance Completed 191238

Qashaf mengemaskan ikatan tali lehernya. Selesai, dia melihat pantulan imejnya di cermin. Kemeja dan tali leher dipilih oleh Zia. Kombinasi kemeja biru lembut dan tali leher hitam. Bila wanita itu masuk ke biliknya pun dia tak pasti kerana saat dia masuk ke walk in closetnya, baju dan seluarnya sudah siap digosok dan digantung kemas. Itu lah rutin gadis itu sejak seminggu ini.

Setelah berpuas hati, dia mencapai kot, lalu keluar dari biliknya. Saat itu dia mendengar sesuatu dari dapur terus langkah kakinya dibawa ke arah itu. Dia melihat Zia sibuk meletakkan roti bakar ke atas meja. Saat mata mereka bertembung, Zia hanya tersenyum nipis.

"morning, saya dah siapkan breakfast. Jemput makan" ujar Zia.

Qashaf melangkah ke arah meja dan saat itu dia melihat ada sepinggan mee goreng terhidang. Dia duduk lalu cekap Zia menuang kopi ke dalam cawan.

Qashaf menghirup kopi itu tanpa sepatah kata. Saat Zia ingin mencedok mee goreng, dengan pantas dia bersuara.

"i got to go. Thanks for coffee" ujar Qashaf lalu mengangkat punggung menuju ke pintu keluar.

Terus terkaku Zia saat itu. Saat mendengar pintu rumah ditutup. Dia terus memandang sayu sarapan yang dia sediakan. Dengan perlahan dia duduk dikerusi. Keluhan lemah dilepaskan.

Sejak seminggu ini itulah yang selalu terjadi setiap pagi. Qashaf hanya minum kopi. Kadang-kadang sedang dia buat sarapan, Qashaf sudah meninggalkan rumah itu.

" takpe Zia, berikan dia masa" ujarnya memujuk hatinya sendiri.

Lalu dia mencedok mee goreng ke pinggannya. Dia menyuap ke mulutnya. Terasa tawar mee goreng saat itu namun dia tetap menyuapnya jua.
. .
. .
. .
. .
. .

Zia melangkah masuk ke lobi bangunan pejabatnya. Ditangannya dia membimbit dua bekas tupperware. Satu mee goreng dan satu lagi roti bakar. Cadangnya dia ingin memberikannya kepada Qashaf. Baginya mungkin Qashaf nak cepat lalu tak sempat bersarapan. Memandangkan waktu pejabat masih bermula, dia akan curi-curi masuk ke pejabat Qashaf ingin meletakkannya di meja suaminya itu.

Saat menunggu lif, dia ternampak kelibat Qashaf keluar dari keretanya. Baru dia ingin mendekati lelaki itu, tiba-tiba muncul kelibat Faiz di sebelah penumpang. Berkerut kening Zia saat itu. Dilihat dua lelaki itu melangkah masuk dan menuju ke arahnya. Dia melarikan pandangannya memandang kearah pintu lif yang masih belum terbuka lagi.

"morning Zia." terdengar suara mesra Faiz menegurnya.

Zia menoleh lalu memberikan senyuman nipos kepada Faiz.

"morning Faiz, encik Qashaf. Awal sampai" soal Zia. Matanya sesekali menjeling ke arah Qashaf yang nyata tidak berperasaan itu.

"Haah..Qashaf ni pagi-pagi dah call saya ajak breakfast. Tu yang keluar awal" jawab Faiz lancar.

Berubah riak Zia saat itu. Qashaf juga dilihat terkedu seketika dan matanya laju memandang wajah Zia. Ternyata ada riak bersalah terpamer di wajah lelaki itu.

Zia cuba mengawal riak wajahnya lalu dia memandang ke wajah Faiz lalu tersenyum.
Saat itu lif terbuka, Zia melangkah masuk diikuti dua lelaki itu. Saat di dalam lif, Faiz terpandangkan bekas di tangan Zia.

"banyak bawak bekal hari ni" tegur Faiz.

Zia memandang bekas ditangannya. Senyuman tawar terbias dibibirnya. Bekal yang sepatutnya untuk suami, desis didalam hatinya.

"haah, tadi dah makan tapi banyak pula lebih, dari membazir baik bawak je. Awak nak? Dalam ni ada roti bakar dengan mee goreng" ujar Zia.

"eh takpelah, itu kan bekal awak."

"takpe, awak ambil la. Lagipun saya dah makan tadi. Nah" ujar Zia lalu menghulurkan bekas itu kepada Faiz.

"terima kasih Zia. Waa... rezeki saya dapat makan masakan awak" ujar Faiz sambil mencapai bekas tersebut.

Ting!

Pintu lif terbuka lalu mereka keluar bersama. Laju Zia berjalan menuju ke biliknya.

"Zia, nanti saya pulangkan bekas ni ya?" ujar Faiz.

Zia menoleh memandang wajah Faiz. Qashaf yang turut memandangnya langsung tidak dipedulinya. Entah kenapa hatinya ada rasa kecewa saat itu.

"it's okay Faiz. Enjoy the foods" ujar Zia lalu melangkah masuk ke bahagian departmentnya.

Faiz tersenyum girang melihat bekas di tangannya. Qashaf hanya memerhati gelagat Faiz itu.

"okay bro, Chow dulu..." ujar Faiz lalu melangkah masuk ke departmentnya.

Qashaf hanya diam memerhati Faiz menghilang dan sebelum dia masuk ke biliknya, matanya menoleh ke arah department Zia. Entah kenapa hatinya mengharapkan wajah Zia muncul di situ agar dapat dia meminta maaf. Sungguh dia merasa serba salah saat melihat wajah Zia yang berubah apabila mendapat tahu dia keluar sarapan dengan Faiz sedangkan Zia telah menyediakan sarapan untuknya di rumah. Dan saat melihat Faiz membawa bekal yang diberikan Zia, inggin saja dia merebut bekas itu. Arghh apa kena dengannya ini. Dia menggeleng kepalanya lalu terus melangkah masuk.

Zia meneliti bahagian entry kewangan itu. Sambil itu, laju tangannya menaip laporan penutupan akau bulan tersebut. Masa berjalan sehingga dia tidak sedar sudah hampir 10 minit waktu makan tengah hari berlalu.

Bunyi ketukan di pintu menyedarkan Zia dari kesibukan kerjanya. Dia menoleh ke pintu dan saat itu wajah Farah terpempan di matanya.

"jom lunch, Zia" ajak Farah.

"akak pergi la dulu. Zia nak siapkan report ni sekejap." ujar Zia tersenyum.

"nak akak tapaukan ke?" soal Farah lagi.

"it's okay kak, Zia rasa tak nak lunch pun hari ni... Thank you kak"

"baiklah kalau macam tu. Akak pergi dulu ya" ujar Farah lalu meningggalkan bilik itu.

Zia meneruskan kerja. Apa yang pentingg sekarang adalah report yang harus dia siapkan.
. .
. .
. .
. .
. .
.
.
Qashaf dan Faiz menggambil tempat di meja. pelayan pergi setelah selesai mengambil pesanan.

"tak makan ke?" soal Qashaf apabila Faiz hanya memesan minuman.

"tak, aku kenyang lagi. Tadi aku dah makan bekal yang Zia bagi" jawab Faiz selamba.

Qashaf mengawal riak wajahnya saat nama Zia disebut. Dia nampak lihat wajah Faiz yang ceria itu.

"kau macam sesuatu je dengan Zia tu?" soal Qashaf tiba-tiba.

Terus mata Faiz terpaku kepada Qashaf.

"obvious sangat ke?" soal Faiz tersengih sambil mengaru kepalanya.

Qashaf hanya menjungkit kedua bahunya.

"well, tak dinafikan aku tertarik dengan Zia. Yela, siapa je tak tertarik kalau dah cantik macam tu kan. Kau tahu tak, lepas dinner hari tu ramai giler staff lelaki cuba ushar dia tapi aku tak tahu la Zia tu layan ke tak." ujar Faiz Lagi.

"tapi aku tak tahu lagi Zia tu dah ada tunang ke boyfriend. Lagipun aku tengok dia tu jenis tak bercakap sangat. Kau tengok la bila tanya je dia jawab" tambah Faiz lagi.

"tapi aku rasa dia rapat je dengan kau" ujar Qashaf lagi.

"yeke? Tu kau rasa je. Hakikatnya belum tentu. Aku pernah je ajak dia keluar tapi dia tolak." ujar Faiz Sambil menjungkit bahunya.

"let's say dia tu dah berpunya. Kau nak try juga ke? " entah kenapa terpacul soalan itu dari mulut Qashaf.

"well, aku tak jahat nak ganggu hubungan orang. Tapi andai lelaki tu tak hargai dia selayaknya, dan tinggalkan dia. Aku akan pikat dia."

Tersentak Qashaf saat mendengar kata-kata Faiz itu. Dia merasa terpukul dengan kata-kata itu. Dialah yang tak hargai masakan Zia pagi tadi. Malah seminggu ini dia cuba mengelak dari bertentang mata dengan isterinya itu.

" Eh! Farah" suara Faiz mematikan lamunannya. Dia menoleh ke arah tepi meja mereka.

"berdua je ke? Mana Zia?" soal Faiz lagi saat melihat hanya Farah dan Azza. Selalunya pasti ada Zia sekali.

"haah, berdua je. Zia tak nak keluar lunch" jawab Farah.

"ooo... Okay la kalau macam tu" ujar Faiz.

"selamat menjamu selera, Faiz dan encik Qashaf." ujar Farah lalu meninggalkan meja mereka berdua.

Qashaf hanya mengangguk kepalanya. Saat Farah dan Azza menjauh, dia lihat Faiz menekan-nekan skrin telefonnya. Dan saat itu Faiz perasan mata Qashaf melihatnya.

" aku mesej Zia, dia nak makan apa. Aku nak tapaukan untuk dia" ujar Faiz tersengih.

Ting!

Laju mata Qashaf melihat telefon Faiz saat bunyi notifikasi telefon itu. Dia hanya memerhati sahaja gelagat Faiz. Dan saat itu dia mendengar keluhan dari mulut Faiz.

"dia tak nak" ujar Faiz lalu meletak telefonnya.

Qashaf hanya diam tak membalas. Saat itu makanan mereka sampai lalu mereka menjamu selera. Faiz pun tidak lagi berbicara tentang Zia.

Selesai membuat bayaran, mereka berdua melangkah keluar. Namun saat itu Qashaf seakan teringatkan sesuatu.

"Bro, kau pergi dulu. Aku ada hal sekejap" ujarnya kepada Faiz.

"nak ke mana?" soal Faiz pelik.

"ada la... Kau masuk dulu." ujar Qashaf lalu meninggalkan Faiz disitu.

Wajah Azza terpacul di depan pintu biliknya saat itu. Berkerut kening Zia saat itu.

"Nah," ujar Azza lalu meletakkan bungkusan makanan di atas mejanya.

"aku tak minta kak Farah tapaukan pun" ujar Zia sambil merenung Wajah Azza dan makanan itu silih berganti.

" memang la kau tak minta tapi ada orang tapaukan untuk kau" ujar Azza tersengih.

"Siapa?" soal Zia hairan.

"Encik Qashaf. Dia yang suruh aku hantarkan kepada kau" ujar Azza.

Namun tiba-tiba Azza duduk di depan Zia lalu badannya didekatkan.

"kau dengan Encik Qashaf ni ada apa-apa ke?" soal Azza berbisik. Zia pelik kenapa Azza harus berbisik sedangkan hanya mereka berdua saja di dalam bilik itu.

"dah kenapa kau nak berbisik pula? Tak, kenapa encik Qashaf belikan aku makanan? Mana dia tahu aku tak makan lagi?" soal Zia hairan.

"tadi aku keluar makan terserempak dengan Encik Faiz dan Encik Qashaf. Encik Faiz la tanya mana kau, kak farah cakap kau tak keluar makan. Mungkin tula encik Qashaf tapaukan kau makanan ni." ujar Azza panjang lebar.

"tak, aku tanya kau ni.. Kau dengan encik Qashaf ada apa-apa ke? Tak pernah lagi encik Qashaf tapaukan makanan untuk staff tau!" ujar Azza.

Zia mendekatkan badannya ke arah Azza. Saat melihat gerak Zia, Azza juga turut mendekatkan badannya. Matanya bersinar ingin dengar jawapan Azza.

" sebenarnya aku..... "

" aku apa? "soal Azza tak sabar.

" sebenarnya aku risau, kau duk sini lama-lama nanti encik Qashaf marah. Kau datang nak hantar makanan je kan. Sekarang dah 2.30 petang. Mesti Encik Qashaf tengah mencari kau" ujar Zia.

Muncung mulut Azza saat itu. Terus meletus tawa Zia.

"eee kau ni! Dahlah, aku keluar dulu. Jangan lupa makan." ujar Azza lalu meangkah ke pintu.

"Azza, thanks sudi hantarkan aku makanan ni" ujar Zia tersenyum.

Azza membalas senyumannya sambil mengangguk.
Saat pintu tertutup, Zia mencapai bungkusan makanan itu. Tersenyum dia saat itu. Dia membuka bekas itu dan saat melihat isi di dalamnya, pudar senyumannya. Kepala digaru perlahan.

Qashaf melangkah masuk ke rumahnya. Keadaan yang gelap itu menandakan tiada siapa di rumah. Dia melihat jam dipergelangan tangannya, Sudah pukul7 petang. Ke mana Zia pergi? Selalu gadis itu akan pulang terlebih dahulu. Dia menghidupkan lampu lalu dia menuju biliknya untuk membersihkan tubuh.

"the number you dailed, unreachable. Please leave your message after the beep"

Dia menekan butang merah di skrin telefonnya. Zia mengeluh lagi. Dah berpuluh kali nombor Qashaf di dial namun hanya peti suara yang kedengaran. Naik sebak rasa hatinya saat itu. Dah la pulang lambat dan sekarang keretanya tiba-tiba mati dan dia tersadai di tepi jalan. Dan bahana tak makan tengah hari tadi perutnya mula sakit. Pedih perutnya dia tahan. Apa yang penting sekarang dia hanya ingin Qashaf datang menolongnya namun lelaki itu tidak dapat dihubungi.

Dia menekup dahinya ke stereng. Apa yang harus dia lakukan sekarang. Hujan mulai turun, dia melihat jam ditangan, sudah hampir pukul7. 40 petang, siapa yang dia ingin minta pertolongan. Sesaat kemudian dia mengangkat kepalanya. Laju tangannya mencari satu nombor itu. Butang dial terus ditekan dan beberapa deringan ada suara menjawab.

"Assalamualaikum Faiz....."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience